Hari berlalu, tibalah hari untuk aku turun padang. Salam Jumaat. Aku membelek-belek sekejap facebook aku sebelum aku keluar. Melihat kepada permintaan menjadi rakan, aku pun terima sajalah penerimaan bos senget aku tu, memandangkan yang dia pun dah nak bertunang, begitu jugak aku, so aku rasa tak salah aku jadi kawan dia. Asalkan dia tak menyakitkan hati aku dalam facebook ni, sudah! Kalau tak, confirm kena tendang! Kemudian, aku tutup laman facebook dan menutup laptop. Mata aku mengerling ke arah jam tangan. Hampir pukul 9.15 pagi. Hurm, ke mana pulak si Azhan ni? Tak nampak pun dari tadi? Interkom berbunyi, pantas aku menjawab.
" Cik May, dah siap ke belum? Kami tunggu kat parkir ni," kata salah seorang budak dari team aku, Linda. Aku menggaru-gru kepala.
" Korang tunggu kejap. Saya tak nampak si mamat skema ni lagi," jawabku.
" Hah? Cik May tak baca emel semalam ke? Azhan kan cuti seminggu, mak dia sakit!" kata Linda. Aku tercengang, pantas aku membuka komputer aku (inilah masalahnya bila dah ada komputer dan emel syarikat, tak reti-reti nak check sendiri!).
" Betullah, Lin. Adeh! Hurm, nanti saya turun," kataku.Aku memicit-micit dahiku. Adoi, kenapalah aku tak tengok emel ni semalam? Kalau aku tunggu lama lagi, memang bos akan keluar menjerit. Aku menutup suis komputer dan menunduk mencapai beg tangan dan fail Kajang. Sebelah kasut aku tersepak jauh ke hujung meja. Ah! Satu kerja pulak nak tunduk ambil kasut!' hati aku menjerit.
" Inilah masalahnya kalau tak tengok emel dari awal!" suara itu menyergah dan dek kerana terkejut, kepala aku terhantuk pada meja. Adoi! Aku keluar perlahan-lahan, lalu mendongak. Adam berdiri di sebelah meja Nadia.
" Apa bos ni? Main sergah-sergah pulak!" kataku sambil menggosok-gosok kepalaku.
" Facebook boleh buka, emel tak reti nak buka pulak?" soalnya separuh menyindir. Hah! Aku dah kata! Memang dia online punya! Mata Nadia menjeling ke arahku. Hampeh!
" Ye, dah tengok tadi!" aku tak nak kalah jugak. Dia meletakkan sikunya pada cubic meja aku lalu tangannya aku lihat memegang fail Kajang dan Ampang. Eh, macam mana pulak?
" Baca emel habis tak?" soalnya. Aku geleng. Dia meraup rambutnya ke belakang.
" Debab, kalau kau buat kerja macam ni alamatnya keras kejung budak-budak kau tunggu kat bawah! Siap cepat!" katanya lalu berlalu ke biliknya sambil membawa kedua-dua fail aku.
" Eh, bos! Fail saya tu!" aku jerit. Dia tidak mempedulikan launganku. Aku terus mendail nombor telefon Linda.
" Cik May dah turun belum?" soalnya.
" Belum. Bos ambik fail!" kataku separuh merengus. Geram.
" Laa, memanglah bos ambik sebab dia ganti Azhan! Cik May baca emel ke tak ni? Dia hantar dua emel semalam," kata-kata Linda menyebabkan pandangan aku spontan terhala ke arah biliknya, dan kelihatan dia berdiri di luar biliknya dengan beg laptop, kot dan fail aku, dengan pandangan tajam memandangku. Alamak! Hehehe, aku tersengih dan terus letak telefon. Pantas aku mencapai beg laptop, dan beg tangan, menuju ke arahnya.
" Sorry, bos!" aku meminta maaf lalu mencapai fail dari tangannya. Adam mendengus, lalu dia berjalan dengan pantas. Aku mengikuti langkahnya sambil menoleh memandang ke arah Nadia yang tersengih memandang gelagat aku. Hampeh punya kawan! Aku menjegil mata.
Sampai di parkir, kelihatan team aku seramai 10 orang sedang menanti di kereta Adam. Sebaik saja mereka melihat kelibat kami, semua berkumpul.
" Selamat pagi,Encik Adam, cik Maysarah!" sapa mereka semua. Aku angguk. Adam meletakkan begnya ke dalam kereta dan kembali menatap mereka semua, sambil memegang dua fail. Aku berdiri di sebelahnya.
" Hari ni saya ganti Azhan, so saya pasti kamu semua dah dapat emel dari saya semalam. Siapa yang terkejut melihat saya hari ni maknanya dia tak baca emel yang saya hantar!" katanya sambil menjeling ekor mata kepadaku. Wah! Amat-amat terasa neh! Aku menjeling. Kelihatan semua mengangguk. Huh, aku jelah yang tak tahu pasal ni!
" Pada hari ni kita akan buat audit di dua tempat, Kajang dan Nilai. So saya nak tanya pendapat kamu, nak buat dua kumpulan atau nak pergi semua sekali?" soalnya. Aku melihat mereka masing-masing berbincang. Memang bos senget! Ajak berbincang kat tengah panas pulak!
" Bos, kita berpecah sajalah. Cepat sikit siap kerja," jawab Faizul, wakil kepada mereka semua. Aku melihat Adam mengangguk-anggukkan kepalanya.
" Kalau macam tu, kamu saya lantik jadi ketua untuk handle audit di Kajang. Bawak lima orang lagi, pergi macam biasa. Saya dan May akan ke Nilai dengan baki selebihnya," kata Adam lalu menyerahkan fail Kajang kepada Faizul. Kami berpecah dengan team Faizul disertai oleh Amir, Najwa, Khairil, Norli dan Jefry. Manakala team aku pulak, aku, Adam, Linda, Vivian, Adli, dan Joshua.
Mulanya aku nak naik kereta dengan Linda dan Vivian tapi Adam berkeras suruh aku naik kereta dengannya. Yang lain nak bangkang? Berani nak bangkang bos senget ni? Huh! Takde makna. Akhirnya kami bertolak ke Nilai.
**************************************************
Kelihatan muka Adam merah padam apabila melihat rekod kewangan salah satu pejabat di kompleks plaza di Nilai. Mampus kalau ada yang tak kena ni. Aku menyelak helaian demi helaian beberapa laporan untuk 6 bulan sebelumnya. Adeh, banyak pulak duit yang tak tally ni! Aku memandang pengurus kewangannya yang duduk di hadapan kami.
" Miss Angie, kenapa akaun ni tak berapa tally? Banyak income yang takde dalam debit tapi dalam kredit takde in and out!" tanyaku. Kelihatan Adam merenung helaian yang aku sedang semak. Angie tersenyum.
" Itu belum key in lagi, cik!" katanya. Adam menjegil.
" What? Belum key in lagi? Ini akaun bulan April tau! Now already June! You all tak hantar maklumat ke LHDN ke?" soal Adam dengan sedikit berang. Aku terkejut lalu cepat- cepat aku menepuk bahunya, meminta dia keluar untuk seketika. Adam bangun dengan kasar sehingga 2-3 orang staff Angie terdiam. Lupa nak pesan dengan diorang ni, pasal audit jangan main-main dengan Adam Usyair. Kalau tak, tengoklah macam mana dia mengamuk! Aku kembali menatap wajah Angie yang pucat, setelah Adam keluar. Aku senyum, untuk mengurangkan rasa bimbangnya.
" No worries, Angie! Dia marah sekejap saja. Anyway, he is right! If LHDN found this, you and your company will be sued!" aku menerangkan perkara sebenar. Kelihatan Angie diam. Aku terus menyemak beberapa helaian lagi dan aku berpuas hati. Cuma maklumat bulan April saja yang dia tak edit.
