22 Januari 2018

^Bubur Candil @ Wadai Kipeng^

Terobek... Sabtu day :)

Akak takde apa program hari Sabtu lepas so akak memasak laa menu untuk makan malam tu. Akak teringin nak masak bubur candil tapi takde pewarna nak kaler2 kan bubur akak tu. So akak buatlah bubur wadai kipeng, bubur orang banjar.

Semangkuk kecik wadai kipeng

Lepas tu ada yang bertanya akak apakah resepinya. Benda ni simple je dok saja2 pun boleh buat untuk makan/minum petang@malam, asalkan cukup bahan2, memang jalan... Akak ni sebab malam2 tak nak makan nasi, so tibailah buat benda ni. Habis seperiuk rice cooker tu akak dengan adik kendurikan.. hehehe.

So kat sini akak share kan sedikit resepinya bagi sesiapa yang teringin nak membuatnya..

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya

Bahan B
6 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
-akak guna 3 ketul gula melaka yang saiz kecil comel tu je-
1 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 cawan santan kelapa
Secubit garam
Durian/pulut (penambah rasa)


Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm (seperti dalam gambar)

2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel. Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.

3. Dalam periuk lain, masukkan gula merah, gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan. Kacau sebati hingga mendidih dan gula menjadi larut. Kemudian masukkan santan dan garam.

4. Masukkan bahan A yang telah siap ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Anda boleh juga masukkan beberapa ulas durian untuk menambah rasa durian.

5. Rasakan manis dan lemaknya. Jika sudah berpuas hati, angkat dan bolehlah dihidangkan.


~~SELAMAT MENCUBA RESEPI URANG BANJAR~~ :)

^NANO WHITE again... :) ^

Assalamualaikum... cak!!

Hai uols..! Semalam hakak beli lagi 1 set Nano White sebab set yang akak guna dah nak abes. So akak add 1 item baru iaitu Nano White Night Repair Cream..


Nano White Night Repair Cream - RM37.40



Set Nano White - RM58.90


Semalam akak guna lah Nano White Night Repair Cream tu untuk first time. Bau lembut sangat, akak suka! Yeay! Lepas tu masa tido kulit rasa sejuk, bangun pagi kulit tak rasa berminyak atau melekit (kurang lah sikit) dan kulit jugak rasa lembut je.

NW Night Repair Cream yang dirumuskan dengan teknologi Nano, Omega White-C, dan extract semulajadi adalah satu formula yang sangat pekat, yang membantu untuk mencerahkan kulit yang kusam dan tidak sekata. Ia juga membantu memulihkan cahaya/warna kulit dalam sekelip mata. Bangun pagi dengan kulit lebih tegang, cantik dan kelihatan berseri.


Cara penggunaan :
Selepas membersihkan wajah dengan pembersih dan toner, sapu krim di muka dan juga leher. Elakkan kawasan sekitar mata. Hanya untuk kegunaan malam saja.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

p/s : akak sarankan kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak dan sering terdedah kepada cahaya matahari yang lama pada waktu siang, jadi malamnya sesuai untuk merehatkan kulit.

15 Januari 2018

~Soup of the Day~

Assalamualaikum semua... hari ni akak saja je coret2 tapi nak terobek semalam. Semalam akak masak sup ayam sebab teringin sangat2, nak2 pulak cuaca sejuk ala2 dok di obesi uols.. haha~


Akak beli ayam sebelah je sebab yang dok dalam umah pun dua orang kang beli seko tak larat nak makan pulak kan... hehe~~

Sup tu akak main campak2 je sebab ada bahan tak cukup jugak (daun sup). Kalau nak masak untuk sorang makan dengan cara yang simple dan cepat boleh lah main campak2 tapi jangan sampai tercampak kuali udah la yer..


Bahan2 untuk buat sup ayam :
Ayam setengah ekor - dipotong kecil, basuh bersih dan tos.
(haruslah ada ayam kan xde ayam mana nak jadi sup ayamnya.. :D )

Bahan2 untuk menumis :
Bawang merah 3 ulas - diracik halus
Bawang putih 3 ulas - diracik halus
Bawang besar selabu - dimayang
Halia 1/2 inci - dipotong nipis
Kulit kayu manis 1/4 - direndam
Bunga lawang 3 kuntum - direndam
Bunga cengkih 5 kuntum - direndam
Sedikit lada hitam (biji) - direndam
Buah pelaga 3 biji - direndam
Daun sup - diambil batangnya (daun asingkan untuk hiasan)
Kiub pati ayam - 1 ketul
Daun bawang - untuk hiasan
Minyak masak - 3 sudu besar
Air secukupnya

Cara masak : 

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan2 yang direndam tadi termasuk dengan daun sup tadi. Tumis bahan sehingga naik bau harum dalam beberapa saat, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan air sikit untuk sebatikan bahan, dan masukkan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam dan masak sehingga rasa bahan menyerap ke dalam isi ayam. Biarkan dalam 10 minit (agak2 isi ayam 1/2 masak), kemudian boleh masukkan air secukupnya sehingga tenggelam ayam (kalau nak pekat letak air sikit je tapi air banyak pun takpe nanti biarkan mendidih sikit). Biarkan masak dalam 15-20 minit.

4. Akhir sekali tabur daun bawang dan daun sup lepas tu boleh lah ngap! ~haha


Sup masih dlm kuali

Sup ayam dah siap. Ada kubis goreng & cili potong kicap. Air tu.. Ayudara Cafe by SDM.

Sedikit info :
Bahan untuk menumis tu ada yang suka pakai sup bunjut dalam sup, dan bawang2 serta halia ditumbuk tapi umah akak xde lesung batu, nak2 pulak bawah umah ada baby kecik jadi malas akak nak menukang kuk kuk kuk  kang bapak budak tu naik mintak sup pulak.. ~kihkihkih.

Akak suka menumis bahan2 kering dulu sebab bau dia tu buat akak teringat zaman2 dok di kampung, masa arwah nenek masak sup xde bunjut2 ni lagi, semua masih guna fresh ingredient ni. Tu yang akak pun ikut jugak masak guna bahan2 kering yang belom siap kisar.

Sementelah akak guna kiub pati ayam tu, akak dah tak masukkan garam dan serbuk perasa ajinohmoto sebab dalam kiub tu pun dah ada semua perasa jadi biar masukkan air banyak untuk kurangkan perasa yang ada dalam tu (ada sesetangah orang tak suka rasa kiub jadi boleh ganti dengan garam & aji sahaja)

Lepas dah siap boleh makan dengan nasi panas2 atau meratah je macam tu. 1 kuali tu akak masak boleh ulang makan 2 kali (tengahari & malam) sebab masak untuk sorang je pun.

Ok, tu jelah coretan akak untuk hari ni. Kita jumpa di lain masa yer.. Tata....