08 Mac 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 31

     Nadia memandangku dengan wajah serius. Aku menoleh pada Zatul dan Aziah, mereka pun sama seperti Nadia. Aku tersengih seperti kerang busuk.
     " Kau ni betul ke tak?" soal Nadia lagi. Mereka mengambil peluang untuk bercakap denganku sewaktu semua staff keluar makan tengahari. Aku mengerutkan kening.
     " Apa pulak?" soalku.
     " Terima Yanti sebagai madu? Oh,no! Kau dah hilang akal ke?" soal Nadia lagi. Aku tergelak. Sejujurnya, hatiku memang sukar untuk terima kenyataan tapi benda dah pun terjadi, tak dapat nak ditarik balik.
     " Kalau aku la...," Aziah cuma meleretkan ayatnya. Aku menjeling.
     " Korang ni, janganlah nak buat fikiran aku berbelah bagi. Memang aku tamakkan cinta Adam tapi bila dah jadi macam ni, aku tak sampai hati pulak," jawabku.
     " Eh, May. Kau lupa ke yang minah senget tu serang kau dua minggu lepas? Siap cuba untuk duduk atas perut kau yang memboyot tu. Kau lupa ke?" soal Nadia lagi. Terbeliak biji mata Aziah dan Zatul.
     " What? Gila ke?" soal mereka serentak. Nadia menjeling.
     " Kalau aku gila, aku tak cakaplah benda ni," jawabnya. Aku tersenyum.
     " Nad, dia keguguran," kataku. Nadia terdiam.
     " So?" soal Nadia dengan suara yang dikendurkan.
     " Adam nak ceraikan dia sebaik habis pantang," kataku lagi.
     " Hah, baguslah!" ujar Nadia gembira. Aku tergelak.
     " Tapi aku tak bagi. Yang dah berlaku tak akan dapat kita ubah, jadi biarlah dia kekal sebagai madu aku," jawabku. Nadia mendengus.
     " Aku tak taulah kawan aku ni terkena penyakit apa. Boleh pulak nak terima orang yang dah pukul dia sebagai madu?" soal Nadia kurang percaya.
     " Aku bukan kejam sangat, Nad, Azie, Zatul. Kita letakkan diri kita di tempat Yanti. Apa perasaan korang bila korang dah kehilangan anak, kemudian suami korang nak ceraikan korang pulak? Sakit tak?" soalku. Mereka semua terdiam.
     " Confirm ke tu anak Adam?" soal Zatul.
     " Yang tu aku tak nak tahu. Kalau betul diorang ada buat perkara macam tu, biarlah tu antara diorang dengan Allah. Aku tak mahu runtuhkan masjid atau bersubahat dalam melakukan maksiat," jawabku. Aziah mengerutkan kening.
     " Kau redha dengan ujian Allah ni, May?" soalnya. Giliran aku pulak terdiam. Redhakah aku? Sudahnya aku termenung menatap skrin laptop.
     " Redha kena ikhlas dalam hati, May. Bukan redha di mulut," kata Nadia lalu dia bangun menuju ke arah pantry. Aku termenung memerhati langkahnya. Ralit memandang fail di depan mata, aku tak sedar Nadia menghampiri aku.
     " May," panggilnya perlahan. Aku mendongak lalu ikut dia memandang ke arah pintu besar. Tercengang aku dibuatnya. Kelihatan Yanti menapak masuk dengan berbaju kurung dan bertudung, menuju ke arahku. Di tangannya ada bekalan makanan, dan dia meletakkan di atas mejaku. Mereka bertiga sudah bergerak ke arah pintu besar untuk keluar.
     " Assalamualaikum," sapanya. Aku tersenyum.
     " Waalaikumsalam. Dari mana ni?" soalku. Sebolehnya aku cuba berbaik dan membuang perasaan benci terhadap Yanti.
     " Dari umah. Ni, mama aku kirimkan untuk kau," katanya lalu menolak bekas makanan itu ke depanku. Aku tersenyum.
     " Terima kasih. Kenapa susah-susah datang hantar? Kirim jelah dekat abang," jawabku. Yanti tersenyum kelat.
     " Err, abang makan dekat umah aku," jawabnya perlahan. Aku tersenyum lalu menghela nafas.
     " Ye ke? Cakap kat mama, terima kasih banyak-banyak. Ingat lagi dia pada aku ye?" soalku perlahan untuk menyembunyikan rasa sakit dalam dada. Yanti tersenyum.
     " Mama selalu bercakap pasal kau. Hari ni dia masak lebih sikit, dia suruh aku hantarkan. Mulanya memang abang nak bawak balik tapi aku yang tak bagi. Aku tak nak mama dengan papa aku syak yang kau kerja satu ofis dengan dia, dan juga kau madu aku. Kau bukan tak kenal perangai papa aku kan? Sebab tulah aku yang bawa ke mari," katanya ceria. Hai, seronok benar Yanti hari ni. Aku tersenyum. Serba sedikit aku sudah mengenali diri Darwina Haryanti. Seorang yang cepat mesra, manja walaupun cengey.
     " Cantik kau bertudung. Alhamdulillah," kataku memujinya. Mukanya kelihatan merah padam.
     " Aku nak cuba berubah, May. Abang tengok semalam pun dia dah boleh senyum kat aku. Aku nak belajar cara-cara berpakaian seperti muslimah dari kau," katanya. Aku tergelak.
     " Kau ni, aku pun bukan muslimah sangatlah. Tengok, sekarang perut dah nampak, jadi dah tak ayu lagi," gurauku. Kami tergelak. Seketika kemudian, aku bangun untuk menuju ke pantry. Yanti turut mengekoriku.
     " Meh, makan sekali," pelawaku. Dia menuang air dalam gelas.
     " Takpelah. Aku dah makan tadi, kenyang lagi ni," katanya. Aku membuka bekas makanan. Wah! Sedapnya. Ikan patin masak lemak cili api dengan sambal udang. Aku membahagikan nasi ke dalam dua pinggan.
     " Temankan aku?" soalku sambil menolak pinggan ke arahnya. Dia tersengih.
     " Kau ni," ujarnya lalu kami ketawa. Kami terus makan berdua sambil berbual.
     " Sedapnya mama kau masak," pujiku.
     " Nenek aku datang dari kampung semalam, dia bawakkan ikan patin. Aku yang minta mama masakkan sebab, ni lauk kegemaran Adam," jawabnya perlahan. Aku tersenyum.
     " Ye? Beruntung aku dapat makan," kataku walhal dalam hati sedikit terusik. Adam tak cakap pun dia suka ikan patin. Dia tersenyum.
     " May, kenapa kau tak bagi Adam ceraikan aku?" soalnya. Aku terdiam. Nasi dalam pinggan ku kuis-kuis dengan hujung jari. Seketika aku memandangnya.
     " Entah! Hati aku cakap, jangan biarkan Adam ceraikan kau. Lagi pulak, korang dulu pernah bertunang jadi tak salah meneruskan apa yang dah terputus," jawabku. Giliran dia termenung.
     " Kau ikhlas terima aku, May?" soalnya lagi. Aku angguk, pantas. Dia menangis.
     " Terima kasih," ucapnya perlahan. Adeh, rosak mood nak makan lauk sedap nih!
     " Darwina, janganlah sedih. Kita berdua sama-sama wanita milik Adam. Mana nak tahu esok lusa kalau kau dah ada anak, boleh berkawan dengan anak aku ni," kataku sambil mengusap perutku. Yanti tergelak dalam sedu-sedan.
     " Aku tak nak anak laki aku nanti perangai macam ayah dia," ujarnya. Kami ketawa.
     " Tak baik kau cakap abang macam tu," balasku tergelak. Yanti mencapai tanganku.
     " Kalaulah aku boleh melahirkan zuriat Adam," katanya sayu. Aku kematian kata-kata. Pelik. Kenapa sudah dua kali dia berkata macam tu? Adakah dia memang sudah tak boleh mengandung atau...? Kata-kata itu cuma tergantung dalam mindaku.
     " Hei, no worries okey? One day you will have a baby too," pujukku. Dia mengesat air mata.
     " Nanti aku boleh jaga anak kau, bila kau pergi dating dengan abang. Tak pun, kau jaga anak aku, buat macam anak kau, selama-lamanya..kan?" soalku lalu dia membesarkan matanya. Aku terdiam. Eh, apa aku cakap ni?
     " May, kau cakap apa ni?" soalnya dengan agak marah. Aku tersengih.
     " Aku cakap jelah, dah kau susah hati sangat," jawabku. Dia menggenggam erat tanganku.
     " Aku tak nak cakap macam tu lagi. Aku nak kau jadi kawan dan sahabat aku sampai ke akhir hayat kita," katanya. Aku angguk sambil tersenyum.
     " Dah, habiskan makan. Nanti staff abang balik tengok kau kat sini, lagi teruk kau kena tempias," kataku. Dia angguk lalu menghabiskan makanan.
**************************************************************************************************************************************************
     " Mama, tadi Wina jumpa May," kata Yanti sebaik saja dia duduk di sisi ibunya yang sedang menjahit butang baju. Datin Noor menoleh lalu tersenyum.
     " Wina bagi lauk tu ye?" soalnya. Yanti angguk.
     " Suka benar Wina tengok dia makan, ma. Berselera. Dia ucap terima kasih pada mama sebab berikan dia bekal," katanya. Datin Noor tercengang.
     " Eh, kenapa Wina tak cakap Wina yang masak?" soalnya hairan. Yanti tersengih.
     " Tak naklah, ma! Biar dia tak tahu Wina yang masak lauk tu. Tapi kan ma, Wina rasa pelik, kenapa dia kata dekat Wina, dia suruh Wina jaga anaknya buat macam anak sendiri selama-lamanya?" soal Yanti. Datin Noor berhenti menjahit.
     " Dia saja cakap kot?" duga Datin Noor. Yanti mengerutkan kening.
     " Tapi hati Wina rasa tak sedap lepas dia cakap macam tu," katanya. Datin Noor menepuk bahunya.
     " Perasaan Wina je kot. Dah, jangan difikirkan sangat," pujuk ibunya. Yanti kembali tersenyum. Baru saja dia ingin naik ke biliknya, kedengaran bunyi kereta di luar rumah. Pantas dia membuka pintu, dan dia tercengang. Adam keluar dari kereta dan menuju ke arahnya. Dia menyambut huluran salam dari Adam dan menciumnya.
     " Sape, Wina?" soal Datin Noor. Yanti menoleh.
     " Abang," jawabnya sepatah. Adam masuk lalu bersalaman dengan ibu mertuanya.
     " Ha, pegi mandi. Nanti mama siapkan makan malam," kata Datin Noor bersedia untuk bangun.
     " Tak payah, ma. Saya dah kenyang, tadi makan dengan klien. Saya nak berehat dulu," jawab Adam pantas, lalu dia menapak ke bilik mereka. Datin Noor mengangguk. Di tangga, Adam berselisih dengan Dato' Hassan.
     " Papa," kata Adam lalu bersalam dengan orang tua itu.
     " Hmm, ingatkan tak tahu jalan nak balik rumah ni lagi," sindir Dato' Hassan. Yanti menampar lengan ayahnya.
     " Papa ni kan? Adam dah balik ni, okey la tu," Yanti marah manja sedangkan wajah Adam sudah kelat.
     " Hmm, pegilah berehat," kata Dato' Hassan lalu dia turun ke tingkat bawah. Adam memandang Yanti sekilas lalu dia terus naik ke atas. Yanti mengekorinya.
     Setibanya mereka dalam bilik, Adam terus terbaring atas katil. Yanti membuka almari dan mencapai tuala lalu diletakkan atas katil, bersebelahan suaminya.
     " You dari ofis ke?" soal Yanti. Adam menoleh memandangnya.
     " Tak," jawabnya sepatah. Yanti duduk di hujung kaki Adam.
     " Dari mana?" soalnya lagi. Adam bingkas duduk.
     " Dari umah akulah. Kenapa kau tanya? Kau tak suka aku balik ke mari?" soal Adam hampir meninggikan suara. Yanti pantas menjeling ke arah pintu untuk menyedarkan Adam. Hati Yanti terusik. Macam manalah May boleh bertahan duduk sebilik dengan Adam ni? Yanti hampir jugak menjawab dengan kasar namun apabila dia teringat nasihat Maysarah, cepat-cepat dia beristighfar. Dia harus membeli hati Adam, bukan menyakiti.
     " I cuma tanya you je, you janganlah marah. Nanti papa dengar," jawab Yanti perlahan. Adam meraup rambutnya.
     " I dah balik ke sana tadi. Si May yang suruh I datang ke sini. Dia tak nak mama dan papa you syak kalau I jarang sangat balik ke sini. Sepatutnya waktu-waktu macam ni, I nak lebihkan masa bersama dengan dia. Tapi dia pulak suruh I balik ke sini temankan you," kata Adam lalu mencapai tuala dan melilit badannya. Hati Yanti terusik. Adam balik bukan dengan kemahuannya sendiri.
     " Kalau macam tu, you baliklah temankan dia. I tak apa-apa," jawab Yanti. Adam membeliakkan matanya.
     " Eh, you all ingat I ni bola ke? Suka-suka hati tendang I ke sana, ke sini? Memanglah you tak apa-apa, tapi mama dan papa you tak syak ke nanti bila tiba-tiba je I nak balik umah parents I?" Adam mula naik angin. Yanti pantas bangun menarik tangan Adam lalu Adam menurut pergerakan Yanti.
     " Mandi dulu, bagi sejuk," kata Yanti lalu menolak Adam masuk ke bilik air. Sebaik saja pintu ditutup, pantas Yanti keluar menuju ke bilik kakaknya untuk menelefon Maysarah.
************************************************************************************************************************************************
     Aku sedang melipat baju atas katil, terhenti apabila telefonku berbunyi. Dahiku berkerut bila terpandang nama yang muncul di skrin. Yanti. Aku terus menjawab.
     " Assalamualaikum, May," suara Yanti memberi salam.
     " Waalaikumsalam. Ha, kenapa Yanti?" soalku.
     " May, kenapa kau suruh abang balik sini?" soalnya. Aku pelik. Hai, laki balik pun tak suka? Kalau aku tau tadi, aku ikat kaki tangan Adam kat katil. Haha.
     " La, itu je ke?" soalku tergelak. Kedengaran Yanti mengumam.
     " Kenapa? Papa kau marah?" soalku lagi.
     " Takdelah. Cuma Adam kena sindir sebab baru hari ni nampak muka," jawabnya. Aku tergelak lagi.
     " Tu maknanya lepas ni suami kita tak boleh berat sebelah. Dua-dua umah dia kena balik," kataku.
     " Tapi, kalau dia balik berselang hari, lagi masalah. Papa akan mula menaruh syak," kata Yanti seakan bimbang. Aku tersenyum, tapi dia bukan nampak pun.
     " Yang tu kau jangan susah hati. Aku boleh jumpa abang waktu siang dekat ofis, waktu malam abang kena balik sana," jawabku.
     " Takkan waktu malam tak payah balik umah kau? Nanti mak mertua kau marahkan aku pulak," ujar Yanti.
     " Pasal umi dengan abi kau jangan risau, aku boleh uruskan. Kau nak kena marah dengan umi ke, dengan papa kau? Jangan lupa yang papa kau tak tahu kau bermadu, sedangkan abi tahu," kataku mengingatkan. Yanti mengeluh.
     " Kenapalah rumit sangat masalah ni, May?" soalnya.
     " Eh, jangan nak mengeluh. Baik buat macam biasa je. Dah, pergi layan abang tu. Aku dah nak tidur, penat sangat," pujukku padanya. Dalam nada tak puas hati, Yanti akhirnya mematikan talian. Aku tergelak lalu kembali menyambung melipat baju. Tok!tok! Pintu bilikku diketuk. Apabila dibuka dari luar, wajah kak Adlina menjengah masuk dengan anak perempuannya, Suri.
     " Hai, makngah," kata kak Adlina mewakilkan anaknya. Aku tergelak. Mereka berdua duduk di sebelahku. Kak Adlina membiarkan anaknya merayau depanku sambil bermain beberapa helai baju Adam.
     " Dari mana, kak?" soalku.
     " Dari airport, hantar abang Syed kamu," jawabnya.
     " Dia ke mana?" soalku lagi sambil mengacah-acah Suri.
     " Brunei. Dua pupunya kemalangan," katanya.
     " Kak tak ikut?" soalku lagi.
     " Dah lewat malam nak bawak Suri naik fligt, May," jawabnya sambil matanya memandang sekeliling bilik. " Mana Adam?" sambungnya.
     " Oh, dia balik umah Yanti," jawabku. Kak Adlina mendengus marah.
     " Kenapa kamu biarkan?" soalnya. Aku tersenyum.
     " Saya yang suruh," jawabku. Dia terkejut.
     " Kenapa pulak?" soalnya.
     " Eh, dia pun isteri Adam kan? Jadi tak salah kalau Adam balik umah dia," kataku lagi.
     " Hmm, isteri lah sangat!" jawab kak Adlina lalu ingin mengambil anaknya.
     " Eh, biarlah kak. Saya nak bermain dengan Suri kejap," aku menahan.
     " Takpe ke? Tak ganggu kamu?" soalnya lagi.
     " Takdelah. Nanti saya turun hantar ke bilik kak," jawabku. Kak Adlina menghampiri puterinya, Sharifah Suri Asyikin.
     " Suri duduk baik-baik ye dengan makngah, jangan nakal-nakal tau. Nanti nak tidur, suruh makngah hantar Suri balik kat umi ye," kata kak Adlina lalu mencium anaknya. Terkekeh-kekeh Suri bila ibunya menggeletek perutnya. Aku tergelak.
     " Nanti dah mengantuk, hantar bilik akak ye," katanya lalu beredar keluar. Aku kembali mendukung Suri.
     " Yeay! Jom makngah bacakan Suri night story. Pakngah takde jadi dia tak boleh kacau," kataku lalu mencapai buku cerita kanak-kanak yang ada di meja kerja Adam. Melonjak seronok Suri bila aku tunjukkan dia buku cerita tersebut.
**************************************************************************************************************************************************
     Sebaik saja Yanti melangkah masuk ke dalam bilik, dia tergamam. Adam yang baru keluar bilik air, turut terperanjat. Pantas Yanti menoleh ke arah lain, dan menutup pintu. Segan melihat Adam yang hanya bertuala saja.
     " Kenapa tak pakai baju dalam bilik air?" soalnya. Adam tergelak.
     " You yang tolak I masuk bilik air tadi, you tak ingat ke?" perli Adam. Yanti menelan liur. Perlahan berjalan menuju ke sofa dan membuka siaran tv.
     " Kenapa tak nak pandang I? Malu?" sindir Adam sambil memakai baju. Muka Yanti merah padam namun dia tak menjawab.
     " I tak tahu pulak yang you segan tengok I macam ni! I ingat you suka," sindir Adam lagi. Yanti mengetap bibir.
     " Jangan sindir I boleh tak?" soal Yanti.
     " Eh, mana ada I sindir you. Bukan ke you suka tengok laki macam ni? Lagi pulak you dah biasa kan? No wonder lah I boleh keluar macam ni je," jawab Adam selamba. Muka Yanti terasa berbahang. Dia akui, kesilapan lalunya menjadikan dirinya sebagai bahan gurauan dari Adam.
     " Itu dululah," jawabnya perlahan.
     " Bagi I, you dulu dengan sekarang, sama je," jawab Adam lalu naik atas katil. Yanti pantas menoleh.
     " I cuba untuk berubah, Adam! Sekurang-kurangnya bagi I peluang tu! I nak jadi macam May!" suara Yanti bergetar. Adam memandangnya lalu ketawa.
     " You buatlah apa saja untuk berubah, Yan! Tapi you tetap takkan sama seperti May," jawapan Adam membuatkan air mata Yanti mengalir. Pantas disekanya, dan dia berpaling menghadap tv.
     " I dah nak tidur. Esok I nak balik umah I. Pandai-pandai you lah nak explain pada papa you tu," kata Adam lalu menutup selimut ke seluruh tubuhnya. Yanti menoleh dan hanya melihat Adam berselubung. Hatinya walang. Dia tahu, dia tak mungkin mendapat tempat di hati Adam Usyair lagi.

06 Mac 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 30

     Aku tersenyum saat Puan Sri Sabrina masuk ke bilikku ditemani ayah mertuaku, Tan Sri Ghazali. Dia menolak umi atas kerusi roda dan menghampiriku. Aku bersalaman dengannya lalu dia duduk di sebelahku. Abi pulak mengambil tempat di kerusi panjang dan membaca akhbar.
     " May apa khabar? Macam mana rasa sekarang?" soal umi dengan lemah lembut.
     " Baik, umi. Umi pulak macam mana dengan demam? Dah baik?" soalku.
     " Dah, dekat 3 botol air masuk, dah sihat sikit. Mungkin petang ni umi keluar," katanya. Tangannya membelai perutku.
     " Bil kamu abi dah masukkan dalam akaun umi," kata abi mencelah. Aku terdiam. Bil Yanti sekali ke?
     " Termasuk bil dia," jawapan abi membuatkan aku memandangnya sekilas. Umi berdehem.
     " Tak sangka nak jadi macam ni," kata umi. Aku menepuk perlahan tangannya, lalu tersenyum.
     " Sepatutnya May melawat umi, tapi ni terbalik pulak. Umi melawat May," lalu aku ketawa. Umi turut ketawa namun diam kembali.
     " Kamu tahu tak Yanti keguguran?" soal umi. Mataku terbuntang.
     " Sebab jatuh semalam ke?" soalku.
     " Yang tu abi cakap dengan Adam, kalau Yanti nak ambil tindakan untuk saman Sharifah, abi boleh ambil tindakan serupa atas alasan menyerang dan memukul menantu abi," terang abi yang membahasakan Nadia sebagai Sharifah.
     " Abang?" soalku.
     " Adam Usyair? Dia setuju je kalau abi saman Yanti. Tapi abi pun bukanlah kejam sangat, nanti apa pulak kata Dato' Hassan. Anak dia keguguran dan abi menyaman dia pulak," jawab abi lalu tergelak. Aku tergelak sama. Umi menjeling.
     " Sepatutnya macam tu kan?" soal umi. Aku mengusap belakang tangan umi.
     " Umi, biarlah. Lagi pun Yanti tengah bersedih sebab kehilangan anak," aku memujuk umi.
     " Berkali-kali Adam bagitau umi, yang anak Yanti tu bukan anak dia. Katanya senakal-nakal Adam Usyair, dia tak akan menyentuh mana-mana perempuan yang bukan isterinya. Mulanya umi susah nak percaya. Yelah, kan? Dah orang tu mengaku dah mengandung sebelum nikah dulu, sebab tu umi paksa dia menikahi Yanti," terang umi. Aku cuma diam mendengar cerita mereka.
     " Tapi bila Alya kata, suruh umi fikirkan balik, umi tawakkal saja pada Allah. Umi tak boleh percaya cerita sebelah pihak, tapi umi percaya anak umi tak akan buat perkara macam tu," jawab umi. Aku tersenyum kelat. Anak umi? Umi percaya. Suami saya? Susah saya nak percaya,umi, hati aku menangis.
     " Adam Usyair anak abi, abi tahu tahap kenakalan dia macam mana. May jangan risau, Yanti tu memang seorang yang penuh dengan agenda," jawab abi di sebalik surat khabar yang dibacanya.
     " Kenapa malam yang saya sampai dari kampung tu, umi tak cerita yang abang sudah menikah?" soalku.
     " Adam yang tak bagi. Dia tak nak May lari dari dia lagi. Ingat tak malam tu kak Lina marah sangat dekat dia? Sebab tu la, dia tak nak kami berterus-terang pada May. Tapi tak sangka pulak Yanti sanggup cari Adam kat rumah kamu," keluh umi. Aku tersenyum. Bagi aku berita tu dah tak penting. Hatiku kosong. Kosong saat Yanti mengaku yang dia juga isteri Adam, madu aku.
     " Mana abang?" soalku. Lepas dia keluar pagi tadi, sampai sekarang dia belum datang.
     " Dia balik mandi, tukar baju. Singgah ofis dulu sebelum datang ke mari," jawab abi. Aku diam. Setelah lama berbual, umi dan abi meminta diri untuk pulang ke bilik mereka. Aku bersendirian lagi. Sambil membelek-belek telefonku, tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Doktor Zuhaila menjengah.
     " Apa khabar, puan?" soalnya. Aku tersenyum.
     " Baik je.Tak payah puan-puan dengan saya. Panggil je May," jawabku.
     " Rasa baby bergerak tak hari ni?" soalnya lalu mula memeriksa kandunganku.
     " Pagi tadi terasa, sekarang kurang sikit," jawabku.
     " Baby awak takde masalah, May. Dia kuat, macam ibunya. Cuma semalam masa awak terjatuh, lebam cuma di bahagian pinggul awak saja. Kandungan awak baik-baik saja," beritahunya.
     " Ye ke? Alhamdulillah. Risau jugak saya, doktor," kataku. Dia menepuk bahuku mesra.
     " Err, bila saya boleh balik, doktor?" soalku pula. Dia diam memeriksa carta di meja sebelahku.
     " Kalau ikutkan ni, esok boleh keluar," katanya. Aku tersenyum lega.
     " Kalau macam tu, saya keluar dulu. Sekejap lagi masa makan tengahari, makan banyak-banyak bagi baby cepat sihat," katanya lalu menuju ke arah pintu.
     " Err, doktor..," aku memanggilnya. Dia menoleh.
     " Ye?" soalnya. Aku berfikir sejenak.
     " Macam mana pesakit yang jatuh dengan saya semalam tu?" soalku. Aku nak pastikan berita yang aku dapat dari umi adalah benar.
     " Oh, puan Darwina Haryanti ke? Feel sorry to her. She lost her baby," katanya perlahan. Aku mengumam perlahan.
     " Kesian dia," jawabku.
     " Ya, kesian. Pagi tadi menjerit histeria selepas suaminya bertemu dengannya. Bila staff saya tanya, katanya suaminya akan menceraikannya selepas dirinya habis pantang," kata-kata doktor Zuhaila membuatkan dadaku berdebar kencang.
     " Cerai?" soalku terperanjat. Doktor Zuhaila hairan, lantas kembali menutup pintu.
     " Kenapa, May? Awak kenal puan Darwina ke?" soalnya. Pantas aku menggeleng.
     " Tak, tak! Saya terserempak dengan dia semalam sewaktu terjatuh," bohongku. Dia tersenyum lantas meminta diri untuk keluar. Aku memicit-micit dahi, pening. Adam nak menceraikan Yanti? Tapi kenapa? Aku pantas bangun dan turun dari katil.
*****************************************************************************************************************************************************
     Aku berdiri kaku depan pintu bilik Melati. Perlahan aku mengetuk pintu, kemudian membukanya. Aku menjenguk kepala dan terpandang wajah Yanti yang terperanjat melihat kedatanganku. Nampaknya bukan aku saja tetamunya pagi ni. Aku menapak masuk selepas memberi salam. Aku menghampiri katil Yanti dan bersalaman dengan tetamunya.
     " Mama, kakak dan adik I," terangnya tanpa ku pinta. Ibu Yanti bersalaman denganku sambil melemparkan senyuman.
     " Kawan Wina ke?" soal ibunya. Ya Allah, jauh beza betul perangai ibu dan anak ni. Lemah lembut perwatakan ibunya berbanding Yanti. Aku menoleh pada Yanti yang menjeling padaku.
     " Ye, datin. Semalam kami berjumpa di bawah," jawabku, sedikit berbohong. Hai, dalam sehari dua ni aku makin banyak pulak berbohong. Kelihatan Yanti terkejut dengan jawapanku.
     " Adik I ni clumsy sikit. Entah sapalah yang dirempuhnya sampai miscarriage camni," jawab kakak Yanti sambil menjeling adiknya.
     " Darwisya, apa cakap adik macam tu?" soal emaknya dengan perlahan. Allah, kalau ni lah mak aku, hari-hari aku nak sembang dengan dia. Tapi pelik, kenapa anak perempuan Datin ni garang-garang belaka? Tu belum dengar suara dari adik dia lagi.
     " Hmm, kak Wina, ma. Kat rumah pun dia boleh rempuh Ita," jawab adiknya perlahan. Haa, yang ni memang ikut perangai ibunya. Aku tersenyum.
     " Maaflah, ye cik..." kata-kata ibunya terhenti. Aku tersengih.
     " May," jawabku sepatah.
     " Maaflah, ye cik May. Anak-anak saya ni semuanya suka menjawab," katanya. Haha, aku gelak dalam hati. Boleh nampak, makcik!
     " Eh, duduklah. Kesian awak tu sarat," pelawa kakaknya. Aku duduk bersebelahan ibunya.
     " Berapa bulan dah ni?" soal ibunya.
     " Nak masuk 8 bulan, datin," jawabku mesra. Dia menepuk pehaku.
     " Tak payah datin-datin. Panggil makcik je," jawab ibunya. Ya ampun...baiknya hati ibu Yanti. Baru aku nak jawab, pintu dibuka. Kelihatan seorang lelaki berpewatakan garang, masuk. Ha, ni agaknya Dato' Hassan kot.
     " Siapa ni?" soalnya dengan suara keras, namun wajahnya tidak serius. Dia menghampiri kami.
     " Kawan Wina, bang," jawab ibunya. Aku senyum pada Dato' Hassan. Mujur, dia membalas senyumanku. Matanya beralih pada anaknya, Yanti.
     " Mana suami kau?" soalnya agak garang. Yanti menjeling, takde langsung reti takut. Huh, kalau aku dapat ayah macam ni, mau aku menangis hari-hari bila kena soal. Haha.
     " Entah! Balik agaknya," jawab Yanti acuh tak acuh.
     " Huh! Buat anak pandai, dah jadi macam ni, dia tinggal kau pulak! Apa punya suami tu hah?" soal Dato' Hassan dengan garang. Yanti memandangku takut-takut, bimbang aku terasa kerana ayahnya mengata pasal suami aku juga.
     " Dia kerjalah, papa. Takkan nak tunggu Wina 24 jam kat sini kot?" soal Yanti dengan keras. Huh, sebijik perangai ayahnya. Dato' Hassan menjeling.
     " Wina, abang, jaga perangai. Kita ada tetamu ni," ibunya mengingatkan. Perlahan Dato' Hassan berdehem.
     " Takpe, saya minta diri dulu. Tak manis rasanya duduk sekali bila keluarga makcik nak melawat Yan..er, Wina," jawabku. Ibunya menepuk tanganku.
     " Duduk jelah. Jangan ambil hati dengan pakcik kamu tu. Dia memang garang, tapi hatinya baik. Mana suami May?" soalnya. Aku diam, sekilas memandang Yanti yang sedang memandangku.
     " Err, dia outstation, makcik. Dah 2-3 hari," bohongku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku ni.
     " Ai, masuk hospital dia tak jenguk ke?" soal ibunya hairan. Kakak dan adik Yanti menanti jawapanku.
     " Dia yang hantar saya ke sini, makcik. Lepas tu terus outstation," jawabku lagi. Aku lihat Yanti memandangku tanpa kerdip.
     " Oh, makcik ingatkan suami kamu tak jenguk kamu. Erm, semalam May nampak ke siapa yang bergaduh dengan Wina sampai jadi macam ni?" soalan ibunya membuatkan aku sesak nafas. Huh, ambik ubat! Gatal nak melawat madu kau sangat kan, May? Jawab! Yanti gelisah.
     " Oh, saya tak perasanlah, makcik. Lepas berbual kat bawah, saya terus berlalu. Tapi dengar kecoh sebelum doktor saya bagitau yang dia dah jadi macam ni," jawabku lalu memandang wajah Yanti sambil aku tersenyum. Aku lihat mata Yanti berair.
     " Makcik tak kisah kalau dia tak nak jumpa kami, sekurang-kurangnya minta maaf pada Wina," jawab ibunya perlahan. Allah, aku la orang tu. Tapi bukan aku yang cari pasal. Ni pun dah kira baik aku menipu. Sekilas aku nampak Yanti mengesat air matanya. Sayu hatiku melihat begitu.
     " Takpelah, makcik. Benda dah berlaku. In shaa Allah, mungkin ada rezeki lagi lepas ni," kataku memberi semangat pada Yanti. Terkesima Yanti kemudian dia menangis terisak-isak. Panik seketika ahli keluarganya.
     " Kenapa, Wina? Kenapa menangis?" pujuk ibunya lembut. Namun bibirnya terus membisu dan hanya menangis. Aku bangun lalu menghampiri Yanti. Aku duduk di birai katil dan menepuk bahunya.
     " Takpe, Yanti. In shaa Allah, mungkin ada rezeki lagi lepas ni," pujukku lagi. Esakan dia semakin kuat. Aku panik! Alamak, ni mesti hal yang doktor Zuhaila cakap kat aku pagi tadi.
     " Kalaulah I ada peluang tu, May," jawabnya terisak-isak. Aku menggenggam tangannya dengan kuat, memberi kekuatan. Sedaya-upaya kami tidak mahu ahli keluarganya menghidu apa terjadi antara kami bertiga. Ibunya tersenyum.
     " Tengok! May pun bagi semangat kat Wina, takkan Wina tak nak bagi semangat untuk diri Wina sendiri?" soal ibunya perlahan. Semakin kuat Yanti menangis dalam pelukan ibunya. Belum sempat aku menjawab kata-kata ibunya, pintu dibuka dari luar. Kami semua berpandangan. Adam terkejut.
     " Hah, kamu dari mana?" soal Dato' Hassan pada Adam. Perlahan-lahan dia menghampiri Dato' Hassan lalu bersalaman dengannya, namun matanya tak lepas dari memandangku.
     " Ofis, papa. Selesaikan meeting dulu," jawabnya. Dia hampir membuka mulut untuk menegurku namun aku cepat-cepat memberi isyarat mata agar jangan menegurku. Mujur dia faham.
     " May, ni suami Wina. Adam, ni kawan Wina," ibunya memperkenalkan. Kami cuma berbalas senyum. Hati Adam bergetar hebat saat melihat Maysarah cuma tersenyum tanpa ucapan 'hai' padanya. Apabila Adam menghampiri katil Yanti dan mengambil alih tempat ibu mertuanya, aku menarik nafas panjang, menahan getar dalam dada.
     " Memandangkan suami Wina dah sampai, saya minta diri dulu, makcik," kataku lalu bersalaman dengan ibunya. Ibunya menahanku.
     " Cepatnya. Duduklah lama sikit," pujuk ibunya. Duduk lama? Bagaimana aku nak duduk lama di situ dan cuma menyaksikan kemesraan mereka, sedangkan aku hipokrit, berpura-pura seolah-olah aku tak mengenali Adam?
     " Takpelah makcik. Saya nak balik bilik packing barang, nak keluar petang ni," aku pantas menjawab. Ibunya memelukku erat dan mencium pipiku. Air mataku bergenang dan ku tahan sehabis daya agar aku tidak menangis di depan Adam dan Yanti.
     " Makcik ucapkan terima kasih sebab sudi melawat Wina. Makcik doakan kamu selamat bersalin dan dapat anak yang comel macam kamu," ucap ibunya membuatkan air mataku tumpah akhirnya. Pantas aku mengesat dan tersenyum pada ibunya.
     " Terima kasih, makcik, kerana mendoakan saya. Saya minta diri dulu, makcik, pakcik, Yanti," kataku lalu membuka pintu. Sekilas aku memandang dua insan yang berada di atas katil, dan aku terlihat bibir Yanti mengucapkan 'terima kasih' padaku. Sepanjang perjalanan menuju kembali ke bilik, air mataku tak henti-henti mengalir. Ya Allah, kuatkanlah semangatku, hatiku berdoa.
****************************************************************************************************************************************************
     Aku melayan perasaan apabila Adam menghampiriku. Dia memegang tanganku namun perlahan aku menarik tanganku. Dia terkejut.
     " Kenapa abang nak ceraikan Yanti?" soalku. Adam kematian kata-kata.
     " Ibu mertua abang baik sangat," kataku lagi.
     " Isteri abang lagi baik. Kenapa abang nak tunggu untuk dia?" soal Adam. Aku mengeluh.
     " Jangan ceraikan Yanti, bang. Kesiankanlah dia," aku memujuk, agar Adam menukar fikiran.
     " Tapi ada ke dia kesiankan isteri abang ni?" soalnya pula. Aku tahu apa yang dah dia lakukan, tapi aku bukanlah kejam sangat. Kalau aku balas balik apa yang dia buat, maknanya aku pun meletakkan taraf aku sama seperti dia juga.
     " Abang mampu untuk beristeri dua, jadi tak salah jika dia terus kekal sebagai isteri abang," kataku lemah. Adam mengumam.
     " Memang abang mampu! Tapi abang tak mampu nak bahagikan kasih sayang dan cinta abang untuk dua wanita," katanya tegas. Aku menunduk.
     " Sekurang-kurangnya biarlah dia ada anak dengan abang," kataku.
     " Sayang! Sayang ni kenapa? Abang cuma nak anak dengan sayang! Abang tak cintakan Yanti! Sayang faham abang tak?" soal Adam hampir meninggikan suara. Kali ni aku pasrah! Aku dah tak kisah kena herdik dengan dia, berbanding wajah hiba Yanti yang aku lihat tadi.
     " Sayang faham. Tapi dia pun isteri abang," aku menyedarkannya. Dia bangun lalu meramas rambutnya kasar.
     " Astaghfirullahal'azim! Maysarah! Dia isteri saya cuma pada nama! Saya tak cintakan dia, cinta saya pada dia tak sekuat cinta saya pada awak! Can't you feel how much I loved you?" soalnya agak marah. Aku menunduk dan akhirnya menangis. Betul! Kali ni memang aku pasrah! Dia menghampiri aku, lalu tanganku digenggam.
     " Tolonglah faham hati dan perasaan abang ni, May! Abang cuma cintakan May," katanya lalu dia menangis di ribaanku. Terkedu aku saat aku mengangkat kepala, kelihatan Yanti kaku di muka pintu.
     " Yanti," aku memanggil. Adam bangun, menoleh. Dia hampir keluar namun apabila aku merayu, dia menutup pintu dan menghampiri kami.
     " I malu pada you, May. I nak minta maaf atas apa yang berlaku, dari mula sehingga sekarang. Maafkan I, Adam," ucap Yanti dengan suara yang serak. Aku senyum.
     " Takpe, Yanti. Semua ni sudah takdir. I tak akan benarkan Adam ceraikan you," kataku. Tergamam Yanti, manakala Adam tercengang.
     " Sayang.." Adam menyebut namaku, lemah. Aku mengerdipkan mata dan air mataku tumpah lagi. Yanti memelukku erat.
     " You terlalu baik pada I, sedangkan I kejam pada you! I tamak dalam merebut cinta Adam. Tapi you still  terima I  sebagai madu youYou terlalu mulia bagi I, May!" ujar Yanti tersekat-sekat. Aku menepuk-nepuk bahunya agar dia berhenti menangis.
     " Sudah tertulis di Luh Mahfuz yang hidup I ditakdirkan bermadu dengan you, Yan. I redha kalau ini yang Allah tetapkan," habis kata-kata itu, aku menangis sayu. Adam terduduk di atas kerusi manakala Yanti terisak-isak dalam pelukanku. Redhakah aku dalam bermadu?

SriKaNDi CiNtAkU - part 29

     Aku termenung sendirian di atas katil. Sudah hampir seminggu aku mengelak dari pergi ke ofis. Baru aku teringat yang esoknya aku ada temujanji dengan doktor. Temujanji lagi! Tok!Tok! Pintu bilikku diketuk. Aku menoleh memandang ke arah pintu. Wajah Nadia menjengah masuk dengan sengihan lebar.
     " Hai, mommy to be! Buat apa ni?" soalnya lalu duduk di depanku.
     " Buat apa? Apa yang kau nampak?" soalku kembali. Dia tersengih.
     " Tak boring ke? Dok terperap dalam rumah?" soalnya lagi. Aku menggeleng.
     " Bos tanya kau," katanya. Aku berpura-pura tak mendengar. Pantas Nadia menyiku pehaku.
     " Dah tu?" aku menyoal tanpa perasaan.
     " Tan Sri, bukan GM," katanya. Allah, ayah mertuaku.
     " Kenapa? Pasal cuti aku ke, atau aku bakal kena 'angkat kaki'?" soalku. Nadia tergelak.
     " Pasal cuti kau tu bapak mertua kau cakap kau boleh bercuti selama mana kau nak, gaji tetap jalan. Senior GM, kakak ipar kau pulak meluluskan cuti kau," kata Nadia sambil menekankan perkataan 'bapak mertua' dan 'kakak ipar' pada aku.
     " Dah tu?" soalku lagi.
     " Dia cuma tanya aku, kau ada kat mana sekarang," kata Nadia. Aku memandang wajah Nadia dengan perasaan berdebar-debar.
     " Kau cakap tak?" soalku terburu-buru.
     " Opss, kalau dengan laki kau memang aku tak cakaplah! Tapi ni bapak mertua kau. Aku tak sampai hati pulak tengok orang tua tu mengharap jawapan positif dari aku. Bermeeting jugak la aku 2 jam tadi dalam bilik dia," katanya. Aku mengeluh.
     " Aku ni kan Nad, kalau boleh tak nak sesiapa pun tahu kat mana aku berada. Aku tak nak ada kaitan dengan keluarga Tan Sri lagi," aku mengeluh perlahan.
     " Oih! Kau gila ke apa? Tu, dalam perut kau tu pewaris dorang. Jangan bercakap tanpa gunakan akal, boleh tak?" soal Nadia sambil bibirnya dimuncungkan ke arah perutku. Aku tersenyum tawar.
     " Yanti datang ofis hari ni, cari Adam," sambungnya. Aku menghela nafas.
     " Kau cerita kat aku buat apa?" soalku tak suka.
     " Dengar je, iklan ni. Laki kau takde. Membawa diri," katanya. Aku mencebik.
     " Hai, berbini dua pun bawak diri ke? Lain la aku kot, tengah memboyot camni dia madukan," sindir aku dengan kuat. Nadia ketawa.
     " Haha. Tu lah kau! Tak nak ambik tahu sangat keluarga suami kau! Tan Sri hantar dia ke luar negara, jauh dari Yanti buat sementara waktu, sebab prestasi kerja Encik Adam Usyair merudum gila! So, dari dia buat company jatuh tergolek, baik bapak dia hantar dia pegi bercuti," terang Nadia panjang lebar. Aku menjeling.
     " Macam penting sangat bagitau aku!" marahku. Nadia ketawa lalu mendekatiku.
     " Maysarah sayang, macam mana pun dia tetap ayah kepada anak kau. Benci macam mana pun dia suami kau. Relaks okey? Jangan stress sangat, kesian baby," katanya sambil mengusap-usap bahuku. Aku terdiam seketika.
     " Puan Sri tak berapa sihat," kata Nadia selamba. Pantas aku menoleh.
     " Teruk ke?" soalku.
     " Admit hospital," jawabnya.
     " Yang ni kau lambat bagitau aku pulak! Kau tau mana?" marahku. Nadia tersengih.
     " Baru tadi. Tan Sri tergesa-gesa pulang, nak ke hospital katanya," jawab Nadia. Aku merengus lalu turun dari katil. Nadia tersenyum. Dia lebih memahami Maysarah. Marah macam mana pun May tetap cuba untuk meluangkan masa melawat.
     " Lain kali bagitau lah cerita ni dulu," bebelku. Nadia tergelak.
     " Okey, sekarang dah bagitau. KPJ Healthcare," kata Nadia. Aku bersiap sambil tak henti-henti membebel pada Nadia. Dengan perlahan dia bangun menuju ke arah pintu.
     " Hah! Lari!" sergahku. Akhirnya Nadia ketawa sambil keluar. Selesai bersiap, aku mencapai beg tangan dan kunci kereta, untuk keluar. Nadia sedang menonton tv, manakala Zatul belum pulang.
     " Zatul mana?" soalku sambil menutup pintu bilikku.
     " Turn dia untuk back up keja kau. Nak pergi dah? Nak aku temankan tak?" soal Nadia.
     " Boleh jugak. Jom?" ajakku. Pantas Nadia bangun memakai tudung, lalu menutup semua suis. Kami keluar menaiki keretaku menuju ke KPJ Putrajaya.
**************************************************************************************************************************************************
     Aku menanti Nadia yang sedang mencari pakir. Tiba-tiba terasa bahuku ditepuk. Pantas aku menoleh. Terkedu.
     " You buat apa kat sini?" soalnya. Aku cuma mendiamkan diri. Bahuku ditolak kasar. Hai, sabar May! Kalau dia cari pasal jugak, kau ketuk kepala dia dengan beg tangan kau! hatiku menjerit.
     " I tanya you ni. You buat apa kat sini?" soalnya lagi sekali. Aku mengabaikan dia sambil mata meliar mencari kelibat Nadia. Cepatlah Nad, hatiku gusar.
     " Mana suami aku?" soalnya lagi. Allah, kejap I, kejap aku. Sewel betul minah ni.
     " Aku tanya kau ni! Pekak ke, hah?" jeritnya. Aku menoleh lalu memandang wajahnya dengan selamba.
     " Aku tanya, mana suami aku? Bukan suruh kau pandang aku!" jeritnya.
     " Ada kau nampak suami kau kat sini ke?" sengaja aku menekankan perkataan 'suami kau' pada dia. Dia merengus. Huh, dah macam kerbau betina je. Malam-malam cari pasal dekat hospital private pulak tu.
     " Kau sorokkan dia ke, hah?" soalnya. Aku menggeleng kepala sambil berpaling mencari Nadia. Tiba-tiba aku tak dapat mengimbangi badan apabila dia menolak aku dari belakang, dan aku jatuh terduduk. Ya Allah, sakitnya tulang pinggulku.
     " Aku nak Adam! Kalau aku tak dapat, kau pun tak kan dapat! Dalam perut aku ni, anak dia!" jerit Yanti dan dia hampir menerkam ke arahku. Keadaan yang semakin sarat membuatkan aku tak berupaya untuk melawan dia yang sudah pun memukulku dengan beg tangannya.
     " Aku tak tahulah!" jeritku melawan. Namun dia seperti hilang akal mengamuk padaku.
     " Ya Allah! May!" saat aku terdengar jeritan Nadia, aku sudah terbaring lalu aku menangis. Sakitnya perutku Ya Allah! Kesian anak ibu. Pantas Nadia menolak kuat tubuh Yanti yang berada di atasku, lalu dia jatuh terduduk.
     " Ouch! Sakitnya!" jerit Yanti lalu memegang perutnya spontan. Nadia bergegas masuk memanggil petugas hospital lalu mereka keluar membawaku di atas troli. Begitu juga dengan Yanti, disorong masuk dengan kerusi roda. Air mataku merembes keluar dengan laju. Sakit aku rasa pada pinggulku dan perutku. Aku tak dapat rasa anakku bergerak lagi. Ya Allah, selamatkanlah anakku.
     " Sabar, May! Bawak mengucap banyak-banyak," kata Nadia sambil menggenggam erat tanganku.
     " Ya Allah, sakitnya perut aku, Nad. Anak aku, Nad. Anak aku," dalam hiba aku menutur pada Nadia.
     " Aku tau, May! Kuat demi anak kau..bertahan May, bertahan! Aku yakin kau boleh!" kata Nadia. Dari arah lain kedengaran Yanti mengerang kesakitan, namun aku tak ambil peduli. Anak aku lebih penting.
     " Ya Allah, abang," aku mengeluh perlahan lalu aku ditolak masuk ke wad kecemasan. Nadia tergamam. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi seseorang.
*******************************************************************************************************************************************************
     Suasana dingin memaksaku membuka mata. Aku lihat Nadia nyenyak tidur di kerusi panjang. Mata ku alihkan ke perut. Alhamdulillah, masih dalam keadaan yang sama. Kalau kempis tadi mau jugak aku meraung. Belum sempat aku menegur Nadia, pintu dibuka perlahan. Wajah mak dan abah menjengah. Terburu-buru mak masuk namun sempat ditahan abah, bila abah ternampak Nadia sedang tidur. Mak menghampiriku, lalu memelukku dan menangis. Aku menyalami tangan abah. Hai, ni mesti kerja Nadia.
     " Macam mana boleh jadi macam ni?" soal mak separuh berbisik, bimbang Nadia terjaga. Aku mengulum senyum.
     " Jangan mak bimbang, orang tak apa-apa," jawabku.
     " Adam mana?" soal abah. Aku terkelu mencari jawapan.
     " Tak apa-apa sampai jatuh, nasib baik memang dekat hospital," marah mak manja. Alala Puan Jamilah ni.
     " Abang takde, abah. Outstation!" jawabku. Sedang kami berbual, Nadia terjaga. pantas dia bangun dan tersengih-sengih. Kemudian dia berjalan menghampiri kami dan menyalami emak.
     " Maaflah makcik buat kamu terjaga," kata emak.
     " Eh, takpelah makcik. Saya pun memang nak balik dah ni," kata Nadia.
     " Kau kan tak kerja esok, Nad. Nak balik pun dah lewat sangat ni," jawabku lemah. Nadia tersenyum.
     " Yelah, Nadia. Dah pukul 1 pagi. Duduk jelah di sini dulu," kata abah.
     " Takpelah, pakcik. Esok saya ada hal, kena keluar awal," katanya. Aku menjeling.
     " Lewat dah, Nad. Kau nak drive balik ni, boleh ke?" soalku. Abah menggeleng kepala. Nadia cuma tersengih.
     " Boleh. Kau jangan risau. Esok aku kena cari barang untuk majlis bulan depan ni. Kalau aku balik pagi esok takut marah pulak Amir," katanya. Oh, ya. Baru aku teringat. Bulan depan Nadia akan menikah. Selepas bersalaman dengan kami, Nadia beredar.
     " Siapa perempuan yang tolak kamu tu, achik?" soal mak. Abah mengambil giliran duduk di atas kerusi panjang.
     " Mak dengan abah datang sini dengan siapa?" aku menukar topik.
     " Angah hantar tadi, lepas tu dia balik," jawab mak.
     " Angahnye mana?" soalku pula.
     " Baliklah! Dia tengah duty masa kami sampai dekat rumah dia," jawab abah.
     " Abah drive dari kampung?" soalku terkejut. Abah tersenyum.
     " Askar pencen macam abah ni kamu ingat tak boleh memandu malam-malam ke?" soalnya. Aku tersengih.
     " Bukan macam tu. Kan bahaya tu," jawabku.
     " Allah, bukan jauh sangat. Kami lagi risau dengar cerita yang kamu masuk hospital," kata abah. Aku tersenyum. Mak mengusap perutku.
     " Doktor kata apa?" soal mak. Aku menepuk dahi. Alamak, lupa nak tanya Nadia. Akhirnya aku tersengih.
     " Lupa nak tanya Nad la mak," jawabku. Mak cuma menggelengkan kepala sambil matanya dijegilkan padaku. Aku mengangkat dua jari menandakan isyarat peace!
     " Siapa yang tolak kamu ni?" soal mak sekali lagi. Aku cuma menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
     " Entahlah, mak! Orang tak perasan. Masa tu orang tengah tunggu Nadia kat bawah, tiba-tiba kena rempuh. Orang pun tak sedar siapa," bohongku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana membohongi mak. Kedengaran mak cuma mengeluh.
     " Dia ada kecemasan kot," kata abah. Aku pantas mengangguk. Mak menjeling.
     " Ate, kalau kecemasan sekali pun, tak kanlah tak nampak anak saya yang berdiri terpacak tu?" soal mak. Abah tersengih. Dah faham sangat peel mak, suka buat pertikaian.
     " Udahlah, mak! Tengah-tengah malam jangan bising, nanti doktor marah. Karang mak dengan abah nak balik umah orang ke?" soalku.
     " Mak nak balik rumah ateh. Dia habis on-call pukul 2 pagi nanti," kata mak. Kesian mak abah, berkejaran hanya kerana aku.
     " Mak tahu kan kenapa orang datang sini?" soalku. Abah berdehem.
     " Udah tahu. Sebelum mak ke sini, mak pergi melawat besan mak dulu. Dah semakin baik. Tapi deme pulak terkejut dengar kamu masuk ke sini," jawab mak.
     " Tan Sri nak melawat tadi, tapi abah tak bagi. Abah kata tunggu esok pagi jelah," jawab abah pulak. Aku mengeluh. Baru terasa sengal di pinggang setelah ubat bius semakin berkurangan.
     " Mak nak tidur ke?" soalku. Mak tersenyum, menggeleng. Telefon abah berdering lalu abah keluar menjawab. Sepuluh minit kemudian, dia masuk semula.
     " Ateh dah sampai, kejap lagi dia naik," kata abah. Kami menunggu seketika, dan kemudian wajah Munirah muncul dalam bilikku. Dia merapatiku lalu memelukku.
     " Camne boleh jadi macam ni, achik?" soalnya risau. Aku tersenyum.
     " Dah, tak payah bimbang sangat. Bawak mak abah balik umah kamu dulu. Kesian mak, dah mengantuk tu," kataku. Mak tersenyum walaupun mata mak dah semakin sepet. Selepas bersalaman, mereka akhirnya beredar. Aku kembali termenung atas katil. Suasana dingin membuatkan aku kembali mengantuk dan akhirnya aku terlelap.
     Aku tersedar apabila terdengar azan subuh sayup-sayup dari luar hospital. Aku membuka mata dan memandang luar hospital. Gelap. Hanya disimbahi cahaya lampu jalan. Kemudian aku menoleh untuk memandang ke arah pintu. Terperanjat apabila melihat sekujur tubuh sedang berbaring atas kerusi panjang. Siapa pulak ni? Apabila aku menarik selimut hingga ke paras dada, baru aku perasan yang baju panas miliknya berada di atas perutku. Aku sentuh lalu ku bawa ke depan mata. Saat hidungku terbau wangian CK Eternity, lega hatiku. Baju panas itu milik suamiku, Adam Usyair.
     " Abang," aku panggil sekali. Dia masih membatu.
     " Abang!" aku kuatkan panggilan. Dan kali ini dia terbangun. Pantas dia berjalan menuju ke arahku. Dahiku dikucupnya, lalu dia duduk di birai katil. Aku cuma memandangnya.
     " Dah sihat? Kenapa tak call abang?" soalnya. Aku diam.
     " Kalau abi tak bagitau, abang pun tak tahu. Siapa yang buat ni?" soalnya seakan marah-marah. Aku memeluk bajunya erat, seolah melepaskan rindu yang lama terpendam. Dia mengulum senyum.
     " Sejuk ke, rindukan abang?" soalnya nakal. Aku menjeling.
     " Abang ke mana?" soalku.
     " Abang kena buang daerah," selorohnya. Aku mendengus.
     " Main-main pulak!" marahku.
     " Abang ada oustation kat Genting, ni baru sampai. Tu yang tidur kejap," jawabnya sambil tangannya membelai perutku. Aku hanya membiarkan saja.
     " Kata Nad, abang bawak diri, abi hantar abang pergi jauh," kataku. Adam ketawa.
     " Kena hantarlah tu. Hantar bekerja. Merangkumi bawak diri," jawabnya, tergelak.
     " Huh, nak bawak diri bagai! Bukan abang yang dimadukan," sindirku. Dia tersenyum.
     " Abang bawak diri sebab isteri abang yang paling abang cinta, tinggalkan abang," jawabnya lalu mencuit hidungku. Aku tergamam. Isteri! Adam ada dua isteri sekarang ni!
     " Yanti?" soalku. Dia mengeluh.
     " Isteri pada nama je, yang," jawabnya lemah. Lalu dia beralih duduk di kerusi sebelahku.
     " Tapi anak tu?" soalku apabila teringat jeritan Yanti malam tadi. Adam memandangku dengan riak pelik.
     " Macam mana sayang tau?" soalnya. Erk, alamak! Kantoi! Aku pura-pura tidak dengar, hanya bermain jarinya yang berada atas perutku.
     " Jawab, Maysarah!" tegasnya. Aku diam jugak. Huh, kalau cakap, memang tempah penyakitlah kan?
     " Haus," aku menjawab perlahan, tanpa memandang wajahnya. Sebetulnya aku ingin menukar topik. Adam duduk bersilang tangan.
     " Macam mana sayang tahu pasal anak tu?" soalnya sekali lagi. Kali ni wajahnya serius. Ah, sudah! Aku tak boleh elak sebab dah terbaring atas katil.
     " Sayang haus," aku bersuara dengan manja, dan seakan-akan mahu menangis. Dia mengeluh lalu mencapai gelas air di sebelahnya, dan disuakan padaku. Aku menyisip perlahan kemudian kembali kepada kedudukan asal.
     " Now, you tell me please," katanya. Aku menelan liur.
     " Dia yang cakap," aku menjawab takut-takut.
     " Jumpa di mana?" soalnya lagi.
     " Bawah," jawabku sepatah.
     " Dia datang ke sini?" soalnya garang. Huh, dah lama tak tengok suami aku jadi singa.
     " Dia yang tolak..." belum sempat aku menghabiskan ayat, Adam bingkas bangun, berkira-kira untuk keluar. "....tapi dia tak sengaja," jawabku pantas. Namun kelibat Adam sudah hilang di balik pintu. Aku mengeluh perlahan.
*************************************************************************************************************************************************
     Terbuntang mata Yanti saat melihat Adam masuk ke biliknya. Bibirnya menguntum senyum namun senyumannya mati apabila melihat wajah kelat Adam. Adam menutup pintu lalu berjalan menghampirinya.
     " Sayang...," panggil Yanti. Adam mendengus.
     " What sayang? You yang tolak May kan?" soal Adam dengan suara yang bergetar.
     " I tak sengaja, you. I cuma tolak perlahan je," jawab Yanti untuk menutup gugup di hati, walhal memang dia sengaja menolak Maysarah agar anak yang dikandungnya mati. Malangnya dia yang ditimpa masalah.
     " Hey! You dengar sini baik-baik! Yang you tolak tu wife I, okey? Wife I!" hampir menjerit suara Adam namun dia cepat tersedar. Dada Yanti berombak, lantas mencampakkan bantal ke arah Adam.
     " I pun wife you, Adam! How could you treat me like this?" soal Yanti kemudian menangis terisak-isak. Adam menjeling, meluat.
     " I had a miscarriage, Adam," kata Yanti perlahan setelah lama mendiamkan diri. Adam tersentak lalu spontan duduknya tegak.
     " What? When?" soal Adam terkejut.
     " Malam tadi, staff you tolak I," jawab Yanti sambil mengesat air matanya. Adam meraup mukanya. Ini pasti Nadia yang cuba menyelamatkan May semalam, hatinya berkata.
     " Look, Yan! Since the child was gone, I think better we divorced," kata Adam dengan tenang. Terbeliak mata Yanti.
     " No, no! You can't do this to me, Adam! I sayangkan you dari dulu dan I tak kisah kalau jadi second wife you. But please don't leave me," Yanti sudah mula meraung. Adam cuma duduk bersilang tangan dan memandang ke arah Yanti yang menangis hiba.
     " Kalau betul you sayangkan I, you tak akan tergamak perangkap I supaya berkahwin dengan you, dan memfitnah yang tu anak I," kata Adam. Yanti memandang Adam dengan mata yang merah.
     " I buat semua tu sebab I sayangkan you!" jawabnya hampir menjerit. Adam mengeluh. Dia sudah muak dengan perangai Yanti. Perbincangan antara mereka tidak pernah tidak ada jerit pekik, macam hilang nada kalau Yanti tidak menjerit. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dulu.
     " Yanti, kalau betul you sayangkan I, lepaskan I, lupakan I! I sudah berkahwin dan bakal ada anak. I tak dapat terima you lagi dalam hidup I. Apa yang you buat pada May terlalu berat untuk I maafkan you. I kahwin dengan you pun sebab you announce pada semua orang yang you kandung anak I. I nak jaga air muka keluarga kita, sebab tu I nikahi you, tanpa pengetahuan wife I. Tapi tu tak bermakna you dapat memiliki I untuk selamanya. And now..." kata-kata Adam terhenti seketika, dan dia menarik nafas, lalu menyambung semula, "...since your baby was gone, I rasa tanggungjawab I pada you dah habis. Baik kita bercerai lepas you habis pantang," kata Adam lalu berdiri. Yanti menangis dan terus menangis, sambil memukul-mukul bantal yang Adam letakkan di atas ribanya. Adam berjalan menghampiri pintu lalu menoleh seketika pada Yanti.
     " Sayang I pada you dah lama padam," habis kata-kata itu, Adam melangkah keluar. Kedengaran Yanti menjerit histeria seorang diri dalam bilik dan beberapa orang jururawat menerpa masuk. Adam terus melangkah menuju ke bilik Maysarah, dengan perasaan penuh cinta.

04 Mac 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 28

     Aku tersedar apabila terdengar bunyi isyarat mesej masuk. Terkelip-kelip pedih mataku memandang telefon di atas meja sisi Adam. Tuan punya handphone takde ni. Aku bangun lalu mencapai telefon Adam. Mata memandang sekilas pada jam di telefon. Hampir pukul 9.15 malam. Lamanya aku tidur. Ni mesti Adam tengok tv kt tingkat bawah. Aku bersandar pada kepala katil dan membuka mesej yang baru diterima tadi.
     Saat melihat nama pengirimnya, berderau darahku. Pantas aku membuka isi mesej tersebut.

     Yanti : U! bila u nak balik? U jangan nak bagitau i yang u stay tonight kat
    umah wife u kay? I nak u balik, now!

     Aku tersandar, terkedu. Mendengar tapak kaki Adam menaiki tangga, cepat-cepat aku forward mesej tu ke telefonku, lalu aku padam mesej tersebut dari telefonnya, dan meletakkan telefon tu ke tempat asal. Mujur, sebaik aku beralih duduk, pintu bilik dibuka. Adam masuk dengan dulang makanan. Tekakku tiba-tiba terasa tiada selera.
     " Dah bangun? Nak mandi dulu tak?" soalnya lalu meletakkan dulang makanan atas katil. Aku diam cuma memandang wajahnya, mencari jawapan. Dia menoleh ke arahku dengan riak pelik.
     " Kenapa ni?" soalnya. Aku tersedar.
     " Hah? Oh, nak mandi jap," kataku lalu mulai turun dari katil perlahan-lahan. Adam cuba untuk memegang tanganku namun pantas aku menepis. Kelihatannya dia terkejut. Aku terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
     Dalam bilik air, aku terduduk di atas lantai sambil menangis semahu-mahunya. Kenapalah saat aku begini Adam buat aku macam ni? Balik..balik ke mana? Terhinggut-hinggut bahuku menahan esakan bimbang Adam mendengar dari luar. Sakitnya hati aku. Kenapa aku tak tahu apa yang sedang berlaku ni? Agak lama aku menangis sehinggakan untuk bangun mandi aku rasakan sudah tak berdaya lagi. Tok! Tok! Aku tersentak, lalu memandang cermin di dinding.
     " May? Lamanya kat dalam tu. Tak dengar bunyi air pun? Mandi ke tak?" soal Adam bertalu-talu. Aku diam, mengesat air mata.
     " May, sayang okey ke tak? Buka pintu ni," kata Adam lagi sambil mengetuk pintu berkali-kali. Aku berdehem sikit sebelum menjawab.
     " Kejap lagi saya keluar!" opps!! Suaraku terus serak.
     " Buat apa lama-lama tu? Kenapa suara sayang serak? Sayang okey ke tak?" soalnya lagi. Haih, dia dengar pulak suara aku bertukar ni.
     " Ehem! Okey je. Kejap lagi saya keluarlah," jawabku lalu cuba berdiri dengan memaut birai tab mandi. Perlahan aku lucutkan pakaian, dan membuka pili air. Sebaik rambut disirami air, air mataku kembali tumpah
     Adam sedang berbaring di atas katil sambil membaca buku yang aku letak di atas meja solek. Aku mengesat rambut lalu duduk atas sofa sambil menatang dulang makanan. Sedikit menjauh dari encik suami yang memandangku dengan riak pelik.
     " Kenapa duduk jauh sangat tu?" soalnya. Aku diam, hanya menyuap bubur nasi ke dalam mulut. Bubur yang masuk ke tekak terasa sangat tak sedap, kalau dah menyampah kat tuan yang masak tu memang semua jadi tak sedaplah! Aku menyuap 2-3 sudu lalu aku meletakkan dulang di atas meja kopi di sebelahku, kemudian aku bersandar dan memejam mata. Dalam fikiran aku masih terbayang-bayang mesej yang aku baca tadi. Sakit kepala tak sesakit rasa di hati, membuatkan aku memekakkan telinga dari mendengar suara Adam.
     " Maysarah," panggilnya untuk kali ke berapa aku pun tak tahu.
     " Hurmm...," aku mengumam. Terdengar Adam mengeluh, dan kemudian terdengar derapan tapak kakinya menuju ke arahku. Aku terperangkap, tak boleh lari lagi apabila dia sudah pun duduk di sebelahku.
     " Kenapa ni? Tak habis mogok lagi ke?" soalnya dengan perlahan. Tangannya mengusap perlahan perut yang semakin membesar. Ya, sudah hampir masuk 8 bulan usia kandunganku. Sepanjang tempoh mengandung ni aku rasakan akulah wanita paling banyak menanggung dugaan. Hmm....perlahan aku menolak lembut tangannya. Adam tersentak. Tanpa memandang wajahnya, aku bangun menuju ke arah katil. Adam mengeluh.
     " Sayang, kenapa diam je ni? Abang ada buat salah apa dekat sayang?" soalnya. Aku naik atas katil lalu duduk bersandar di kepala katil. Aku merenung wajahnya, dan tak semena-mena hatiku kembali hiba. Adam meraup rambutnya kasar.
     " Abang tak tahu apa lagi yang tak kena dengan sayang," katanya.
     " Abang sendiri ada jawapan tu," pantas aku memotong percakapannya. Dia kembali memandang wajahku dengan riak serius.
     " Jawapan apa? Bagitahu abang!" soalnya dengan nada suara yang keras. Aku menoleh ke arah tingkap, membuang pandang. Belum sempat dia menyoal kali kedua, telefonnya berbunyi. Adam tercengang memandang skrin telefon, lalu bertukar pandang ke arahku.
     " Hah! You nak apa?" soalnya kasar. Aku memejam mata dan air mataku tumpah ke pipi. Sebak. Pantas aku mengesat lalu menarik selimut dan berbaring. Kepalaku kembali sakit.
     " Mesej? Mesej apa? Bila you hantar?" soalnya dengan bengang. Aku memejam mata dan hanya mendengar saja apa yang dia bebelkan dengan si penghantar mesej tadi. Ate, mana nak jumpa mesej tu kalau aku dah padam? Sengal!
     " Nanti I reply. Got to go, bye!" katanya lalu pantas mematikan talian. Huh, tu check inbox la tu.Tak kan jumpa punya mesej pompuan sengal tuh! Kedengaran dia mengeluh lalu terasa katil bergoyang.
     " Sayang, jangan salah faham," katanya.
     " Salah faham apa?" jawabku tanpa perasaan.
     " Abang takde apa-apa dengan Yanti tu," katanya lagi.
     " Kenapa dengan dia pulak?" soalku, cuba memerangkap Adam.
     " Dia salah hantar mesej. Bukan suruh abang balik rumah dia," habis saja kata-kata Adam, aku bingkas bangun.
     " Kalau takde apa-apa kaitan dengan mesej tu, kenapa nak gelabah? Saya tak buka cerita pun soal mesej, balik rumah? What happen to you, Adam Usyair? What happen to both of you?" soalku dengan rasa marah sangat. Adam terdiam. Terkedu.
     " Apa sebenarnya dah berlaku antara korang berdua ni hah? Apa yang saya tak tahu?" soalku dengan hiba. Aku dah menangis-nangis. Adam cuba memelukku namun aku menolak badannya. Benci sangat.
     " Bagi abang explain dulu, sayang," kata Adam perlahan.
     " Don't you dare call me sayang! Benci, tahu tak?" soalku lalu terus turun dari katil. Niatku malam tu untuk tidur di bilik sebelah je. Adam menarik tanganku, cuba memelukku untuk menenangkan aku. Tapi hati yang sakit memungkinkan segalanya.
     " Bawak bertenang, May!" suara Adam sedikit keras. Aku menangis semahu-mahunya. Apa lagi dua orang makhluk ni cuba untuk sakitkan hati aku? Tak cukupkah kisah sebulan setengah yang lalu? Aku meronta-ronta dalam dakapan Adam, dan akhirnya Adam mengalah. Dia membiarkan aku yang menangis dan terduduk di atas permaidani.
     " Apa salah dan dosa saya pada abang dan dia?" soalku dengan hati yang hancur berkecai. Adam duduk di hadapanku, dan memegang wajahku.
     " Listen dear! Abang takde apa-apa kaitan dengan dia! Jangan salah sangka!" kata Adam. Aku menggeleng-gelengkan kepala lalu cuba berdiri. Adam merenung dengan perasaan berbaur. Aku membuka pintu dan terus keluar. Baru saja Adam memanggil namaku, loceng pintu berbunyi. Aku mengesat air mata kering-kering lalu turun ke ruang tamu. Aku mendekati pintu utama lalu membukanya. Sebaik saja pintu dibuka, terasa jantungku luruh. Aku terkaku, terdiam.
     " Siapa tu yang?" soal Adam dari balkoni atas. Kelihatan dia cuba melihat tetamu yang hadir pada malam hari.
     " You tak nak balik rumah I malam ni ke?" berderau darah Adam sebaik saja mendengar soalan dari tetamu tersebut. Yanti. Pantas dia turun tangga dan berdiri di belakangku.
     " You nak apa sampai datang ke sini?" soalnya garang. Yanti tersengih.
     " You jangan lupa tanggungjawab you pulak, Adam!" ugut Yanti. Aku yang berada di tengah-tengah, semakin pening dan berasa rimas.
     " Masuklah, Yanti," spontan aku menjemput tetamu yang tak diundang itu. Dan Yanti melangkah masuk walaupun Adam sudah menjegil matanya besar-besar. Dia terus duduk di sofa manakala aku terus masuk ke bilik tetamu di bawah. Malas untuk masuk campur urusan budak berdua yang bermasalah tu. Adam membuka pintu seluas-luasnya.
     " You tak terima mesej I tadi ke?" soalnya. Adam menjeling sekilas.
     " Berani you hantar mesej kat I, hah?" soal Adam dengan marah.
     " Eh, salah ke I hantar mesej kat you?" soalnya dengan nada marah.
     " You are not allowed to do that!" marah Adam. Yanti ketawa sinis.
     " You takut wife ke, Adam?" soalnya lalu ketawa. Adam mengetap gigi sehingga mukanya merah padam.
     " You tak habis-habis nak ganggu I. Why?" soal Adam.
     " I pun berhak untuk hidup dengan you,macam dia!" jerit Yanti. Adam bangun dan hampir menaikkan tangan ke arah muka Yanti, namun tindakannya terhenti apabila ada orang memberi salam di muka pintu. Terasa kering tekak Yanti, Adam pulak terasa darahnya kering. Puan Sri Sabrina dan Adlina berdiri dengan riak wajah yang membahang.
     " Ni apehal bergaduh kat rumah orang?" soal Adlina lantang. Memang suara kak Adlina nyaring sangat. Menjerit pedih telinga dibuatnya. Muka Yanti pucat. Umi masuk namun tidak menyerang seperti kak Adlina. Umi masih mampu menghulurkan salam pada Yanti dan Adam, dan umi duduk di sofa bertentangan dengan Yanti.
     " Mana May?" soal umi dengan perlahan. Adam teragak-agak nak jawab namun aku terlebih dulu keluar dari bilik tetamu apabila terdengar suara kak Adlina tadi. Aku berjalan menghampiri kesemua tetamu dan menyalami tangan umi dan kak Adlina.
     " Umi nak minum?" soalku berbahasa. Umi tersenyum.
     " Takpe, May. Umi dengan kak Adlina baru je balik dari rumah mak abang Syed kamu. May tak apa-apa ke?" soal umi sambil matanya mengerling ke arah dua insan yang seakan bersalah tu.
     " Kamu tahu tak yang kamu tak dibenarkan untuk datang ke mari? Berani kamu datang?" soal kak Adlina kepada Yanti. Terkulat-kulat Yanti untuk menjawab. Dia melirik kepada Adam, mengharapkan Adam untuk membelanya.
     " Hah, yang kamu pulak?" soal kak Adlina kepad adiknya. Adam terdiam. Memang dengan kak Adlina ni, adik-adiknya tak kan berani menjawab. Garang macam singa.
     " Adlina...," umi menegur. Terdiam Adlina lalu menyandar.
     " Yanti, macam mana pun kamu nak berhubung dengan Adam, kamu tak dibenarkan datang ke rumah menantu umi," katanya. Yanti menunjukkan wajah kelat sambil menghempas diri atas sofa. Adam duduk bersebelahan kak Adlina, manakala aku duduk sebelah umi.
     " Tapi saya pun...," kata-kata Yanti terhenti apabila Adam menjegil mata kepadanya.
     " Kamu ada rumah, tunggu saja dia balik, tu pun kalau dia nak balik ke sana," kata umi sambil menjeling sekilas ke arah anak lelakinya. Adam membuat muka tak puas hati. Aku masih tak faham jalan cerita.
     " Tapi dia tak pernah balik pun, umi," jawab Yanti. Kak Adlina mendengus. Apehal dorang ni? Macam sorok sesuatu dari aku je?
     " Tak ingin I nak balik!" jawab Adam kasar.
     " Tapi I pun isteri you!" jerit Yanti geram. Adam terperanjat dan spontan aku terbangun. Terkejut!
     " Isteri?" soalku dengan lemah. Puan Sri Sabrina cemas melihat aku mulai menangis.
     " May," umi cuba menarik tanganku yang kian berjalan menghampiri Adam. Kini aku berdiri betul-betul di hadapan Adam. Kak Adlina cuak dan Yanti cuma melemparkan senyum kepuasan.
     " Sayang," ucap Adam perlahan. Air mata yang bertakung, ku tahan.
     " Sampai hati abang..sampai hati abang buat saya macam ni!" akhirnya air mataku merembes laju membasahi pipi. Adam cuba memegang bahuku namun aku pantas berjalan menuju ke arah pintu utama. Tanganku mencapai kunci kereta yang terletak di atas rak kunci di belakang pintu, lalu aku terus menuju ke arah keretaku.
     " May," panggil Adam dengan cemas. Pantas aku menghidupkan enjin kereta dan terus memandu keluar. Puan Sri Sabrina terduduk di muka pintu, terus disambut oleh Adam dan kak Adlina.
     " Menantu umi," kata umi lalu menangis. Kak Adlina menampar sekuat-kuatnya di bahu Adam, dan Adam cuma menunduk dengan air mata menitis ke pipi.
     " Yan, baik you balik dulu," kata kak Adlina dengan suara yang tertahan. Yanti yang gembira dengan kejadian sebentar tadi, cuma mencapai tas tangan dan melangkah keluar dengan senyum meleret.
**************************************************************************************************************************************************
     Aku bersandar dengan keadaan amat lelah. Penat sangat aku rasa, dalam tempoh sebulan saja aku menjadi perlarian. Nadia datang membawa minuman panas kepadaku lalu duduk di sebelahku.
     " Aku macam tak percaya," kata Zatul perlahan. Nadia membuat isyarat supaya mendiamkan diri. Aku cuma mengeluh. Air mata ku rasakan sudah kering.
     " Kau pasti ke apa yang dia cakap tu?" soal Nadia. Aku angguk. Nadia mengeluh.
     " Bos kita macam tu? Hish, aku memang tak percaya," kata Zatul.
     " Nad, aku nak tumpang duduk sini dalam seminggu dua, boleh tak?" soalku. Nadia memeluk bahuku.
     " Ya Allah, duduklah sayang oi. Aku lagi suka kau ada dekat sini. Tenangkan fikiran," kata Nadia.
     " Kerja?" soal Zatul.
     " Aku kena hadap muka dia dekat ofis jugak, Nad," keluhku. Nadia mengusap bahuku.
     " Listen dear. Kau jumpa dia dekat ofis, tu antara kau dengan majikan. Don't take too seriously if no need. Remember that," kata Nadia memberi perangsang.
     " Tapi esok aku tak nak masuk ofis lagi, maybe I need more space in one week," kataku. Nadia dan Zatul cuma tersenyum.
     " No worries dear. Take your time. Aku dengan Zatul pegi kerja buat macam biasa je," kata Nadia. Aku mengeluh.
     " Pegilah rehat. Kami ada kat sini kalau kau perlukan apa-apa," kata Zatul, lalu dia bangun menuju ke dapur. Aku bangun menuju ke bilik lamaku dulu.
     Sebaik saja merebahkan badan atas tilam, aku terasa seluruh badanku lemah. Lemah kerana penat, kerana sakit hati dan segala-galanya bercampur baur. Lemah badan kerana aku mengikut kata hati memandu jauh menuju ke rumah sewa lamaku. Aku mengusap perlahan perutku dan terasa anakku bergerak-gerak. Hibanya hati apabila mengenangkan dalam keadaan begini, aku dimadukan. Madu? Haih! Kenapalah aku tak terfikir saat aku terbaca mesej Yanti tadi? Aku berpaling mengadap tingkap dan kemudian aku tak sedar bila aku terlena.
*************************************************************************************************************************************************
     Tercengang Yanti apabila melihat Adam di depan pintu rumahnya. Dengan sengihan lebar, dia cuba memeluk suaminya, namun hampa malah sakit hati apabila Adam menepis untuk masuk.
     " Rileks lah sayang. Jangan stress sangat," kata Yanti lalu menutup pintu. Adam menoleh lalu menampar sekali pipi Yanti. Tergamam Yanti dibuatnya.
     " Puas hati kau?" tempik Adam. Muka Yanti merah menahan marah.
     " Ya! Memang I puas hati! Kalau I tak dapat you, she also can't get you!" jerit Yanti.
     " She is my wife, Yan! My wife!" tempik Adam lagi.
     " So do I!" merah padam muka Yanti berlawan jerit dengan Adam. Adam meraup wajahnya kasar lalu duduk di atas sofa.
     " You berani mesej I dan dia yang baca mesej you! You tak sedar ke kita kahwin pun sebab I nak tutup malu keluarga you?" soal Adam. Yanti duduk bertentangan dengan Adam.
     " Haha! Family I je? How about your family? Tan Sri Ghazali, the owner of GSA Holdings yang terkenal di Kuala Lumpur ni?" soalnya. Adam bersandar.
     " You pun jangan lupa, Darwina Haryanti Dato' Hassan!" ucap Adam mengingatkan. Yanti cuma ketawa.
     " Pandai pulak you sebut nama penuh I! I ingatkan you dah lupa nak sebut nama I sejak kita putus dulu!" sindir Yanti lalu ketawa. Adam senyum menyindir.
     " Sekurang-kurangnya I lelaki yang cuba untuk menutup malu pada family you sebab you dah mengandung sebelum nikah!" tempelak Adam. Berubah seketika air muka Yanti.
     " Ini anak you!" jerit Yanti tak mahu mengaku salah. Adam ketawa.
     " Kita menikah baru seminggu lebih je dulu, and you told me you are pregnant almost 4 weeks! Is it true that was my baby?" soal Adam dengan senyum sindir lebar. Wajah Yanti berbahang.
     " I tak pernah sentuh you pun sebelum tu. You jangan ingat I bodoh tentang semua ini, Yan! Wife I pun mengandung dan I tahu kiraan tu macam mana! I tahu tu anak siapa, dan you jangan harap I akan mengaku tu anak I even budak tu dah lahir nanti. I tak kan sentuh you sampai you bersalin, dan lepas tu, I nak kita berdua bawa haluan masing-masing. Tanggungjawab I pada you setakat 9 bulan 10 hari je Yan! Not more than that! Better you remember!" kata Adam lalu bangun dan masuk ke bilik tetamu. Yanti menumbuk bantal di sebelahnya. Sakit hatinya!
     " Adam, if I cannot have you, she will not be able to! This is my promise!" jerit Yanti lalu membaling bantal pada pintu bilik yang Adam masuk sebentar tadi. Kedengaran Adam hanya ketawa kuat dari dalam bilik itu, menambahkan rasa sakit di hatinya. Adam membuka pintu lalu menjengah.
     " If she cannot, you will not even be able too! This was my promise!" kata Adam lalu menutup pintu dengan kuat. Yanti tergamam. Perlahan dia mengusap kandungan yang belum menampakkan diri. Hatinya memaki hamun lelaki yang dia kenali hanya dalam tempoh sebulan sahaja. Ehsan! Dia meramas-ramas rambutnya, kusut.