30 November 2017

Perfect Hair Serum yg PERFECT!

Hai uols... cak!!

Hari ni akak nk tanya korang semua ni...ada masalah rambut kering/kusut//rosak/kesat di skala 6 lepas bersyampu tak?? yelah kadang lepas mandi kan gonyoh2 tuala kat kepala tu, tiba2 nak sikat boleh pulak sikat melekat kat rambut. -hahaha-


Hakak memang alami masalah negara mcm ni dik...smpai terpaksa lah hakak tebang rambut hakak nan panjang kepada boycut. Comey woo... -haha-

Kemudian, kawan opis akak la kenalkan akak dengan serum ni (tak tau lah kot hakak yang ketinggalan ets pasal serum ni kan..hihi)

Nama serum ni Perfect MiseenScene Serum from Korea.



Masa dia bg akak tu cuma botol kecik 20ml je untuk tester. Tapi akak betul2 jatuh cinta dengan serum ni.. Rambut akak jadi wangi.. lembut bersinar dan mudah diurus mcm rambut baby.. Kiranya bangun tido dah xde rupa rambut singa. ~hahaha~

Antara kandungan dalam serum ni :-

♥ Argan Oil
♥ Royal Jelly
♥ Rose Water

Kebaikan bahan2 utama :-

1. Argan Oil
Μеmbаntu mеnguаtkаn аkаr rаmbut, mеmbеrі khаѕіаt dаn mеmulіhkаn kulіt kераlа уаng rоѕаk, dаn mеnуіhаtkаn rаmbut.



2. Royal Jelly
Melembapkan rambut, mengatasi rambut rosak, membersihkan dan menyuburkan rambut, menjadikan rambut bersinar.




3. Rose Water
Khusus untuk mencantikkan rambut



Cara-cara menggunakan Perfect Hair Serum :-

1. Selepas bersyampu, keringkan rambut dengan tuala sehingga separuh kering (bukan basah lencun ala2 iklan syampu kat tv tu taaauuuuu.. :P)

2. Tuang serum ke tapak tangan sebesar duit syiling 20 sen (bergantung pada panjang dan tebal rambut laa) kemudian gosok2 dan sapu di hujung2 rambut saja. Jangan sapu terus ke kulit kepala ye adik2...

3. Keringkan rambut secara semulajadi atau guna hair dryer dgn suhu rendah.

RASAILAH KEHEBATAN SEBENAR RAMBUT ANDA!!

29 November 2017

~Kebaikan Teh Hijau atau Green Tea~

Hai uols... apa kabo?? haha.. hari ni hakak nk stori pasal kebaikan teh hijau or green tea. Korang mesti ada yang nak diet kan?? Meh kita tengok apa kebaikan minum teh hijau ni bagi orang yg nak diet...

Khasiat Teh Hijau.



1. Untuk buang segala toxin yang ada dalam badan kita. bila toxin kurang, jerawat pun tiada. makan kulit pun licin. tapi kalau aku malas, (means malas nak minum green tea, maka belambak la jerawat2 halus yang tak diundang).

2. Dapat menurunkan berat badan. kalau ikut kata kevin zahri kalau kita amalkan green tea senang nak kurus sebabnya green tea mampu mempercepatkan pembakaran kalori dan untuk pengetahuan kalori untuk green tea 0 okay. 0kcal. hihi.

3. Dapat mengelakkan kita daripada terkena penyakit hati dan stroke dengan cara merendahkan kadar kolestrol dalam badan kita. 

4. Green tea juga mampu kasi kulit kita kekal anjal sebab kandungan antioxidant dalam green tea tuh sendiri tinggi dan green tea jugak mampu hindarkan kita daripada menghidap cancer. sebab antioxidant dia tinggi, so dia mampu protect segala cell dalam badan kita. <<Sumber :: Aisyah Taib>>


Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti 'clostridia'.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah 'ACE inhibitor'. Teh hijau merupakan 'ACE inhibitor' semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Dan Lagi>>
  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda. <<Sumber : Uyuns Nuruls>>

Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan. 


Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 

Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya: 

Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 

Mengatasi bengkak mata 
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 

Antiseptik kulit 
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 
Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 

Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 

Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 

Menguatkan daya ingatan 
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 

Awet Muda 
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok. <<Sumber :: Puan Zura>>


Cara minum??
Mudah ajer dik non...
bancuh dgn air panas tapi TANPA GULA ye uols... kalau dengan gula tak menjadi laa nak selim melim kannnn.. 1 uncang boleh guna 2-3 kali selagi pati teh tidak habis. Kalau dah takde rasa tu tukar lah uncang baru tau...

Selamat mencuba! :)

27 November 2017

Pewangi Original vs. Perfume 3A, mana bagus??

Korang prefered guna perfume yang ORI ke atau brand 3A? macam hakak kan.. hakak x kisah... kalau cik abam nak lanje perfume ori hakak terima dengan redha dik.. haha..

Baru² ni hakak beli 1 perfume mini Escada Fiesta Carioca (apesal dengar nama mcm popcorn aje ni...haha) tapi akak x beli ori pun akak beli yg rejected punya 3A tu..

Bau pun sama dik.. malah long lasty smpai 12 jam... percayalah ckp hakak... berbaloi jugak beli sebab boleh bawak pegi travel dan simpan dlm handbag je uols...

Botol Ori rupenye cmni laa


Ni mini perfume.. atau mini pocket.. mmg boleh boh dalam poket uols...


Jadi kalo korang nk try brand ni boleh roger² hakak... hakak jual murah2 jer dik.. 1 botol rm20, beli 3 rm50 FREE pos lagi..mcm² brand** ade korang namakan aje dik...inshaAllah hakak try cari...

** tertakluk pada kesediaan stok.. 

24 November 2017

Rahsia Kulit Cantik & Sihat dgn NANO WHITE

Hokay hakak nk sambung penceritaan rahsia kulit cantik cerah & sihat dgn produk Nano. Entri sebelum ni kalau ada yang belum baca "terobek" hakak boleh laa klik kat <<SINI>>.

Jom akak sambung cite..

Lepas akak pakai Nano Fresh yg x berapa nak sehsuai dgn hakak...maka akak beralih pulak dengan NANO WHITE yang khusus utk kulit wanita 30an.. oppss... terbagitau pulakkss umo hakak.. kihkih..

Akak starting dgn Set asas Nano White yang ada muka Julena Evan tu lah.. 1 kotak (set) ada 3 produk yg harganya RM58.90 (ni orang belikan utk hakak lepas tu dia pun tumpang 2 kaki pakai jugak..haha)

Seminggu je hakak pakai dan skrg akak nampak perubahan sikit demi sikit tau.. sukaaaa sgt...!! :D

Harganya RM58.90 boleh dpt kat Watson atau Guardian of Galaxy ok..

Di dalamnya terdapat 3 item + 1 item free... bab free ni lah hakak menyengih mintak abam sado belanjer.... :D

Set ni terdiri daripada :

1. Pencuci Muka Awakening Snow  Wash - RM16.85 (100g)



2. Refining Treatment Toner - RM23.50 (200ml)




3. Intensive Brightening Serum - RM55.90 (30ml)




4. Double Action Whitening Gel Cream - RM43.90 (40ml)




Meh akak nk stori apa kebaikan Nano White ni...

1. Awakening Snow Wash - 

Hakak pakai pencuci muka Nano White Awakening Snow Wash. Best sangat…!! Sejuk jer masa cuci muka. Pastu kan, lepas cuci kulit muka kulit terasa lembab, lembut, gebu dan tak mengering kulit. Segar jer rasa muka! Bukan apa, kadang² tuu ada produk lepas cuci muka kulit muka terasa macam kejung, kulit ketat, kering pastu mengelupas. Pernah tak rasa gitu?? Tegang semacam… Bila nak senyum macam boleh retak seribu muka ni.. Ada kann..?? Hahaha...
Nano White Awakening Snow Wash ni kalau korang pakai, selesa sangat.. Dia ada Omega White-C yang bertindak meresap cepat dari dalam.  Didatangkan dalam bekas bertiub. Picit jer.. Lagi best ada logo Halal tau !! Gunakan tanpa was-was 🙂


2. Refining Treatment Toner -

Pakai Nano White Refining Treatment Toner ni berfungsi untuk mengetatkan liang roma supaya pori-pori tak terbuka dan wajah tampak halus mulus. Ia juga bertindak sebagai pembantu pelembap agar cepat meresapkan khasiat yang ada dalam pelembap.
Selain tuu , menghilangkan minyak lebihan yang ada pada wajah sebelum pakai pelembap.
Nano White Refining Treatment Toner ni rasa mesra bila di tap-tap kat wajah. Nyaman jer rasa. Dengan teknologi nano, Omega White-C ia amat ringan dan cepat meresap jauh ke dalam kulit membantu memudarkan bintik-bintik hitam dan menambahkan kelembapan kulit selama 72jam. Wahh… hebat! Dan lagi, hakak suka sebab Nano White Refining Treatment Toner ni sebab  tidak pedih masa pakai macam sesetengah produk yang kuat bahan  alkohol kat dalamnya, tambah² mcm produk Siam ke Filipina ke.. yang dolu² tu... kaannnn..


3. Double Action Whitening Gel Cream - 

Lepas dah cuci muka, pakai penyegar, harus lah pakai pelembap muka. Hakak pakai Nano White Double Action Whitening Gel Cream. Suka pakai gel ni.. Cepat meresap tak melekit pastu rasa sejuk jer masa usap-usap kat muka pastu hala ke kipas gittew..Kulit muka pun terasa lembut, tidak rsa kering dan bermaya.

Selain bertindak sebagai pelembap, putihkan wajah, secara tak langsung hakak notis gel ni juga memudarkan jeragat, mencerahkan dan meratakan tona wajah. Dalamnya ada Vitamin C & E yang bertindak meresap pantas ke dalam kulit. Paling best Double Action Whitening Gel Cream ni diperkayakan dengan NanoWhite Super Antioxidant yang melawan radikal bebas untuk kecerahan berpanjangan.. Saya suka, saya suka..!!


4. Intensive Brightening Serum -

Serum ni untuk menyekatakan tona warna kulit kita dan memudarkan bintik² gelap (parut² jerawat/jerawat baru). Bau pun wangi dan hakak perasan lah kulit akak dh pudar parut² jerawat yang dulu... Yang ni pakai sebelum tempek Double Action Gel Cream tau...

Harga akak dah listkan kat atas tu korang pergilah beli tak mahal mana pun diknon masih mampu nak miliki..


Kat mana nak beli?

Senang sangat! Tak payah susah-susah pegi cari kat butik, spa, kaunter kosmetik mahupun online punn…. Mana-mana farmasi, pasaraya, hypermarket ada jer jual…
Tapi kan, akak ada beberapa item lagi tak beli.. nanti nak pujuk abam sado belikan lagi lah... Hahaha..
Nano White memang produk favorite akak sekarang tau... untuk ladies yang ada kulit berminyak better try.. berbaloi...

Terobek Penggunaan Krim Muka

Assalamualaikum, salam Jumaat uols..

Hakak nak stori nih. Dulu kan masa zaman remaja hakak cuma pakai 1 produk je iaitu POND's... korang penah dengar tak? Alaa Pond's White Beauty tu.. masa tu kulit hakak betul² takde masalah, pakai pond's semakin cerah walaupun hakak berpanas time balik sekolah.


