21 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 15

     Dia berbaring sambil merenung siling, tangan diletakkan atas dahi. Pintu bilik diketuk namun dia diam. Seketika kemudian pintu bilik dibuka dari luar. Wajah mamanya menjengah. Dia bangung lalu bersandar pada katil. Mamanya masuk lalu menghampirinya.

     " Quello che è successo, caro? Va tutto bene?" soal Datin Melina. Carlos angguk, lalu mengeluh. Datin Melina duduk di sebelahnya lalu mengelus rambut anaknya.

     " Perché? Dicono di me, cara," pujuk Datin Melina lagi. Carlos mencapai tangan mamanya lalu dia genggam tangan tua itu.

     " Tadi Carl terjumpa dengan Khaty," Carlos membuka cerita. Dahi Datin Melina berkerut. Dia menjungkitkan keningnya seolah bertanya,kenapa?

     " Khaty? Khartina? Apa dia nak?" soal Datin Melina. Carlos annguk.

     " Tadi Carl keluar jumpa kawan, lepas kawan balik dia datang tegur Carl. Terkejut la kejap! Ingatkan dah tak wujud lagi orang nama Khaty tu. Rupanya hidup lagi," kata Carlos. Datin Melina mengeluh.

     " Jadi sebab ini yang Carl muncung je?" soal mamanya. Carlos tergelak.

     " Carl muncung ke tadi, ma? Haha..malunya," kata Carlos. Datin Melina ketawa.

     " Khaty nak apa?" soalnya.

     " Orang sakit hati, ma! Menjerit-jeritlah dia kat tepi jalan tu, apa lagi," kata Carlos. Datin Melina senyum sinis. Sakit hati....

     " Sakit hati sebab anak mama yang kacak ni keluar date dengan perempuan ye?" soal Datin Melina lalu mengenyitkan matanya pada Carlos. Carlos tersentak lalu dia tersengih. ' Mama ni macam tahu-tahu je,' hatinya berkata. Datin Melina tersengih. ' Betul la tu,' hatinya ketawa.

     " Pandai mama ek?" kata Carlos. Datin Melina ketawa lalu bangun.

     " Perempuan mana tak sakit hati kalau sebabnya pun perempuan jugak! Haha...dah, pedulikan si Khaty tu. Esok lusa diamlah dia. Selamat malam, sayang," katanya lalu keluar dari bilik anak bujangnya sambil tersenyum. Carlos ketawa lalu menutup mukanya dengan bantal peluk.

                                                         ***********************************
     Datin Hamimah merenung suaminya yang sedang membaca buku. Geram tak terkata apabila suaminya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakannya sebentar tadi.

     " Abang!" panggilnya keras. Dato' Zainal Abidin memandang sekilas.

     " Em, ada apa Mi? Tak boleh ke panggil abang dengan elok sikit?" tegur Dato' Zainal.

     " Macam mana saya nak panggil abang elok-elok? Abang tak beri perhatian pada saya pun!" katanya lagi. Dato' Zainal menutup buku lalu memandang terus pada wajah isterinya.

     " Hah, apadia?" soalnya. Datin Hamimah menghampiri.

     " Abang tahu tak, Julie bagitahu bekas menantu kita tu ada ramai skandal! Dah tu anak siapa entah yang dia mengandung," katanya. Dato' Zainal menarik nafas panjang. Dia sudah menduga perkara ini yang terlalu Nia Aryana takutkan. Dia bersandar lalu mengeluh.

     " Awak tahu mana ni, Mi? Tak baik tau menuduh seorang balu macam tu tanpa usul periksa dan bukti," kata suaminya. Datin Hamimah bertambah geram.

     " Yang abang nak bela dia sangat tu, kenapa? Abang ada hati kat dia ke?" perlinya. Dato' Zainal tersentak lalu mengucap panjang.

     " Mi, Nia tu bekas menantu awak tapi masih menantu saya. Awak main tuduh-tuduh ni, awak ada bukti ke? Yang si Julie tu awak percayakan kenapa?" soalnya. Datin Hamimah terdiam.

     " Saya jumpa dia minggu lepas kat Giant dengan Julie, lepas tu Julie jumpa dia pegi makan dengan orang lain pulak dua hari lepas tu. Nak bukti apa lagi? Terpampang depan mata!" tegas Datin Hamimah. Dato' Zainal menggelengkan kepalanya.

     " Yang dekat Giant tu adik dia, Mi. Bukan orang lain, muhrimnya jugak! Tu lah awak! Tak pernah nak berbaik dengan keluarga besan kita, sampai tak kenal semua anak-anaknya," kata Dato' Zainal. Datin Hamimah menjeling tajam.

     " Yang kat restoran tu adik dia jugak ke? Julie kata orang lain?" Datin Hamimah masih tidak mahu kalah.

     " Kalau dah keluar makan time keja tu, kawan sepejabat lah. Apa salahnya awak fikir positif sikit, Mi? Awak jangan nak sakit hati sebab Julie tak dapat jadi menantu awak. Tapi awak kena redha sebab itu jodoh arwah. Dah la, saya nak tidur! Sakit kepala saya ni bincang perkara yang tak logik dengan awak," kata Dato' Zainal lalu bangun menuju ke katil. Datin Hamimah mengumam geram. Dia menumbuk-numbuk peha kirinya. ' Laki aku ni nak jugak bela perempuan tu! Sakit hati aku! Aku mesti siasat perempuan tu sampai dapat!' hatinya berkata dengan geram. Dia bangun lalu menutup lampu.

                                                     *********************************
     Nia Aryana masih belum dapat tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya apabila terasa anaknya bergerak-gerak. Hatinya sayu. Kemudian dia teringatkan kata-kata Carlos malam tadi. Tapi dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada keluarga Dato' Zainal. Baginya biarlah masa yang menentukan.

     Dia menoleh ke kanan. Teringat sewaktu zaman menuntut di universiti dulu. Carlos adalah seniornya tetapi dia tak tahu langsung yag Carlos tu sepupu kawan baiknya, Azreen. Tersenyum seketika apabila terkenang yang Carlos pernah memberinya sejambak bunga ros pada hari lahirnya yang ke-21. Kata Azreen, mamat tu ada hati dengan dia. Haha, mamat tu! Carlos!

     Seketika dia berfikir sejenak. ' Carlos ada hati dengan aku?' hatinya menyoal. Kemudian dia tersengih. ' Tak kot..aku ni dah berkeadaan macam ni. Cinta monyet tu,' hatinya berkata lagi. Dia memeluk bantal peluk lalu berusaha memejamkan matanya agar kenangan lalu hilang sejenak.

     " Carlos," dalam tanpa sedar, bibirnya menyebut nama Carlos.

                                          ******************************************
     " Hah??!" Carlos terjaga dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia menoleh kiri dan kanan. Kosong. Kemudian dia menggaru kepalanya, sebelum memeluk bantal untuk menyambung tidurnya yang terganggu tadi. ' Rasa macam Nia panggil,' hatinya berdetik. Tapi dia tidak ambil pusing lalu terus sambung mimpinya.

     Dan di dalam mimpi tadi, dia sedang bergurau dengan Nia Aryana serta, tiga orang anak kecil turut bersama.

20 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 14

     Carlos terdiam seketika lalu bersandar. Wajah ibu muda di depannya sudah sembam tidak ceria lagi. Dia tidak sangka pulak yang dia menjadi bahan bualan petang tadi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     " Err, you kenal ke perempuan tu?" soalnya. Nia Aryana mengangguk. Carlos menggigit bibirnya.

     " Then, why not you just tell the truth?" soal Carlos lagi. Nia Aryana menggeleng. Tisu dicapai lalu dikesat hidungnya yang sudah merah.

     " I tak nak, Carl! I tak nak pertaruhkan nasib anak I pulak! Biarlah dia dengan sikapnya tu," katanya.

     " That's it! You yang salah! Sepatutnya you bagitahu terus terang tu anak arwah! Bukan sorok-sorok sampai dia boleh hina you macam-macam," kata Carlos. Nia Aryana menghabiskan airnya lalu dia bangun. Carlos turut bangun kerana terperanjat dia bangun tiba-tiba.

     " You nak ke mana, Nia?" soal Carlos. Nia Aryana mencapai beg tangannya, lalu memandang Carlos.

     " I nak balik, Carl. Penat sangat sebab banyak menangis. By the way thanks a lot to you because be a good listener for me," kata Nia Aryana lalu tersenyum. Carlos turut tersenyum lalu menemani Nia Aryana ke keretanya.

     " Nia, take my advice! Tell them!" kata Carlos.

     " Thanks for your advice Mr. Carlos, but I think they not deserve for that! I balik dulu, Carl! You tu jangan balik lambat pulak! Thanks again," kata Nia Aryana lalu masuk ke dalam kereta. Seketika kemudian keretanya meluncur pergi. Carlos memandang dengan sebuah keluhan dilepaskan. Dia menuju ke arah keretanya untuk pulang, tetapi seseorang menyapa. Carlos berpaling dan dia tergamam.

                                                      ************************************
     " Tak sangka pulak taste you macam tu," kata Khaty. Carlos mencebik.

     " Then? You ingat taste I orang macam you sajalah?" soal Carlos kembali. Khaty ketawa.

     " Oh, please la Carl! I know you! You tak kan pandang perempuan yang dengan perut macam tu, then face not beautiful like me, OMG...where is Carlos Daniel yang I kenal tu?" soal Khaty. Menyirap darah Carlos lalu dia terus mencengkam tangan Khaty. Menjerit gadis itu bila diperlakukan sebegitu.

     " You listen here, Kathy! I yang you kenal dulu dah mati! You faham tak? MATI! You yang buat 'dia' mati!And for your information, kita dah 2 tahun break up! You takde hak nak campur urusan hidup I, ambil tahu dengan sapa I nak kawan! You bukan girlfriend I lagi! Not anymore!" Carlos meluahkan segala kemarahan dia pada Khaty lalu dia melepaskan tangan Khaty. Sekilas dia memandang ke arah Khaty atas dan bawah, lalu dia meninggalkan Khaty terkulat-kulat. Khaty menghentakkan kakinya, geram.

     " I will get you back, Carl!" jerit Khaty lalu berpaling menuju ke pub yang menanti. Bengang.

                                                      ************************************
     Carlos meraup mukanya lalu mengeluh kasar. Dia memerhatikan wajahnya sekilas pada cermin pandang belakang lalu dia mematikan enjin, dan keluar. Dia melangkah longlai menuju ke pintu rumah. Sebaik saja dia melangkah masuk, semua mata tertumpu ke arahnya.

     " Assalamualaikum," jawabnya lemah. Datin Melina, Dato' Azman dan Delia menjawab salamnya. Dia melangkah untuk naik ke biliknya.

     " Carl?" panggil mamanya. Carlos menoleh. Datin Melina menggamitnya. Carlos geleng kepala lalu dia sekadar beri isyarat bibir 'sorry' kepada mereka. Dia terus naik ke biliknya. Datin Melina terus berpaling memandang suaminya, dan Dato' Azman terkejut.

     " What?" soalnya. Datin Melina menjeling.

     " What happen dengan anak bujang you tu, bang?" soalnya. Dato' Azman tergelak-gelak.

     " Apa pulak anak bujang I? Anak bujang you lah!" mengekek-ngekek dia ketawa. Datin Melina menjeling tajam. Delia ketawa.

     " Ayah dengan mama ni...tu kan anak kesayangan mama dan ayah. Apa pulak tolak-tolak I,you ni?" perli Delia. Masing-masing ketawa. Delia tersengih.

     " Hai, apa kenalah dengan anak mama tu..monyok je," kata Datin Melina. Dato' Azman ketawa.

     " Pergilah tanya," katanya.

     " Ish, tak nak lah I! Biarlah dia sejuk dulu. Ho paura!" kata Datin Melina. Delia memeluk lengan mamanya lalu dia tersengih. Dato' Azman menggelengkan kepala melihat telatah isterinya.

     " Mana Natalia?" soal Dato' Azman. Datin Melina tersenyum.

     " Risau sangat anak dara dia seorang tu. Tak ke manalah. Ada dalam bilik dia tu," Datin Melina menjawab sambil tersengih. Delia ketawa.

     " Huish...mau tak risau! Anak dara I tu. Jadi apa-apa I yang menangis nanti. You takpe lah, anak teruna you tu hero Malaya," seloroh Dato' Azman. Datin Melina ketawa. Suaminya pandai membuat dia ketawa di saat hatinya sedang gundah. Delia terkekeh-kekeh.

     " Dah lewat ni, Del! You ni tak reti nak tidur ke? Mentang-mentanglah esok tak sekolah! Dah, pegi masuk bilik," kata Datin Melina sambil menolak tubuh Delia yang sedari tadi menempel di sebelahnya. Delia ketawa lalu bangun malas-malas.

     " Alah, mama ni! Del nak manja-manja kejap pun tak boleh," katanya sambil tersengih di depan mama dan ayahnya.

     " Nop! Go to bed now, Del!" kata Datin Melina. Delia mencium pipi mama dan ayahnya lalu dia naik ke biliknya. Dato' Azman dan isterinya berpandangan lalu tersenyum.

     " So? Kita ni tak nak masuk tidur ke, ma?" soal Dato' Azman dengan senyuman menggoda. Datin Melina tersengih lalu bangun. Dato' Azman bangun lalu merapati isterinya.

     " Dear, don't try to seduce me,ya?" kata Datin Melina lalu ketawa. Dato' Azman ketawa dan terus merangkul bahu isterinya. Mereka beriringan menuju ke kamar tidur.

19 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 13

     Puan Hawa mematikan talian selepas bercakap dengan Azreen. Hatinya dipagut rasa bimbang apabila Nia Aryana masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Baru saja dia ingin mendail nombor anak bongsunya, telefonnya berdering.

     " Assalamualaikum, makcik. Carl ni," Carlos memperkenalkan dirinya. Puan Hawa lega.

     " Waalaikumsalam. Oh, Carl rupanya," kata Puan Hawa.

     " Makcik, Rin bagitahu saya yang Nia tak balik ke rumah lagi ye?" soal Carlos.

     " Iye, Carl. Makcik risau betul ni. Tak pernah dia ke mana-mana tanpa bagitahu makcik. Dengan keadaan dia macam tu, lagi makcik risau," luah Puan Hawa mengenai kebimbangannya.

     " Erm, pelik! Tadi petang dia balik macam biasa je. Erm, makcik tahu tak kat mana dia selalu pergi? Biar saya pergi cari," Carlos menghulurkan bantuan.

     " Makcik tak tahu, Carl. Rumah kakak dia pun takde. Hati makcik risaulah!" Puah Hawa sudah sebak.

     " Makcik jangan bimbang. Biar saya keluar cari dia dulu. Apa-apa berita nanti saya bagitahu makcik," kata Carlos lalu mematikan talian. Dia mengetap bibir. ' Tak boleh jadi ni! Kang aku pulak yang dipersoal,' hatinya mengomel. Pantas dia bangun, bersiap lalu mencapai kunci kereta untuk keluar.

     " Ma, Carl keluar kejap!" laung Carlos dari muka pintu. Datin Melina jengah dari pintu dapur.

     " Dove?" soalnya.

     " Trovare qualcuno! Non aspettare per me, sto portare la mia chiave," kata Carlos sambil memakai kasut dan dia terus menuju ke keretanya. Sebaik menghidupkan enjin, dia terus memecut pergi. Datin Melina menggelengkan kepalanya.

     " Ke mana tu?" soal Dato' Azman yang baru turun dari tingkat atas. Datin Melina berpaling.

     " Entah! Nak jumpa seseorang katanya," kata Datin Melina lalu kembali semula ke dapur. Dato' Azman menuju ke ruang tamu untuk menonton t.v.

     Dalam kereta, berkali-kali Carlos mendail nombor handphone Nia Aryana tetapi talian dimatikan. Puas dia memikirkan ke manakah tempat yang mungkin Nia Aryana pergi. Hatinya risau sekali. Tiba-tiba handphone berbunyi, dengan pantas dia menjawab.

     " Hello, Carl's here," katanya.

     " Carl, Rin ni. Macam mana? Kau dah jumpa dia ke? soal Azreen.

     " Belum lagi laa makcik oii! Aku tak tahu kat mana dah nak cari dia ni!" keluh Carlos sambil matanya meliar mencari-cari kelibat kereta Nia Aryana. Azreen diam, terus berfikir.

     " Haa... cuba kau try cari dia kat taman tasik. Dia suka pergi sana kalau ada masalah," Azreen cuba memberikan pendapat.

     " Kau biar betul, Rin! Malam-malam dok kat taman tasik buat apa? Dah la tengah mengandung!" Carlos mula membebel.

     " Stop babbler at me lah, Carl! Pegi jelah kat sana," Azreen sudah mulai hilang sabar. Sepupunya yang seorang ni mulutnya mengalahkan perempuan. Membebel aje!

     " Okey, okey! Aku nak pegilah ni!" kata Carlos lalu mematikan talian. Dia memutarkan stereng menuju ke arah pusat bandar.

                                         *****************************************
     Nia Aryana merenung ke arah tasik yang memantulkan cahaya lampu dari bangunan sebelah. Perlahan dia mengusap lembut perutnya yang kini sudah menampakkan diri. Dia bersandar lalu mengeluh. Air mata sudah kering sementelah dari petang tadi dia menangis. Betapa hinanya dia di mata keluarga bekas ibu mertuanya. Kalau tak, Juliana tak kan berani berkata begitu.

     " Abang tengoklah sendiri, Julie pun tak suka pada Nia," keluhnya perlahan. Dia memejamkan matanya lalu mengelus lembut perutnya.

     " Kesian baby, macam-macam orang tuduh baby dan ibu. Takpe, jangan risau, baby anak ibu yang sah," kata Nia Aryana kepada kandungannya. Sesekali anaknya bergerak dan Nia Aryana tersenyum.

     " Kuat bersama ibu, ye sayang? Ibu sayang baby. Abang, pinjamkanlah semangat abang buat Nia dan baby abang. Nia tak terdaya hadapi semua ni seorang diri," katanya lagi.

     " Abang akan pinjamkan Nia seluruh semangat yang ada dalam diri abang," seseorang menjawab bagi pihak Ariff Haikal. Pantas Nia Aryana membuka matanya dengan jantung yang berdetak laju. Dia menoleh. Kelihatan Carlos sedang duduk bersebelahan dengannya. Nia Aryana malu sendiri. ' Kantoi pulak aku cakap sorang-sorang. Hehe,' hatinya ketawa.

     " Carl..! You buat apa kat sini?" soalnya separuh terperanjat. Carlos bersilang kaki.

     " Nia buat apa kat sini?" soalnya serius. Nia Aryana terdiam. Dia kembali merenung tasik. Diam.

     " Carl tanya ni, jawab jelah!" soal Carlos dengan tegas. Nia Aryana tidak berkutik. Carlos pantas menarik bahu Nia Aryana supaya berhadapan dengannya.

     " Kenapa you tak jawab call mak you? Kenapa you datang sini?" soalnya.

     " Bateri handphone I off," perlahan Nia Aryana menjawab. Carlos mengeluh.

     " Dah tu, kenapa you tak balik rumah terus? You buat mak you risau separuh mati tau tak? Call Azreen, call angah you!" kata Carlos.

     " I don't mean it!" katanya sayu.

     " What's happen to you, Nia? You tak pernah macam ni pun sebelum ni. What's your problem?" soal Carlos tidak puas hati. Nia Aryana kembali menyandar. Dia memejamkan matanya. Mengeluh.

     " Dengan keadaan you yang pregnant ni, macam-macam boleh jadi tau tak?" soal Carlos lagi. Nia Aryana angguk. Carlos turut mengeluh.

     " Carl, thanks for caring about me. I tak bermaksud nak susahkan sesiapa pun, even you," katanya.

     " Ya, welcome. Tapi, kesiankanlah mak you tu. She's worried," kata Carlos sambil tangannya mendail nombor pada handphonenya.

     " Hello, makcik. Jangan bimbang, Nia ada dengan saya ni. Ya, saya akan bawa dia balik kejap lagi. Baiklah!" katanya lalu mematikan talian. Nia Aryana merenung Carlos yang baru habis berbual.

     " What?" soal Carlos. Nia Aryana cuma menggeleng.

     " Carl, can you accompany me for a while? I'm so depressed!" kata Nia Aryana. Carlos pelik. Masalah apa pulak yang dia tanggung ni?

     " Okey, no hal! But not here! Jom, pegi minum," ajak Carlos. Nia Aryana memandang sekilas lalu bangun menuju ke parkir keretanya. Carlos mengikutinya dan berjalan seiring. Beberapa orang pemuda dan pemudi memandang mereka dengan senyuman. ' Bagus betul husband dia teman wife dia jalan-jalan,' mungkin itu yang difikir oleh mereka. Carlos turut tersenyum. Sampai saja di parkir kereta, Carlos menghampiri kereta Nia Aryana.

     " You drive depan, I follow belakang you. Ke tempat biasa," arah Carlos. Nia Aryana angguk lalu dia menghidupkan enjin kereta. Kemudian keretanya meluncur pergi. Carlos pantas menghidupan enjin kereta lalu dia mengejar kereta Nia Aryana.

     Sampai saja di persimpangan lampu isyarat taman tasik, apabila kereta Carlos berhenti sebelah kereta Nia Aryana, dia menoleh. Tergamam sesaat apabila dia melihat Nia Aryana kini menangis. Carlos mula diburu kebimbangan.

18 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 12

     Nia Aryana sedang menyemak fail yang diperiksanya. Kemudian kedengaran pintu biliknya dibuka dan ditutup kembali. Dia malas mendongak cuma dapat mengagak siapa yang masuk. Siapa lagi kalau orang yang takde keje, si Azreen.

     " Nia," pergerakkannya terhenti. 'Aah,sudah!' hatinya mengomel. Perlahan dia mendongak ke depan. Carlos sedang tersengih memandangnya. Nia Aryana menyandar, sambil bermain-main dengan sebatang pen.

     " Yes, Mr. Carlos Daniel. Can I help you?" soalnya. Carlos ketawa.

     " I menyampah betul kalau you ketawa, Carl!" kata Nia Aryana lalu dia tersengih. Carlos terus ketawa.

     " Better you jangan nak menyampah dengan I, Nia. Silap-silap esok bila baby you lahir, muka sebiji macam I. Sape nak jawab tu?" soalnya sambil terkekeh-kekeh. Pantas Nia Aryana membaling sebatang pen ke arah Carlos.

     " You lah yang jawab!" kata Nia Aryana sambil tersengih. Carlos tersenyum kemudian suasana sepi. Nia Aryana terus menyemak fail dan dokumen yang dibacanya. Carlos memandang Nia Aryana di depannya yang sedang tekun membuat kerja. Matanya menghakimi wajah Nia Aryana, sehinggalah Nia Aryana sendiri tersedar. Dia tergamam saat pandangan matanya bertemu pandangan mata Carlos.

     " You tengok apa, Carl?" soalnya. Carlos tersedar lalu tersengih. Nia Aryana menggigit bibirnya lalu memandang tajam ke arah Carlos.

     " I tengok youlah!" katanya. Nia Aryana bangun, menuju ke sofa untuk rehatkan badan. Pinggangnya cepat terasa lenguh kalau lama duduk saja. Carlos bangun dan membuntutinya.

     " You ni nak ape, Carl? Dari tadi you tengok I, ikut I. Dari you tengok I je baik you tolong check semua dokumen tu. Banyak yang tak betul!" kata Nia Aryana sambil pejam mata. Carlos bersandar.

     " I suka tengok you buat keja la, Nia," katanya. Nia Aryana tergelak dalam mata terpejam. Carlos turut tergelak melihat telatah rakan sepupunya itu.

     " Carl, did you know, is a sin when you see another man's wife," terang Nia Aryana. Carlos ketawa.

     " I'm sorry, Nia. But you are single now!" jelas Carlos. Nia Aryana cuma tersenyum.

     " Ya,ya. Single, but not available," katanya tak mahu kalah. Carlos mencubit tangan Nia Aryana dan temannya itu pantas membuka mata.

     " Not available kenapa plak? You ni kan..." kata Carlos. Nia Aryana tergelak.

     " Look! You cubit I plak! Yelah, ni kan not available," kata Nia Aryana sambil mengusap perutnya dengan perlahan. Carlos ketawa.

     " If I want it, it can be mine too," kata Carlos sambil tunjuk ke arah perutnya, dan terus berkias-kias. Nia Aryana yang ternyata cepat faham terus tergelak. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

     " You ni, Kathy ada you tak nak!" katanya tentang kekasih lama Carlos. Carlos mencebik.

     " Perempuan mata duitan tu? Dok dengan I mata asyik bling-bling je. Tak nak ah!" katanya lalu dia bangun dan keluar. Nia Aryana tersengih lalu kembali memejamkan matanya. 'Carl,Carl..' hatinya tergelak.

                                     *******************************************
     Juliana terpacak menanti Nia Aryana datang ke keretanya. 10 minit kemudian, kelibat Nia Aryana muncul di kawasan parkir itu. Nia Aryana yang menyedari kehadiran Juliana, tergamam dan terus memperlahankan langkahnya. Sebaik saja sampai ke keretanya, Juliana tersenyum sinis.

     " Kau nak apa, Jue?" soalnya. Juliana bergerak menghampirinya. Nia Aryana memandang ke depan dengan pandangan kosong. Juliana tergelak.

     " Tak sangka kau kan? Malam tu dengan orang lain, dua hari sudah dengan orang lain. Anak tu anak sapa plak?" soal Juliana dengan biadap. Menyirap darah Nia Aryana namun dia diam.

     " Ada masalah ke dengan sape aku nak keluar?" soalnya kembali. Juliana tergelak.

     " Tak! Takde langsung! Cuma aku kesian dengan arwah, ada isteri yang macam kau," kata Juliana. Nia Aryana tergelak.

     " Aku lagi kesian dengan kau! Mengharapkan arwah dari dia hidup sampai dia takde. Kalau kau dah sakit hati, kau nak sakitkan hati aku pulak? Apa yang kau dapat?" soal Nia Aryana. Juliana tergamam. Nia Aryana menekan alarm kereta lalu masuk ke dalam keretanya. 'Dari melayan orang gila baik aku balik!' kata hatinya. Nia Aryana pantas menghidupkan enjin kereta lalu beredar. Juliana geram lalu menghentak-hentak kakinya.

     Dalam kereta, Nia Aryana menangis semahu-mahunya.

13 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 11

     " Betul, ma! Jue nampak dengan mata Jue ni! Dia ada hubungan dengan lelaki lain!" bersungguh-sungguh Juliana menghasut Datin Hamimah. Terpegun wanita korporat itu mendengarnya.

     " Entah anak siapalah yang dia kandung tu kan, ma? Ei..too bad!" Anis Emelda menyampuk. Datin Hamimah yang mendengar sejak tadi diam tak berjawab. Sesekali dia mendecit.

     " Ma, lebih baik lepas ni mama jangan nak terserempak dengan dia segala. Nanti yang sakit jiwa tu, mama jugak!" tambah Juliana.

     " Macam mana rupa lelaki tu? Macam yang kita jumpa hari tu ke?" soal Datin Hamimah. Juliana menggeleng.

     " Tak! Orang lain. But this guy, more better then before. Agaknya memang taste dia kot, nak lelaki yang macam mat saleh ni. Kalau tak, tak kan lah dia nak sangat kat arwah dulu," kata Juliana. Datin Hamimah sedar, arwah anaknya memang kacak. Maklumlah, ayahnya ada darah campuran Inggeris.

     " Jue tahu mana tempat kerja dia?" soal Datin Hamimah semula. Juliana menggeleng sambil jungkit bahu. Datin Hamimah tersandar. Dia mula diserang sakit. Sakit hati yang kronik.

                                               ***********************************
     Nia Aryana menonton t.v bersama-sama Puan Hawa. Sesekali dia mengusap kandungannya yang hampir 6 bulan. Terasa bayinya bergerak-gerak, menjadikan hatinya sayu. Namun dia tidak mempamerkan rasa sedih pada ibunya.

     " Mak tengok sekarang ni Carlos semakin rapat dengan Nia. Ada apa-apa ke?" soal Puan Hawa sambil tersenyum. Nia Aryana tergelak.

     " Mak ni, ke situ pulak! Carlos kan bos Nia. Lagi pun dengan keadaan Nia yang macam ni, tak kan lah dia suka kat Nia," kata Nia Aryana sambil merujuk kepada perutnya yang semakin membesar.

     " Manalah nak tahu, dia sukakan Nia dengan anak Nia," gurau Puan Hawa. Mereka ketawa serentak.

     " Mak, Carl tu sikit punya hemsem! Nia ni kan biasa-biasa je, manalah dia nak. Lagi pun Nia kan ada status istimewa," katanya.

     " Terpulang pada Nia, tapi naluri mak kuat kata suatu hari nanti Nia akan jadi milik dia," usik Puan Hawa lagi. Nia Aryana tersengih, malas nak menjawab lagi. Puan Hawa menepuk peha anaknya, mesra.

                                              ************************************
     Datin Melina Sharakova atau Melina Abdullah memerhati kelakuan anak bujangnya yang tersenyum sendirian depan t.v. Dia hairan kerana siaran t.v menyiarkan rancangan CSI:Miami, tak ada yang lucu tetapi Carlos tersengih seorang diri. Dia menghampiri perlahan-lahan.

     " Carlos Daniel? Kenapa ni, tersenyum sorang-sorang?" tegurnya membuatkan Carlos tersengih. Dia duduk di sebelah anaknya.

     " Takde apa-apalah, ma. Cerita tu best," dalihnya. Datin Melina ketawa.

     " Non mentire a me, cara. Lo vedo ora," kata Datin Melina.

     " Niente, mamma," dalihnya lagi. Akhirnya Datin Melina ketawa. Carlos tersengih.

     " Anak mama yang kacak ni dah jatuh cinta ye?" soalnya. Carlos senyum tapi menggeleng. Datin Melina mengerutkan dahinya.

     " Dah tu, kenapa Carl senyum-senyum je ni? Sembunyikan sesuatu dari mama ke?" soalnya lagi. Dia tahu Carlos seorang yang cukup susah untuk berbicara tentang perasaan.

     " Takdelah, mama. Mama nampak Carl macam orang jatuh cinte ke?" soalnya kembali. Datin Melina tersenyum lalu mengangguk.

     " Chi è quella ragazza, cara?" soal Datin Melina lagi. Carlos cuma tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Datin Melina ketawa. 'Hai, susah jugak aku nak korek rahsia hati anak aku ni,' detik hatinya.

     " Takpelah kalau Carl tak nak bagitahu mama. Tapi nanti kalau Carl dah parah sebab gadis itu, jangan cari mama ye?" usik Datin Melina terus-terusan. Carlos ketawa.

     " Non provocarmi, mamma! Suka sangat nak kenakan Carl," jawab Carlos pada ibunya. Datin Melina ketawa lalu dia bangun. Belum sempat dia melangkah, Carlos menarik tangannya. Datin Melina terkejut.

     " Hah, ni kenapa pulak?" soalnya seperti mahu ketawa.

     " Mama terima ke kalau Carl bawak dia datang?" soal Carlos seperti meminta restu dari ibunya. Datin Melina tersenyum lalu duduk kembali. 'Kan, aku dah cakap!' hatinya ketawa.

     " Pernah ke mama tolak atau halau sesiapa yang Carl bawak balik sebelum ni?" soal Datin Melina. Carlos tersengih.

     " Tu yang sebelumnya, ma. Ni yang baru, lain sikit," kata Carlos. Datin Melina ketawa.

     " What ever. Mama tak kisah sesiapa yang Carl bawak balik janji dia dapat buat anak mama bahagia," kata Datin Melina sambil tersenyum.

     " Grazie, mamma," kata Carlos sambil mencium tangan ibunya.

     " So, bila nak bawak dia jumpa mama? Mama pun dah tak sabar nak berkenalan dengan dia," usik Datin Melina lagi. Carlos ketawa kuat.

     " Nantilah, ma. Carl rasa dia pun belum ready lagi. Nanti dah ready, Carl promise Carl bawak jumpa dengan mama," pujuk Carlos. Datin Melina mengusap rambut anaknya.

     " Mama tak kisah bila Carl nak bawak dia. Mama terima dengan senang hati. Dah, jom makan. Bising ayah kamu nanti," kata Datin Melina lalu bangun menarik tangan anaknya untuk makan malam. Carlos seakan tidak mahu bangun, malas-malas dia mengikut.

     " Non ti preoccupare, cara. Mama yakin dia akan jadi milik Carl suatu hari nanti. Dah, jangan nak angau sangat, bukan kenyang pun. Cepatlah!" Datin Melina terus menarik tangan anaknya segera apabila terdengar suaminya memanggil dari ruang makan. Nak tak nak akhirnya Carlos membuntuti ibunya. Sampai saja di meja makan, Dato' Azman dan dua anaknya lagi menjeling kemesraan antara isterinya dengan anak bujangnya.

     " Abang Carl ni macam baby jer. Asyik nak melekat dengan mama," omel adik bongsunya, Delia Amanda. Mereka semua ketawa, terutama Delia. Carlos sengih.

     " Del jealous ye?" perli kakaknya, Natalia Hani. Delia mencebik. Dato' Azman dan Datin Melina ketawa. Carlos turut tersengih.

     " Dah, makan!" kata Carlos. Semua makan setelah doa dibaca.

     " Nita tak bagitahu kenapa dia tak balik?" soal Dato' Azman kepada Carlos, tentang anak keduanya yang belajar di Itali.

     " Dia kata flight delay, tunggu 2-3 hari lagi. Kenapa, ayah?" soal Carlos.

     " Kalau dia tak balik tu, suruh je dia pegi umah nonna kamu. Stay sampai konvo je," kata Dato' Azman. Datin Melina bersetuju dengan cadangan itu.

     " Tapi, nak ke dia? Silap-silap tempah flight balik jugak!" kata Natalia.

     " Idea ayah tu ok apa. Kalau dia nak konvo nanti tak payah pening-pening nak balik sana. Kita je yang pegi dari sini," kata Carlos. Delia memerhatikan abangnya menjawab bagi pihak ayahnya.

     " Takpelah, ayah. Nanti Carl call Nita, Carl bincang dengan dia," pujuk Carlos. Dato' Azman dan Datin Melina tersenyum. Carlos memang abang yang bertanggungjawab.

     " Kita semua kena bersedia lepas ni, Carl ada calon nak bawak balik," perli Datin Melina. Carlos ketawa. Dato' Azman teruja.

     " Mama nie...belum confirm lagi, ma. Malu Carl," katanya.

     " Malu lah konon! Dalam hati tu mesti teruja bagai nak gila," perli Natalia. Semua ketawa menjadikan Carlos terkesima.

     " InsyaAllah, mama," janji Carlos. Datin Melina tersenyum. Betapa dia sayangkan anaknya itu. Baginya kebahagiaan anak-anak adalah kebahagiaannya dan suami.

     " Mama harap lepas ni Carl jadi lah naik pelamin. Boleh jemput nonna dan nonno di Itali," kata Datin Melina penuh mengharap. Carlos tersengih sambil memandang adik-adiknya, Natalia dan Delia. Dato' Azman ketawa, faham hati anak lelakinya itu.

11 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 10

     Suasana pagi Selasa di ofis. Nia Aryana sedang membancuh minuman di pantry sebelum dia duduk di meja yang disediakan. Seketika kemudian bosnya, Carlos, pemuda kacukan Melayu-Itali masuk. Terkesima Nia Aryana yang sedang minum pagi. Carlos senyum, mencapai mug dan membancuh teh lalu duduk di sebelah Nia Aryana.

     " Kenapa? Tak selesa?" soalnya lalu tersengih. Nia Aryana tersenyum.

     " Taklah. Bos tak makan?" soalnya. Carlos tersengih.

     " You ni kan Nia, dah berapa kali I cakap. Don't call me boss, just Carl,or  Danny. You ni macam tak biasa pulak dengan I," kata Carlos lalu meneguk minumannya. Nia Aryana tergelak.

     " Sorry lah, Carl. You bukan tak tahu I ni pekerja yang hormatkan bos. Hahaha," lalu mereka berdua tergelak. Suasana ceria mengundang Azreen masuk sama ke pantry.

     " Wah,wah! Seronok ketawa? Mengata aku eyh?" soal Azreen sambil bercekak pinggang. Carlos memandang ke arah sepupunya sambil tersengih. Azreen duduk bersama mereka.

     " Please lah! Takde masa nak mengata kau!" kata Carlos, lalu dia bangun membawa mug ke sinki lalu basuh. Seketika kemudian dia terus keluar. Kelibatnya dihantar melalui ekor mata dua orang wanita itu.

     " Kau macam mana? Aku dengar malam Ahad hari tu kau terserempak dengan bekas mak Datin kau tu. Apa cer?" soalnya. Nia Aryana tersengih.

     " Takde cer apalah, Rin," Nia Aryana cuba mengelak. Azreen buat muka masam. Nia Aryana tergelak. Lalu dia bangun menuju ke sinki. Habis mencuci mug dia ingin beredar menuju ke biliknya. Azreen turut membuntuti.

     " Kau ni takde keje ke, Cik Azreen Karmila? Ikut je bontot aku. Kang anak aku macam muka kau pulak, jenuh aku nak menjawab," bebel Nia Aryana sambil duduk di kerusinya. Azreen duduk di kerusi bertentangan dengan Nia Aryana, sambil tersengih.

     " Bos tak bising," katanya. Nia Aryana mencapai satu dokumen lalu menyelak perlahan-lahan.

     " Aku tahu lah kau ada share dalam company Prima Perla Oro ni, tapi jangan melampau pulak," bebel Nia Aryana lagi. Azreen buat muka.

     " Kau ni Nia, sejak pregnant ni kau semakin kuat membebel!" katanya. Mereka berdua ketawa. 

     " Rin, aku tahulah Carl tu sepupu kau, tapi janganlah hilangkan kepercayaan dia pada kau," kata Nia Aryana lagi.

     " Erm, inilah payahnya kalau dah jadi staff kesayangan bos! Dia pun dah nak jadi macam bos jugak!" perli Azreen. Nia Aryana tersentak.

     " Apa maksud kau, Rin?" soalnya.

     " Takde apa-apa, Cik Nia Aryana. Dengar la pulak," kata Azreen lalu dia tersengih. Nia Aryana menutup fail yang dibacanya tadi.

     " Baik kau ulang apa yang kau cakapkan tadi. Kalau tak aku halau kau keluar," ugut Nia Aryana. Azreen menghadap muka Nia Aryana lalu tersengih lagi.

     " Mr. Carlos Daniel ti amava tanto!" kata Azreen dalam bahasa Itali. Kemudian dia ketawa. Nia Aryana tercengang. 'ti amava tanto? Tomato aku taulah! Apa benda lah si Rin ni merepek!' hatinya membebel geram. Lantas tangannya mengutil lengan Azreen.

     " Adoi! Sakitlah! Kau nak jadi mak ketam ke?" Nia Aryana menjegilkan matanya sambil mengusap bekas cubitan tadi. Perit.

     " Padan muka kau! Main-main dengan aku lagi! Dah, pegi balik bilik kau! Aku banyak keja ni," kata Nia Aryana sambil membuka laptopnya. Azreen bangun lalu menuju ke pintu.

     " Tengahari nak lunch tak?" soalnya. Nia Aryana angguk. Sejak dia mengandung waktu makan tengahari dah jadi acara wajib kalau tak dia akan kelaparan.

     " Angguk,angguk. Macam sibuk sangat," omel Azreen.

     " Rin......," Nia Aryana hendak start membebel lagi.

     " Yelah,yelah! Aku keluar. Lunatico!" bebel Azreen sebelum menutup pintu. Nia Aryana memandang lalu tersengih. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang memerhati dari sebalik cermin gelap sebelah biliknya.

                                        ********************************************

     Pintu diketuk. Nia Aryana memandang, kelihatan Carlos sedang berdiri di luar, lalu dia menjerit menyuruh bosnya masuk. Carlos masuk dengan sengihan lebar. 'Apa kena lah bos aku hari ni,' hatinya gelisah. Carlos duduk di hadapannya. Nia Aryana memandang lalu tersenyum.

     " Yes, Carl? Can I help you?" soalnya.

     " Yes. Sekarang dah masuk waktu lunch Cik Nia. Tak nak keluar makan ke?" soalnya. Nia Aryana tergelak. 'Hai,dua-dua sepupu ni sama je perangai!' kata hatinya.

     " Tunggu Azreen," katanya ringkas. Carlos mengangguk.

     " Oh. Tapi I rasa Rin tak bagitahu you kan?" soalnya. Nia Aryana pelik.

     " Bagitahu apa?" soalnya.

     " Rin kena lunch dengan client kat Putrajaya. So dia minta I accompany you pegi makan," kata Carlos.

     " Good! Sekarang I kena keluar makan dengan bos pulak!" keluh Nia Aryana. Carlos tersengih.

     " Why? Tak sudi ke nak keluar dengan senior you ni?" soal Carlos. Nia Aryana ketawa lalu mencapai tas tangannya dalam laci.

     " Please, Carl! Tu zaman bila...dah dekat 4 tahun dah graduate!" katanya lalu bangun. Carlos tolong membuka pintu. Mereka beriringan berjalan keluar. Beberapa orang staff tersenyum kepada mereka.

     " At least kalau you tak boleh terima I sebagai bos you, accept me as friend! Boleh kan?" soalnya. Carlos menekan butang lif. Pintu lif terbuka lalu mereka masuk.

     " Yelah, you ni! Dengan Rin sama je. Suka sangat sembunyi banyak rahsia!" kata Nia Aryana lalu senyum. Pintu lif terbuka dan mereka beriringan ke parking kereta.

     " Naik kereta I?" soal Carlos. Nia Aryana sekadar menjungkit bahu. Carlos membuka pintu tempat duduk penumpang lalu Nia Aryana masuk. Dia menutup pintu lalu terus ke tempat pemandu.

     " Nak makan kat mana? Don't give me an answer kat mulut yer!" awal-awal lagi Carlos bagi amaran. Masak benar dia dengan perangai Nia Aryana. Dan Nia Aryana ketawa. Carlos terus menghidupkan enjin keretanya.

     " You as a driver, you should know, right? Tak kan you nak tanya penumpang pulak!" perli Nia Aryana. Carlos ketawa, terus memandu.

     " Mana nak tahu..nak jugak ikut selera giovane mamma ni," katanya. Nia Aryana ketawa. Kemudian dia terdiam. 'Bahasa tu,' hatinya berdetik.

     " Err, Carl. Boleh I tanya sikit?" soal Nia Aryana. Carlos yang sedang memandu menoleh memandangnya lalu ketawa.

     " Aik? Sejak bila you nak tanya I kena minta izin ni?" soalnya. Nia Aryana tersengih.

     " Boleh ke tak?" soalnya.

     " Boleh. Tanya je," kata Carlos lembut. Nia Aryana terkesima dengan jawapan Carlos. Namun dia cepat-cepat sedar.

     " Err, tadi Rin ada kata kat I pasal you, tapi I tak faham," katanya. Muka Carlos pelik.

     " Pasal I? Korang mengutuk I ke? Apa benda tu?" soalnya.

     " Dia kata , Mr. Carlos Daniel ti amava tanto! Apa maksudnya tu? I tak faham bahasa lain selain English, tu pun ada jugak yang broken. Apa maknanya tu, bos?" soal Nia Aryana sambil tersengih. Sebaik mendengar perkataan itu, Carlos tersedak sehingga terkeluar air matanya. ' Hampeh punya Azreen! Dipecahnya rahsia aku kat Nia! Nasib baik dia ni tak faham! Siap kau nanti!' hatinya mengutuk Azreen. Nia Aryana panik lalu cepat-cepat menepuk belakang Carlos. 'Huh,sah-sah kes mengumpat ni!' kata hatinya. Carlos mengangkat tangan menandakan dia semakin ok.

     " Azreen kata macam tu kat you? Huh!" Carlos tersentak. Nia Aryana mengangguk.

     " Yelah! Apa maknanya, Carl?" soal Nia Aryana lagi.

     " Takde apa-apa. Dia mengutuk I tu. Dah, you jangan layan kepala sewel Rin tu. Merepek je!" katanya sambil membelok kereta di sebuah restoran melayu.

     " Ok. Tapi dalam bahasa apa tu?" soalnya lagi.

     " Entah. Perancis kot? Hanya dia yang tahu. Dah, jom!" katanya mengelak soalan lagi lalu keluar sebaik saja kereta di parking. Nia Aryana memandang muka Carlos dengan pandangan yang aneh. ' Ada la tu yang disorokkan dari aku! Takpe,takpe! Aku akan tahu jugak nanti,' hatinya mengomel. Dia keluar apabila Carlos membuka pintu untuknya. 

     Apabila mereka berjalan seiringan masuk ke dalam restoran itu, ada sepasang mata yang memerhati dengan rasa sakit yang amat.

03 Oktober 2011

KiSaH hAtI ~ 9

     Pandangan mata Datin Hamimah jatuh ke perut Nia Aryana yang sudah kelihatan sikit membusung, dan beralih pandang ke jejaka di sebelahnya. Nia Aryana memeluk erat lengan adiknya. Kedua makhluk itu kini kian menghampiri mereka.

     " Nia! I'm so surprise, did not expect that we meet here!" berbasa-basi Datin Hamimah menegur. Nia Aryana sekadar melemparkan senyum tawar.

     " Mama," jawabnya sepatah.

     " So, who's this guy? Pengganti arwah?" sindirnya lagi. Nia Aryana menarik nafas dalam-dalam, menahan sabar dengan tuduhan bekas ibu mertuanya. Muka Haziq Irfan merah padam, namun pelukan erat kakaknya menjadikan dia terpaksa berdiam diri. 'Ikut hati aku ni bekas mak mertua akak ni aku lempang-lempang je,' gumam Haziq Irfan dalam hati. Belum pun sempat Nia Aryana menjawab, Juliana terlebih dahulu membuka mulutnya.

     " Apa nak kisah sangat,ma? Ariff ada ke takde, Jue tengok dia bahagia je!"katanya. Nia Aryana perasan yang pandangan mata Datin Hamimah asyik melekat ke perutnya. Dia sendiri menjadi tidak selesa.

     " Em..agaknyalah! Kalau I tahu macam ni kesudahan, sumpah, I tak akan bagi you kahwin dengan arwah! Tapi nak buat macam mana, just you boleh buat arwah bahagia, that's why I ikutkan je," kata Datin Hamimah dengan angkuhnya. Bertakung air mata di kelopak mata Nia Aryana. Saat itu dia terbayang kata-kata bekas kakak iparnya tentang hal ini. Haziq Irfan pantas menarik tangan kakaknya untuk beredar dari situ. Tetapi mereka terhenti tatkala nama Nia Aryana dipanggil. Dia tidak menoleh cuma memejamkan mata, mengambil kekuatan dari anaknya. Datin Hamimah menghampiri.

      " I hope that this is not Ariff's baby! Seluruh keturunan you I tak kan terima! But after what I saw tonight, I think this is that guy's baby! Good lah! You kematian arwah pun dah hampir 6 bulan, then you kahwin lain pun I rasa lepas you habis edah! Thank to God, this is not my grandchild!" kata-kata Datin Hamimah menghina anaknya bersama arwah suaminya. Pantas dia menoleh. Air mata mengalir laju bersama semangat yang membara.

      " Mama! Or what should I call you? Datin Hamimah Hamid? Lebih baik Datin ingat baik-baik kata-kata Datin sebentar tadi kerana, kalau selepas ini terbukti yang ini anak arwah, saya bersumpah demi anak saya dan arwah, saya tak akan benarkan Datin seluruh keluarga menyentuh tubuh anak saya, walaupun seinci! Tidak sesekali!!" dengan tegasnya Nia Aryana mengungkap demikian. Terpempan seketika Datin Hamimah, mahu pun Juliana. Nia Aryana pantas berpaling lalu menarik tangan adiknya beredar dari pasaraya itu.

      " Tengoklah tu, ma! Masih nak berkurang ajar lagi! Mentang-mentanglah dia ada laki baru!" jarum si menantu tak jadi padanya. Mereka berdua masih mengomel hal tadi sehinggalah bayangan makhluk berdua itu hilang dari pandangan mata mereka.

                                                  *****************************************
     Tersedu-sedu Nia Aryana menangis apabila mereka tiba di parkir kereta. Haziq Irfan pantas membuka pintu bonet, menyimpan barangan yang dibeli sebentar tadi, lalu pantas mencapai tisu dan dihulurkan kepada kakaknya. Dia juga turut terkesima tapi dia bangga yang kakaknya tidak lagi kecut kepada mak Datin itu. Nia Aryana menyandar di kerusi tempat duduk penumpang, sambil mengusap-usap perutnya. 'Kesian kau, nak! Nenek sendiri pun tak sudi terima. Takpelah, sayang. Ibu ada ni, opah pun ada,' keluh hatinya. Haziq Irfan berdiri di luar, khuatir kakaknya akan muntah. Sememangnya Nia Aryana tidak boleh banyak menangis kerana pasti akan muntah. Dan tanpa mereka sedari, ada seseorang yang kian menghampiri.

     " Nia Aryana?" sapa lelaki itu. Mereka berdua pantas menoleh. Lelaki itu tercengang melihat wajah Nia Aryana merah padam dengan kesan air mata. Pantas dia menghampiri namun Nia Aryana terlebih dahulu bangun dari duduknya.

     " Papa...." kata-katanya terhenti. Haziq Irfan memeluk bahunya. Dato' Zainal Abidin memandang mereka berdua dengan rasa hairan. Siapa lelaki disisi bekas menantunya dan, mengapa dia menangis? Dato' Zainal tersenyum tatkala Nia Aryana mencapai tangannya lalu menciumnya. Haziq Irfan sedikit lega. Dato' Zainal tak melengking seperti Datin.

     " Kenapa Nia menangis teruk sangat ni?" soalnya. Nia Aryana cuma diam. 'Takkan lah aku nak cerita yang aku kena maki dengan bini dia? Diam jelah!' hatinya berbisik. Apabila dia cuba duduk kembali barulah Dato' Zainal perasan akan perubahan tubuh bekas menantunya.

     " Tahniah, Nia! Dah berapa bulan? Ini suami Nia ke?" soal Dato' Zainal sambil tersenyum. Haziq Irfan sedikit sayu. 'Betapa baiknya hati dan budi bahasa ayah abang Ariff..kenapalah emaknya tak boleh jadi macam tu? Hai, lain orang lain perangai pulak,' bebel Haziq Irfan dalam hati. Nia Aryana diam lalu memandang adiknya, meminta bantuan. Seakan faham, Haziq Irfan menghampiri.

     " Dato', Nia dah hamil hampir 5 bulan," katanya. Dato' Zainal tersentak. 5 bulan? Ariff Haikal pergi dah hampir 6 bulan. Takkan lah kot? Hatinya bertanya. Seakan mengerti apa yang difikir oleh Dato' Zainal, pantas Nia Aryana mencelah.

     " Benar, apa yang papa fikirkan. Cuma Nia mintak satu je dari papa. Jangan beritahu sesiapa. Nia tak nak serabutkan kepala Nia lagi!" katanya dengan suara serak. Dato' Zainal tersenyum, gembira. Lantas dia terus mencium dahi Nia Aryana.

     " Terima kasih, Nia! Ya Allah, betapa gembiranya papa rasa malam ni. Nanti papa call mama. Dia di dalam tengah beli barang," kata Dato' Zainal sambil mengeluarkan telefonnya, namun pantas disekat oleh Nia Aryana dengan pandangan hiba. Dato' Zainal pelik. Nia Aryana menggelengkan kepalanya.

     " Please, pa! Kalau papa masih anggap Nia menantu papa, jangan beritahu mama! Nia mohon pada papa sangat-sangat! Andai kata papa mungkir janji, nyawa Nia akan melayang!" sebaik saja berkata begitu, Dato' Zainal memeluknya.

     " Baiklah sayang! Papa tak akan bagitahu, tapi Nia kena ceritakan kenapa menangis ni? Kenapa tak nak mama tahu?" soalnya. Nia Aryana menggeleng laju.

     " Papa akan tahu jugak nanti kenapa Nia kata begitu. Okeylah, pa! Nia nak balik,penat sangat dalam keadaan macam ni," kata Nia Aryana lalu mencium tangan orang tua itu. Haziq Irfan memandang lalu turut bersalaman.

     " Err, Nia? Ni suami Nia?" takut-takut dia bertanya. Nia Aryana ketawa, lalu menggeleng.

     " Tak, pa! Ni adik bongsu Nia. Haziq Irfan!" katanya. Dato' Zainal menepuk-nepuk mesra bahu adiknya. 

     " Maafkan uncle, Haziq! Uncle tak tahu. Tapi, tolong jaga menantu uncle ni baik-baik yer. Nia, papa akan simpan rahsia kita nie," katanya lalu menutup pintu sebelah Nia Aryana. Nia Aryana tersenyum lalu melambai. Kereta bergerak perlahan meninggalkan perkarangan Tesco.

      Dalam kereta, Haziq Irfan bertanya kerana dia semakin pelik.

     " Kak, kenapalah mak Datin tu tak macam Dato' ye?" soalnya.

     " Entahlah, dik! Tapi biarlah, sekurang-kurangnya akak tahu yang papa masih sayangkan akak dengan cucunya ni," katanya separuh mengeluh.

     " Tapi tadi kan akak bersumpah..." kata-katanya tergantung. Nia Aryana tersenyum tawar.

     " Akak bersumpah di mulut je, dik! Tapi di hati, akak tak sampai hati memisahkan ikatan antara mereka," katanya. Seketika dia mengelus lembut perutnya. Haziq Irfan lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang kakaknya itu tidak menaruh dendam.

     " Kalau suatu hari nanti Datin tu nak terima akak dengan baby semula, macam mana?" soal Haziq Irfan, sekadar menduga. Nia Aryana terdiam. Dua tiga saat berlalu, yang terdengar hanyalah keluhan dilepaskan.

30 September 2011

KiSaH hAtI ~ 8

    Tiga bulan berlalu...

    Nia Aryana termenung atas katil. Sambil memandang ke arah t.v dengan pandangan kosong. Pintu bilik terbuka namun dia langsung tidak menyedari yang Amy Haryani masuk. Dia hanya tersedar apabila kakaknya melabuhkan punggung disisinya.

    " Tengok cerita apa?" soal Amy Haryani sedangkan dia sendiri tahu rancangan apa yang sedang bersiaran.

    " Entah!" jawab adiknya ringkas. Amy Haryani mengulum senyum. Tahulah dia bahawa fikiran adiknya tidak tertumpu pada siaran t.v. Nia Aryana tersengih.

    " Angah nak kata Nia berkhayal la tu!" jawabnya seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran kakaknya. Amy Haryani tergelak lalu menampar lengan adiknya. Seketika pintu terbuka lagi. Kelihatan Afiqah muncul menjengah muka sambil tersengih.

    " Hah! Nak apa sengih-sengih ni?" soal Amy Haryani sedikit garang. Anaknya tidak berperasaan, cuma ketawa.

    " Angah ni...garang sangat dengan Fiqah," katanya. Amy Haryani mengangkat anaknya naik ke atas katil lalu duduk sebelah acik Nia nya.

    " Kamu ada anak nanti tahu lah masa bila nak garang," jawab kakaknya.

    " Ei, perut acik buncit la..macam perut mama. Hahaha," kata anak kecil itu. Tersengih Nia Aryana lantas menyentuh perlahan perutnya yang sudah kelihatan. Mujur dia bertubuh agak kecil jadi perutnya tidaklah nampak begitu ketara. Mengusap sekali dua lalu dia mengambil sebiji bantal untuk menutupi perutnya. Malu pada anak saudaranya yang petah berkata-kata. Matanya tertacap pada perut kakaknya, semasa Amy Haryani ralit mengikat rambut anak perempuannya.

    " Err..angah..." Nia Aryana tidak menghabiskan kata-katanya sebaik saja mata Amy Haryana memandang ke arahnya.

    " Hah, kenapa?" soalnya.

    " Angah pregnant ke?" soal Nia Aryana. Amy Haryani tergelak.

    " Kamu dengarlah cakap budak kecik ni, Nia! Angah anak dah dua, badan dah naik sikit," katanya.

    " Mama tipu acik Nia. Hari tu kakak dengar mama cakap dengan ayah yang mama tak larat," omel mulut comel itu. Tergelak mereka semua.

    " Budak kecik tak reti bohong, angah." katanya. Amy Haryani tersengih.

    " Hmm..telinga lintah punya budak! Aah, dah masuk dua bulan. Nak beradik pulak si Aiman tu," katanya. Nia Aryana ketawa.

    " Wah, angah! Pandai rancang ye? Nak due sekali dengan Nia ke? Hihihi," lalu dia gelak.

    " Eksiden la Nia... Hahaha," mereka ketawa. Afiqah yang tidak mengerti turut ketawa.

    " Hai...pecah rahsia mama sebab kakak lah!" gurau Nia Aryana. Tersengih Afiqah bila pipinya dicuit.

    " Baby macam mana?" soal kakaknya.

    " Alhamdulillah, sihat. Cuma bila keja tak boleh buat keja berat-berat. Nia jadi cepat penat," katanya.

    " Biasalah tu. Nanti lama-lama ok lah! Eh, angah nak turun, makan! Kamu tak nak turun ke?" soal Amy Haryani sambil turun katil menurunkan anaknya. Nia Aryana menggeleng.

    " Jangan kerap berkhayal. Nanti turun perangai tu kat anak," pesan Amy Haryani sebelum menutup pintu. Nia Aryana tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

                                                 *****************************************
    Malam itu Nia Aryana ke pasaraya Giant dengan adiknya. Puan Hawa tidak dapat sertai mereka kerana ada majlis di surau berhampiran rumah mereka. Sebaik saja keluar dari parking kereta, Nia Aryana terus memaut lengan adiknya. Tersengih adiknya bila kakaknya yang ketinggian rendah sikit darinya memaut mesra lengannya, lagak seperti mereka suami isteri. Namun Haziq Irfan tidak ambil peduli. Dia sayangkan kakaknya.

    " Akak peluk-peluk ni takde yang marah ke?" perli Nia Aryana ketika mereka berjalan seiringan. Haziq Irfan ketawa.

    " Sape lah yang nak marah ni?" soalnya. Nia Aryana tersengih.

    " Doktor cun tu la..siapa lagi," sindirnya. Haziq Irfan memeluk bahu kakaknya.

    " Liyana tu tahulah akak ni akak Haziq. So, jangan nak merepek ye?" katanya lalu dia mencapai troli. Nia Aryana ketawa. Dia tahu kisah percintaan antara doktor yang merawatnya dengan adik kesayangannya. Apa salahnya, adiknya yang kacak ini pun bakal doktor juga.

    Mereka menuju ke tempat barangan dapur, untuk memilih bahan untuk membuat jamuan esoknya. Ketika Haziq Irfan ralit menolak trolinya, dia terlanggar troli seorang perempuan yang tengah memilih barang. Suara yang melengking itu membuatkan mereka berdua saling berpandangan. Juliana!

    " Oh, I see! No wonder I feel something bila nak datang shopping sini! Look here. Ariff Haikal's widow! With someone special, I guess!" sindirnya. Berubah seketika wajah Nia Aryana. Wajah Haziq Irfan menjadi merah padam.

    " OMG! You pregnant?!" sedikit menjerit dan terkejut Juliana apabila matanya terpandang perubahan perut Nia Aryana di sebalik baju sejuknya.

    " Julie, kalau I pregnant pun, apa masalah you?" soal Nia Aryana sedikit sakit hati.

    " Takde salah! Patutlah you tak kisah Ariff mati! Sebab you dah ada pengganti lain, and now you pregnant! You tak layak jadi isteri Ariff!" tempelak Juliana. Menggigil badan Haziq Irfan namun dia terpaksa diam apabila dia melihat kakaknya sudah berani melawan Juliana, yang dirasakannya semakin melampau.

    " Julie, layak atau tak dah tertulis dalam takdir I yang I akan bersama dia! You hanya peluk bayangnya sahaja, from he life until died! Untuk apa kalau you marahkan I? Lebih baik you berubah, Julie!" kata Nia Aryana sedikit tegas. Belum pun sempat Nia Aryana menambah lagi, tiba-tiba Juliana buat muka sedih. Mereka berdua pelik.

    " Mama..." rengeknya seakan mahu menangis. Dia terus menerpa ke belakang dua insan itu. Apabila mereka menoleh, Nia Aryana tergamam. Juliana sedang memeluk sambil berpura-pura menangis dalam dakapan seseorang. Datin Hamimah memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Haziq Irfan terpinga, Nia Aryana terkesima.

09 September 2011

KiSaH hAtI ~ 7

     Bergegas Puan Hawa, Naufal Haqim, Haziq Irfan serta Firdaus dan anak-anaknya naik ke bilik Nia Aryana apabila mendengar Amy Haryani menjerit. Sebaik saja mereka sampai, Puan Hawa menangis melihat Amy Haryani memangku kepala Nia Aryana. Naufal Haqim dan Haziq Irfan mengendong tubuh Nia Aryana lalu meletakkan atas katil. Kedua-dua anak Amy Haryani memeluk kakinya, ketakutan.

     " Kenapa ni, angah? Apa yang dah terjadi?" soal Puan Hawa lalu duduk di sisi anaknya. Amy Haryani duduk di hujung katil.

     " Angah pun tak tahu, mak! Angah buka pintu je nampak Nia dah terbaring," katanya. Puan Hawa mengusap rambut anaknya lalu dia mengesat matanya. 'Ya Allah, kenapalah dugaan sebegini Kau berikan kepada dia?' hati Puan Hawa menangis. Haziq Irfan mengusap perlahan belakang ibunya.

     " Apa tunggu lagi ni? Jom la pegi hospital!" suara Firdaus mengejutkan semua. Barulah mereka tersedar dan terus bangun. Kedua-dua anak lelaki Puan Hawa mengangkat tubuh Nia Aryana lalu dibawa dibawa keluar. Firdaus menghidupkan enjin keretanya, dan sebaik saja Nia Aryana diletakkan dalam kereta, mereka semua bergerak menuju ke hospital.

                                                          *************************************
     Nia Aryana dibawa masuk ke bilik kecemasan, manakala semua yang lain menanti di ruang menunggu. Anak-anak Amy Haryani sudah mula merengek terutamanya si Aiman. Puas Amy Haryani memujuknya namun dia tetap merengek. Akhirnya Firdaus mengambil Aiman lalu membawanya keluar, bimbang anaknya akan membuka 'sound' dengan lebih kuat. Afiqah cuma memandang pemergian ayah dan adiknya dengan ekor mata kerana dia tidak mahu berenggang dengan mamanya. Matanya kemudian memandang ke arah neneknya yang termenung.

     " Iqah lapar tak?" soal Haziq Irfan. Dia pantas menggeleng, lalu memeluk mamanya dengan erat.

     " Kau tak payah tanya dia lapar ke tak, dik. Dia ni bukan spesis Aiman tu," kata Amy Haryani. Haziq Irfan tersengih. Pandangannya beralih kepada ibunya.

     " Mak tak lapar? Kalau mak lapar, jom kita pegi makan dulu," ajaknya. Puan Hawa menggeleng.

     " Mak pegilah makan dulu, biar angah tunggu Nia kat sini," kata Amy Haryani. Belum pun sempat Puan Hawa menjawab, Doktor Liyana yang merawat Nia Aryana tadi keluar dari bilik kecemasan. Wajahnya tenang. Semua bangun lalu menghampiri doktor itu.

     " Macam mana dengan anak saya, doktor? Dia sihat kan?" soal Puan Hawa bernada risau. Doktor Liyana tersenyum lalu menepuk-nepuk bahu Puan Hawa. Matanya sekilas berbalas pandang dengan semua ahli keluarga Nia Aryana.

     " Tahniah, makcik. Makcik tak perlu bimbang. Nia sihat saja. Mungkin keletihan," katanya. Semua hairan. ' Adik aku dah sampai pengsan macam nak rak ni dia boleh ucap tahniah pulak! Pelik la doktor ni!' hati Amy Haryani mengomel. Dia membuat muka pelik. Tercengang Puan Hawa. Doktor Liyana ketawa.

     " Kalau dia sihat kenapa boleh pengsan?" soal Naufal Haqim. Doktor Liyana pelik.

     " Awak semua belum tahu lagi ker? Nia tak bagitahu apa-apa ke?" soalnya hairan. Semua berpandangan sesama sendiri lalu menggeleng. Doktor Liyana tersenyum.

     " Tak perlu risaulah! Nia Aryana mengandung, makcik," katanya sambil memegang bahu Puan Hawa. Puan Hawa menangis lagi lalu mengucapkan syukur. Begitu juga Amy Haryani, memeluk ibunya sambil menangis. Afiqah yang tidak mengerti apa-apa, turut menangis.

     " Saya perlu berjumpa suaminya. Dia tak datang ke?" soalan Doktor Liyana membunuh kegembiraan yang baru diraikan sebentar tadi. Terdiam dia apabila melihat semua tunduk.

     " Suaminya...dah meninggal dunia, doktor," kata Haziq Irfan, perlahan. Terkejut Doktor Liyana. Tidak menyangka, berita gembira yang sepatutnya ibu muda itu kongsi dengan insan tersayang rupanya menjadi berita yang amat menyedihkan.

     " Innalillahiwainnailaihirojiiun....Dah lama ke?" soalnya kepada Haziq Irfan, ingin tahu.

     " Hampir 3 bulan," kata Haziq Irfan lagi. Doktor Liyana termenung.

     " No wonder, she pregnant almost two and half months!" katanya. Haziq Irfan terkejut. 2 bulan setengah? Dan kakaknya itu tidak tahu langsung? 'Masya-Allah, kak Nia! Kau merintih pemergian abang Ariff sampai kau tak sedar yang zuriatnya bernyawa dalam rahim kau! Nasib baik takde apa-apa buruk berlaku,' hati Haziq Irfan mengomel, menyesali tindakan kakaknya. Doktor Liyana memandang wajah Haziq Irfan. Belum sempat dia menegur, Amy Haryani mencelah.

     " Apa, doktor? 2 bulan setengah?" soalnya tak percaya. Doktor Liyana mengangguk.

     " Ya. Dan dia sihat. Cuma mungkin tekanan perasaan, yelah..dengan.......," dia tidak menghabiskan ayat itu sebaliknya menukar topik. Dia tidak mahu keluarga itu bersedih.

     " Tapi jangan risau. Nanti saya bagi vitamin untuknya. Saya minta diri dulu," katanya lalu ingin berlalu. Sekilas dia dan Haziq Irfan berbalas pandang. Doktor Liyana tersenyum. Amy Haryani perasan bahasa hati dari pandangan mata kedua insan di depannya tadi. Namun dia tidak mahu merosakkan mood ibunya.

     " Alhamdulillah, mak! Allah gantikan pemergian Ariff dengan kehadiran anaknya," kata Naufal Haqim. Puan Hawa tersenyum. Mereka semua sudah boleh ketawa dengan lawak jenaka dari Haziq Irfan.

     " Did I miss something?" soal Firdaus yang baru tiba. Kelihatan Aiman sudah tersengih dengan sebatang aiskrim di tangannya. Amy Haryani menarik tangan suaminya untuk duduk di sebelahnya.

     " Nia pregnant, abang!" katanya. Firdaus menarik nafas lega.

     " Ye ke? Alhamdulillah!" katanya.

     " Makcik dan semua boleh masuk melawat pesakit sekarang," kata seorang jururawat yang menghampiri mereka. Lalu mereka semua bangun menuju ke bilik Nia Aryana.

     Sebaik saja wajah mereka kelihatan di muka pintu, Nia Aryana menangis. Puan Hawa menghampirinya, lalu memeluk anaknya dengan erat.

     " Mak...." rintih Nia Aryana sayu. Semua yang mendengar menjadi hiba. Namun mereka tidak mahu Nia Aryana terus-terusan bersedih.

     " Kenapa nak menangis ni? Happy lah sikit!" gurau Amy Haryani. Nia Aryana mengesat air matanya lalu tersenyum tawar.

     " Mak, bagaimana Nia nak lalui semua ini tanpa abang Ariff, mak?" soalan yang keluar dari mulutnya membuatkan ibunya menangis.

     " Kak, sabarlah! Kami semua ada di sisi akak! Akak kena kuat demi anak akak! Kalau akak asyik bersedih macam ni tentu abang Ariff lagi sedih tengok akak," Haziq Irfan memberi perangsang.

     " Betul, Nia! Kesiankanlah anak dalam kandungan kau tu," kata Firdaus, mengiakan kata-kata adik iparnya. Nia Aryana memeluk lengan ibunya lalu memejamkan mata. Dalam kegelapan itu dia seakan melihat satu cahaya terang dan kelihatan Ariff Haikal datang kepadanya dengan senyuman dan menghulurkan sekuntum bunga mawar merah. Ariff Haikal mencium dahinya dan terus melambaikan tangan padanya. Sesaat, bayangan Ariff Haikal hilang seiring dengan pudarnya cahaya itu.

     Tidak semena-mena, air matanya mengalir keluar. Semua yang ada di situ, hairan.

24 Ogos 2011

KiSaH hAtI ~ 6

    Nia Aryana sedang menyerika baju untuk dia ke pejabat esok. Sambil membetulkan baju kurung yang tergantung, fikirannya kembali menerawang.

    " Hai, baju dah lawa tergantung pun masih nak betulkan lagi?" sergah Ariff Haikal dari belakang. Terperanjat Nia Aryana lalu dia menampar lengan suaminya dengan kuat. Mengekek-ngekek Ariff Haikal ketawa, sambil melompat ke atas katil. Nia Aryana sudah bercekak pinggang.

    " Abang ni kan? Kalau Nia ada sakit jantung, macam mana? Tentu dah mati!" marah Nia Aryana. Ariff Haikal cuma tersengih-sengih sambil menepuk-nepuk bantal tidurnya.

    " Nia jangan risaulah! Abang yang akan mati dulu," kata Ariff Haikal selamba. Terbeliak mata Nia Aryana sekali dengan mulutnya yang melopong besar. Ariff Haikal ketawa lagi sambil menarik tangan isterinya untuk naik ke atas katil.

    " Apa abang ni..?" soal Nia Aryana sedikit sayu. Tidak suka sebenarnya dia dengan kata-kata suaminya tadi. Ariff Haikal mengusap belakang tangan Nia Aryana.

    " Abang gurau jelah!" pujuk Ariff Haikal. Sebetulnya dia sendiri pun tidak tahu kenapa perkataan itu boleh keluar sedangkan dia tahu Nia Aryana tidak suka berbicara soal mati. Nia Aryana merapatkan badan ke arah suaminya. Ariff Haikal memeluknya, erat.

    " Nia tak suka abang cakap macam tu lagi. Nia tak boleh berpisah dengan abang," katanya.

    " Yelah. Abang mintak maaf ye? Lain kali abang tak cakap macam tu lagi," pujuk Ariff Haikal. Nia Aryana memeluk suaminya erat.

    Tetapi, sudah tiada lagi lain kali buat Nia Aryana apabila Ariff Haikal betul-betul telah meninggalkannya. Hiba hatinya mengenangkan suaminya dimarah malam itu. ' Nia tak sempat mohon maaf dengan abang. Nia harap abang maafkanlah Nia,' hatinya berbisik. Tersentak, terasa bahu disentuh. Pantas menyeka air mata yang bertubir di hujung mata. Dia menoleh. Kelihatan Haziq Irfan tersenyum.

    " Kak Nia," sapa Haziq Irfan lalu menyalami kakaknya. Nia Aryana mencium pipi adiknya.

    " Wah, bertambah kacak adik akak sorang ni. Takde ke makwe yang ikut balik?" usik Nia Aryana pada adiknya, membuang galau di hati. Haziq Irfan ketawa, dan tawanya membuatkan Nia Aryana terpaku. 'Ketawa serupa Ariff!' hatinya berbisik.

    " Merepeklah akak ni! Lama Haziq tunggu kat bawak, akak tak turun pun. Mak kata akak tidur. Tu yang Haziq naik ni," katanya sambil berlalu ke katil kakaknya. Nia Aryana tersenyum sambil menyerika tudung pula. Haziq Irfan memandang hairan.

    " Eh? Kak Nia dah start keje ke?" soalnya. Nia Aryana angguk.

    " Bila?" soalnya lagi.

    " Esok, sayang! Akak bukan tidur pun, sibuk menyerika baju ni. Angah datang tak?" soalnya.

    " Belum lagi. Kata mak, mungkin kejap lagi, datang dengan abang Fird, Afiqah dan Aiman. Rindu betul Haziq dengan budak berdua tu," Haziq Irfan menjawab sambil membaca novel kakaknya.

    " Oh, jadi Haziq tak rindulah mak, along, angah dengan akak ye?" usik Nia Aryana lagi. Haziq Irfan cuma ketawa. Ketawanya membuatkan Nia Aryana hilang seketika dalam dunianya.

    " Lagi Haziq rindu," katanya. Nia Aryana cuma tersengih. Tiada mood mahu berbual sebenarnya, tetapi mengenangkan adiknya baru pulang dari jauh, tidak sampai hati pula rasanya. Habis sahaja dia menyerika semua pakaian, menutup suis, dia mengajak adiknya untuk turun ke bawah.

    " Ingatkan akak nak suruh Haziq tidur," usik Haziq Irfan kepada kakaknya pula. Pantas Nia Aryana menampar lengan adiknya, lalu menarik tangannya supaya bangun dari katilnya.

    " Haziq turun dulu, akak nak mandi," Nia Aryana mencipta alasan. Haziq Irfan tersengih sambil melangkah ke pintu.

    " Patutlah dari tadi je Haziq rasa macam ada bau.. Hahaha... Tapi akak, tak elok mandi malam," nasihat Haziq di akhir ayatnya.

    " Banyaklah awak punya bau! Dah, keluar! Turun dulu, nanti akak turun," kata Nia Aryana sambil menolak adiknya keluar dari bilik. Sebaik saja pintu tertutup, dia bersandar di pintu. Kemudian menapak perlahan-lahan ke arah katilnya lalu merebahkan badan. Kepalanya pusing seketika. Mungkin kerana wangian yang dipakai Haziq Irfan atau dia masih belum mandi. Hampir saja dia termuntah namun yang keluar cuma angin.

    Baru saja dia ingin melangkah kaki ke bilik air, telinganya berdengung, dan kepalanya terasa berpusing dengan kuat. Dia rebah di depan pintu bilik airnya. Pengsan tiba-tiba.

                                                *****************************************
    " Eh, mak? Mana Nia? Tak turun-turun dari tadi?" soal Amy Haryani sambil menghidangkan nasi. Haziq Irfan yang sedang bergurau dengan Aiman, menyampuk.

    " Tadi kak Nia kata nak mandi," katanya. Puan Hawa dan Amy Haryani berpandangan.

    " Mandi? Mandi apa lama sangat? dah dekat sejam, tak siap-siap lagi ke?" soal Amy Haryani. Dia seakan mahu membebel kerana adiknya membuat bising bersama anak bongsunya. Puan Hawa menjegil mata.

    " Angah naik panggil dia," kata Puan Hawa. Amy Haryani mengesat tangan lalu menapak naik ke tingkat atas rumah. Sebaik sampai di depan bilik adiknya, dia memanggil.

    " Nia..oh, Nia! Tak habis lagi ke kamu mandi?" jerit Amy Haryani sambil tangannya mengetuk-ngetuk pintu bilik Nia Aryana. Dia sedikit pelik. ' Kata mandi, tapi tak dengar bunyi air pun? Bunyi mp3 laptop dia pun takde,' dia mengomel sendiri. Setahunya, kalau Nia Aryana mandi, dia mesti memasang lagu dari laptopnya. Tapi Amy Haryani tidak mendengar apa-apa kecuali sunyi. Lantas dia mengambil keputusan untuk masuk.

    " Nia....?" panggil Amy Haryani perlahan sambil matanya liar mencari kelibat adiknya. Dia menapak masuk lalu membuka lampu bilik. Sebaik saja lampu terpasang, dia memandang susuk tubuh yang terbaring lesu di depan pintu bilik air.

    " Mak!! Nia...!!" jeritnya nyaring lalu menerpa ke arah Nia Aryana. Panik!

10 Ogos 2011

KiSaH hAtI ~ 5

    Pagi Ahad yang mendamaikan. Nia Aryana bangun awal hari itu. Selesai mandi dan bersolat subuh, dia terus turun ke dapur. Tercengang Puan Hawa tatkala melihat wajah anaknya. Sedikit hairan namun dia menguntum senyum.

    " Selamat pagi, mak!" tegur Nia Aryana. Puan Hawa mengangguk sambil tersenyum.

    " Ai, mak! Asyik senyum je? Ada apa-apa ke yang Nia tak tahu ni?" usik Nia Aryana. Puan Hawa tergelak lalu menyiapkan sarapan pagi. Nia Aryana membantu yang mana patut.

    " Ish! Takdelah! Kamu ni, suka sangat mengusik mak ye," perli Puan Hawa, sambil menarik rambut panjang anaknya yang diikat ekor kuda. Mengekek Nia Aryana ketawa. Selesai menyiapkan sarapan pagi, mereka berdua menunggu Amy Haryani dan Naufal Haqim di meja makan.

    " Eh? Awal pulak adik kita hari ni?" soal Naufal Haqim sambil menarik kerusi. Amy Haryani mencedok nasi goreng ke dalam pinggan abangnya. Nia Aryana menjeling abangnya sambil menyuap makanan. Amy Haryani duduk lalu menyiku abangnya.

    " Along ni, pagi-pagi jangan cari pasal," amaran Amy Haryani. Puan Hawa tergelak.

    " Mak, esok Nia dah mula keja balik," perlahan-lahan Nia Aryana menuturkan ayat itu. Puan Hawa tidak terperanjat. Sedari semalam dia sudah mendengar perbualan antara Nia Aryana dengan bosnya di telefon. Dia meminta supaya cuti yang dilanjutkan dibatalkan. Hatinya mengucapkan syukur. Cuma Naufal Haqim dan Amy Haryani tercengang sekejap.

    " Aaa??? Biar betul?" soal Amy Haryani. Dia belum yakin yang adiknya sudah mendapat semangat untuk bekerja semula. Namun cepat-cepat Puan Hawa mengangguk. Fahamlah dia, ini tentu atas nasihat Azreen.

    " Betul la, angah!" katanya.

    " Ha, baguslah! Angah dah boleh balik rumah dengan rasa tenang. Kesian kat abang ngah kamu. Dah dekat 3 bulan jumpa angah kejap-kejap je," kata Amy Haryani sambil tersengih. Nia Aryana ketawa. Fahamlah dia yang kakaknya sudah berumahtangga perlu mengutamakan keluarga tapi abang iparnya baik hati mengizinkan kakaknya pulang menemaninya. Kalau orang lain, tentu hari-hari dah berperang dengan kakaknya itu.

    " Nia mintak maaf yer, Nia dah susahkan semua orang," katanya perlahan. Puah Hawa ketawa.

    " Takde apa yang Nia nak mintak maaf. Mak dengan along dan angah sayangkan Nia. Kami buat semua untuk pulihkan semangat Nia," kata Puan Hawa. Naufal Haqim tersengih.

    " Dah selesai satu bab, ni bab along pulak! Lepas ni Nia bolehlah temankan mak pegi merisik Kak Irda," tersengih-sengih anak bujang Puan Hawa. Terperanjat Nia Aryana. Abangnya jatuh hati pada kakak angkatnya, Irdani. Seketika kemudian dia turut tersenyum.

    " Nia takde masalah. Along pegi cari cincin. Nanti kami ajak abang Firdaus dengan angah temankan kami," usik Nia Aryana pula. Mereka ketawa.

    " Lepas makan ni angah nak balik rumah, ye mak? Kesian Afiqah dengan Aiman. Tak tahu lah macam mana abang Fird handle budak-budak tu," kata Amy Haryani. Puan Hawa mengangguk.

    " Suruhlah Fird datang sini dulu makan tengahari sama. Bawak cucu-cucu mak tu. Rindu pulak mak dengan dia orang," kata Puan Hawa. Amy Haryani mengangguk.

    " Nanti angah call abang Fird. Tapi lepas Afiqah balik dari taska baru boleh datang. Kalau tak nanti sibuk Aiman meraung nak balik jugak," cerita Amy Haryani tentang kedua orang anak kecilnya.

    " Em, takpelah kalau macam tu. Nanti lepas makan ni mak nak ke pasar. Along bawak mak dengan Nia yer?" tanya Puan Hawa.

    " Along no hal jer. Eh, semalam adik call. Katanya dia nak balik petang ni. Along kena ambik dia kat terminal bas," kata Naufal Haqim. Wajah Puan Hawa kelihatan bercahaya. Rindu benar dia kepada anak lelaki bongsunya, Haziq Irfan yang menuntut di UUM, Kedah.

    " Ha, baguslah! Boleh mak masak lebih sikit untuk adik," kata Nia Aryana dengan perasaan gembira. Dia juga turut merindui adiknya, yang selalu memberi kata-kata perangsang melalui emel-emel yang dihantarnya. Semua menghabiskan sarapan pagi dengan gurau senda yang bahagia.

09 Ogos 2011

KiSaH hAtI ~ 4

    Dia termenung di atas katil. Masih terngiang-ngiang kata-kata Juliana pagi tadi. 'Mendoakan...sampai hati Julie mendoakan macam tu untuk Ariff. Kalau betul sayangkan Ariff, tak payahlah mendoakan yang tak baik. Sudahnya dia pun tak dapat. Confirm lepas ni Datin Hamimah lagi benci kat aku,' hati kecilnya mengomel. Penat duduk dia bersandar dengan anak patung Kitty dipeluknya. Kenangan Ariff Haikal ada bersama anak patung itu.

    Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar. Matanya memandang sekilas, lalu kembali menatap mata Kitty. Puan Hawa datang menghampiri, lalu duduk di birai katil.

    " Nia, kawan Nia datang, ada kat bawah," katanya lembut. Sedaya upaya dia menjaga perasaan Nia Aryana yang baru saja terguris gara-gara kedatangan tetamu yang tidak diundang itu. Nia Aryana mendongak lalu menatap wajah ibunya.

    " Sape, mak? Kalau orang yang sama, Nia tak nak jumpalah!" katanya.

    " Ish, kalau Julie yang datang, mak sendiri yang akan hambat dengan penyapu,"seloroh Puan Hawa. Nia Aryana tergelak kecil, kemudian sepi.

    " Kawan ofis kamu, Azreen,"kata Puan Hawa. Nia Aryana meraup wajahnya seketika lalu bingkas bangun. Benar, sudah hampir 3 bulan dia mengambil cuti tanpa gaji. Mujur majikannya memahami kerana majikannya adalah seniornya semasa menuntut di universiti dulu. Dia mengikat rambut lalu membetulkan sedikit kedudukan bajunya, sebelum melangkah keluar. Puan Hawa menutup pintu.

    Kelihatan Azreen sedang membalas mesej ketika dia sampai di ruang tamu. Puan Hawa menuju ke dapur untuk membancuh minuman. Nia Aryana berjalan menghampiri Azreen.

    " Assalamualaikum, Rin," Nia Aryana memberi salam. Azreen sedikit terperanjat, namun pantas dia menjawab salam dan terus bangun. Memeluk erat sahabat baiknya sedari sekolah rendah. Kedua-dua mereka menangis. Suasana hening seketika. Puan Hawa terhenti di balik pintu dapur, melihat kehibaan dua sahabat itu.

    Azreen merenggangkan pelukan. Pantas dia mengusap air mata Nia Aryana. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

    " Eii..buruknya kau menangis, Rin," kata Nia Aryana. Azreen tergelak.

    " Alah, kau pun sama, nak mengata aku pulak!"getus Azreen. Mereka berdua duduk di atas sofa dan saling tersenyum. Puan Hawa keluar menatang minuman.

    " Minumlah, Rin. Makcik takde buat apa-apa pun, air je,"kata Puan Hawa.

    " Buat apa susah-susah,makcik. Saya baru lepas minum sebelum ke sini,"kata Azreen. Pehanya ditepuk Nia Aryana lalu dicubit. Azreen mengaduh kecil.

    " Mengada-ngada, kan mak? Macam tak biasa ke sini pulak!"omel Nia Aryana. Puan Hawa tergelak lalu dia meminta diri ke dapur, untuk memberi ruang kepada mereka bersembang.

    Azreen menghantar langkah Puan Hawa melalui ekor mata, dan dia kembali menatap wajah Nia Aryana. Tangan Nia Aryana digenggam erat.

    " Nia, kau macam mana sekarang?" soalnya. Nia Aryana mengeluh.

    " Aku macam yang kau tengoklah, Rin. Biasa je," jawabnya.

    " Balik keja, nak tak?"soal Azreen. Nia Aryana memandang wajah Azreen. Menggeleng.

    " Sampai bila kau nak menangisi kehilangan Ariff, Nia? Dia takkan kembali. Kalau kau pergi keja hilanglah sikit kesedihan kau. Lagi pun kami semua terlalu rindukan kau. Takde kau, ofis sepi lah, Nia. Bos kita pun aku tengok dah monyok je," terang Azreen. Nia Aryana melengung.

    " Aku takde semangat la, Rin. Betul ni," katanya. 

    " Aku boleh jadi semangat baru kau. Kalau kau tak nak, nanti aku mintak Faiz jadi semangat kau. Nak tak?" gurau Azreen. Nia Aryana tergelak.

    " Kau ni...budak baru habis SPM tu nak buat apa? Buat aku sakit jiwa je. Hahaha," lalu kedua mereka ketawa.

    " Masuk keja balik, Nia?" ajak Azreen lagi. Nia Aryana mendiamkan diri seketika.

    " Masuklah...meja kau sekarang dah 3 kali ganda bertimbun paperwork kau. Aku tak larat nak tengok. Nak tolong timbunkan lagi, boleh," usik Azreen. Nia Aryana menjeling.

    " Betul ke bertimbun, Rin?" soalnya tak percaya. Azreen angguk.

    " Helo, makcik! Kau cuti 3 bulan tau..bukan 3 minggu," Azreen mengingatkan. Nia Aryana tersenyum.

    " InsyaAllah, kalau takde apa-apa, minggu depan aku masuk. Nanti aku call bos dulu suruh dia cancel cuti yang dia dah bagi. Nanti kita havoc kan ofis, ye cik Azreen?" usik Nia Aryana sambil memeluk bahu Azreen.

    " Takde hal. Tapi lepas ni kau mesti cerita apa yang dah kau alami selama bercuti 3 bulan ni. Aku nak tau jugak kot-kot laa cerita kau thriller dari cerita Kak Emma. Hehehe," kata Azreen lalu dia ketawa.

    " Banyak lah kau punya thriller. Jom, makan tengahari kat sini," ajak Nia Aryana sambil menarik tangan Azreen menuju ke dapur. Azreen bangun lalu memeluk pinggang Nia Aryana. Mereka ketawa sama-sama. Puan Hawa yang memerhati dari tadi, menitis air matanya melihatkan Nia Aryana sudah boleh ketawa. Tak sia-sia Amy Haryani memberi cadangan untuk menelefon Azreen pagi tadi. Dia bersyukur. Lantas tidak mahu anaknya terperasan yang dia menangis, cepat-cepat dia ke bilik air.

                                             ***************************************
    Ariff Haikal mengusik isterinya yang sedang lena tidur. Dicuit berkali-kali hidung dan telinga Nia Aryana. Berkerut-kerut muka Nia Aryana menahan geli. Lantas ingin tahu apa yang mengganggunya, dia membuka mata. Terlihat Ariff Haikal sedang menongkat dagu sedang tersengih memandangnya.

    " Abang!" Nia Aryana mendengus.

    " Suka abang tengok muka sayang berkerut-kerut," jawab Ariff Haikal tanpa rasa bersalah. Nia Aryana menjegilkan matanya.

    " Suka? Sekarang dah pukul 4 pagi tau! Nia mengantuklah! Jangan usik," pinta Nia Aryana dengan muka seposen. Ariff Haikal ketawa lalu memeluk isterinya erat-erat. Nia Aryana kembali mengulit mimpi.

    " Mengantuk sangat! Macam lah esok dia keja," sindir Ariff Haikal dalam mata terpejam.

    " Nia dengar tu," omel isterinya. Ariff Haikal terkejut, lalu dia ketawa. Nia Aryana menolak badan suaminya lalu dia duduk.

    " Apa abang ni? Pukul 4 pagi ketawa macam apa lagi," marah Nia Aryana. Ariff Haikal kembali menarik isterinya ke dalam pelukan.

    " Abang ingatkan isteri abang dah sambung tidur," kata Ariff Haikal dengan sisa tawanya. Nia Aryana mendengus, lalu dia mencubit perut suaminya. Ariff Haikal mengaduh.

    " Cubitlah abang puas-puas, sayang! Nanti bila abang takde, rindu nak cubit pulak," usik Ariff Haikal lagi. Namun kata-kata itu kedengaran bukan sebagai gurauan di telinga Nia Aryana. Pantas dia mengusap-usap di tempat yang dia cubit tadi, lalu dia memeluk suaminya erat-erat. Dia takut kehilangan Ariff Haikal. Ariff Haikal ketawa lalu mencium dahi Nia Aryana.

                                             *********************************************
    " Abang!" Nia Aryana terjaga. Pantas dia memandang tempat tidiur di sebelahnya. Kosong! Dia meraba dahinya. Terasa seakan ada kesan kucupan dari suaminya. Lalu dia mengeluh. Sendu.

    " Abang datang jumpa Nia ke? Kenapa tak kejutkan Nia? Nia rindukan abang,"kata Nia Aryana perlahan. Tak semena-mena, air matanya kembali tumpah.

08 Ogos 2011

KiSaH HaTi~ 3

    Cahaya matahari pagi menerobos masuk ke bilik Nia Aryana melalui jendela yang terbuka. Perlahan-lahan dia bangun lalu melipat telekung. Lama dia bertafakur di atas sejadah, mendoakan kesejahteraan Ariff Haikal. Dia meletakkan telekung yang dilipat tadi di atas katil, lalu dia berjalan perlahan menuju ke jendela. Matanya memerhati panorama indah waktu pagi di luar rumah.

    Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Amy Haryani masuk sambil menatang segelas susu di tangannya, dan dia meletakkan gelas itu di atas meja kecil. Amy Haryani duduk di birai katil.

    " Jauh termenung? Ingatkan sape?" soalnya. Nia Aryana menoleh lalu mengeluh. Dia berpaling lalu bersandar pada dinding.

    " Sape lagi yang Nia nak ingatkan, angah?" soalnya kembali. Amy Haryani tersenyum. Nia Aryana menapak perlahan menuju ke arah kakaknya lalu duduk bersama.

    " Nia macam tak redha je apa yang berlaku. Tak baik macam tu,dik. Dah hampir 3 bulan, lepaskanlah Ariff dengan ikhlas," pujuk Amy Haryani. Nia Aryana mengeluh lagi. Amy Haryani mencapai gelas susu lalu dihulurkan kepada adiknya. Nia Aryana menggeleng tapi dipaksa oleh kakaknya.

    " Nak menunggu awak minum susu memang tak terminum lah jawabnya," perli Amy Haryani. Gelas bertukar tangan,namun hanya dipegang oleh Nia Aryana, tidak diminum. Amy Haryani menaikkan kakinya ke atas katil, lalu bersila. Menanti bait-bait kata dari bibir mungil Nia Aryana.

    " Angah, Nia rasa macam kejap sangat Ariff bersama Nia. Baru 6 bulan kami bernikah, dia pergi tinggalkan Nia. Sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan dia takde. Nia tak tahu adakah Nia mampu hidup tanpa dia disisi Nia," luah Nia Aryana. Amy Haryani tersenyum.

    " Kenapa Nia fikir Nia keseorangan? Nia ada mak, along, angah, achik. Kami semua ada untuk Nia. Dato' Zainal Abidin pun ada. Takkan Nia lupa pada bapa mertua Nia?" soal kakaknya. Nia Aryana tersengih.

    " Bukan macam tu, angah. Cuma Nia rasa Nia tak boleh kembali ke rumah tu buat dalam masa terdekat ni. Angah faham kan?" soal Nia Aryana. Amy Haryani mengangguk.

    " Betul. Tapi sampai bila?" soal kakaknya kembali. Dia diam menyepi. Masing-masing menanti kata. Tiba-tiba, Naufal Haqim menjengah, memerhati kedua adiknya yang tercengang melihatnya. Amy Haryani menjungkit kening seolah bertanya, kenapa?

    " Nia, ada orang nak jumpa Nia kat bawah," katanya. Nia Aryana menggeleng, tanda tidak mahu.

    " Turunlah, Nia. Along rasa Nia patut jumpa dia. Sekejap!" tukas Naufal Haqim dengan serius. Amy Haryani pelik, tetapi ditepuk-tepuk belakang adiknya, memberi semangat. Sudah hampir 3 bulan Nia Aryana asyik terperap dalam rumah tanpa mahu bertemu sesiapa.

    " Turunlah, Nia. Angah temankan. Jom!" kata Amy Haryani lalu dia bingkas bangun dan menarik tangan adiknya. Naufal Haqim memerhati si kakak memujuk adiknya.

    " Nia tak nak...," mengadu perlahan. Namun dipaksa juga oleh si abang. Akhirnya dia mengalah.

                                   ********************************************************
    " Awak nak jumpa saya?" soal Nia Aryana kepada seorang gadis yang membelakanginya. Sebaik saja gadis itu menoleh, Nia Aryana terpempan. Juliana! Gadis itu tersenyum. Nia Aryana menghampirinya.

    " Julie. Mana awak dapat alamat rumah saya?" soal Nia Aryana. Juliana duduk di kerusi bertentangan dengan bekas isteri kepada bekas kekasihnya, Nia Aryana.

    " Tak susah nak dapatkan alamat awak, Nia. Dengan Dato' atau Datin pun saya boleh mintak. Tapi saya tak nak panjangkan cerita dengan Datin, jadi saya mintak dengan secretary Ariff. Kenapa? Saya tak boleh melawat isteri bekas kekasih saya ke?" soal Juliana. Nia Aryana memandang ke arah taman rumah.

    " Bekas isteri!" terang Nia Aryana. Juliana tergelak. Nia Aryana memandang Juliana dengan pandangan yang jengkel. Namun sekilas dia menghakimi Juliana.

    Gadis ini tak lah seburuk yang digambarkan Ariff Haikal. Cuma penampilannya dirasakan tidak sesuai untuk bertandang ke rumah orang. Em, Ariff Haikal! Kalau sudah tidak suka tu semuanya buruk belaka.

    " Kejam sungguh pada siapa yang tidak beritahu saya yang Ariff dah pergi," keluh Juliana selepas dia berhenti gelak. Nia Aryana terkesima. Kejam? Tidak beritahu? Juliana tidak tahu? Mustahil!

    " Julie tak tahu? Mustahil!" ujar Nia Aryana, sinis. Juliana tersenyum tawar.

    " Selama saya di Paris, saya tak pernah berhenti berdoa agar kamu berdua berpisah supaya Ariff Haikal kembali kepada saya. Cuma,apa yang saya tidak menyangka, Ariff dan awak berpisah dengan keadaan yang sebegini. Dah lah tu, saya tidak diberitahu sehinggalah dua minggu lepas. Itu pun dari secretary Ariff," katanya. Menyirap darah Nia Aryana. Perempuan tak tahu malu ini mendoakan yang tidak baik terhadap hubungan mereka selama ini rupanya! Patut Ariff Haikal pergi dengan cara itu! Tapi, itukan ketentuan Allah. Janji Allah!

    " Tergamak awak?" soal Nia Aryana dengan suara yang ditahan-tahan. Juliana menjeling sekilas, lalu dia bangun sambil memeluk tubuh.

    " Ikutkan hati, saya patut menyalahkan awak kerana awaklah punca Datin kehilangan Ariff! Tapi saya bukan sekejam itu! Memang, saya kecewa bila Ariff menikahi awak tetapi hati saya puas bila awak juga turut kehilangan Ariff! Macam mana sakitnya saya rasa dulu kini awak pulak rasakannya. Betul tak, Nia?" sindir Juliana dengan angkuh. Tubuh Nia Aryana bergetar menahan marah dan tangis. Sedaya upaya dia tidak mahu menangis di depan perempuan murahan ini. Dia bingkas bangun.

    " Ya. Saya merasai betapa sakitnya kehilangan suami saya tapi kerana itu kehendak Allah! Bukan seperti awak yang kehilangan dia kerana kehendak dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, saya lebih bertuah sebab berjaya bersama dia, bukan awak!" bidas Nia Aryana dengan tegas. Merah padam wajah Juliana bila disindir begitu.

    " Berani awak..!" dengus Juliana dengan geram.

    " Julie, sebelum saya melakukan apa-apa tindakan yang sewajarnya di rumah saya ini, saya mintak pada awak, tolong beredar! Sekarang!" kata Nia Aryana sambil membuka pintu rumahnya. Berasa diri dihalau, Juliana mencapai tas tangannya lalu berjalan keluar. Sebelum beredar, sempat dia menjeling seolah memberi amaran, 'tindakan awak ini akan mengundang lagi kemarahan Datin!' Namun tidak diambil peduli oleh Nia Aryana malah menolak tubuh kurus Juliana keluar terus dari rumahnya.

     Sebaik saja dia menutup pintu, dia terduduk lemah di lantai. Air mata yang tadi ditahan, tumpah jua akhirnya.

03 Ogos 2011

KISAH HATI ~ 2

   " Nia?" tegur Amy Haryani lagi. Nia Aryana mengeluh. Amy Haryani bersandar.

   " Nia tak boleh tidur la,angah. Terasa macam Ariff ada dalam bilik tu," katanya. Amy Haryani menoleh memandang wajah adiknya.

   " Nia, janganlah ikut sangat perasaan tu. Redha sajalah," pujuknya. Nia Aryana tersenyum.

   " Yang angah bangun ni kenapa? Tak boleh tidur jugak ke?" soalnya. Amy Haryani tersengih, lalu dia bangun.

   " Angah nak ke dapur la,minum. Terkejut tengok kau tercongok kat sini. Dah, pegilah tido. Ni kalau mak tengok pun dia bebel. Pegi tido," desak Amy Haryani lalu dia beredar menuju ke dapur. Nia Aryana mengeliat kemalasan, terus berbaring di sofa.

                                *********************************************
    Betapa bengangnya Nia Aryana apabila melihat Anis Emelda sedang enak duduk di katilnya sebaik saja dia keluar dari bilik mandi. Menjeling tajam Anis Emelda memandang ke arah adik iparnya itu.

   " Ada apa, kak Anis?" soal Nia Aryana sekadar berbahasa. Anis mendengus kasar, lalu bangun.

   " Ada apa kau tanya aku? Aku cuma nak ingatkan kau, kerana kau lah Julie merajuk sampai bawak diri ke Paris. Kau ingat aku dengan mama ikhlas ke terima kau dalam keluarga kami? Aku akan buat kau dengan Ariff berpisah! Itu janji aku pada Julie!" sebaik saja habis kata-katanya itu dia terus keluar,lalu menghempas pintu kamar pasangan pengantin baru itu. Terkedu Nia Aryana seketika. Anis Emelda tidak mengetahui yang adiknya masih berada dalam bilik mandi itu.

    Perlahan-lahan susuk tubuh Ariff Haikal muncul dari bilik mandi. Terkedu melihat Nia Aryana yang sedang duduk di birai katil,menangis hiba. Dia menghampiri isterinya lalu dipeluk erat. Dia tidak menyangka yang mama dan kakaknya tidak sudi dan tidak suka dengan pilihan hatinya.

   " Hina sangat ke Nia ni, abang?" soal Nia Aryana hiba. 

   " Ssyhh.....jangan cakap macam tu sayang. Abang sayang sangat dekat sayang seikhlas hati abang. Biarlah kalau mama dengan kak Anis tak boleh terima sayang tapi papa dengan yang lain masih terima sayang. Janganlah menangis lagi, sedih hati abang tengok sayang macam ni," kata Ariff Haikal sambil mengelap air mata isterinya yang mengalir. Teresak-esak Nia Aryana menahan sedan.

    " Tapi, Nia takut kalau kak Anis kotakan apa yang dikata," kata Nia Aryana. Ariff Haikal pantas menggeleng.

    " Jangan risaulah! Kak Anis tu gertak je lebih, dia takkan berani buat. Lagipun yang boleh memisahkan kita cuma ajal maut ketentuan Allah, bukan dia. Jangan risau,ye? Selagi abang masih hidup selagi itu abang akan menjaga sayang," kata Ariff Haikal lalu mencium dahi Nia Aryana. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

                                         *****************************************
     " Haiii......," dia mengeluh lagi, lalu bangun menuju ke bilik tidurnya. Sebaik pintu dibuka, seakan-akan kelibat Ariff Haikal masih berbaring atas katil. Nia Aryana menapak masuk dan menutup pintu. Dia terus berbaring atas katil lalu memeluk bantal panjang kesukaan Ariff Haikal.

    " Abang, Nia sunyi tanpa abang. Kenapa abang tinggalkan Nia cepat begini?" soalnya sendirian. Namun pantas dia tersedar. 'Astaghfirullah...' hatinya beristighfar. Dia beralih sebelah kiri lalu memandang ke arah jendela yang terbuka. Memerhati ke arah langit yang hanya dihiasi beberapa butir bintang. Seakan terlihat wajah Ariff Haikal sedang tersenyum ke arahnya. Nia Aryana tersenyum sendirian lalu matanya kian tertutup.

    " Nia rindu abang. Nia sayang abang dan cintakan abang sampai akhir hayat Nia," katanya perlahan sebelum dia terlena mengulit kenangan dengan Ariff Haikal. Tanpa sedar, air matanya mengalir.