" Macam ni sajalah, Angie. Saya bagi masa seminggu untuk awak siapkan laporan, kemudian saya nak awak hantar kepada saya di pejabat. Tak complete macam ini saya tak boleh rekod dan hantar semua report ke LHDN. Boleh tak?" soalku. Dengan aku masih berlembut lagilah! Kalau dengan Adam atau anak-anak perempuan Tan Sri, takde punya! Dia merenung laporan yang aku pegang lalu dia mengangguk. Kami bersetuju untuk menanti seminggu lagi.
Selepas bersalaman, aku mencapai beg Adam, lalu keluar mencarinya. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.45 petang. Mata aku meliar mencari Adam tetapi tak jumpa. Nak call pun malas. Perlahan-lahan aku menuju ke arah keretanya. Kelihatan dia bagus punya dok tidur dalam BMW. Hampeh! Marah-marah orang terus masuk tidur! Aku membuka pintu kereta lalu masuk dan terus menutup pintu. Nyenyak betul dia tidur, siap aircond buka punya kuat! Aku mencampakkan beg dia ke tempat duduk belakang.
" Baik-baik duduk tu, debab! Bontot besar kau tu 3 kali lagi buat macam tu, pancit tayar kereta aku," katanya dalam mata terpejam. Terperanjat aku. Dia ni kan! Aku menjeling lalu dia bangun membetulkan duduknya. Kami mula bergerak.
" Dorang?" soalku.
" Habis awal. Bukan ada masalah macam kita tadi," jawabnya selamba. Aku diam sambil mencapai telefon aku.
" Bos pun, nak menengking patut-patutlah!" aku menjawab. Dia mendengus.
" Macam tu punya banyak tak tally pun nak berpatut-patut lagi? RM125,000.00 tau! Itu kalau LHDN dapat tau, orang pertama nak kena, aku!" marahnya. Aku diam. Takut pulak aku tengok dia naik angin! Adam terus memandu tanpa banyak bicara. Dari ekor mata aku lihat wajahnya tegang dan merah padam.
" Saya bagi masa sampai Rabu, lepas tu suruh dia hantar kat saya," aku menjawab dengan perlahan. Kedengaran dia mengumam. Belum pun sempat dia membalas, telefon aku berdering. Emak!
" Assalamualaikum, mak!" aku memberi salam. Kelihatan Adam menjeling.
" Waalaikumsalam. Achik, rombongan tu baru je bertolak balik, dia orang serahkan dua bentuk cincin kat mak ni," kata-kata emak memeranjatkan aku.
" Mak ni! Kata nak suruh orang balik!" kataku separuh berbisik.
" Mak pun tak sangka dia orang nak datang ha! Kata dia orang, Jumaat lagi afdal, takde kamu pun takpe, janji dah setuju dan dah hantar cincin. Esok kamu balik ambik cincin sajalah!" kata emak separuh mengeluh. Kesian mak, mesti kelam kabut. Aku mengumam.
" Takpelah, mak! Malam karang lepas balik keja, orang baliklah!" kataku.
" Aah, bawak kereta elok-elok!" kata emak lalu mematikan talian. Aku menyimpan telefon dalam beg tangan dan terus termenung. Aku dah bergelar tunang orang! Adam yang sedari tadi diam, menyampuk.
" Kenapa?" soalnya. Aku cuma menggeleng. Huh, tahu dek tunang aku yang aku naik kereta dengan bos senget aku ni, agak-agak dia cemburu ke tak? Haha. Ralit melayan perasaan, akhirnya kami sampai ke pejabat. Aku mencapai semua barang aku tadi lalu aku bergegas menuju ke kereta aku. Adam tercengang.
" Bos, saya tak sambung kerja. Saya nak balik kampung, ada hal!" kataku lalu terus masuk ke dalam kereta. Start enjin, aku terus brgerak. Adam tersenyum sendirian, sambil membawa semua dokumen ke pejabat. Sambil melangkah ke GSA Holdings, dia bersiul.
**************************************************
Aku sampai ke kampung hampir Maghrib. Emak menyambut aku dengan ciuman bertubi- tubi. Adeh, mak! Orang bukan tak balik 10 tahun! Huh, aku yang masam-masam ni dia nak cium jugak! Aku memeluk emak.
" Naik le dulu, dah maghrib tu! Mak kamu tu excited bebenor, macam dia pulak yang kena pinang," laung abah dari arah pintu. Aku ketawa melihat mak menjeling.
" Agaknya mak teringat zaman dia kena pinang dengan abah dulu kot?" aku memerli sambil aku peluk bahu emak. Mak memeluk lenganku lalu kami beriringan naik ke rumah.
" Abah dulu pinang mak, macam kamu jugaklah! Orang tua-tua je datang, abah takde nak ikut, silap-silap kena silat dengan uwan kamu," kata abah lalu dia ketawa. Aku menyalami tangan abah lalu aku terus masuk ke dalam bilik. Nasib baik baju banyak, balik sehelai sepinggang pun okey ape. Haha.
Selesai mandi dan solat maghrib, aku keluar ke ruang tamu. Kelihatan emak, abah dan dua orang adikku sedang menonton tv. Mazlan dan Muzzaid menyalami tangan aku. Aku duduk di sebelah emak. Kemudian emak menghulurkan dua kotak cincin kepadaku. Aku terus membuka kotak cincin tersebut. Macam gelojoh! Haha.
" Wah! Cantiknya cincin orang!" kataku. Emak tersenyum melihat aku terus memakai cincin itu di kedua-dua belah tanganku. Wah, berseri gitu! Aku tersengih.
" Jangan pecat sesuka hati pulak!" pesan emak. Aku angguk.
" Mak, gambar dia ada tak?" soalku. Emak dan abah berpandangan.
" Laa, bakal mak mertua kamu kata kamu dah saling kenal. Dah tu buat apa nak gambar- gambar lagi?" soal emak. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
" Aah, lupa!" aku berlakon jelah.
" Kamu tak tahu ke dia nak meminang kamu?" soal abah.
" Tak tahulah, bah! Dia tu suka surprises gitu," jawabku. Aku lihat abah angguk. Dek kerana excited sangat dapat pakai cincin tunang, aku ralit melihat cincin berlian. Nampak cantik pulak kali ni. Dengan bekas tunang aku dulu, takdelah lawa macam ni. Tapi cincin ni macam familiar je pada pandangan aku. Ah, lantaklah! Janji cincin ni lawo! Haha.
" Achik tak betul, senyum sorang-sorang!" Mazlan menegur membuatkan aku tersentak. Bila aku panggung kepala, mereka semua memandangku dengan muka hairan. Aku tersengih.
" Terlebih gatal nak menikah, macam itulah ghopenye," jawab emak selamba. Kami tergelak.
" Hah, cakap pasal nikah, bila tarikhnya? Dah tetap ke belum?" soalku.
" Haah, lupa pulak abah. Dah tetap, 3 bulan dari sekarang," kata abah. Aku tersedak. Lagi 3 bulan? Biar betul bakal suami aku ni! Tak sabar sangat ke?
" Macam desperate je dia ni?" keluhku. Emak ketawa.
" Itu yang sebaiknya. Tak elok bertunang lama-lama," kata emak. Aku mengiyakan jelah. Harap-harap semuanya sempat. Adeh! Aku kembali memicit dahi.
****************************************************
" Puas hati kamu?" soal ibunya. Adam bermain dengan jarinya lalu dia bersandar.
" Umi rasa tak cepat sangat ke?" soal Adam.
" 3 bulan tu cepatlah! Kenapa? Nak cepatkan lagi?" soal Puan Sri Sabrina membuatkan Adam menjegilkan matanya. Huh, umi nie! Aku dah gelabah biawak dia boleh buat lawak pulak! Adam menjeling. Mereka ketawa.
