30 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 19

     Aku kalut menyemak data audit untuk fail plaza JB, tempat Ruzlan. Tiga hari telah berlalu dan Adam semakin pulih. Dia minta aku menyiapkan segera semakan itu sebelum dia sendiri turun ke Johor Bahru. Aku memicit dahi, kembali pening. Ini bukan pening migrain, ini penyakit alahan yang dah menular semula kepada aku. Adeh! Mata menjeling jam dinding, sudah hampir pukul 6 petang.
     " Kau okey ke tak ni?" soal Nadia. Aku mendongak.
     " Peninglah, babe!" jawabku. Dia bangun dan menghampiriku.
     " Nak rehat dulu? Aku siapkan fail klien DWE ni untuk kau," pelawanya. Aku mengundur sedikit lalu bersandar sambil memejamkan mata manakala Nadia sudah mengambil tempatku dan meneruskan kerjaku yang belum siap lagi.
     " Adam dah okey?" soal Nadia. Aku cuma mengumam. Dia menjeling.
     " Apenye?" aku menjawab lemah. Nadia berhenti menaip di laptopku, lalu berpaling memandang ke arahku.
     " Are you pregnant, May?" soalnya. Aku membuka mata lalu tersengih. Nadia membeliakkan matanya, besar.
     " Lahabau kau! Bukan nak inform kat aku!" marahnya. Kemudian dia memelukku.
     " Tahniah, May. Dah berapa bulan?" soalnya gembira.
     " Hampir sebulan. Yang Adam alah teruk dua tiga hari lepas sebab ni lah," jawabku. Nadia ketawa. Belum sempat dia menjawab, telefonku berdering. Nadia memandang pada skrin telefon lalu berpaling padaku. Aku mengangkat kening sebelum dia menyerahkan telefon itu padaku. Ah, sudah! Ruzlan!
     " Assalamualaikum, May. Sibuk ke?" soalnya dengan riang. Aku hempuk jugak mamat tak faham bahasa ni.
     " Waalaikumsalam. Hurm, nak apa? Aku banyak kerja ni," jawabku.
     " Aik? Dah pukul 6 lebih ni, sayang. Tak balik lagi ke?" soalnya. Sayang?
     " Don't you dare called me 'sayang', Lan! I'm married!" jawabku keras. Kelihatan Nadia mencebik, meluat.
     " You ni, selalu nak mengelak dari I. Balik pukul berapa? I'll pick up you nanti ye?" soalnya. Aku sudah membeliakkan mata lalu terus duduk tegak.
     " You jangan buat gila, boleh tak? I balik dengan husband I lah!" jawabku kasar. Nadia melopong. ' Nak datang pick up bini orang? Gila ke apa?' hatinya menyoal.
     " tau you masih marahkan I sebab kisah dulu, tapi I ada alasan yang tersendiri. Cuma kali ini janganlah you nak elak dari I and bagi alasan bodoh tu, May," kata Ruzlan. Aku tersentak. Kali ini aku rasa si Ruzlan memang melampau!
     " Look! I tengah siapkan fail JB you tu. Dah siap, si Adam akan turun audit sana. So sekarang ni I betul-betul banyak kerja dan I tak ada masa nak main-main cinta kat sini," aku menerangkan. Kedengaran Ruzlan ketawa, dan tawanya menyakitkan hatiku.
     " Kenapa bukan you yang turun JB? I nak you yang turun audit sana," katanya. Ya ampun! Banyak songeh pulak mamat ni aih! Nak tak nak, aku kena berterus-terang.
     " Because I'm pregnant, Lan! Husband I tak bagi I travel jauh-jauh!" kataku. Ruzlan mendengus.
     " Bohong!" katanya.
     " Betul! Adam pun bagi arahan yang sama. Okeylah. I'v got to go. Take care!" aku terus mematikan talian. Bengang sangat. Nadia mengerutkan dahi.
     " Kenapa kau tak bagitahu dia yang Adam suami kau?" soalnya. Aku terdiam.
     " Biarkan. Tak penting untuk dia tahu siapa suami aku," jawabku. Nadia sudah menggelengkan kepala. Kemudian terdengar suara Adam dari biliknya.
     " Korang berdua dah siap kerja? Nak tutup ofis dah ni," laungnya.
     " Dah, bos!" jawab Nadia sambil bangun menuju ke mejanya. Aku mengemas mejaku.
     " Baik kau berterus-terang dengan Ruzlan, May! Kalau tak selagi itulah dia akan merayu kau. Kalau Adam dapat tahu, dah jadi salah faham pulak," kata Nadia. Aku termenung sehinggalah aku tersedar apabila Adam mencuit hidungku. Aku tersenyum malu.
     " Jom, balik. Tak kan nak tidur kat sini kot?" perlinya. Aku tergelak.
     " Apa salahnya kalau pihak management siapkan tilam dan bantal," jawabku pula. Adam menjegil matanya kepadaku. Haha. Kami beriringan menuju ke parkir kereta.
    ******************************************************************************************
     Aku terbaring di atas katil sambil memicit dahi. Lepas masak makan malam untuk suami tercinta, ewah! Haha..lepas masak untuk dia, aku tak dapat temankan dia makan. Pening sungguh. Siaran yang terlayar di tv depan mata pun tak mampu aku nak tengok. Pejam mata sambil mendengar berita.
     Kedengaran pintu dibuka, dan Adam masuk. Bila dah tinggal berdua ni maka waktu tidur pun jadi awallah. Kalau bertiga macam mana agaknya yer? Nak ke si Adam Usyair ni jaga baby aku tengah-tengah malam? Haha. Tak dapat aku nak bayangkan, pepagi si Adam pergi ofis dengan mata burung hantunya.. Hahaha. Aku tergelak dengan mata terpejam.
     " Uih? Tidur ke mengigau ni, yang?" soal Adam yang sudah bersandar di sebelahku. Aku membuka mata lalu tersengih. Nak sengih pun tak larat, korang tahu? Aku mengiring menghadapnya lalu ku pejamkan mata kembali.
     " Adoi, teruk beno sakit si debab abang ni, ye? Last week kemain lagi ketawakan abang, now it's your turn," perli Adam sambil mengekek-ngekek. Tanganku menggagau mencari perutnya yang tidak berbaju lalu aku cubit. Terdengar dia mengaduh kecil.
     " Takde makna nak ikut turnlah cik abang sayang. Dah memang sejak azali lagi every mom wanna be akan mengalami morning sickness. Cuma you tu mengada-ngada lebih. Tapi bagus jugak abang kena sekejap, baru tahu macam mana perasaan semua bakal-bakal ibu," sindirku.
     " Amboi, mulut! Dalam dok macam ni pun ada hati nak kenakan abang balik ye?" soal Adam sambil mencubit pipiku. Aku tergelak.
     " Ni apa pesen bercakap sambil pejam mata?" soalnya.
     " Pesen orang pening. Dah lah, jangan kacau. Nak tidur," kataku sambil menepis tangannya yang bermain rambutku.
     " Esok tak payah masuk ofis ye?" pujuknya. Terus mataku terbuka. Encik suami bagi cuti? Terasa sengihan aku melebar. Haha.
     " Fail audit DWE belum siap lagi," kataku.
     " Takpe, yang itu abang suruh Nad buat. Tak payah pergilah, rehat je kat rumah, okey?" katanya sambil mencium pipiku. Pantas aku mengelak lalu menolak badannya, menjauh. Dia tercengang.
     " Busuklah!" aku mencebik. Adam menjungkit kening, lalu dicium kedua-dua lengannya. Aku dah mula bangun dan turun dari katil menuju ke bilik air. Rasa mual sudah menggila.
     " Mana ada bau! Abang mandilah tadi!" jerit Adam dari luar bilik air sedangkan aku di dalam bilik air sudah lembik lutut. Adam bergegas masuk lalu dia mengurut belakangku.
     " Abang, please keluar. Tak tahan," rayuku sambil menolak tubuhnya. Adam tergelak lalu keluar sambil membebel.
     " Tulah, dulu kata orang, sekarang dia yang teruk," perlinya lalu terdengar pintu bilik di tutup. Allah, abang oi! Saya bukan suruh keluar bilik, ini faham ke tak arahan aku ni? Perlahan-lahan aku menapak keluar lalu naik semula atas katil. Aku baring lalu berselimut dan memejamkan mata. Seketika kemudian Adam masuk semula sambil membawa sepinggan buah oren masam untukku. Dengan hati-hati dia mengejutkanku. Aku membuka mata.
     " Nah, makan buah oren ni. Ingat abang tak tahu, awak tu loya sebab bau badan abang, kan?" soalnya sambil tersengih. Aku mencapai buah oren yang disuakannya. Mujur dia memahami ragam orang mengandung ni. Ini kalau time camni dia buat lawak bodoh, jangan marahlah kalau keluar ayat, "sila tidur luar malam ini!" Hahahaha. Berkerut-kerut muka aku menahan masam buah tetapi yang bagusnya, hilang rasa mual. Adam kembali bersandar.
     " Abang hantar yayang balik rumah umi, ye? Boleh umi tolong tengokkan," usulnya. Aku terus menjegilkan mata.
     " Tak naklah susahkan umi! Lagi pun umi belum tahu lagi. Biar jelah sayang duk rumah," aku menjawab. Dia memandangku dengan serius.
     " Nak duk rumah?! Kalau terjadi apa-apa, sape nak tolong tengok? Cakap pakai otak boleh tak?" soalnya tegas. Aku diam. Ini takde-takde, keputusan memang kena pergi rumah mertua. Huhu. Adam baring lalu tarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Huh, marahlah tu! Aku mencebik.
     " Abang dengar!" jawabnya dari dalam selimut. Aku yang sedap dok kunyah buah oren, terkedu.
   ******************************************************************************************
     Aku malas nak bangun bersiap untuk ke rumah mertuaku. Aku belum lagi memberitahu berita gembira ini pada umi, tapi pada mak, aku dah maklumkan lepas Adam dapat tahu. Mak kata, melompat si Zaid dengan Lan bila dapat tahu aku mengandung. Apa punya adik pun aku tak tahulah!
     " Belum siap lagi?" soal Adam sebaik saja dia keluar dari bilik air. Aku kembali berbaring lalu menarik selimut menutupi badanku yang sikit seksi, berkemban lepas mandi. Hehe.
     " Pening, nak berjalan pun tak larat," jawabku lemah. Adam menuju ke almari baju lalu mencapai bajuku, termasuk baju yang kecil. Mukaku berbahang. Dia menghampiriku.
     " Meh abang tolong siapkan. Lepas abang hantar ke rumah umi, abang ada meeting kat Shah Alam. Cepat, bangun," katanya sambil menarik tanganku. Malu menatap wajahnya yang tersengih dari tadi, aku memejamkan mata sambil membiarkan dia menyiapkanku. Sambil memakaikan baju, aku terdengar dia mengeluh. Tulah, tadi gatal sangat nak siapkan aku! Tahanlah kat situ! hati aku menyindir.
     " Fair and square, yayang siapkan abang, now abang siapkan yayang. Tapi, abang yang tak tahanlah pulak," keluhnya dengan perlahan. Aku berpaling memandangnya yang sudah terkebil memandangku dengan mata yang kuyu. Oh, no! Not now? Aku mencapai baju lengan panjang dari tangannya dan terus memakainya. Kemudian aku mencubit pipinya lalu aku bangun menuju ke meja solek. Dia memandangku lalu mengeluh.
     " Lain kali, dah tahu diri tu tak boleh nak tahan bagai, jangan gatal nak siapkan sayang. Sayang okey je siapkan abang, ini dah jadi lain pulak. Kalau dibiarkan, memang akan terjadilah yang lain tu," bebelku sambil memakai tudung. Hilang sudah pening kelam akibat perangai encik suami sebentar tadi. Dia bangun lalu menghampiriku, dan memelukku dari belakang. Terasa nafasnya tidak teratur. Pantas aku meleraikan tangannya yang melingkari pinggangku, dan aku menoleh.
     " Cepat, nanti nak meeting lagi," lalu aku mencapai beg baju dan beg kerjanya. Adam mengeluh lalu meraup rambutnya. 'Gatal sangat nak siapkan dia, sudahnya aku yang tak keruan!' hatinya ketawa. Dia berpaling lalu mata kami bertatapan.
     " Hilang dah pening?" soalnya sambil tersengih. Aku menjeling tajam. Dia memeluk bahuku lalu kami beriringan keluar.
  *******************************************************************************************
     Aku melambai-lambai sebaik saja kereta Adam bergerak meninggalkan perkarangan banglo mewah Tan Sri Ghazali. Umi memeluk bahuku erat.
     " Mari masuk, May. Patutlah minggu lepas sakan si Adam tu uwek-uwek, rupanya kamu dah ada isi. Alhamdulillah, syukur pada Allah," kata Puan Sri Sabrina sambil mencium pipiku. Kami duduk sebentar di buaian besi.
     " Macam mana Adam? Dia happy?" soal umi. Aku tersengih.
     " Tapi mula-mula nak surprisekan dia, tak menjadilah umi. Dia dapat tau sendiri then marah saya sangat-sangat," aku membuka cerita. Umi ketawa.
     " Mau tak marah, dia mabuk pening sebab kamu, kamu boleh kenakan dia," jawab umi. Aku bersandar pada bahu umi, sambil pejam mata.
     " Pening lagi?" soalnya. Aku mengangguk.
     " Jom naik, berehat. Hari ni May tak payah nak masak, mak dengan umi masakkan May bubur," kata Puan Sri Sabrina. Terharunya aku apabila mertua begitu mengambil berat. Kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
     " Umi, takpe ke saya dan Adam tinggal kat sini dalam 2-3 hari? Tak susahkan umi dengan abi serta mak ke?" soalku sebaik saja aku berbaring atas katil di bilik Adam. Puan Sri Sabrina tersenyum. Sememangnya wanita ayu di depanku ini murah dengan senyuman. Bertuah abi dapat umi, bertuah Adam ada umi.
     " Apa pulak cakap macam tu? Umi lagi suka. Umi boleh tolong jaga kamu sampai kamu sihat kembali. Tak jadi masalahlah," jawabnya jujur. Aku tersenyum.
     " Umi nak keluar dulu. May nak makan apa-apa?" soalnya lagi. Aku menggelengkan kepala.
     " Saya nak berehat dulu, umi. Nanti lapar saya turun sendiri," jawabku. Dia mengangguk lalu keluar dan menutup pintu. Aku menarik selimut lalu memejamkan mata. Baru saja aku nak fly jauh, terdengar telefonku berbunyi tanda mesej masuk. Aku menggagau telefon di meja sebelah. Lepas baca mesej, aku tergelak. Dari encik suami rupanya.


      My Love : Yayang...abang terbayang yayang pagi tadi. Tak sabar nak balik ni! :(


     Aduhai, parah betul laki aku ni. Kalau dia ada kat depan aku, ikon :( tu mesti macam muka dia cuma mata dia akan nampak kuyu je. Haha. Pantas aku membalasnya,

      May : Oh, sedapnya tidur atas tilam empuk abang ni, diselimuti cormforter satin dalam suasana dingin aircond seluruh bilik...tambah sedap kalau tidur dalam dakapan abang yang warm and passion.. ;)


     Kemudian aku menghantar mesej nakal itu sambil ketawa mengekek-ngekek. Saja nak bakar perasaan tidak sabar encik suami. Petang ni conform, balik awal dari biasa. Hahaha. Kemudian aku sengaja mematikan telefon lalu menyambung tidur apabila pening sudah kembali menyerang.
  *******************************************************************************************

     Aku sedang melayan tv di ruang rehat tingkat atas, selepas solat Asar. Hari ni empat kali aku vomit sampai lembik rasanya. Mujur umi memahami dan tidak membenarkan aku turun naik tangga. Mak menghidangkan aku tomyam campur masam-masam kurang pedas, itu pun tak habis. Sedang aku bermain game di handphone, terdengar deruman kereta di perkarangan rumah. Aku memandang ke arah jam dinding, hampir pukul 5.45 petang. Kemudian aku tersenyum sendiri. Si Adamlah tu, siapa lagi nak balik awal kalau bukan dia.
     " Hai? Awal pulak kamu balik hari ni? Selalu tu kalau bulan tak muncul, kamu pun tak reti nak balik!" perli umi membuatkan aku tergelak sendirian. Aku menjeling ke arah tingkat bawah dan kelihatan Adam tersengih sumbing depan ibunya.
     " Risaukan Maylah, umi," jawabnya. Huh, penipu betul laki aku ni! Sambil dia menapak anak tangga, kedengaran ibunya membebel lagi.
     " Apa yang kamu nak risaukan? Umi ada, mak pun ada! Ini tak lain, rindukan si mom wanna be lah tu," perlinya lagi. Aku sudah menahan ketawa sampai merah padam muka aku. Hai lah, umi. Anak lelaki umi ni bukan risaukan saya, dia dah kemarukkan saya, hatiku menjawab.
     " Mana ada? Pandailah umi ni. Okeylah, Adam nak jumpa mummy kat atas tu," katanya lalu bergegas naik ke atas untuk mengelakkan uminya menyindir lagi. Sambil berjalan menuju ke arah bilik, mata Adam terpandang ke arahku yang tersengih melihatnya. Pantas dia menuju ke arahku lalu mengucup dahi dan pipiku sebelum berlabuh di sebelahku. Aku melihat mukanya kemudian aku ketawa lagi. Dia menjeling.
     " Sukalah tu ye, dengar abang kena perli?" soalnya sambil membuat muka merajuk. Aku ketawa sambil mengusap rambutnya. Dia berbaring atas ribaanku.
     " Menipu umi yer. Tak baik tau," aku menyindir. Dia tersengih.
     " Habis, yayang nak ke abang cakap yang abang balik ni sebab nak bersama dengan yayang? Lagi malu kalau umi tau," katanya. Mukaku merona merah apabila dia mencuit hidungku.
     " Nakal!" usikku. Dia tergelak.
     " Abang ingat abang je nakal, tak sangka yayang pun nakal jugak! Tak senang abang buat kerja hari ni, asyik teringat yayang je. Tambahan pulak sebab kes pagi tadi..." sambil tersengih dia meleretkan ayat tersebut. Aku menjegilkan mata kepadanya.
     " Tak malu!" aku mencebik. Dia ketawa.
     " Habis? Sape suruh bakar perasaan abang? Kemain lagi yayang yer...siaplah malam karang," jawabnya tersengih-sengih sambil bangun untuk menuju ke bilik, menukar pakaian. Aku menjeling.
     " Takde, takde. Malam ni abang tidur di bilik tetamu," jawabku selamba. Dia yang baru ingin beredar berpatah semula dan menghampiriku. Tanpa amaran, bibirku diciumnya, lama. Merah padam mukaku jadinya.
     " Yayang cakap lagi sekali, abang dukung masuk bilik," jawabnya sambil tersengih puas. Aku memandang ke arah lain, malu dan segan sebab dia ni tak bagi hint langsung nak kiss.
     " Berapa kali vomit hari ni?" soalnya sambil berdiri.
     " Empat kali, encik suami," jawabku. Dia tersenyum lalu mengucup ubun-ubunku.
     " Lepas ni mandi, dok dalam bilik. Abang nak bersembang lama dengan yayang," katanya lalu terus berlalu ke dalam bilik. Aku memegang pipi yang ku rasakan semakin berbahang. Terdengar dari dalam bilik air, Adam menyanyi dengan gembira. Huh, rosak betul otak laki aku hari ni! Semuanya  sebab mesej nakal dari aku! Hahaha, tak tahan dugaan rupanya si singa GSA Holdings ni. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke arah bilik kemudian menutup pintu perlahan. Encik suami sudah rindukan si debab kesayangan dia ni. Hehe.

16 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 18

     Terkocoh-kocoh aku membawa beg bimbit Adam masuk ke dalam kereta, sedangkan aku belum siap sepenuhnya. Kemudian aku masuk semula ke dalam rumah untuk memakai tudung. Setelah siap semuanya aku menuju ke arah kereta BMW milik Adam, di mana dia telah menantiku di dalam kereta.
     " Bawak kereta hati-hati," laung umi dari dalam rumah, dan aku membalasnya kembali. Sebaik saja aku masuk ke tempat duduk pemandu, aku terus memecut kereta menuju ke klinik. Sesekali aku menjeling ke arah Adam yang duduk di sebelahku. Terlena dengan nyenyaknya. Semalam hampir pukul 4 pagi dia bangun dan mengadu nak termuntah lagi. Belum sempat aku membuka lampu, habis permaidani menjadi tempat lambakan sisa makanannya. Pagi ni kelam kabut aku menyiapkan diri sambil berkemas semua tu. Mujur ibu mertua sudi membantu, memandangkan aku kena bawak Adam ke klinik.
     Setengah jam kemudian selepas melalui kesesakan trafik, akhirnya aku sampai di Klinik Auni, klinik Doktor Hanif dan isterinya. Mencari parkir yang sesuai, aku mengejutkan Adam. Tercengang-cengang dia melihat kami sudah tiba, bukan di kawasan ofis. Kelat mukanya apabila terpandang nama klinik di depan mata. Haha.
     " Cepatlah! Nanti lambat sayang nak masuk ofis ni!" aku mula membebel apabila melihat dia masih kaku di kerusi.  Agaknya tak tahan mendengar aku berleter, dia bangun lalu keluar. Aku menutup pintu lalu memimpin dia masuk ke dalam klinik. Aku terus ke kaunter pendaftaran manakala Adam terus duduk. Seketika kemudian, Doktor Hanif keluar dari biliknya dan terus menghampiri kami.
     " Haa, kenapa pulak kali ni, May?" soalnya. Aku tersengih.
     " Lepas saya pengsan hari tu, ini kena dekat Adam pula, doktor. Hari ni dah masuk hari ketiga dia macam ni, pening dan muntah," jawabku. Doktor Hanif ketawa lalu membawa Adam masuk ke biliknya. Aku menanti di luar sebab, kalau aku masuk nanti aku ketawa kuat melihat muka Adam yang takut jarum tu. Sambil berjalan keluar, aku tak sedar yang aku berada di kaki lima klinik. Aku baru perasan yang sebelah klinik doktor keluarga suami aku ni, ada sebuah farmasi. Bila teringat yang minyak Cap Kapak sudah hampir habis, aku terus masuk ke dalam farmasi itu.
     Sambil mata meliar memandang sekeliling, minyak angin sudah ku capai. Tiba-tiba mata aku terpandang ke arah sesuatu benda yang menarik minatku untuk mencubanya. Pantas aku terus ke kaunter pembayaran. Juruwang itu tersenyum memandangku, dan aku pula tersengih.
     Selepas membayar, aku terus keluar lalu masuk semula ke klinik. Staff di kaunter memberitahu yang suamiku belum keluar lagi. Dengan itu aku mengambil kesempatan lalu terus ke bilik doktor Asyikin lalu aku menceritakan masalahku. Dia memberi cadangan kepadaku mengenai alat yang aku tengok sebentar tadi lantas aku terus menuju ke bilik air.
     Aku menepuk pipiku beberapa kali! Tak mimpi nih! Aku gigit bibir, sakit! Betul ni! Bukan cubaan! Haha. Berdebar-debar aku menuju ke bilik doktor Munirah sedangkan dia sudah memandangku sambil tersenyum.
     " Macam mana, May?" soalnya lembut.
     " Tak kan kot, doktor? Saya okey je?" soalku sambil duduk. Dia tersenyum.
     " Test kit?" soalnya sambil menadah tangan. Aku malu untuk menyerahkannya.
     " Alah, positif," jawabku sambil meletakkan kit percubaan di atas dulang aluminium depannya. Aku menguntum senyum dan doktor Asyikin terbeliak matanya.
     " Haih! Ini bukan main-main! Positif pun dibuat lawak ke?" soalnya marah-marah manja. Aku ketawa.
     " Jangan bagitahu Adam atau keluarga Tan Sri lagi ye, doktor? Saya nak buat surprise!" kataku perlahan, malu-malu. Padahal aku yang tersurprise gila tadi. Selepas doktor Asyikin mengambil keterangan dariku, dia tersenyum panjang.
     " Tahniah, Puan May. Awak hamil 3 minggu. Bunting pelamin nampaknya ni," katanya. Aku tergelak besar. Tak kisah la pelamin ke, khemah ke, janji Alhamdulillah. Selepas mengambil keputusan ujian tadi, aku bersalaman dengannya. Keputusan ujian itu aku simpan dalam beg tangan sebelum keluar. Sebaik keluar, kelihatan Adam memandangku pelik. Mukanya berkerut menahan sakit. Dah sahlah ni, kena inject kat mana-mana bahagian tubuh. Aku ketawa dalam hati. Hai, encik suami sayang. Kesian awak kena morning sickness dua hari ni ye. Tapi takpe, awak yang uwek, uwek pun sebab dah ada baby dalam ni. Aku sengih menutup kegugupan di hati.
     " Macam mana? Apa kata doktor?" soalku. Dia menjeling.
     " Takde sakit apa pun. Dia kata salah makan kot. Salah makan apa? Dah masuk 3 hari sampai badan lembik je," rungutnya.
     " Kena inject tak?" soalku. Dia menjeling. Hurm, kenalah tu kalau muka dah kelat semacam. Aku bangun lalu memimpinnya menuju ke kereta.
     " Nak pergi ofis tak?" soalku. Dia angguk. Alahai, workaholic betul suami aku ni. Akhirnya aku memandu kereta terus ke pejabat.
      *********************************************************************************************************
     Waktu rehat, aku menemani Adam di biliknya. Makan pun aku minta Nadia dengan Aziah tolong bungkuskan. Sambil melayani facebook di laptopnya, sesekali aku menjeling ke arahnya yang sedang tidur di sofa. Pucat lesi mukanya.
     " Yayang," rengeknya sambil memandangku. Aku memandangnya sambil tersenyum. Cadang di hati nak bagitahu dia tapi aku fikir, elok jugak biarkan dia kena morning sickness sampai sebulan. Bila dah habis barulah aku bagitahu cerita sebenar. Hihi, jahatkan aku? Aku berjalan menghampirinya lalu aku duduk di sebelahnya. Dia meletakkan kepalanya di atas ribaku.
     " Kenapa dengan abang ni, yayang? Abang betul-betul tak larat," keluhnya. Aku tersenyum. Untung betul suami yang kena alahan dulu. Haha.
     " Tak baik mengeluh, abang," aku mengingatkannya.
     " Tapi tak larat betul ni. Tadi je dah dekat 4 kali abang muntah," jawabnya lemah. Adeh, ini kalau staff yang lain tengok, mesti tak percaya yang bos singa diorang dah jadi meow Parsi. Haha.
     " Kenapa yayang gelakkan abang...?" rengeknya lagi. Haih, dia ni! Time macam inilah nak soal benda yang aku tak bersuara. Aku terus memicit kepalanya dan akhirnya dia terlena. Lama aku termenung. Agaknya kalaulah aku yang berada di tempatnya ni, apakah dia akan memanjakan aku seperti mana aku manjakan dia tak? Selalunya laki aku ni payah aku nak tengok dia manjakan staff. Tanpa diduga, pintu bilik terbuka dan menjengah wajah Lutfi. Aku kaget, dan terus terasa mukaku merah padam. Lutfi masuk diikuti dengan Nadia yang menjinjit plastik makanan. Mukaku terasa semakin berbahang tapi yang di ribaan aku ni tak menyedari langsung. Mereka berdua masuk dengan senyap.
     " Kenapa dengan Adam ni, May?" soal Lutfi berbisik. Aku memandang Nadia yang sudah tersengih macam kerang busuk. Dia meletakkan bungkusan makanan itu di meja sebelahku.
     " Pening kepala. Dah dua-tiga hari asyik vomit je," balasku perlahan. Dahi Lutfi berkerut. Nadia yang duduk di sebelahku turut kehairanan.
     " Food poisoning kot?" soal Nadia, berbisik.
     " Taklah! Pagi tadi dah pergi klinik, doc cakap dia okey je," jawabku lagi.
     " You pregnant kot?" duga Lutfi. Nadia turut memandangku. Aku terkedu. Telahan Lutfi benar.
     " Jangan nak serkap jarang, ek? You datang ni kenapa?" soalku menutupi kegugupan di hati.
     " I datang nak bagi dokumen ni," kata Lutfi sambil menunjukkan dokumen di tangannya. Aku mencapai lalu meletakkan di sebelahku. Aku menjeling Nadia pula.
     " Kau?" soalku. Dia tersengih.
     " Nak tengok bos. Hihi," lalu dia menutup mulut dari ketawa kuat.
     " Kalau macam tu, takpelah. Nanti you bagi kat dia dokumen tu, okey? I pun tak nak ganggu you berdua berehat. I balik ofis dulu," katanya lalu bangun. Aku angguk lalu Lutfi terus keluar. Nadia tersenyum simpul melihat aku memangku bos kesayangan dia.
     " Sedapnya laki kau dapat tidur dekat tilam Vono," perlinya. Aku menjegilkan mata kepadanya supaya dia berhenti mengarut sebelum suami aku menyampuk dalam tidur.
     " Baik kau diam, Nad! Kang kau kena sebiji dengan bos kau ni," balasku.
     " Bos aku, laki kau jugak," Nadia menjawab. Belum pun sempat aku membalasnya, tiba-tiba...
     " Awak takde kerja ke, Nadia?" soalan yang terpacul dari mulut Adam membuatkan Nadia terkedu. Lantas dia bangun dan terus keluar. Aku berpaling ke arah lain sambil mengulum senyum. Kan dah kata!
     " Amboi, yayang! Sedap ye Nad kata abang tidur atas tilam Vono?" soalnya sambil membuka mata. Aku tersengih.
     " Tak betul ke?" soalku. Pantas tangannya mengutil pehaku. Adoi! Cucu ketam betul! Macam ni rupanya kalau pembawakan budak. Pantas aku mengusap pehaku sebaik saja dia bangun. Dia meraup muka lalu tangannya ditadah di hadapanku. Aku tercengang.
     " Ape?" soalku.
     " Fail yang Lutfi bagi," jawabnya. Aik? Tadi bukan tidur ke? Pantas aku menyerahkan dokumen itu kepadanya. Dia mengambil lalu bangun menuju ke mejanya.
     " Ini kenapa tak log out?" soalnya. Aku bangun terkejut lalu menerpa ke arahnya. Belum sempat aku mencapai laptop, dia terlebih dahulu sudah menutupnya. Aku membuat muncung, lalu beredar untuk keluar.
     " Yayang, meh makan?" soalnya sambil menunjukkan bungkusan makanan yang Nadia beli tadi. Aku menggelengkan kepala.
     " Abang makanlah dulu. Abang kan tak sihat. Nanti sayang lapar, sayang makan eh?" pujukku.
     " Kepala abang dah kurang sikit peningnya. Marilah temankan abang makan," ajaknya. Aku diam. Dia dah sihat? Punah! Lepas ini confirm giliran aku!
     " Abang makan dulu, okey? Sayang ada kerja nak buat ni," jawabku lalu cepat-cepat aku keluar. Terdengar namaku dipanggil namun aku terus menuju ke mejaku. Sampai di meja, aku terus menyambung semula kerjaku yang terbengkalai tadi. Nadia memandangku sambil tersenyum kelat. Padan muka! Haha.
     " Malu aku, babe! Terkena dengan laki kau!" kata Nadia perlahan. Aku ketawa.
     " Sebab tu tadi aku warning sambil jegil mata kat kau," jawabku.
     " Macam manalah kau hadapinya ek?" soal Nadia lalu ketawa.
     " Hadapi jelah! Haha," lalu aku terus ketawa. Kami terus menyambung kerja tanpa bersuara. Aku tersedar hari hampir lewat petang apabila terdengar bunyi suara Zain mengeliat.
     " Buruk beno," kataku lalu Zain ketawa. Yang tinggal cuma aku, Zain, Nadia dan Hanis. Mataku mengerling ke arah jam, hampir pukul 7 petang. Kemudian aku bangun menuju ke arah bilik Adam. Sebaik saja pintu aku buka, aku lihat dia sedang tidur di mejanya sambil menutup muka. Aku masuk menuju ke arahnya namun pandanganku tertumpu pada bungkusan makanan yang masih belum terusik. Dia belum makan? Ya Allah! Pantas aku mengejutkannya. Dia bangun dalam mamai. Ini mesti tidur lepas aku keluar tadi. Lama sungguh!
     " Abang belum makan?" soalku. Dia menggeleng kemudian dia menyendengkan tubuhnya pada tubuhku yang tegak berdiri di sebelahnya.
     " Lepas yayang keluar, kepala abang pening balik! Abang tak boleh bangun pun," keluhnya. Huh! Degil! Nak jugak datang koje! hati aku membebel geram. Aku menutup semua suis elektrik dan suis air cond  lalu aku memintanya tunggu di sofa. Aku keluar lalu melihat yang tinggal cuma Zain dan Hanis.
     " Mana Nad?" soalku.
     " Kak Nad dah balik," jawab Hanis.
     " Hurm, eloklah awak berdua balik. Saya pun dah nak tutup ofis ni. Bos tak berapa sihat jadi nak tutup ofis awal," kataku sambil mengemas mejaku. Mereka berdua mengangguk lalu bersiap-siap untuk pulang. Aku kembali ke bilik Adam lalu memimpinnya keluar. Setelah mengunci pejabat, kami beriringan menuju ke arah lif. 
     Setibanya kami di rumah, belum sempat menukar baju, Adam bergegas berlari menuju ke bilik air di dapur. Aku tersenyum simpul sambil menutup gril dan pintu. Terdengar Adam muntah beberapa kali. Aku naik ke bilik lalu mencapai tuala, dan turun kembali. Keluar saja dari bilik air, aku sudah melambakkan tawa. Pucat giler muka laki aku! Dia menyambut tuala yang ku hulurkan, namun mukanya kelat.
     " Gelak pulak! Abang dah separuh nyawa muntah ni, bukan nak kesian," dia merajuk. Haha.
     " Nak makan apa-apa tak? Sayang nak masak," soalku. Dia duduk di kerusi meja makan.
     " Abang teringin nak makan cendol la, yayang," usulnya setelah lama berdiam diri. Aku yang sedang mencuci beberapa biji buah oren ( untuk Adam), tercengang. Cendol? Ate, mana nak cari malam-malam buta ghope ini abang oi? hati aku menyoal.
     " Mana nak cari cendol malam-malam ini, abang oi?" soalku sambil meletakkan hirisan buah oren di depannya.
     " Nah, makan buah ni dulu! Bagi potong rasa loya tu," aku menambah. Dia mencapai sehiris lalu dimasukkan ke dalam mulut. Aku yang sedang membasuh pinggan menoleh. Aku menahan ketawa. Mukanya berkerut. Haha, oren masam. Sengaja aku beri buah masam supaya dia tidak loya lagi. Mujur, sudah tiga hiris buah itu dimakannya.
     " Terasa-rasa mulut ni nak makan cendol. Hurm, manis gula merah, kacang merah, cendol, lemak santan, sedapnya yayang," omelnya sambil berangan. Aku mencebik. Mulut makan buah oren tapi rasa cendol! Memang parah dah laki aku ni.
     " Itu esok sayang beli. Ni sudah malam, tak jumpa," jawabku selamba ingin mendera perasaannya. Aku menjeling dan melihat dia termenung. Huh, susah kalau lelaki yang mengidam! Aku mengesat tangan untuk naik mandi.
     " Lepas makan, kalau tak habis, masukkan dalam peti ais balik. Kemudian, naik mandi. Bau busuk muntah tu, " aku mengingatkan lalu mencapai beg tangan yang terletak atas meja makan, lalu terus naik ke atas. Sambil naik, aku menghantar mesej kepada Muiz. Cendol untuk suami kena beli jugak! Hehe. Aku tersengih.
     Sewaktu aku sedang mandi, terdengar seperti telefonku berbunyi. Kemudian, sepi. Sekali lagi berbunyi dan aku terdengar suara Adam dari luar.
     " Yayang, phone bunyi tu," jeritnya. Aku tahu, itu pastu Muiz.
     " Jawab kejap, phone dalam beg tangan," jeritku dari dalam bilik air. Seketika kemudian, sepi. Sudah mandi, aku terus keluar. Aku melihat muka Adam merah padam. Aku hampir ketawa namun ketawaku terus mati apabila melihatkan keputusan ujianku petang tadi berada di tangannya. Dia memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku gelisah. Alamak, dah tak surprise lagi! Dia bangun lalu menghampiri aku yang masih belum lengkap berpakaian. Mukanya memang merah padam. Aku berundur beberapa langkah akhirnya aku terperangkap pada almari baju. Kedua-dua belah tangan sasanya mengepung aku. Ah, sudah! Dah nampak tanda-tanda nak naik angin ni!
     " Satu, kenapa minta Muiz belikan abang cendol?" soalnya dengan suara yang direndahkan. Seram pulak aku mendengarnya.
     " Kakak Muiz kan, buka restoran," jawabku jujur. Dia menjegilkan matanya. Kemudian...,
     " Kedua! Ini memang aku betul-betul marah dengan kau! Ni apa? Bila punya test?" soalnya dengan nada marah yang ditahan. Aku terkedu! Dia berubah dah!
     " Jawablah!!" jerkahnya. Bahuku terangkat kerana terkejut. Belum pernah aku dengar dia naik angin sampai tahap ini. Tak semena-mena, air mataku bertakung. Sungguh! Bukan sebab aku takut, tapi aku terkejut. Dia melayang-layangkan kertas keputusan ujian di hadapanku. Aku teragak-agak nak jawab.
     " Dalam keadaan macam ini, kau drive hantar aku ke klinik, pergi ofis, temankan aku sampai dua-dua pun tak makan, ke hulu ke hilir kau layan mood aku, kau tak fikir ke tentang keadaan kau? Kenapa kau pentingkan sangat diri aku sampai diri kau pun kau abaikan?" soalnya dengan tinggi suara lagi. Aku terketar-ketar memegang hujung tuala yang aku rasakan hampir terlucut. Ini marah betul! Sampai dah ubah panggilan! Padan muka kau, May! hatiku mengejek.
     " Sebab abang suami sayang," aku menjawab perlahan. Dia merengus sambil berpaling.
     " Kau seronok sangat tengok aku kena morning sickness sampai 2-3 hari, kau tahu tak dalam keadaan macam ni kalau 2-3 bulan pun aku sanggup! Tapi bukan peluang untuk kau mengabaikan diri kau!" marahnya lagi. Air mataku tumpah. Dia menghampiriku.
     " Aku tak kisah kalau aku sakit, May! Tapi dalam tu, anak aku! Zuriat kita! Kenapa kau tak fikir?" soalnya. Akibat terkejut dijerkah macam tu, lututku rasakan semakin lemah. Aku hampir terduduk namun cepat dia menyambar lenganku. Perlahan aku dibawa ke arah katil lalu didudukkan. Adam meramas rambut lalu mencangkung di depanku. Perlahan jarinya mengesat air mataku.
     " Kenapa nak rahsiakan daripada abang ni?" suaranya dikendurkan kembali. Dia menatap keputusan ujian itu sekali lagi.
     " Sayang nak surprisekan abang. Abang orang pertama yang tahu," jawabku perlahan. Dia mengeluh lalu tersenyum.
     " Okey, ini abang dah tahu. Tapi lain kali jangan buat macam ni. Bahaya! Apa-apa pun boleh terjadi di luar kawalan," pujuknya. Aku tersedu-sedu. Huh, menangis sebab perbuatan sendiri.
     " Ada lain kali lagi ke?" soalku sedu namun hampir tergelak. Dia menjegilkan matanya.
     " Kan abang pernah kata, abang nak tunjuk hero. Hah, ni bukti abang memang hero," sindirnya sambil memegang perutku di balik tuala, lalu mengingatkan aku pada perbualan kami malam minggu lepas. Huh! Malunya!
     " Abang kata lain kali tu, macam sanggup je nak hadapi morning sickness ni lagi," perliku. Dia tersengih.
     " Demi yayang dengan baby, abang sanggup sampai 10 kali pun," dia mengenakanku pulak. Aku terus mencubit lengannya yang tidak berbaju. Dia mengaduh.
     " 10 kali? Abang mengandung sendiri! Macam kuat sangat!" kataku lalu menolaknya. Dia tergelak.
     " Kuatlah, kalau memang nak 10 orang anak," jawabnya.
     " Dah, pergi mandi. Nanti Muiz sampai, cendol cair, abang belum siap," kataku lalu menolaknya masuk ke bilik air.
     " Uih, sedapnya cendol," laungnya dari dalam. Belum beberapa minit, kedengaran dia vomit lagi. Aku yang sedang berpakaian, menoleh.
     " Yayang, abang dah tak larat nak muntah ni," laungnya dengan lemah. Aku tergelak. Eleh, tadi berlagak hero sangat. Baru nak masuk satu, mengaduh macam dah kena 3 anak.
     " Cepat, cendol menanti. Kesian ayah ye, baby? Mengidam nak makan cendol sampai suruh uncle Muiz belikan," aku memerlinya sambil menyidai tuala. Kedengaran Adam membebel dalam bilik air, dan bebelannya kali ini membuatkan aku merasa senang sekali. Perlahan aku mengusap perut sambil tersenyum di atas katil, menanti Adam untuk turun ke bawah bersama-sama.

15 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 17

     Selepas makan malam, Adam terus naik berehat. Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Sabrina tercengang sambil memandangku. Aku tersengih.
     " Pelik umi dengan suami kamu tu, May," kata ibu mertuaku. Aku ketawa sambil melipat kain baju.
     " Hari Isnin ni kamu bawak dia ke klinik dulu sebelum masuk ofis. Nanti abi sampaikan pada Adlina," kata ayah mertuaku pula. Aku mengangguk. Selesai melipat semua baju, aku meminta diri untuk naik ke atas. Mujur kedua mertuaku memahami.
     Sebaik saja aku masuk, kelihatan Adam nyenyak tidur sambil memeluk bantal. Mukanya agak pucat. Aku meletakkan semua baju tadi di dalam almari, lalu berpaling menuju ke arah katil. Dahi Adam aku sentuh. Hangat. Demam pulak encik suami aku ni. Aku mencapai tuala kecil lalu masuk ke bilik air. Tuala itu aku basahkan dan aku keluar lalu meletakkan atas dahi Adam untuk mengurangkan suhu panas badannya. Selesai semua, aku menuju ke sebelah kiri katil, lalu duduk bersandar di kepala katil. Aku mencapai novel kegemaranku, Manisnya Cinta, karya Anis Ayuni. Baru aku baca beberapa baris, aku melihat muka suami aku berkerut-kerut menahan sakit. Eh, kenapa pulak dia ni? Aku meletakkan buku atas meja lampu lalu aku menghampirinya.
     " Abang," aku mengejutkannya, perlahan. Dia mengeluh, kemudian terbatuk kecil. Dia membuka mata.
     " Kenapa ni? Abang okey tak?" soalku. Agak panik sebenarnya.
     " Kepala abang pusing," jawabnya lemah. Aduh, teruk betul sakit yang menimpa suami aku ni. Aku memicit dahinya.
     " Jom, kita pergi klinik?" usulku. Kelihatan dia menggeleng kepalanya. Ewah, degil tahap dewa ni! Dah sakit-sakit macam sotong kena salai pun masih tak nak pergi klinik, hati aku membebel geram.
     " Janganlah membebel,yayang. Abang takde mood nak bertekak ni," jawabnya perlahan. Spontan pergerakanku terhenti lalu memandangnya dengan muka pelik! Apa kena laki aku ni, hah? Malas nak bertanya (sebab selalunya pun macam ni), aku teruskan memicit dahinya. Penat memicit akhirnya aku sendiri tidak sedar pukul berapa aku terlelap di sisinya.
         ************************************************************************************
     Suasana di dapur pada pagi itu kecoh dengan usikan aku kepada Mak Nab (mak) dan umi. Kami semua sedang menyiapkan makan tengahari bermenukan masakan kampung. Abi teringin, kata umi. Kena pulak si Afrina dan Alya balik berdua, bertambah kecohlah nampaknya hari tu.
     " Nab, saya teringin nak rasa masakan lauk asam pedas tempoyak ikan patin si May ni," perli umiku. Aku menjeling.
     " Aik? Umi pun makan tempoyak ke?" soalku.
     " Huih, itu favorite abi kamu tu. Jangan tak tahu," kata umiku lagi. Aku tersengih.
     " Abang?" soalku perlahan.
     " Dia? Kamu masak apa saja dia makan. Dia tak cerewet pasal makan ni. Asal pedas, semua dia tibai. Tolak batu dengan kayu je dia tak makan. Umi rasa kalau batu dan kayu boleh dibuat sambal, takde apa yang tinggal lagi dalam bumi ni," jawab ibu mertuaku lalu kami semua ketawa.
     " Haah, cakap pasal suami kamu, macam mana dia? Dah baik ke?" soal mak. Aku mengeluh.
     " Semalam peningnya bertambah teruk. Pukul 2 pagi rasanya dia bangun muntah-muntah. Dia tu ada kenan ke, mak? Saya rasa, saya sakit sehari je, dia pulak nak masuk 2 hari," jawabku hairan.
     " Ish, seingat mak, dia tu budak paling susah penyakit nak serang. Tapi sekali dah sakit, macam itulah rupanya," jawab mak. Aku menghiris bawang sambil berfikir.
     " Dia salah makan ke, May?" soal umi. Aku menggeleng.
     " Biarlah, mak, umi. Nanti tengahari saya bawak makanan ke atas. Kalau lepas makan ubat tak kebah jugak, esok saya bawak dia ke klinik," jawabku. Kami semua meneruskan kerja sambil sesekali bergurau senda.
     Selepas menghidangkan makanan, aku meminta diri kepada mereka semua untuk naik ke bilik, dengan membawa makanan untuk Adam. Apabila aku menjengah, kelihatan dia sedang terkebil-kebil memandangku sambil berbaring. Alahai, kesiannya aku tengok! Dah takde rupa singa! Hahaha. Aku meletakkan dulang makanan di atas meja kopi, lalu menghampirinya.
     " Abang macam mana? Dah sihat sikit ke? Sayang ada bawakkan makanan untuk abang, jom makan," aku mempelawanya. Dia bangun dengan perlahan namun kepalanya digelengkan.
     " Abang takde selera. Abang nak mandi. Boleh yayang tolong mandikan abang?" soalnya dengan muka sedih. Gulp! Aku menelan liur. Kenapa dia manja lain macam je ni? Kalau fikir dia sakit, okeylah aku boleh terima. Tapi bab kena mandikan dia ni? Alahai, lomah lutut den! Dia masih menantikan jawapanku. Akhirnya aku bangun mencapai tualanya, dan menghampirinya.
     " Jom," aku cuba memaut lengannya untuk bangun. Dia tersenyum namun senyuman itu aku rasakan tawar, tiada seri seperti selalu. Sabarlah sayang, sakit ni Tuhan bagi, hatiku berkata. Dia berdehem saat kami melangkah masuk ke dalam bilik air.
     " Jangan mandikan abang sambil pejam mata ye? Kang tak pasal-pasal yayang tersabun mata abang," perlinya. Aku ketawa namun aku merasakan mukaku kembali berbahang apabila dia sudah membuka pakaiannya satu persatu. Demi menjadi isteri mithali, aku redha melihatnya dalam keadaan begini dari orang lain yang melihatnya.
     Selesai mandi, aku menyiapkannya seperti seorang anak kecil. Siap bersikat rambut dan berbedak lagi. Kelakar pulak rasanya, sebab aku tak pernah tengok laki aku pakai bedak! Haha. Selepas dia kembali duduk atas katil, aku mencapai dulang makanan lalu aku bawa kepadanya. Sambil makan bersuap, aku mengulum senyum. Dia memandangku pelik.
     " Kenapa ni? Senyum-senyum pandang abang? Teringat pasal tadi ke?" soalnya. Hah! Adam Usyair dah kembali. Mukaku merah padam.
     " Tak lah!" aku menafikan. Dia mengunyah sambil tersenyum sindir.
     " Ye ke? Bukan sebab yang tadi?" soalnya lagi.
     " Dah hilang ke pening abang tu, nak sindir-sindir sayang?" soalku. Dia ketawa, perlahan.
     " Kalau macam tu pening selalu pun, abang sanggup. Sebab ada orang yang sudi mandikan abang," jawabnya selamba namun aku rasakan matanya tepat memandang mukaku. Adeh! Parah ada suami macam dia ni!
     " Syok, siap pakai baju, sikat rambut, dan pakai bedak! Abang rasa macam baby pulak," jawabnya. Aku ketawa. Dia pelik.
     " Ada lagi satu yang terkurang," balasku, sambil mengulum senyum. Sudah ada modal untuk mengenakannya semula. Dia mengerutkan dahi.
     " Apadia?" soalnya tanpa mengerti.
     " Kalau abang dah rasa macam baby, sayang lupa satu bendalah! Lupa nak pakaikan abang pampers!" jawabku lalu aku meledakkan ketawa sehingga bergegar katil. Mukanya kembali merah padam namun dia mengulum senyum. Kan, sudah dikenakan oleh si debab! hatinya berkata.
     " Amboi, suka yer dapat kenakan abang? Pampers size abang takde," jawabnya tak mahu kalah. Aku tergelak.
     " Apa susah? Pakai yang orang dewasa punyalah! Muat-muat!" jawabku lalu ketawa lagi. Akhirnya aku tersenyum malu apabila melihatkan dia memandangku dengan satu pandangan yang aku rasa aku sendiri mengerti. Selesai makan, dan makan ubat, dia kembali berbaring. Aku mencapai dulang untuk dibawa turun ke bawah namun pergerakanku terhenti apabila dia memanggil. Aku menoleh.
     " Picit kepala abang, boleh? Abang takut nanti pening balik, habis keluar semua yang abang makan tadi," katanya. Aku tersenyum lalu meletakkan kembali dulang di atas meja. Aku menghampirinya lalu kembali memicit kepalanya. Kemudian, dari tanganku yang memicit dahinya, tangannya pula mengusap lenganku. Adeh, usapan bertukar rentak, lalu petang itu aku 'menemaninya' sekali lagi.
    ****************************************************************************************
     Malam menjelma lagi. Macam mana nak balik rumah sendiri ni? Demam encik suami belum kebah. Lain kali kalau aku sakit, tak nak bagi dia pegang aku lagi! Tak pasal-pasal berjangkit!
     " Apa yang yayang bebelkan tu?" soal Adam sambil mencubit pipiku.
     " Hah?" aku terkejut lalu terpinga-pinga. Pandanganku beralih kepadanya yang sedang mengulum senyum. Huhai! Senyuman yang penuh makna tu! Aku menjeling.
     " Abang tanya, yayang bebelkan apa?" soalnya lagi. Aku diam. Pelik! Macam mana dia tahu?
     " Sayang nak tanya, macam mana abang tahu apa yang sayang fikirkan?" soalku. Dia tersengih.
     " Abang ada six sense tau," jawabnya. Eleh, poyo! Menyampah aku dengar jawapan klise tu. Dia tergelak apabila melihat mukaku kelat. Dia memeluk bahuku.
     " Abang, esok pergi klinik, okey?" usulku. Dia menggeleng.
     " Tak nak!" jawabnya.
     " Ak en na! Kenapa tak nak pulak?" soalku.
     " Takut jarum!" jawabnya selamba. Kah kah kah! Aku lambakkan tawaku. Itu rupanya. Patutlah bila ajak ke klinik ke, mengelak macam nak rak! Dia mencubit pipiku apabila aku masih ketawakannya.
     " Sayang tak peduli! Esok sayang drive, kita pergi klinik dulu, baru pergi ofis. Jangan nak bagi banyak alasan pulak!" aku memberi amaran. Adam tersengih menayangkan gigi siungnya. Aku mencapai sehelai kemejanya lalu menuju ke tempat seterika baju. Perlahan aku menyerika bajunya sambil menyanyi kecil.
     " Sedapnya suara. Terbuai abang dibuatnya," tegur Adam dari arah katil. Aku memandangnya lalu mencebik. Perli aku le tu!
     " Yayang iron baju warna apa?" soalnya. Aku mengangkat tinggi kemejanya untuk dia melihat sendiri warna bajunya.
     " Alah, tiap Monday je kena pakai baju warna hijau. Macam takde warna lain je," rungutnya. Aku menjegil mata ke arahnya.
     " Amboi, mulut! Orang dah iron ni pun, dah besar rahmat tau! Banyak bunyi pulak! Siapa suruh abang pakai baju warna hijau setiap hari Isnin? Sayang pun dah terkena panahan warna hijau abang ni," balasku geram. Dia tersengih.
     " Esok yayang pakai baju kurung hijau jugaklah, ye?" usulnya. Aku mengumam. Selesai menyerika bajunya, aku mencapai baju kurungku dan sehelai tudung bawal berbunga kuning, untuk diseterika pula. Ralit menyerika baju, aku tidak sedar yang Adam menghampiriku. Tersentak apabila tangannya melingkari pinggangku. Aku tersenyum apabila dia meletakkan dagunya di atas bahuku.
     " Kenapa ni?" soalku, lembut.
     " Lambatlah yayang iron baju. Abang nak tidur dah ni," rengeknya. Alahai, suamiku. Kenapalah dua hari ni aku rasakan yang kelakuan Adam ni berlainan sangat? Manja tak hengat!
     " Abang pergi tidur dulu. Nanti sayang dah habis iron baju sayang ni, sayang tidur ya?" pujukku. Dia tetap tidak mahu berganjak. Akhirnya aku membiarkan dia bergayut pada bahuku sepanjang aku menyerika baju kurungku. Manja betul! Aku mengulum senyum. Barulah kini aku memahami sifat diri Adam Usyair Ghazali ni.
     Selesai menyerika baju, aku mematikan suis seterika lalu mengheret tangannya menuju ke katil. Sebaik merebahkan badan, dia memelukku erat. Aku tersenyum dalam tidur kerana aku tahu dia sudah lali setelah memakan ubat demam. Tak sampai beberapa minit, dengkuran halusnya mulai kedengaran. Aku terus tersenyum sambil pelukannya ku eratkan.

13 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 16

     Selepas subuh, Adam kembali menyambung tidurnya, manakala aku keluar mengambil angin sambil melayan perasaan di atas buaian, luar rumah. Tiba-tiba fikiran aku melayang kepada pertemuan yang tidak terduga semalam.
     Ruzlan, hampir 4 tahun dia menghilangkan diri, kini kembali, dengan membawa 1001 kenangan pahit bersamanya. Baru saja terfikirkan dia, tiba-tiba telefonku berbunyi. Alahai, sapelah yang rajin sangat nak call pepagi ni? Aku nak yoga atas buai pun tak senang. Aik? Nombor sape pulak ni? Nak jawab dengan tak, sama banyak je. Alah, jawab jelah! Kot panggilan penting agaknya.
     " Assalamualaikum," aku membuka bicara kepada nombor yang tak dikenali.
     " Waalaikumsalam. May," jawabnya. Aku terkedu, menelan liur. Oh, my! Tak kanlah baru terfikir dia boleh tahu?
     " Yer," jawabku, tak berminat nak sembang panjang.
     " Kau masih macam dulu ye, sentiasa bangun awal," pujinya. Uwek!
     " Well, as you know, and you know it!," jawabku. Dia ketawa.
     " Buat apa hari ni?" soalnya.
     " Hari ni? Melangut, termenung, berangan. Kenapa?" tanyaku berseloroh. Dia ketawa lagi. Allah, I really missed that laugh! Astaghfirullah... aku cepat-cepat tersedar. Aku isteri orang!
     " Jom, keluar? Lama tak keluar dengan kau. Banyak benda nak diceritakan," pelawanya. Aku terkedu.
     " Maaflah, Lan. Aku tak free hari ni," jawabku. Mana mungkin aku nak keluar tanpa izin dan pengetahuan Adam. Nak mampus??
     " Jomlah. Tak kan kau dah tak sudi nak keluar dengan aku," rayunya. Alahai, ini yang lemah. Aku mengerling ke arah bilik, masih gelap. Lama aku berfikir.
     " Nanti aku mesej kau lain," kataku lalu mematikan talian. Nak bertanya dari mana dia mendapatkan nombor aku, dah sah-sah laki aku yang bagi, kan? So, baik tak payah tanya. Aku bangun lalu masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu aku bertembung dengan umi.
     " Eh, ada rupanya? Umi ingat kamu masih tidur?" soalnya sambil tersenyum. Aku menghampirinya.
     " Ambil udara segar kat luar dulu, umi. Abi mana?" soalku.
     " Biasalah, hari Sabtu, sambung mimpi," jawab umi. Aku tergelak.
     " Samalah dengan abang," jawabku.
     " Anak dengan bapak sama je," katanya lalu kami ketawa.
     " Jom, makan," pelawa umi lagi.
     " Umi makanlah dulu. May nak kejutkan abang," kataku lalu terus menapak menaiki tangga. Sampai saja dalam bilik, aku mematikan suis air-cond. Sejuk nak mampus tapi laki aku tidur tak berselimut. Huh, lemak tepu ke ape dia ni? Aku menggaru-garu kepala, memikirkan alasan yang sesuai untuk meminta izin keluar pagi tu.
     " Abang, bangun," aku mengejutkan Adam perlahan-lahan. 3-4 kali gerak, barulah dia terjaga.
     " Kenapa, yang? Meh tidur meh," dia pulak mengajak aku tidur dalam mata terpejam. Tangannya dalam cubaan menarik tanganku supaya berbaring di sebelahnya. Aku merengus.
     " Dah pukul 7! Bangun!" aku mengejutkan sedikit keras. Adam membuka mata, melihat aku yang berdiri tegak di sebelahnya.
     " Kenapa?" soalnya.
     " Nak minta izin abang, saya nak keluar makan dengan klien," kataku. Dia pejam mata kembali.
     " Siapa?" soalnya.
     " Err.. wakil DWE," jawabku perlahan. Dia membuka matanya kembali. Aku duduk di sampingnya.
     " Kenapa abang tak tahu pun?" soalnya.
     " Ini yang saya bagitahu. Boleh tak?" soalku semula. Dia memejamkan mata lalu mengiring ke sebelah kanan. Eii, dia ni kan!
     " Tak boleh, takpelah! Saya cancel kan aje," jawabku seraya bangun. Pantas tangannya menarik tanganku dan disebabkan tindakan spontannya itu, aku tidak dapat mengimbangi badan dengan baik. Apa lagi? Maka tergoleklah aku di sebelahnya. Bergoyang katil! Merah padam mukaku apabila melihat dia senyum dalam tidur.
     " Nak suruh test keempukkan spring ke?" perliku. Dia membuka mata.
     " Debab, debab! Lama tak panggil gelaran tu," jawabnya selamba. Aku menjeling.
     " Bangunlah! Tak baik tidur lepas subuh!" jawabku geram. Dia memeluk aku dengan erat.
     " Nak keluar dengan Ruzlan, bincang hal semalam ke?" soalnya. Aku cuma angguk. Ya Allah, ampunkanlah dosaku menipu suami! Dia menguap.
     " Pergilah, bawak kereta abang. Kalau dia kidnap sayang pun, abang boleh cari," usiknya. Aku menjeling.
     " Besar sangat," jawabku. Dia memandangku dengan pelik.
     " Apa yang besar?" soalnya.
     " BMW abang tulah," jawabku.
     " Baguslah, besar. Padanlah dengan awak tu," sindirnya. Hish, macam mana pun aku yang terkena balik. Aku menolak badannya lalu bangun. Dia mengeliat lalu bangun duduk. Menggaru kepalanya yang gatal.
     " Balik awal," pesannya tatkala melihat aku bersiap. Aku tersenyum. Setelah siap, aku mencapai kunci kereta Adam lalu turun ke bawah. Sebaik memasuki kereta, aku menghantar mesej kepada Ruzlan, untuk memberitahu dia di mana harus menantiku. Sepuluh minit memanaskan enjin kereta, aku terus memecut keluar. Wah! First time drive BMW ni! Haha.
       *********************************************************************************************************
     Tersenyum Ruzlan tatkala melihat kelibat aku berjalan menghampirinya. Pagi-pagi dah dating kat mamak. Tak boleh tahan, jauh pulak, kat Sri Hartamas. Haha.
     " Lama kau tunggu?" soalku lalu duduk di depannya.
     " Baru je, adalah dalam 15 minit. Kau dari rumah?" soalnya. Aku angguk.
     " Tapi waktu aku lalu depan rumah kau tadi, kosong. Kau duduk mana sekarang?" soalnya. Aku cuma tersengih. Nampak sangat dia sibuk nak stalking aku.
     " Putrajaya," jawabku. Dia melopong.
     " Jauhnya!" dia terkejut.
     " Dah tu? Kalau nak suruh kau datang tunggu kat area sana, kau tahu ke?" soalku.
     " Taklah sangat! Tapi kenapa jauh sangat kau pindah?" soalnya.
     " Dekat dengan ofis," aku menjawab selamba. Dia merenungku tidak berpuas hati. Aku menjungkit kening.
     " Kenapa kau berhenti dari Financial Audit?" soalnya. Aku menyisip air teh panas.
     " Tak nak pandang bangunan bertentangan," aku menjawab. Dia tergelak. Aku buat lawak ke?
     " Kau tak nak pandang Mega World Berhad ke, kau tak nak pandang muka aku?" soalnya lagi.
     " Dua-dua kot?" aku menjawab tanpa perasaan. Senyumannya mati.
     " Kau pulak, lepas blah dari Mega World, macam mana pulak boleh tersesat dalam DWE?" aku pulak menyoalnya.
     " Rezeki," jawabnya ringkas. Heh! Tau pulak nak kelentong aku!
     " Haah, yelah tu," jawabku sinis. 4 tahun lepas, aku putus tunang dengannya selepas setahun dia bekerja di tempat baru ( DWE agaknyalah kot), so bangunan tempat kerja lamanya buat aku sesak nafas tiap kali aku pandang. Aku pun buat keputusan berhenti kerja dan kebetulan Nadia beritahu aku bosnya tengah mencari pegawai audit baru. Itulah punca aku bekerja di GSA Holdings.
     " Kau dah kahwin?" soalnya. Aku tersedak.
     " Kau rasa?" soalku.
     " Tengok pada inai di jari, rasa macam sudah. Tapi tak mustahil kan, orang lain kahwin tapi kau pun turut berinai," jawabnya sambil tersengih. Eh,eh dia ni! Meleret pulak andaiannya.
     " Aku bukan lagi Cik Maysarah, Lan. Aku dah bergelar Puan Maysarah. Baru 2 bulan aku menikah," jawabku jujur. Dia terkedu.
     " Bohonglah kau ni," katanya serius.
     " Muka aku ni nampak macam muka penipu ke?" soalku serius jugak.
     " Siapa suami kau? Kenapa kau keluar dia tak ikut?" soalnya.
     " Jangan risau. Aku dah mintak izin dengannya," jawabku perlahan sambil mengunyah roti canai. Ruzlan terdiam. Menyesal kot? Haha.
     " Kau pulak?" soalku.
     " Lepas putus tunang dulu, aku malas nak fikir pasal kahwin. Aku ingat kau pun macam tu. Tak sangka pulak kau menikah jugak," jawabnya.
     " 4 tahun aku hidup dalam ke'trauma'an, kau tahu tak? Ini nak menikah pun mak abah aku yang tolong carikan. Nak harap aku, memang aku tak kan carilah!" jawabku. Dia memandangku.
     " Kau kahwin atas calon orang tua? Biar betul kau ni!" katanya lalu tergelak.
     " Lagi bagus, dari calon yang aku cari sendiri tapi akhirnya buat tahi!" selamba aku membalas hinaannya terhadap Adam. Dia memandangku tajam.
     " Kau sindir aku ye?" soalnya. Aku mengangkat bahu. Nak jumpa aku sangat hari ni kan? Ambik la habuan! Bersedia jelah sebab bila-bila masa aku nak tembak kau cukup-cukup! hatiku bersorak.
     " Kahwin jelah, Lan! Kalau kau nak tunggu aku pun takde guna. Aku dah kahwin! Lagi pulak sekarang ni kau dah jadi klien aku," jawabku selamba. Mukanya merah padam. Mataku mengerling ke arah jam tangan. Hampir pukul 10.45 pagi. Aku harus bergerak pulang. Adam ada hal hari ni. Dia nak guna kereta sebelum tengahari.
     " Aku ada sebab kenapa aku putuskan pertunangan kita tu," jawabnya. Aku gelisah. Aku tak nak tahu apa sebabnya langsung. Bagi aku, kami takde jodoh. Cukuplah setakat itu saja.
     " Aku nak balik!" kataku lalu bangun. Dia turut berdiri. Selepas membuat bayaran, dia mengejar aku ke tempat parkir kereta. Bila aku berhenti di kereta Adam, dia terkedu.
     " Kau dah mewah sekarang ni ye?" sindirnya. Aku tergelak. Kalau aku mewah pun, kenapa? Kau nak pikat aku balik? Sorry, kau bergusti dulu dengan Adam kalau nak pikat aku,' hati aku menyindir.
     " Yang mewah suami aku, ni kereta dia. Aku pinjam je. Myvi comel aku tu masih ada di rumah," jawabku merungkai persoalan di hatinya. Ruzlan menarik tanganku. Mujur lengan baju panjang. Aku menjegil mata ke arahnya.
     " Jangan suka-suka hati nak tarik-tarik bini oranglah, Lan!" aku bersuara keras.
     " Aku nak jumpa kau lagi lepas ni," jawabnya tegas. Pantas aku masuk ke dalam kereta sebaik saja dia melepaskan tanganku. Aku terus memecut pulang dan membiarkannya terpinga-pinga. Dalam kereta, hatiku berdebar kencang bukan kepalang.
       *********************************************************************************************************
     Sebaik saja keluar dari kereta, aku tercengang melihat suamiku berehat di buaian sambil memejamkan matanya. Aku menghampirinya.
     " Assalamualaikum, abang," aku menegur perlahan lalu duduk di sebelahnya. Dia membuka matanya memandangku lalu tersenyum. Kemudian kembali pejam mata dan kepalanya direbahkan di bahuku. Aku pelik.
     " Eh, kenapa ni? Sleepy lagi ke?" soalku. Dia geleng dengan mata terpejam.
     " Abang dah berjangkit dengan sayang lah ni," jawabnya lemah. Hah? Berjangkit apa?
     " Kenapa saya pulak?" soalku.
     " Pening," jawabnya. Lah, pening rupanya.
     " Kenapa pening? Pagi ni makan tak? Ke on diet macam saya?" soalku tergelak. Dia membuat mulut muncung. Alahai, bos singaku. Tetiba jadi meow pulak dah!
     " Makan sikit, lepas tu vomit! Tak larat lah," jawabnya lemah. Aku yang melihat pun kasihan jugak.
     " Dah tau tak sihat, kenapa tak rehat dalam bilik?" soalku perlahan.
     " Takde orang nak picit kepala," jawabnya lemah. Aku tersenyum. Nak bermanjalah ni!
     " Jom naik, nanti sayang picit kepala abang yer?" aku menjawab dengan lenggok mengada-ngada. Dia bangun sambil kepalanya masih di bahuku. Adeh, berat betul tulang laki aku ni. Apabila kami masuk ke ruang tamu, mata ayah dan ibu mertuaku memandang ke arah kami sambil tersengih. Aku pulak jadi malu sendiri.
     " Dari mana, May?" soal umi.
     " Jumpa klien baru," jawabku. Ayah mertuaku angguk.
     " Umi...," aku panggil dan apabila umi memandang ke arahku, mulutku muncung ke arah Adam yang masih menumpang tidur di bahuku. Umi tersengih.
     " Lepas makan, dia mengadu pening. Lepas tu muntah. Berjangkit dengan kamulah agaknya. Suruh tumpang makan ubat kamu, tak nak!" jawab umi menerangkan keadaan sebenar. Aku tergelak.
     " Bukan tak nak makan. Penakut," jawab ayah mertuaku. Lah, laki aku yang gagah perkasa angkat aku semalam ni, penakut makan ubat rupanya. Ish,ish,ish!
     " Takpelah, umi, abi! Saya naik dulu, nak bagi abang makan ubat," kataku meminta diri. Mereka mengangguk dan kami berdua menaiki tangga menuju ke bilik.
     Sebaik saja aku mendudukkan Adam atas katil, aku meletakkan beg tangan atas meja solek. Kemudian aku mencapai ubat semalam dan segelas air suam, lalu aku berikan pada suamiku. Puas jugaklah aku paksa dia menelan pil yang tak besar mana tu, hampir sepuluh minit barulah pil itu masuk ke perutnya. Aku menyelimutinya, dan mengecilkan suhu penghawa dingin. Beralih pada almari baju, aku menyalin baju tanpa menghiraukan Adam, sebab dia dah terlena. Selesai menukar kepada baju yang ringkas, aku menoleh. Tergamam! Adam memandang aku tak berkelip! Mampus liao! Ingatkan dah lena diulit intan! Tiba-tiba terasa mukaku berbahang. Adam cuma tersenyum. Aku berjalan menghampiri katil lalu duduk di sebelahnya sambil membuat muka poyo. Haha. Dah malu kenalah cover! Kih kih kih.
     " Meh sayang picit kepala abang," aku memulakan bicara sambil mengambil minyak angin lalu aku letakkan di dahinya. Dia memejamkan mata sebaik saja aku memicit lembut.
     " Tak payah malulah dengan abang. Lebih dari itu pun abang dah tengok!" katanya dengan mata terpejam. Eeeii! Aku geram dan malu dengan kata-katanya terus aku picit dahinya kuat-kuat. Dia mengaduh.
     " Sakitlah, yayang!" rintihnya. Aku menjeling.
     " Nak bermanja pun agak-agaklah! Kepala sakit, tapi mata sihat!" sindirku geram. Dia gelak.
     " Kepala sakit takpe, yang lain okey lagi," jawabnya nakal. Geram dimalukan, aku mencubit pipinya.
     " Tak nak picitlah!" aku pura-pura marah lalu baring menghadap ke arah lain. Sambil pejam mata aku menikmati pagi yang indah (sebenarnya aku sakit hati dengan Ruzlan). Baru nak feeling terasa katil bergoyang. Tangan Adam melingkari pinggangku. Dia mula mencium leherku. Hah! Dah agak! Part ini memang dia 'sihat walafiat'! Aku mendiamkan diri namun bila terasa badannya berbahang panas, aku memberi respons.
     " Kata pening," perliku. Dia ketawa.
     " Pening tetap ada," jawabnya.
     " Larat ke?" perliku lagi. Belum sempat dia menjawab, bibirku diciumnya. Baru saja aku nak peluk, dia bingkas bangun terus terjun dari katil. Aku tercengang.
     " Abang!" aku menjerit. Adam berlari menuju ke bilik air dan kemudian terdengar dia 'uwek,uwek'! Akhirnya aku ketawa sendiri di atas katil sebelum turun menuju ke bilik air dan memapahnya keluar. Wah! Teruk gila muka laki aku! Kalah aku semalam! Hahaha.
     Perlahan-lahan aku membawanya ke katil dan membaringkannya. Selepas menyelimutkan badannya aku menyapu minyak angin pada dahi dan dadanya. Dia pejam mata, dahinya berkerut.
     " Dah tau tak larat, tak payah nak tunjuk hero!" perliku dan terdengar dia ketawa perlahan.
     " Abang memang herolah!" katanya. Aku mencebik.
     " Tak nampak pun ke'hero'an abang tu kat mana! Kena head-ache sikit lembik macam sotong!" perliku lagi.
     " Tunggulah bila abang sihat nanti, abang tunjuk hero abang kat yayang!" Uih! Nak menjawab jugak tu. Dah macam orang mabuk laut pun ada hati nak menang.
     " Tunggu sihat! Sekarang tidur! Banyak bunyi pulak!" aku membebel. Dia ketawa bila terdengar aku mengumam pasal bilik air dah takde rupa bilik air. So tugas aku sekarang, mengemas bilik dan bilik air! Encik suami dah tak boleh nak menyakat aku hari ini! Yes! Boleh buat kerja dengan aman!
     " Abang dengar, yayang," jawabnya sayup-sayup. Aku dari dalam bilik air, tercengang! Aku tak bersuaralah! Hish, menyeramkan betul bila dia dah sakit ni! Aku meneruskan kerjaku, dan membiarkan Adam berehat sepenuhnya. Hari Sabtu, hari sibuk sedunia buatku. Hahaha.

12 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 15

     Sudah menjadi satu kemestian, tiap hari minggu kena bermalam di rumah mertua. Ini semua encik suami punya idealah! Muncung aku panjang tatkala melihat Nadia tersengih ke arahku. Mataku mengerling ke arah jam dinding, hampir pukul 6 petang. Kata Aziah, ada klien dalam bilik Adam, dan petang tadi pun aku dah dapat mesej dari dia supaya menunggunya untuk pulang bersama-sama.
     " Rilekslah, babe! Kau ni macamlah baru kenal suami kau tu," pujuk Nadia. Sekarang dia tinggal dengan Zatul di rumah sewa aku dulu. Aku menjeling.
     " Nak masuk dua bulan menikah pun, masih tak ngam-ngam lagi?" soal Zatul dengan hairan.
     " Macam mana nak ngam? Bertunang pun tak tahu, menikah pun rahsia-rahsia..sabo ajelah!" jawabku. Nadia tergelak. Teringat kenangan semasa malam akad nikah yang lalu. Baru saja tangan ni gatal-gatal nak main game dalam handphone, terdengar namaku dijerit.
     " Hurm, encik bos kesayangan dia dah panggil," perli Aziah. Semua pakat ketawa. Aku menjeling lalu bangun menuju ke biliknya. Sebaik saja aku berdiri di depan pintu biliknya, dia keluar dengan kliennya. Aku masa tu sedang ralit melihat notis di papan kenyataan, menoleh saat namaku dipanggil.
     " Perkenalkan, ini Senior Executive Audit Operation syarikat kami, Maysarah Abd. Aziz," kata Adam. Sebaik saja aku menoleh kepada klien di sebelahnya, jantung aku seakan berhenti berdegup. Dan dia pun turut tercengang memandang aku. Ruzlan!! Aku terkedu!
                      ***********************************************************************************************
     "Dah lama ke kau kerja kat sini?" soalnya memecah kesunyian di bilik mesyuarat sebaik saja Adam keluar untuk mengambil beberapa fail di biliknya. Aku mendiamkan diri sambil menaip sesuatu pada skrin laptopku. Sebenarnya aku sedang berchatting dengan Nadia menerusi Yahoo Messenger. Nadia mengenali Ruzlan kerana ketika kami sama-sama menuntut di universiti dulu, aku rajin bercerita tentang jejaka ini kepadanya.
        May.Aziz     : Nad, kau tahu x sape klien bos kau ni? Kau mesti x caya!
        Nad.Mafia  : Bos aku tu kan laki kau! Haha. Sape? Saspen je kau ni! :D
        May.Aziz     : Guess who? Ruzlan, babe!
        Nad.Mafia  :  What??? Oh, my Allah! Are u okay, babe?
        May.Aziz     : Yup! Ruzlan... the same person that I've told u! Okay lah kot? :P

     " May?" teguran itu terus membuatkan aku log out dari Yahoo Messenger. Aku memandangnya sekilas. 
     " Tak sangka pulak aku, kau kerja dengan Diamond West Enterprise," kataku. Mana suami aku ni, lambatnya ambil fail.
     " Aku pun tak sangka boleh jumpa kau kat sini, selepas kejadian tu..." Ruzlan berkata sambil matanya melirik ke arahku. Sorrylah, aku dah tak touching kalau kau nak bagi ingat kenangan lalu. Aku dah bersuami, hatiku menjawab. Aku tersengih.
     " Kau kerja lama dah dengan DWE?" soalku. Dia angguk.
     " Adalah dekat 7 tahun. Kau macam mana?" soalnya.
     " Aku dekat 5 tahun, ini company kedua selepas Financial Audit, KL," jawabku. Dia tersenyum. Ah, Ruzlan! Masih seperti dulu. Aku terpanar.
     " Kau dah kahwin?" soalannya membuatkan aku terkedu. Belum sempat dia mendapatkan jawapan, pintu dibuka. Adam masuk sambil tersenyum, dan duduk di tempatnya.
     " Ruzlan ni nak minta kita wakil untuk audit semua outlet di bawah nama DWE tu. So, saya nak serahkan enam fail anak syarikat ni kepada awak, May, dan enam copy file ni saya bagi pada awak, Ruzlan. Apa-apa hal kamu berdua boleh berbincang," kata Adam sambil menyerahkan enam fail kepadaku dan Ruzlan. Aku membelek kesemua anak syarikat yang beroperasi di sekitar KL cuma satu saja di kawasan Skudai.
     " Yang dekat Skudai tu, macam mana terjauh pulak?" saolku. Ruzlan ketawa.
     " Bisnes maju, cik May. Majikan sentiasa cari peluang," jawabnya. Ceh! Formal sangat, aku terus mencebik.
     " Okeylah kalau macam tu. Nanti saya bincang dengan team saya dulu, apa-apa feed back saya akan inform encik Ruzlan kemudian," kataku lalu bangun. Selesai perbincangan aku cepat-cepat keluar menuju ke meja Nadia. Dan Nadia pun nampaknya sudah tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya dariku. Aku tinggalkan Adam dan Ruzlan menyambung semula perbincangan.
     " Nad.....," kataku separuh berbisik lalu menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Nadia menoleh.
     " Hah, apa cerita?" soalnya dengan excited. Aku meletakkan fail di atas mejanya.
     " Lan kat dalam tu, Nad! Buat jantung aku macam nak pecah! Bertahun aku tak jumpa dia, Nad! Kenapa hari ni dia muncul balik?" soalku separuh gelisah. Nadia menggigit hujung pensil.
     " Bisnes?" jawab Nadia selamba.
     " Oh, my! Takde syarikat audit lain ke yang dia nak minta tolong, Nad oii? Nak luruh jantung aku masa bos kau introduce aku tadi," kataku.
     " Hello, cik kak! Bos aku tu, suami tercinta kaulah! Boleh pulak buat lawak sengal time camni," jawab Nadia sambil mengetuk jariku dengan pensilnya. Aku tersengih sambil bangun menuju ke mejaku semula.
     " Buang masa je temankan dorang tu. Elok kau aje yang pergi tadi," kataku sambil mula menyemak data dalam fail syarikat milik DWE. Nadia tergelak.
     " Bos panggil Maysarah Abd. Aziz, bukan Sharifah Jannatul Nadia Syed Bukhari Al-Sagoff tau," sindir Nadia.
     " Amboi, siap bagi nama penuh kau nampak? Taulah nama kau tu sedap, ada Al-al kat belakang," perliku pula. Dia ketawa.
     " Kau pernah makan nama aku, ek?" soalnya sambil tersengih.
     " Pernah, rasa macam capati hangit! Haha," lantas aku ketawa. Nadia menjeling tajam. Seketika kemudian, mereka berdua keluar dari bilik mesyuarat. Sambil menghantar Ruzlan ke muka pintu, dia memandang ke arahku lalu melambai. Tercengang aku namun aku tetap jua membalasnya. Hilang dari pandangan, Adam menghampiriku.
     " Jom, umi dah tunggu," katanya lalu beredar ke biliknya untuk mengambil barangnya. Aku mengemas meja lalu mencapai beg tangan. Nadia dan Zatul turut bersiap-siap untuk pulang kerana pejabat akan dikunci sendiri oleh Adam, memandangkan Adam tidak mempercayai pengawal keselamatan untuk diberi kunci pendua. Banyak maklumat audit, katanya. Hati manusia kita tak boleh jangka. Aku turut bersetuju dengan pendapat Adam. Beringat sebelum kena.  Kami berempat berjalan beriringan ke arah lif, dan turun bersama-sama. Sampai saja di parkir, kami berpisah. Aku dan Adam menuju ke arah keretanya. Oh, ya! Semenjak jadi isteri orang ni, aku datang kerja pun dengan suami. Kereta aku tu buat hiasan je kat rumah. Takpe, kalau kereta aku jem tak boleh bergerak, aku pow encik suami suruh beli kereta baru. Haha.
         *******************************************************************************************************
     Usai solat maghrib bersama-sama, aku duduk sebentar di atas katil. Terasa pening seketika. Adam yang baru melipat sejadah, menoleh ke arahku, hairan. Pantas dia mendekatiku.
     " Kenapa ni, sayang?" soalnya. Aku menggeleng dan cuba bersandar dengan bantuannya.
     " Entah, tiba-tiba je pening," kataku sambil memicit-micit dahi. Adam menyapu minyak angin lalu turut memicit dahiku. Wah, syahdunya! Encik suami tolong picit kepala. Hehe.
     " Nak turun makan tak? Atau nak abang suruh mak bawak naik makanan?" soalnya. Aku menggeleng dalam mata terpejam.
     " Takpelah. Saya nak rehat kejap. Ini bukan apa, migrain," kataku. Adam mengangguk kerana dia sudah sedia maklum penyakit aku yang satu tu sejak aku berkhidmat dalam GSA Holdings.
     " Abang turun dulu, ada apa-apa, May jerit je," katanya lalu mengucup dahiku dan terus keluar setelah menutup lampu. Aku menarik selimut rapat ke dada, dan lena. Kepala semakin berdenyut-denyut dan berpusing. Oleh kerana tak tahan menahan gelodak dalam perut, aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Muntah, cuma angin dan air.  Aku membasuh muka dan pening makin kuat terasa. Tak sempat berpaut, aku rebah di depan bilik air.
      *********************************************************************************************************
     "May tak nak makan ke?" soal Puan Sri Sabrina. Adam mendongak.
     " Dia pening, lepas solat tadi. Menjadi-jadi pulak migrain dia tu," kata Adam.
     " Eh, ye ke? Kenapa tak bawak ke hospital?" soal Tan Sri Ghazali. Adam tersengih.
     " Penakut jarum si May tu, abi. Badan je beso," perli Adam kemudian lengannya ditampar ibunya. Puan Sri Sabrina menjeling. 'Laser betul anak aku ni, manalah isteri tu tak rajin menjawab,' hatinya membebel.
     " Biar umi bawak sup ni kat dia," kata Puan Sri Sabrina lalu menatang semangkuk sup ayam di dalam dulang, terus menuju ke bilik anak menantunya. Baiknya ada mak mertua macam ni. Sebaik saja dia membuka pintu bilik, suasana gelap menyerbu.
     " Apelah anak aku ni, dibiarkan bilik gelap. Buka lampu kan senang," katanya sambil kepalanya digeleng lalu membuka suis lampu. Sebaik saja bilik terang, matanya tertacap pada susuk tubuh menantu yang terbaring antara lantai bilik dan bilik air.
     " Ya Allah, Maysarah! Kenapa ni? Adam!" jeritnya sambil meletakkan dulang atas meja kerja anaknya. Cepat-cepat dia memangku kepala menantunya, lalu ditepuk-tepuk pipinya.
     Adam tersedak tatkala mendengar ibunya menjerit nyaring memanggil namanya. Lantas dia mencuci tangan dan terus berlari naik ke biliknya. Ayahnya turut berkejar naik mengikutnya. Dalam hati Adam serasa mahu pecah apabila memikirkan isterinya yang kurang sihat.
     Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik, hatinya dipukul bimbang. Isterinya terbaring tanpa sedar. Tan Sri Ghazali pantas menelefon doktor peribadi keluarganya dan Adam sudah mengangkat tubuh chubby isterinya lalu diletakkan atas katil.
     " Sayang, bangun! Jangan buat abang risau macam ni," Adam menepuk-nepuk pipi isterinya manakala Puan Sri Sabrina merenjis-renjis air di muka menantunya.
     " Teruk sangat sakit si May ni, Adam. Kita bawak ke hospital jelah," ibunya memberikan usul. Adam menggeleng.
     " Abi dah call Doktor Hanif, nanti dia datang dengan isterinya, Doktor Asyikin," ayahnya menjawab. Setengah jam kemudian, pasangan doktor itu tiba di perkarangan rumah Adam.
            *****************************************************************************************************
     Aku cuba membuka mata, dan terasa silau. Sapelah yang tidur tak reti tutup lampu ni? Ganggu aku nak tidur je, hatiku membebel. Aku memegang kepala dan cuba untuk bangun. Sekilas aku menoleh pada suami yang sedang melayan laptopnya. Kemudian, dia memandangku, lalu pantas dia menghampiri.
     " Sayang rehatlah," katanya. Aku duduk bersandar pada kepala katil. Dia duduk di sebelahku.
     " Kenapa ni?" soalku hairan.
     " Sayang pengsan tadi, umi yang nampak masa nak hantar makanan," jawab Adam. Perlahan aku mengingati semula kejadian tadi. Betullah, aku berlari masuk ke bilik air sebab nak termuntah.
     " Sorrylah, saya dah buat semua orang bimbang," keluhku. Adam memelukku, erat.
     " Don't say like that, sayang. Sepatutnya bersyukur tak jadi apa-apa. Doktor Asy cakap perut awak kosong. Tengahari tadi tak makan ke?" soalnya. Aku tersengih.
     " On diet," jawabku selamba. Dia menjegilkan matanya.
     " Diet amende sampai pengsan-pengsan? Meh, abang suap nasi dengan sup," katanya sambil menarik dulang makanan di atas meja. Aku memandang ke dalam dulang makanan. Wah, ada sup ayam! Favorite aku ni! Dengan perlahan dan penuh kasih sayang, dia menyuap aku. Aku mengunyah sambil menunduk. Malu nak bermanja dengan suami sendiri. Haha.
     " Lepas ni, jangan gatal-gatal nak diet bagai! Lunch time, makan. Bukan tidur. Lepas tu mengadu kat abang sakit kepalalah, peninglah, gastriklah!" bebelnya padaku. Aku menarik muka masam.
     " Tak nak dengar takpelah! Tak nak mengadu lagi lepas ni!" rajukku. Time sakit cenggini aku nak manja-manja, dia bebel pulak. Adam ketawa melihat muka kelat isterinya. Tau jugak nak merajuk yer? sindir hatinya.
     " Dah, habiskan makan ni. Lepas tu makan ubat, tidur," katanya memujukku. Seketika kemudian, aku tersengih. Setelah menghabiskan semuanya, aku kembali menyambung tidurku. Dalam keadaan khayal aku terasa Adam memelukku erat dan akhirnya aku sudah tak ingat apa-apa lagi.

04 Julai 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 14

     Masuk hari ni dah hampir seminggu aku merajuk dengan Adam, sampai percutian di Genting yang dah berpindah ke rumah baru pun, aku masih malas nak melayan dia. Aku tau aku berdosa sebab sengaja mengelak dari dia tapi hati aku yang sakit ni? Dari aku menambah dosa besar sebab aku meninggikan suara kat dia, lebih baik aku mendiamkan diri. Kalau melayan dia memang aku akan kuat menjawab punyalah. Huh, cuti honeymoon yang spoil!
     " Sayang," panggil Adam ketika aku sedang mengambil angin petang di luar rumah. Aku menjeling saat dia menghampiri aku dan duduk di sebelahku. Aku menyendeng terus ke dinding sambil bermain game di handphone mahal milikku. Haha.
     " Takkan kita nak terus berdiam macam ni je, Yang? Sampai bila?" soalnya sayu. Aku diam. Biarkan dia rasa serba-salah, padahal aku dah malas nak ingat peristiwa malang tu. Aku semakin geram bermain game dalam handphone ni, asyik nak kalah je. Bosan betul! Tiba-tiba, dia merampas handphone aku lalu dimasukkan dalam poket seluarnya. Aku yang tengah asyik bermain,  terkejut. Dia memandangku dengan muka merah padam.
     " Boleh tak awak tumpukan perhatian pada abang sekejap? Dah hampir seminggu awak buat abang macam ni! Awak lebih pentingkan iPhone4s tu dari abang ke?" soalnya dengan suaranya yang sedang menahan marah. Aku mengangkat kaki ke atas sofa, dan terus bersila menghadapnya. Dia bersandar sambil meraup rambutnya.
     " Apa masalahnya ni?" soalku sekadar menguji dia. Dia memandangku dengan tajam.
     " Apa masalahnya? Dah berapa lama awak buat tak tahu dengan abang? Kat rumah satu hal, kat rumah umi, jangan cakaplah!" soalnya. Aku cuma mengangkat bahu. Dia merengus.
     " Abang rasa kes mesej Yanti tu dah selesai kan? So, apa sebab awak tak nak bercakap dengan abang?" soalnya.
     " Ini bukan bercakap ke?" soalku semula. Dia mengeluh. Aku bangun untuk masuk ke dalam rumah namun tidak sempat aku berdiri dia sudah menarik lengan aku.
     " We need to talk, May!" katanya tegas.
     " Abang, saya dah tak marah pasal mesej bodoh tu. Cuma saya rasa percutian bulan madu kita tu dah jadi tawar. Dah tak rasa manisnya, bang," kataku lalu cuba melepaskan pegangan tangannya. Dia memegang dengan kejap.
     " Awak nak ke mana? Kita belum habis bercakap lagi," katanya dengan suara yang sedikit tinggi. Aku terkejut. Dah lama jugak tak dengar bos a.k.a suami aku ni naik angin. Tangannya semakin kuat mencengkam tanganku. Sakit.
     " Sakitlah! Lepaslah!" kataku lalu merentap tangan namun cubaanku gagal. Dia cuba memaksa aku untuk duduk kembali.
     " Abang cakap, duduk!" katanya tegas.
     " Nak masuklah! Dah nak maghrib! Tak reti nak masuk solat? Kalau nak kena sampuk hantu setan kat luar time senja ni, dok lah sorang-sorang!" aku mengingatkan agar dia tak terlajak marah. Perlahan tangan aku dilepaskan dan pantas aku berlari masuk ke dalam rumah. Sakitnya hati aku! Baru nak buat baik dia pulak yang naik hantu! Sambil mencapai tuala, aku berlalu menuju ke bilik air.
     Selesai bersiap-siap, sementara aku menunggu Adam habis mandi, aku menghampar sejadah. Kemudian aku berteleku atas katil, sambil termenung. Nak main handphone lagi? Nanti encik suami akan kata, 'panggilan Allah lebih penting!', so lebih baik aku tak memandai-mandai ambik handphone dalam poket seluar dia. Kang tak pasal-pasal kena tazkirah lepas solat.
     " Awak bentang 2 sejadah ni, awak dah boleh solat ke?" soalnya agak lembut dari tadi. Betullah kata emak, air sembahyang boleh menurunkan rasa marah seseorang. Aku mencapai telekung.
     " Saya tunggu abanglah ni," jawabku. Kelihatan dia tersengih. Huh, sengih gatal!
     " Tunggu apa lagi?" soalku. Dia tersedar lalu cepat-cepat mengambil tempatnya. Kami berjemaah bersama waktu maghrib itu.
     Usai berdoa, dan bersalaman, belum sempat dia mengucup dahiku, aku sudah bangun tergesa-gesa. Adam memerhati dengan rasa kecewa.
     " Tak payah nak touching sangatlah, bang! Saya tak tahan nak buang air, sejuk sangat!" kataku lalu cepat-cepat menuju ke bilik air. Adam tersengih. Aisey, dia tahu pulak aku sentap. Haha. Sebaik saja aku keluar dari blik air, aku lihat Adam tiada dalam bilik. Aku keluar lalu nampak Adam sedang menonton tv di tingkat bawah. Aku turun dan menuju ke ruang tamu, dan terus aku duduk di kerusi sebelahnya. Dia memandangku dengan hairan.
     " Nak makan tak?" soalku. Dia geleng.
     " Kenyang. Kenapa duduk situ? Meh lah duduk sebelah abang," pelawanya. Aku bangun lalu menuju ke sebelahnya.
     " Esok jangan merungut sofa ni lembik sebab saya duduk," sindirku. Dia tergelak. Aku teringat lagi bila hari pertama kami berpindah ke rumah Adam ni selepas 2 hari pulang dari Genting. Selamba je dia kata kat aku macam tu, sebab dia marahkan aku tak melayan dia bersembang.
     " Masa tu abang tengah bengang, Yang. Sorrylah ye," katanya. Aku tersenyum. Dia mencapai tanganku lalu mengucupnya. Alahai, bos singa aku ni manja rupanya. Hurm, barulah aku perasan akan kata-katanya semasa aku bergaduh dengannya sebelum berkahwin dulu.
     " Saya minta maaf," ucapku sekali lalu. Dia menoleh.
     " Kenapa?" soalnya.
     " Sebab buat tak tahu kat abang," kataku.
     " Oh, takpelah. Abang dah maafkan. Abang faham. Tapi kes itu kan sehari je, ini sampai seminggu May marahkan abang, kenapa pulak?" soalnya.
     " Sebenarnya tak marah pun, saja nak uji kesabaran abang," kataku sambil tersengih. Dia menjegil matanya sambil mencuit hidungku.
     " Jangan diuji selalu, Yang. Nanti bila kesabaran abang menipis, meletup!" katanya mengingatkan. Dia memeluk bahuku lalu kami sama-sama menonton berita. Kami sama-sama meluangkan masa dan tidak sedar jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.45 pagi. Aku bangun sambil menguap.
     " Mengantuk! Saya masuk tidur dulu," kataku. Dia menarik tanganku, menyebabkan aku menoleh.
     " Tunggu kejap, abang nak tutup suis tv," katanya lalu bangun dan menutup suis tv dan berjalan beriringan denganku menuju ke tingkat atas. Sampai saja dalam bilik, sebaik saja aku merebahkan kepala, terus lena dibuai mimpi. Sumpah, memang tak ingat apa dah! Haha.
     " Sayang?" panggil Adam sambil menggoyang tubuhku. Yang kedengaran cumalah ngumamanku.
     " Lah, cepatnya tidur?" soalnya. Adam menggelengkan kepalanya lalu menutup lampu. Sesaat kemudian terasa dia merapati aku dan mengucup leherku.
     " Abang, ayang mengantuk ni. Esok nak kerja," keluhku antara sedar dan tidak. Adam terhenti lalu tersenyum. Perlahan-lahan tangannya bermain di sekitar wajahku dan sebuah kucupan demi kucupan singgah di dahi, mata, hidung dan bibir. Alamak, rimasnya rasa.
     " Nak tidur, mengantuk ni," kataku sambil menepis mukanya dengan perlahan. Macam dah kena dadah je gaya aku time tu. Lalok. Adam mengelak agar tidak terkena hidungnya yang mancung. Aku terus beralih ke sebelah kiri, dan tidur mengiring. Saat dapat mendakap bantal peluk terasa enaknya tidur dibuai mimpi.
     Adam menelan liur. Cubaan kedua ni gagal nampaknya, hatinya mengeluh. Baru saja dia meminta petua dari Lutfi petang tadi, macam mana nak tawan hati si isteri. Dia menarik nafas dan terus berdoa, memohon agar semuanya selamat. Perlahan-lahan dia merapati aku dan terus mengucup leherku berkali-kali. Tangannya mengusap belakang badan dan membuka butang baju satu persatu. Walaupun aku ni mengantuk tahap gaban, namun tindakan refleks dari Adam membuatkan mata aku terbuka luas.
     " Janganlah ganggu," aku menegur perlahan dalam suara yang bergetar. Adam berpura-pura tidak mendengar malah tangannya semakin ligat mengusap leherku. Dikucupnya leherku lagi dan membuatkan jantung aku semakin berdetak laju. Dia membalikkan badanku, dan apabila mata kami bertatapan, dia mengucup lembut dahiku. 'Oh, tidak! Tak kan sekarang kot? Tapi kalau mengelak pun dia akan tetap menuntut hak dia. Nak elak macam mana, dah aku ni pun isteri dia! Apelah kau ni, May!' aku membebel dalam hati.
     Kucupan dan usapan bertukar rentak. Mataku semakin luas. Darah semakin laju akibat dipam oleh jantung. Ini kalau kena heart attack, confirm gol! Saat bibirnya bertemu bibirku, aku terasa seakan melayang.
     " Jangan tidur lagi, temankan abang," rayunya dengan mata yang kuyu, di selangi dengan suara yang romantis. Seolah-olah merelakan tindakan suami, aku memejamkan mata. Adam semakin lebar sengihannya terus memelukku erat. Kerana begitu asyik dalam pelukan suami, aku memberikan Adam haknya dengan rela hati. Malam yang sunyi terus merangkak ke pagi dengan rahsia tersendiri.
                        ************************************************************************
     Subuh itu aku terjaga lewat. Pantas aku bangun sambil menolak tubuh Adam yang tengah sedap memelukku dalam tidurnya. Aku jadi malu sendiri apabila melihat pakaian tidurku berselerak di atas permaidani, begitu juga pakaian Adam. Aku mencapai tuala yang tersidai di kerusi kerja Adam, dan terus menuju ke bilik air. Dalam bilik air, aku rasakan mukaku semakin berbahang dan merah padam. 'Malunya aku!' aku jerit dalam hati. Tapi, apa nak malu? Dia sah suami aku. Malas mahu melayan perasaanku yang senget, aku terus bersihkan diri.
     Sebaik saja aku keluar, aku lihat bilik sudah terang dan Adam sedang mengemas katil. Aku berdehem dan dia memandangku dengan senyuman nakal. Mukaku kembali berbahang.
     " Dah mandi?" dia menyoal dengan suara yang menggetarkan jiwa aku. Matanya melirik pada aku yang sedang berkemban. Oh, no! Sabarkan hati ni, kang tak pasal-pasal aku yang terkam dia. Aku senyum.
     " Dah, abang pergilah mandi. Subuh dah nak habis," kataku sambil mata memandang ke arah katil. Adam tersengih lalu berjalan melintasi aku, sambil cuba-cuba untuk mengucup dahiku. Pantas aku mengelak, mengundur sedikit ke belakang.
     " Opss, saya dah ada air sembahyang ni, kang terbatal pulak," kataku mengingatkan. Dia tergelak lalu terus masuk ke bilik air. Kelam-kabut aku menuju ke katil dan terasa mukaku merah padam. Dah sah-sah si Adam tu dah tengok! Dengan pantas aku menarik cadar dan menggantikannya dengan cadar baru. Sedang aku mengemas cadar, terdengar dia berdehem. Aku kaku di sudut katil.
     " Tak payah kelam-kabut tukar cadar. Abang dah nampak pun," katanya lalu tergelak kecil. Eei, benci betul ada suami suka menyakat macam ni! Aku membawa cadar itu ke sudut bilik lalu cepat-cepat pakai telekung. Malu untuk menatap wajahnya lagi. Adam tergelak namun diimamkan jua aku di subuh itu.
     Usai solat, aku bersalaman dengan dia, dan dia terus mengucup dahiku. Agak lama di situ sehingga lenguh pinggang aku dibuatnya.
     " Abang, lenguh ni," aku mengingatkan. Dia ketawa. Belum sempat aku bangun dia memegang kedua belah tanganku. Aku memandangnya. Pelik.
     " Sayang, terima kasih," katanya lalu mengucup tanganku. Aku yang malu terus menunduk. Dia mengangkat daguku.
     " Kenapa ni? Sampai merah padam muka?" soalnya tetapi dia ketawa.
     " Abang, janganlah buka cerita semalam," tukasku lalu menjeling. Dia ketawa lagi. Aku membuka telekung lalu bangun meletakkan atas katil. Kemudian aku mencapai cadar yang aku letakkan di sudut bilik, dan terus menuju ke pintu.
     " Nak bawak ke mana tu, sayang?" soalnya. Aku menoleh.
     " Bawahlah, basuh! Kenapa?" soalku.
     " Oh, ingatkan nak gunting letak dalam frame gambar, buat kenangan," sindirnya. Aku menjeling tajam namun seketika kemudian, kami ketawa. Aku turun terus ke dapur, selepas memasukkan cadar ke dalam mesin basuh, aku naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap ke ofis. Pagi tu memang nak keluar awal sebab aku nak singgah di rumah Nadia ambil beberapa barang yang masih tertinggal.
     " Oih? Awal bersiap? Nak ke mana?" soalnya. Aku menoleh.
     " Nak ke ofislah! Sebelum tu nak singgah rumah Nad kejap," kataku. Dia menghampiriku yang sedang bersolek, dan memeluk pinggangku. Aku tergelak apabila dia mengucup leherku.
     " Awal sangatlah, Yang," katanya.
     " Yelah! Kang jem, lambat sampai rumah Nad," kataku. Dia mengerling ke arah jam dinding, baru pukul 7.10 pagi. Kemudian dia mengeratkan pelukan. Aku berhenti menyikat rambut.
     " Kenapa ni?" soalku. Dia memandang wajahku dari dalam cermin.
     " Pergi dengan abang?" soalnya. Aku tergelak.
     " Tak naklah! Saya boleh drive," jawabku.
     " Tapi awal lagi ni, masuk ofis kan pukul 9.00 pagi," katanya.
     " Opss, pukul 9 pagi tu, abang saja ye? Saya 8.30 pagi," jawabku.
     " Awal lagilah, sayang. Temankan abang, please," katanya sambil mengucup leherku. Aku ketawa menahan kegelian. Dia tersengih.
     " Geli ke?" soalnya.
     " Janganlah ganggu. Nak bersiap ni," pujukku. Tapi nampaknya tak makan saman laki aku ni. Dia tetap mengucup leherku yang terdedah dan mata aku semakin kerap memandang ke arah jam.
     " Abang, dah lewat!" aku cuba menepis. Rangkulan semakin erat dan dia membawa aku ke arah katil. Tepisan yang tidak dilayan memandangkan yang menggoda aku tu bos aku sendiri, akhirnya pagi itu dia membuatkan aku benar-benar terlewat!!
                     ****************************************************************************************
     " Hai, awal masuk ofis?" sindir Nadia sambil ketawa ke arahku sebaik saja aku duduk. Semua staff memandangku sambil tersenyum. Aku rasa muka aku semakin berbahang.
     " Aku tunggu punyalah lama, tapi tak datang pun. Kenapa?" soalnya. Aku tersengih.
     " Terlambat bangunlah! Sekali jaga dah pukul 8.45," bohongku. Ni semua encik suami punya pasal! Kalau dia tak start buat drama tadi, takdelah aku masuk lewat. Hish! Malu, malu!
     " Aku dah agak. Jadi, barang-barang kau tu ada dalam kereta aku. Nanti sebelum balik kau ambik kat parkir," kata Nadia. Aku tersengih kemudian menepuk dahi melihat tray aku penuh dengan fail yang harus disemak.
     " Adeh! Cuti lama-lama ni, kerja menimbun pulak," rungutku.
     " Puan, semua fail tu kami semua dah tolong semak. Tinggal nak mintak tandatangan suami puan je," perli Zatul. Aku tergelak.
     " Terima kasihlah, korang. Aku masuk jumpa bos dulu ye?" kataku sambil membawa semua fail audit ke bilik Adam sambil tergelak-gelak. Nadia dengan Aziah tersengih. Sampai saja di bilik Adam, aku mengetuk pintu lalu menjengah masuk. Kelihatan Adam sedang menyemak semua fail  yang ada di atas mejanya. Mak ai! Fail dia lagi banyak dari aku! Haha. Dia mendongak kemudian tersenyum.
     " Ye, debab! Awak nak apa?" soalnya. Aku menjeling.
     " Sila sain semua fail ni ye, bos!" kataku lalu meletakkan sebeban fail di depannya. Mata dia terbeliak lalu dia melopong.
     " Banyaknya fail, May! Ni pun tak sempat abang nak sain," rungutnya. Aku tergelak lalu duduk di depannya.
     " Takpe. Fail tu tak urgent sangat pun. Abang nak sain petang ni pun boleh. Yang penting esok kena bagi balik kat semua staff," kataku sambil tolong mengemas mejanya. Dia mengurut dahi.
     " Esok pagilah abang sain. Tengahari ni lunch dengan abang?" soalnya. Aku mengerutkan dahi.
     " Alah, saya baru nak lunch dengan Nad dan Azie," kataku.
     " Abang ada perjumpaan dengan klien ni, so abang nak May temankan abang," katanya. Hah! Aku serik! Fobia betul dengar 'perjumpaan dengan klien' ni! Aku menjeling.
     " Tak naklah! Nanti jadi macam kes beberapa bulan lepas," jawabku dan dia ketawa.
     " Itu klien senget, ye! Ini klien bisnes," katanya. Aku tetap menggeleng.
     " Abang ajaklah Muiz ke, Lutfi ke, May tak nak!" kataku lalu bangun untuk keluar.
     " May," dia memanggil namun aku terus menutup pintu. Ada je idea dia nak memerangkap aku kalau aku layan kemahuan dia tu. Aku menghampiri Nadia dan Aziah yang sedang terpegun melihat gambar perkahwinan dari album yang aku bawa.
     " Korang, tengahari ni jom makan dekat Midvalley," ajakku. Aziah mengerutkan dahi, manakala Nadia memicit hidungnya.
     " Jauhlah!" kata Nadia.
     " Aku drive," jawabku. Aku nak lunch jauh sikit dari area ofis, nanti takdelah bertembung dengan encik suami aku dan kliennya. Aku melihat Aziah dan Nadia berpandangan.
     " Okey!" mereka menjawab serentak. Aku kembali ke tempatku lalu duduk, dan terus menyambung kerja, sementara menanti waktu makan tengahari. Teringat kejadian pagi tadi, membuatkan aku tersenyum sendiri.