Ini packaging Pond's yg lama.. yang baru hakak tak tau pulak sebab tak guna dh..haha.. Masa ni harga murah je bawah rm10 cmtu sebab tu pelajar cemerlang mcm hakak mampu beli...ngee...

Lama jugak hakak kekal dengan Pond's ni sebelum bertukar² ke produk lain.. antaranya...

OLAY Total White.. yg ni bertahan 3 bulan tp akak suka sebab sejuk kat kulit tp lama² kulit jadi burn pulak yelah pegi keje merempit kan....

Rangkaian SAFI tapi x smua akak pakai serentak.. mcm biasa laa akak tukar² bila x seronok.. - ehh ada jugak org mcm ni yer x seronok je tukau..hahaha- ada 1 lg krim dia Safi susu Kambing (packaging lama x dpt cari kat pakcik Google mungkin sudah dilupakan tp krim dia akak bertahan lama jugak sebab kulit akak jadi cerah halus muluuussss...hehe)

Lepas Safi susu Kambing (emmbeekkk) dah stop produce akak beralih pada Loreal.. yg ni akak pakai memang best. complete set smpai rege pun skrg ni mampu tengok jelah. haha.. Paling akak suka yg White Perfect Double Pump tu.. mmg kulit akak jd pinkish lembut dan cerah. Tapi tulah.. benda yg aku suka jugak dorang nk stop produce.. tak paham betoi!


Banyak lagi akak guna.. gedebuk gedebak (smpai benti keje balik kampung keje kilang) akak guna brand Siam.. x igt laa nama apa tp kulit cantik..nak cantik kena tahan sakit.. Yess.. kulit akak terhakis diknon.. kene toner dia boleh meleleh ayaq mata woooo... tapi sekejap je pastu stop dan tukar lagi...tukar tmpt keje plus tukar krim muka.. haha..  One day akak try guna produk ni...

Masa ni terpengaruh tengok orang pakai jadi cantik mulus gebus halus semua laa..tak dinafikan memang kulit akak jadi cantik.. tapi jenis akak ni kalau krim muka yg melekit melekat mcm gam² ni memang akak malas nk tempek.. jadi kjap jelah benda tu dekat almari solek akak..
Lepas tu beralih yang ini pulak... (huii banyak sungguh kulit akak pakai mcm² produk dik...haha) tapi kejap je.. kulit akak jadi sakit lepas stop produk yang atas tu.. kluar jawat mak nenek semua jadi nk balancekan balik pH kulit dari merkuri bagai.. akak guna ni bt smntara.. so sbb memang dia nak bersihkan merkuri kan... kluar byk jawat, besau² lak tu... (sakit uols.. berapa lama ai x selfie..uhuk²).


Lepas dah pasti xde merkuri lagi... (amboiii.. pasti uols.. haha), akak benti laa pakai.. x abes pun.. beli buang je byk (nsb murah kalau mahal pakai bedak sejuk je akak). So akak pun folo la adik akak pakai yang ni pulak..

Foam sejuk

gel sejuk - nasib dpt percuma je uols..

Scrub lembut - bersih muka hakak

Krim siang pun sejuk gila...

Sleeping essense malam - yang ni fav hakak.. mmg sejuk dn tegangkan kulit muka.. fresh jer..


Nampak tak?? kulit hakak mcm jiwa akak dik.. remaja uols.. kahkah.. sebab akak suka benda² sejuk tempek kat muka so akak guna laa Nano Fresh White yang untuk remaja ni (18-25y actually) dn akak pun masih 25 so akak pakai laa benda ni.. kehkeh.. (poyo jer)..

Tapi lepas tu...akak cari review lgi.. rupanya akak HARUS pakai 1 produk lain yg sesuai dgn usia dan kulit.. hahaha.. nak tahu apa yg akak pakai skrg ni?? nanti akak sambung yer.. jom lunch dulu...