" Abi rasa tu tempoh cukup elok," kata ayahnya pula. Adam mengeluh. Nak kata apa, umi dengan abi dah setuju, so setuju jelah!
" Adam serahkan pada umi, mak, kak Lin dengan adik-adik untuk siapkan majlis Adam tu," kata Adam. Puan Sri Sabrina tersenyum. Macam mana pun memang dia dengan tiga orang anak perempuannya yang akan menyiapkan semua tu, disebabkan cuma Adam saja anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Adam tersenyum dalam diam. Macam manalah gelagat bakal isterinya di saat ini. Mesti clumsy macam selalu. Haha.
***************************************************
Aku berbaring atas katil sambil memandang siling. Kepala aku masih lagi pening sebab tengah fikir, siapalah yang berani meminang aku dalam sehari saja ni. Apa pulak penerimaan Nadia dengan Aziah sebab aku bertunang tergesa-gesa macam ni. Tapi aku tak kisah pun sebab masih beradat jugaklah, orang tua dia yang datang. Dia...siapakah dia ni ye? Hurm..
Next Monday aku masuk ofis, harap-harap Nad tak tanya soalan banyak-banyak kat aku. Dan yang pasti, bos senget aku dah tak boleh ganggu aku lagi, sebab hujung minggu ni dia pun akan bertunang. Nasib baik bukan aku yang jadi pilihannya. Kalau tak, aku boleh jadi kurus sebab selalu makan hati dengan dia. Haha.
Baru dok berangan nak pilih tema untuk hari pernikahan, telefonku berbunyi tanda isyarat mesej masuk. Aku mencapai telefon. Aik? Ni nombor siapa pulak? Aku tak kenal pun. Aku membalas mesejnya dan dia memperkenalkan dirinya. Oh, tunang aku rupanya. Kami saling membalas mesej, dan akhirnya mesej terhenti apabila aku bertanyakan dia bekerja di mana. Malas nak tunggu, aku meletakkan telefon di sebelahku, dan aku terus menarik selimut. Mata pejam tetapi hati berdebar-debar. Siapakah gerangan bakal suamiku itu? Semuanya masih menjadi misteri bagiku.
Rasa macam nak buka facebook je saat ni. Pantas aku bangun dan mencapai beg laptop yang berada di hujung katil. Suis aku hidupkan dan aku membuka laptop. 10 minit kemudian aku buka laman facebook. Hah? Bos tak tidur ke? Adeh, menyesal pulak terima dia jadi kawan ni!
Dia menegur aku, tanya kenapa aku tak tidur lagi. Aku jawablah aku sedang chat dengan tunang aku. Dia pun turut beritahu aku yang dia pun sedang chat dengan tunangnya. Ceh, semua nak tiru aku je bos neh! Bila aku minta gambar tunangnya, dia kata rahsia, nanti tak surprise dah lah! Eleh, poyo je bos ni! Malas aku nak online lama-lama, aku terus log out. Aku tutup suis dan tutup laptop aku.
Kebosanan melanda. Sambil meniarap, aku membelek lagi cincin berlian di jari kananku. Cantik sangat! Teruja perasaan aku bergelar tunang orang, sama seperti perasaan aku 4 tahun lepas. Cuma kali ni lebih surprise sebab aku tak kenal rupa bakal suami aku lagi. Kalau yang dulu tu sebab aku dah kenal dia dari sekolah menengah. Jadi takdelah excited sangat! Ruzlan, kau buat aku kecewa kerana kawan baik aku, sekarang aku akan buktikan kepada kau yang aku jugak boleh hidup bahagia tanpa kau!
Dalam rasa seronok campur sedih, akhirnya aku terlelap.
*********************************************************
" Alah, dia out pulak!" keluh Adam, lalu dia pun keluar dari laman facebooknya. Seketika kemudian, dia tersenyum melihat wallpaper skrin laptopnya. Wajah insan yang membuatkan dia angau. Benarlah kata Muiz, aku sudah jatuh cinta pada dia. Adam tersenyum sendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan