11 Mei 2018

♥ 10 Pemerintah Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

     Assalamualaikum... salam Jumaat kepada semua.. Salam negara baru... semua sudah selesai.. pemilihan dan pengundian... maka hiduplah kita dengan kerajaan baru kali ni.. Aamiinn ya Rabbal Alamin..

     Kali ni akak tak nak cerita pasal pemerintahan negara kita, tapi akak nak kita tahu sejarah dunia. Eh eh.. sejak bila jadi cikgu sejarah ni? Haha!! Akak suka subjek sejarah masa sekolah menengah dulu, result SPM pun bagus cuma kementerian pendidikan taknak bagi akak job as cikgu sejarah sebab cikgu dah ramai dalam negara ni. hahaha...

     Akak nak story pasal 10 Pemerintah Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia. Pelan-pelan akak godek encik gugel tau...



1. Nero - Maharaja Rom ke-5

Sumber : Google

     Nero memerintah Rom antara 54 hingga 68 Masihi dan dikenali sebagai pemerintah yang meruntuhkan pemerintahan Rom. Beliau bertanggungjawab di atas kematian ribuan orang, termasuk kaum kerabatnya sendiri yang dibunuh secara sistematik. Beliau suka membakar kota-kota sehingga menjadi debu dan membunuh dengan cara-cara tidak biasa seperti mandi dengan air mendidih (merebus kot), menikam, menyalib, meracun dan memenggal kepala. 

     Nero juga dikenali kerana memperkosa ramai wanita, menikmati dan merosakkan tubuh-tubuh wanita tersebut. Kebakaran kota Rom menyebabkan kematian ramai orang dan menimbulkan gelombang pelarian. Nero kemudian menyalahkan orang Kristian, sehingga akhirnya ribuan orang Kristian diseksa dan dibunuh secara kejam seperti dipaksa bertarung dengan singa atau dijadikan obor hidup (dibakar agaknya..kejam gila ni!)

     Tingkah lakunya telah mencetus pemberontakan. Namun setelah beliau sedar akan kekalahannya, beliau telah mengakhiri riwayatnya dengan membunuh diri.



2. Qin Shi Huang - Maharaja China yang Pertama

Sumber : Google

     Qin Shi Huang adalah maharaja pertama China yang bertakhta antara 210 hingga 221 sebelum Masihi. Belum setahun memerintah, baginda sudah mengusir 120 ribu keluarga. Baginda juga dikenali sebagai paranoid sehingga menjadikannya kejam, sadis dan brutal terhadap rakyat. Kerana terus meningkatkan cukai, rakyat menjadi miskin dan baginda juga memusnahkan hampir semua penulisan dan buku. Para cendekiawan juga telah menjadi sasaran baginda dan banyak diantaranya meninggal kerana dibunuh hidup-hidup ataupun dipenggal.

     Baginda membina 4,700 jalan raya dengan mengerah tenaga buruh paksa dan ribuan antaranya bekerja sehingga meninggal. Baginda juga memaksa para ilmuan dan cendekiawan mencari cara agar dia tidak boleh mati sehingga 480 orang antaranya dikuburkan hidup-hidup kerana gagal memenuhi tuntutannya. 

     Kerana paranoid tentang keselamatan dan kematiannya, baginda membina makam selebar 5km yang dibina oleh 700 ribu tenaga buruh paksa. 

Nota kaki : akak rasa macam pernah tengok cerita pasal Maharaja Qin ni.. korang mesti ingat watak Jet Li sebagai Maharaja Qin dalam filem The Mummy : Tomb of The Dragon Emperor kan?? Ingat tak?? Meh akak share gambar dia..

Jet Li sebagai Maharaja Qin Shi Huang
Ha...kan sama tu? Patutlah kejam sangat... ada sejarah rupanya... ish ish ish....


3. Genghis Khan - Maharaja Mongolia

Mak aiii...Ganasnya muka dia..

         Genghis memakai gelaran sebagai Khan dari 1206 sehingga 1227 Masihi, dan dikenali sebagai orang yang sentiasa dahagakan darah dan pendendam. Selama kekuasaannya dia menakluk hampir seluruh daratan China dan daratan ke laut Kaspia (Caspian). Dia dan pasukannya membunuh orang-orang dari segenap kota, baik warga tentera, orang biasa dan juga kanak-kanak. Pembunuhan dilakukan dalam pelbagai cara termasuk mencurah cairan perak panas ke dalam mata dan telinga mangsanya.

     Kaum wanita pula diperkosa dihadapan ahli keluarga mereka, kaum miskin dipenggal hidup-hidup dan kaum kaya diseksa agar menceritakan di mana harta mereka disimpan. Dia dan pengikutnya dianggarkan membunuh 700 ribu orang dalam sekali pembunuhan dan kerpa menggunakan para musuh sebagai perisai manusia. Ada juga ribuan orang menjadi budak suruhan selama pemerintahannya.

     Genghis Khan diketahui telah membunuh 3/4 dari 10 juta orang yang tinggal di daratan tinggi Iran pada masa itu. Selama kekuasaannya dia dan pengikutnya telah membunuh 20 hingga 60 juta orang. Genghis Khan akhirnya telah  meninggal dunia pada 1227 Masihi kerana sakit tua.

Nota kaki : 60 juta dibunuh??? Wow! 60 juta nyawa orang tak berdosa menanti dia di akhirat nanti. Apa punya orang ni..kejam yakmat...!


4. Herodes - Raja Agung Yudea

Herodes The King
     Herodes menjadi Raja Yudea antara 47 hingga 4 Masihi dan sangat terkenal dengan perintah pembunuhan setiap anak lelaki berusia di bawah 2 tahun di Bethlehem. Herodes diketahui mengalami paranoid dan melakukan banyak kejahatan. Setiap orang yang dicurigai dan diyakini menjadi ancaman kepadanya akan dibunuh termasuk kerabatnya, isteri, bapa saudara dan 3 puteranya sendiri (bapak kejam gila!), dan termasuk paderi besar pada masa itu. Herodes meninggal pada 4 Masihi kerana sakit. Tapi sebelum kematiannya dia sempat memerintahkan untuk membunuh semua lelaki di Yudea supaya mewujudkan kesedihan yang lura biasa, namun mujurlah perintah tersebut diabaikan.

Nota kaki : kalau semua lelaki zaman dia tu dibunuh, pupuslah waris kan..wanita takleh mengandung dan beranak melainkan ada wanita yang dah mengandung time tu.. ish kejam.. 


5. Wu Zetian - Maharani Pertama China.

Wu Zetian Potret

     Maharani ini memerintah dari 690 hingga 705, sekaligus menjadi satu-satunya wanita yang memerintah dalam sejarah China. Baginda juga dikenali sebagai wanita yang jahat, sadis dan kejam. Wu Zetian memerintahkan penyiksaan dan pembunuhan setiap hari. Semua lawannya dihukum mati atau diasingkan bahkan keluarga pun tidak terkecuali. Baginda juga membunuh anak saudara lelaki mahupun perempuan, dan juga anak perempuannya sendiri yang baru lahir. Dia juga memaksa orang untuk membunuh diri termasuk puteranya sendiri.

     Selama kekuasaanya ribuan orang dicincang, dicekik, diracun, dibakar dan direbus hidup-hidup. Wu Zetian juga tergolong sebagai perempuan paling berpengaruh dalam sejarah dan meninggal pada usia 81 tahun.

Nota kaki : mak apa dia ni? kejam sampai bunuh bayi sendiri. Huh!


6. Raja John - Inggris

Ilutrasi gambar

     Raja John yang bengis ini merupakan saudara lelaki Raja Richard yang berhati singa (kejam sangat la tu). Dia mudah merosakkan diri sendiri dan diketahui telah mengkhianati bukan saja teman dan kerabat, tetapi juga negerinya. Selama pemerintahannya antara tahun 1199 sehingga 1216 M, dia telah menjadikan negaranya jatuh muflis. Raja John juga telah mencuri di gereja dan mengusir semua semangat dari Inggris. Dia mengarahkan perang melawan Perancis sehingga kehilangan puluhan ribu pasukannya.

     Melalui sebuah kempen, dia menyita semua harta kaum Yahudi di Inggris lalu memenjara dan menyiksa para tawanannya. Cukai pulak dinaikkan menjadi luar biasa, belum lagi ribuan orang dipaksa berlapar, dibutakan, disiksa, digantung dan dipenggal. 

     Pada saat dia menandatangani surat perjanjian, dia kehilangan semuanya dalam peperangan kecuali Inggris (England sekarang ini). Raja John meninggal pada 1216M sebelum melancarkan perang besar-besaran yang mungkin menjadikan Inggris kalah kepada Perancis. 

Nota kaki : patutlah England sekarang diperintah oleh seorang perempuan...


7. Tamerlane - Maharaja Timurid.


 
     Maharaja ini juga dikenali sebagai Timur adalah penguasa pada abad ke-14 yang menundukkan Asia Barat, Tengah dan Selatan. Dia yakin bahawa Genghis Khan adalah moyangnya dan menjadi penakluk yang kejam dan haus darah. Tamerlane bertanggungjawab atas kematian ribuan orang, termasuk 200 ribu tentera dan warga sivil India yang sudah menyerah. 

     Di Aleppo,dia memenggal 20 ribu orang, ditambah 70 ribu orang di Ifshan, 70 ribu orang di Tirkit dan 90 ribu orang di Baghdad. Tamerlane gemar mengumpul tengkorak para musuhnya sehingga menjulang tinggi. Dia dianggarkan menyebabkan kematian antara 15 hingga 20 juta orang selama kekuasaannya yang berterusan sehingga tahun 1405M.


8. Caligula - Maharaja Rom ke-3



     Caligula memerintah empayar Rom antara 37 sehingga 41 Masihi, dan terkenal dengan sifatnya yang sadis, liar dan angkuh. Hanya dalam 3 bulan pertama pemerintahannya, dia membunuh 160 haiwan. Dia menderita sakit otak dan diketahui menghidap penyakit mental, sehingga percaya bahawa dirinya adalah dewa.

     Menurutnya para tawanannya harus merasai saat-saat kematian yang menyakitkan, dan mulai membunuh para tawanannya melalui penderitaan selama beberapa jam atau hari. Anak-anak kecil akan dicekik atau dipancung sementara ahli keluarga jadi penonton. Banyak tahanan dihumban ke dalam kandang harimau, singa dan beruang liar. Jika dia tidak menyukai seorang Gladiator (pahlawan), dia akan memukul mereka beberapa hari sehingga meninggal dunia. Oleh kerana kekejamannya, ramai orang rela untuk membunuh diri daripada harus berdepan dengannya dan mati disiksa. 

     Caligula juga memaksa para suami untuk menyerahkan isteri mereka bahkan melakukan sumbang mahram dengan saudara perempuannya. Banyak orang menderita kelaparan semasa pemerintahannya. Akhirnya pada 41 M, Casius Chaerea membunuh Caligula.

Inilah wira yang membunuh Caligula, Casius Chaerea

Nota kaki : Nama... Caligula.. ni kot asal nama gula perai.. hahaha


9. Attila - KA.

Attila The Han

    Empayar Han membentang dari Sungai Ral ke Laut Baltik dan sungai Danube. Dia berkuasa dari tahun 434 hingga 453 M dan dikenali sebagai orang gasar yang dingin, kejam dan haus darah. Tujuannya adalah untuk menghancurkan empayar Rom. Dia tidak menerima orang yang menyerah kalah atau memohon belas kasihan dan membunuh sesiapun mengikut caranya. Dia bukan saja mengancam Rom bahkan suku-suku Teutonik. 

     Attila dan pengikutnya percaya bahawa semua orang yang ada di bawah mereka, kehidupan orang-orang tersebut tidak penting. Attila porak perandakan kota Rom, membunuh ribuan orang selagi hidup dan tidak teragak-agak membunuh seluruh penduduk suatu kota. Bahkan dia juga menikmati tontonan ketika tawannya dicabut kaki dan tangan. Menurut Listvers, pada 453 M dia meninggal dunia akibat penyakit batuk berdarah.

Nota kaki : oo..ni la Attila the Han yg ada watak dalam filem Night in Museum tu.. igt tak?? hahaha


10. Godfrey - Kesatria Perancis.



     Godfrey memimpin perang salib 1, iaitu ekspedisi tentera Kristian barat untuk merebut kembali tanah suci yang dikuasai oleh pasukan Islam. Tetapi dia juga mencuba membalas bangsa Yahudi kerana pembunuhan Jesus. Ketika tiba di Jerusalem pada 1099 M, pasukannya merempuh seperti badai. Semua orang yang ditemuinya akan dimusnahkan tanpa memilih dan kaum Yahudi dibakar hidup-hidup ketika sedang bersembunyi dalam rumah ibadat. Pasukannya memburu sesiapa jua yang melarikan diri dari kota, manakala jalan-jalan dipenuhi dengan timbunan tangan, kaki dan kepala manusia.

     Ada kisah mengatakan bahawa dia berjalan tanpa kasut dan hanya berseluar dalam ketika mengharungi banjir darah setinggi pergelangan kakinya. Godfrey meninggal pada 1099 M akibat penyakit sampar (sakit apa tu wei??)

Nota kaki : nama pun Godfrey.. ingat dia orang suruhan Tuhan ka dok bunuh manusia? Apa punya kejam?


Kesimpulannya, janganlah kita berlaku kejam pada manusia ataupun binatang kerana semua adalah makhluk Allah. Lama mana nk jadi kejam? Akhirnya mati jugak dok dalam tanah.

Selamat menelaah sejarah :)