12 April 2012

KiSaH hAtI ~ 21

     Puan Hawa mengemas bilik anaknya sambil dibantu Haziq Irfan. Saat mengelap habuk pada gambar perkahwinan Nia Aryana dan arwah suaminya, hati Puan Hawa menjadi sayu. Haziq Irfan pantas berdehem kecil untuk menyedarkan ibunya. Tiba-tiba anak keduanya, Amy Haryani menjengah masuk diikuti dengan cucu sulungnya, Afiqah. Tersengih cucunya yang seorang itu.

     " Mak nak bagi anak Nia tido atas katil dengan dia ke?" soal Amy Haryani sambil melabuhkan punggungnya di kerusi rehat di penjuru bilik. Puan Hawa memandang anaknya yang semakin sarat menunggu hari untuk bersalin. Dia tersenyum melihat Afiqah mengusap-usap perut mamanya, manakala Haziq Irfan mengalihkan almari baju kakaknya ke sisi bilik agar ruang lebih luas.

     " Cadangnya lebih baik macam tu. Lagi pun kan dia memang tido sorang. Kalo ada anak di sebelah takde la dia rasa sunyi sangat," kata Puan Hawa sambil melabuhkan punggung atas katil Nia Aryana.

     " Nek, acik Nia dengan baby balik bila?" soal Afiqah.

     " A'ah, mak? Sape yang ambil dia nanti?" soal Amy Haryani.

     " Kak Nia call Haziq tadi, katanya nanti Carlos yang ambil dia," kata Haziq Irfan.

     " Ish! Boleh ke bos ambil pekerja dia tu, mak?" soal Amy Haryani seakan pelik.

     " Ape pulak tak bolehnye? Company dia yang nak bayar bil jadi lagi baik dia pergi. Liyana ada sana nanti masa discharge," jawab Haziq Irfan. Amy Haryani cuma mengangkat bahunya. Puan Hawa tersengih, faham benar apa yang bersarang dalam hati anak keduanya itu.

     " Nampaknya tertunda lagi rancangan pertunangan along dengan adik, ye mak?" perli Amy Haryani. Haziq Irfan mencebik. 'Dengkilah tu dia tak boleh ikut dengan perut memboyot!' sindirnya dalam hati. Puan Hawa ketawa melihat wajah kelat anak bongsunya.

                                                    ********************************************************
     Nia Aryana mengemas bajunya dan menyiapkan anaknya sambil menantikan kedatangan Azreen dan Carlos. Dia mencium-cium pipi tembam anaknya dan bayi itu membuka matanya sedikit. Tersentuh hatinya tatkala melihat anaknya memandang dengan matanya yang bulat.

     " Selamat pagi, Alisha sayang. Hari ni kita nak balik rumah tau! Auntie Rin dengan uncle Carlos akan bawa Alisha dengan ibu pulang," kata Nia Aryana kepada anaknya lalu dia mencium pipi anaknya, dan Alisha Nisrina seakan faham lalu memejamkan matanya semula. Baru saja dia meletakkkan anaknya atas katil, pintu biliknya terbuka. Kelihatan Carlos menjengah masuk dengan sejambak bunga ros putih. Nia Aryana menjeling sambil mencari-cari wajah Azreen. 'Bunga lagi,' hatinya ketawa.

     " You tak payah cari dia. Dia kena ke KK malam tadi, urgent!" kata Carlos. Nia Aryana tersengih.

     " I dah agak! You tak nak pergi sebab dah janji nak pick up I kan? Eleh, macam la I baru kenal you ni, Carl," perli Nia Aryana sambil menerima jambangan bunga dari Carlos. Carlos ketawa.

     " Dah siap? Jom la, Yana tunggu you kat kaunter. I dah bayar semua bil," kata Carlos sambil menjinjit beg baju milik kawannya itu. Perlahan-lahan Nia Aryana duduk atas kerusi roda lalu memangku anaknya dengan hati-hati. Carlos menolak kerusi roda itu keluar menuju ke kaunter pembayaran.

     Dari jauh kelihatan Doktor Liyana sudah tersenyum tatkala melihat mereka berdua. Tersengih Nia Aryana apabila melihat Liyana mengeluarkan hamper untuk anaknya. Liyana menghampiri Nia Aryana dan mencium Alisha Nisrina.

     " Kak Nia, ni hamper dari Yana untuk baby," katanya lalu meletakkan hamper kecil itu di riba Nia Aryana.

     " Susahkan Yana je," kata Nia Aryana. Carlos mengambil hamper itu lalu dipegangnya. Liyana bangun lalu berdiri.

     " Takde apa yang susah, kak! Niat Yana nak beli dari semalam tapi terlupa. Alah, untuk Alisha..." kata Liyana lalu tersenyum. Kelihatan lesung pipit di pipi kanannya.

     " Okey lah, Yana. Kami balik dulu yer. Terima kasih atas layanan Yana 2-3 hari ni," kata Nia Aryana lalu memegang tangan Liyana erat.

     " Tu dah tugas Yana, kak. Balik hati-hati tau. Habis duty nanti Yana singgah rumah akak. Carl, awak jangan bawak kereta laju-laju sangat!" pesan Liyana lalu dia melambai ke arah mereka yang sudah beredar. Apabila melalui kawasan bilik VIP, tergamam Nia Aryana saat melihat Dato' Zainal keluar dari bilik rawatan sambil memegang dadanya. Dato' Zainal turut terperanjat melihat bekas menantunya dengan seorang lelaki sambill memangku bayi.

     " Carl, dekat dengan orang tu jap," pinta Nia Aryana. Carlos cuma menurut katanya. Mereka terus menghampiri Dato' Zainal yang sedang duduk di kerusi menunggu.

     " Assalamualaikum, ayah!" sapa Nia Aryana dengan tertib lalu mencapai tangan tua itu dan menciumnya. Terharu hati Dato' Zainal melihat sikap Nia Aryana yang baik budi pekerti itu. Dia mengusap rambut Nia Aryana dan kemudian mencuit pipi cucunya.

     " Bila bersalin, Nia?" soal Dato' Zainal. Belum sempat Nia Aryana menjawab, Carlos mencuitnya.

     " Nia, I letak barang-barang you dalam kereta dulu, ok?" soal Carlos lalu dia beredar memberikan ruang kepada mereka berdua. Nia Aryana kembali memandang wajah tua Dato' Zainal yang teruja untuk memegang cucunya.

     " Ayah nak dukung dia?" soal Nia Aryana. Dato' Zainal berseri-seri wajahnya. Perlahan-lahan Nia Aryana meletakkan anaknya atas pangkuan Dato' Zainal. Nia Aryana dapat melihat air mata bergenang di tubir mata Dato' Zainal.

     " Mata dan hidung dia macam Ariff, kan Nia? Apa namanya?" soal Dato' Zainal seakan tidak percaya. 'Ya,ini memang anak abang Ariff, ayah,' hati Nia Aryana mengiyakan.

     " Namanya Alisha Nisrina, yah. Mukanya memang ada iras abang Ariff," kata Nia Aryana. Hatinya sebak apabila melihat Dato' Zainal mencium pipi anaknya bertubi-tubi. Hiba hatinya namun dia tidak mahu mata tua itu melihat dia menangis. Pantas diseka air matanya dari jatuh ke pipi.

     " Ayah buat apa kat sini? Mama sakit ke?" Nia Aryana mengubah topik. Dato' Zainal memandang wajah Nia Aryana lalu dia tersenyum.

     " Ayah datang sorang je ni, follow up sakit lemah jantung," katanya perlahan. Terperanjat Nia Aryana. Dia tidak menyangka yang bekas ayah mertuanya sakit lemah jantung.

     " Oh, jadi mama tak datang lah?" soal Nia Aryana. Dato' Zainal menggeleng.

     " Sibuk bershopping dengan Julie," katanya. Sayu hati Nia Aryana apabila isteri tidak mengambil berat tentang kesihatan suaminya. Nia Aryana menyambut kembali anaknya apabila dihulurkan oleh Dato' Zainal.

     " Ayah ambil ubat dulu. Nia balik la dulu ye, nanti ada masa ayah singgah umah," kata Dato' Zainal lalu bangun, dan sempat menghulurkan not seratus dua kepada cucunya. Nia Aryana terharu lalu menangis. Dato' Zainal mencium ubun-ubun bekas menantunya.

     " Ayah, terima kasih. Jangan beritahu mama ye, yah?" soal Nia Aryana lalu Dato' Zainal tersenyum. Dia melangkah pergi ke kaunter ubat dan dari jauh kelihatan Carlos berjalan perlahan menghampiri Dato' Zainal lalu berpelukan. Kelihatan seperti Dato' Zainal menangis di bahu Carlos. Nia Aryana mengesat air matanya lalu pandangannya dengan Carlos bertembung.

     Perlahan-lahan Carlos menghampiri mereka berdua.

11 April 2012

KiSaH hAtI ~ 20

     Nia Aryana membelai pipi mulus anaknya yang terlena di pangkuannya, Dia langsung tidak memandang ke arah wajah Carlos yang duduk bertentangan dengan katilnya. Carlos mengelus rambut lalu menghampiri katil Nia Aryana. Baru saja dia ingin membuka bicara, telefonnya berbunyi. Pantas dia menjawab bagi mengelakkan anak Nia Aryana terjaga.

     " Ya, ayah! Ada apa hal? Oh, Carl di hospital ni, tu yang kena delay meeting untuk esok.. Takde sape sakit.. Ni ha, si Nia dah selamat bersalin. Ye, insyaAllah, nanti Carl sampaikan.. Baik,yah! Waalaikumsalam," lalu dia mematikan talian sebelum mengadap wajah Nia Aryana semula.

     " Carl, I tak apa-apa. You baliklah office attend meeting yang you delay tadi. Kesian staff kita," Nia Aryana terlebih dahulu membuka bicara. Carlos duduk di hadapannya.

     " Ayah I kirim salam," kata Carlos ringkas. Nia Aryana menjawab perlahan.

     " Betul you nak I balik office ni?" tanya Carlos lagi. Nia Aryana angguk.

     " Takpe, nanti mak I datang," jawab Nia Aryana. Baru saja sebut, muncul wajah Puan Hawa dan ahli keluarga Nia Aryana yang lain. Puan Hawa memeluk anaknya dengan rasa hiba. Muncul pula Doktor Liyana lalu menghampiri bakal kakak iparnya. Carlos bangun lalu berdiri di penjuru bilik, membiarkan ahli keluarga Nia Aryana menghayati detik gembira itu.

     " Sorry, Yana. Kak Nia dah spoil kan majlis kamu tadi," kata Nia Aryana lalu Doktor Liyana memeluknya erat- erat. Puan Hawa sudah memangku cucunya itu. Haziq Irfan dan Naufal Haqim tersengih.

     " Takde apalah,kak! Ini saat yang paling gembira. Why not kami datang sini je kan?" soalnya lalu mengalih pandangan ke arah bakal tunangnya, Haziq Irfan. Mereka semua mengangguk.

     " Mak, kalau tak kerana bantuan Carlos dan Rin, Nia mungkin tak berada di sini sekarang," kata Nia Aryana lalu memandang Carlos yang berdiri di tepi tingkap. Carlos yang tersedar namanya disebut, pantas menoleh. Kesemua mereka memandang ke arahnya, dan Haziq Irfan serta Naufal Haqim menghampirinya lalu memeluknya sebagai tanda ucapan terima kasih. Puan Hawa tersenyum gembira.

     " Carlos, terima kasih banyak-banyak. Tanpa kamu tadi tak tahulah apa akan terjadi pada Nia," kata Puan Hawa. Carlos tersengih lalu menghampiri Puan Hawa,

     " Takde apalah, makcik! Hal kecil je ni," katanya merendah diri.

     " Oleh kerana jasa kamu yang cukup besar ni, makcik nak beri kamu peluang untuk menamakan anak Nia ni, cucu makcik. Makcik rasa Nia pun tak kisah, kan Nia?" soal Puan Hawa lalu memandang ke arah anaknya. Nia Aryana cuma tersengih lalu memeluk tubuh. Carlos menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 'Alamak, aku nak kena bagi nama pulak! Dah macam anak aku sendiri pulak dah! Hehe,' hati kecilnya ketawa, panik.

     " Er, boleh tu boleh makcik! Tapi bagi saya balik rumah cari nama yang sesuai dulu," jawapan Carlos diterima dengan ketawa mereka. Dia sengih.

     " Takpe. Carl balik cari nama baby dulu, dah dapat nanti esok Carl bagitau saya. Nanti saya tolong daftarkan," tawar Doktor Liyana kepada Carlos. Akhirnya dia ketawa kecil dan meminta diri untuk pulang ke pejabat. Azreen sudah awal-awal lagi kena lunch dengan client Nia Aryana.

     Dan, pemergian Carlos cuma dihantar dengan pandangan matanya saja.

                                                   *****************************************************
     Carlos masih lagi mengelamun sambil bermain-main dengan iPhone4 nya. Datin Melina yang baru turun dari tingkat atas bersama suaminya, memandang pelik tingkah laku anak bujangnya itu. Pantas ditegurnya.

     " Cara?" panggil Datin Melina. Carlos memandang lalu tersengih. Mereka berdua duduk berhadapan dengannya.

     " Ni apesal tersengih sorang-sorang?" soal Dato' Azman. Carlos membetulkan duduknya lalu memandang ke arah kedua orang tuanya.

     " Ma, masa adik Carl, kakak kepada Nita meninggal, apa nama yang mama dengan ayah berikan?" soal Carlos selamba. Terkedu wajah Datin Melina dan Dato' Azman saat mendengar soalan dari mulut anaknya itu. Baginya kisah 26 tahun lalu tidak perlu diingat semula. Tetapi apabila terpandang wajah anak lelaki tunggalnya yang setia menanti jawapan, dia tersenyum. Baginya itu cuma sekadar nama. Dan wajah Carlos terpancar kegembiraan. Kegembiraan yang membuat wajah kedua orang tuanya pelik.

                                                         ******************************************************
     Sebaik saja Nia selesai menyusukan anaknya, pintu biliknya terbuka. Kelihatan wajah Carlos menjengah dengan salam dan senyuman yang lebar. Nia Aryana menjawab salam lalu meletakkan bayinya perlahan-lahan atas ribanya. Carlos masuk dan menutup pintu. Dia menghampiri kedua mereka dengan tangan yang tersembunyi di belakang badannya.

     " Carl, you ni tak reti masuk office ke?" perli Nia Aryana. Carlos ketawa perlahan. Dia pantas memberikan hamper barangan bayi jenama Anakku dan sejambak bunga ros merah kepada Nia Aryana. Dengan hati yang galau Nia Aryana menerimanya. Carlos duduk di kerusi lalu memandang wajah anak kecil itu.

     " You nak pangku dia, Carl?" soalan Nia Aryana membuatkan jantung Carlos berdetak kencang. Perlahan dia bangun lalu menghampiri katil mereka dan dia duduk di hadapan Nia Aryana. Dengan hati-hati Nia Aryana mengangkat bayinya lalu diletakkan dalam pangkuan Carlos,

     " You tak payah nak kekoklah, Carl! Semalam elok je you pangku masa iqamatkan baby I," perli Nia Aryana lalu Carlos tersengih. Dia membetulkan duduknya.

     " I ingat you tido tak sedar. Mana I tahu you pandang I," jawab Carlos, Nia Aryana mencapai hamper bayi lalu diletakkan atas meja sebelahnya.

     " Carl, thanks so much for what you do to me. This hamper, flowers, everything," kata Nia Aryana perlahan. Carlos membelai wajah mulus bayi itu lalu memandang Nia Aryana.

     " Hey, girl! Look at me! I buat semua ni sebab atas rasa tanggungjawab I pada you, atas rasa sayang I pada you," kata Carlos dengan romantisnya. Nia Aryana terdiam. Soal cinta dan sayang itu sukar untuknya memberikan jawapan. Belum sempat Nia Aryana menjawab, pintu terbuka dari luar. Kelihatan Doktor Liyana masuk dengan senyuman.

     " Ewah, awal Carl datang tengok akak dengan baby hari ni? Siap dengan hamper dan bunga lagi. Betapa romantisnya Carl ni," perlinya sehingga muka kedua-dua mereka memerah. Doktor Liyana ketawa.

     " Jangan risau, Yana tak kan pecah rahsia! Haha..muka akak dengan Carl dah merah," giatnya lagi. Pantas jari Nia Aryana mencubit lengan Doktor Liyana. Akhirnya ,mereka sama-sama ketawa.

     " Carl dah dapat nama baby?" soal Doktor Liyana sebaik saja ketawa mereka reda. Carlos mengangguk lalu memandang wajah bayi di pangkuannya.

     " Boleh saya dapatkan untuk pendaftaran?" soal Doktor Liyana lagi. Carlos memandang wajah Nia Aryana seakan meminta persetujuan, dan Nia Aryana mengerdipkan matanya sebagai memberi keizinan.

     " I nak namakan baby girl ni dengan nama Alisha Nisrina. Boleh tak?" soal Carlos lalu memandang wajah Nia Aryana,

     " Alisha Nisrina..erm, unik nama tu. Mana you dapat Carl? Ada makna baik tak?" soal Nia Aryana semula. Carlos tersenyum lalu mengangguk.

     " I dapat dari mana tu tak penting. Yang penting maknanya 'bunga mawar putih mulia'!" jawab Carlos. Nia Aryana dan Doktor Liyana terpempan. Nama yang unik dan maksud yang cantik.

     " Err..bahasa apa tu?" soal Doktor Liyana. Carlos ketawa,

     " Bahasa Melayu la. Haha.. Takdelah, bahasa Arab dan Latin," jawab Carlos. Akhirnya mereka sepakat menamakan anak Nia Aryana dengan nama Alisha Nisrina binti Ariff Haikal.