29 November 2017

~Kebaikan Teh Hijau atau Green Tea~

Hai uols... apa kabo?? haha.. hari ni hakak nk stori pasal kebaikan teh hijau or green tea. Korang mesti ada yang nak diet kan?? Meh kita tengok apa kebaikan minum teh hijau ni bagi orang yg nak diet...

Khasiat Teh Hijau.



1. Untuk buang segala toxin yang ada dalam badan kita. bila toxin kurang, jerawat pun tiada. makan kulit pun licin. tapi kalau aku malas, (means malas nak minum green tea, maka belambak la jerawat2 halus yang tak diundang).

2. Dapat menurunkan berat badan. kalau ikut kata kevin zahri kalau kita amalkan green tea senang nak kurus sebabnya green tea mampu mempercepatkan pembakaran kalori dan untuk pengetahuan kalori untuk green tea 0 okay. 0kcal. hihi.

3. Dapat mengelakkan kita daripada terkena penyakit hati dan stroke dengan cara merendahkan kadar kolestrol dalam badan kita. 

4. Green tea juga mampu kasi kulit kita kekal anjal sebab kandungan antioxidant dalam green tea tuh sendiri tinggi dan green tea jugak mampu hindarkan kita daripada menghidap cancer. sebab antioxidant dia tinggi, so dia mampu protect segala cell dalam badan kita. <<Sumber :: Aisyah Taib>>


Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti 'clostridia'.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah 'ACE inhibitor'. Teh hijau merupakan 'ACE inhibitor' semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Dan Lagi>>
  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda. <<Sumber : Uyuns Nuruls>>

Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan. 


Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 

Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya: 

Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 

Mengatasi bengkak mata 
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 

Antiseptik kulit 
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 
Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 

Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 

Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 

Menguatkan daya ingatan 
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 

Awet Muda 
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok. <<Sumber :: Puan Zura>>


Cara minum??
Mudah ajer dik non...
bancuh dgn air panas tapi TANPA GULA ye uols... kalau dengan gula tak menjadi laa nak selim melim kannnn.. 1 uncang boleh guna 2-3 kali selagi pati teh tidak habis. Kalau dah takde rasa tu tukar lah uncang baru tau...

Selamat mencuba! :)

Tiada ulasan: