15 Mac 2012

KiSaH hAtI ~ 19

     Nia Aryana berjalan perlahan-lahan ke arah parkir kereta, dan menekan butang alarm keretanya. Baru saja dia ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba kereta Carlos menghampiri. Tersengih Carlos apabila cermin pintu diturunkan. Nia Aryana cuma menjeling.

     " Mama jangan marah esok kena cuti tau," perli Carlos. Nia Aryana bercekak pinggang.

     " You nak balik, balik aje, Carl! Sibuk nak perli orang pulak!" omel Nia Aryana. Carlos ketawa lalu dia keluar.

     " I temankan you balik?" soalnya perlahan. Nia Aryana berundur lalu tersandar pada keretanya. Baginya Carlos pada hari itu amat menakutkan.

     " It's ok, Carl! I boleh balik sendiri. You baliklah dulu, nanti Khaty kejar you pulak," usik Nia Aryana. Serta-merta wajah Carlos berubah. Muncungnya panjang. Nia Aryana mengulum senyum kerana tindakan spontan Carlos mengundang lucu di hatinya.

     " You ni kan...." sambil bersandar pada kereta Nia Aryana. "...tak sebut nama perempuan puaka tu, boleh tak?" soalnya. Nia Aryana tergelak.

     " You ni tak baik tau gelarkan dia macam tu. Dia ada nama la, Carl," tegur Nia Aryana.

     " Lantaklah apa nama dia sekali pun, ada I kisah? Dah lah, I nak balik!" kata Carlos lalu masuk semula ke dalam keretanya. Sebaik saja menutup pintu, dia memecut laju. Nia Aryana cuma tersenyum lalu menggeleng perlahan. Dia beredar untuk pulang.

                    *************************************************
     Nia Aryana mengelap rambutnya yang basah sambil duduk di depan t.v. Perlahan Puan Hawa menghampirinya lalu duduk di sebelahnya.

     " Angah kata dia bersalin kat rumah mertua dia," kata Puan Hawa memulakan bicara. Nia Aryana terdiam lalu tindakannya terhenti. Dia menarik nafasnya seketika.

     " Nia nak bersalin kat sini," katanya. Puan Hawa tersenyum.

     " Mak tahu. Tapi Nia tak bagitahu lagi keluarga Datin," kata ibunya.

     " Perlu ke mereka tahu pasal anak ini, mak? Sedangkan Datin sendiri pun tak nak mengaku ini cucu dia," soal Nia Aryana. Puan Hawa mengeluh.

     " Takpelah! Kalau Nia tak nak, mak tak kan paksa. Hmm, adik ajak mak pergi kampung Liyana esok. Mak ingat nak ajak Nia sekali. Jom?" pelawa Puan Hawa. Nia Aryana tersenyum. Dia tahu adiknya mahu melamar Doktor Liyana, dan dia turut sama gembira. Tapi memikirkan yang dirinya semakin sarat, dia rasa mahu berehat saja.

     " Alah, maafkan Nia, mak! Nia betul-betul nak berehat esok. Nia rasa letih sangat," tolak Nia Aryana.

     " Kalau macam tu mak pun tak jadi pergilah! Nanti takde orang nak tengokkan Nia pulak," kata Puan Hawa. Nia Aryana tergelak.

     " Mak..jangan macam tu. Pergi aje, temankan adik. Nia takde apa-apa lah!" pujuk Nia Aryana kepada ibunya agar menemani adiknya, Haziq Irfan. Puan Hawa mengangguk lalu mengusap perut anaknya. Nia Aryana tersengih.

                 ***************************************************
     Pagi itu selesai sarapan pagi, Nia Aryana mengemas ruang tamu sambil mendengar berita di radio. Puan Hawa yang baru bersiap tergelak melihat 'mak buyung' terbongkok-bongkok membersihkan bawah sofa.

     " Perlahan-lahan, Nia," katanya.Nia Aryana tersentak lalu ketawa. Dia bangun lalu memegang pinggangnya.

     " Alah, sikit aje mak. Takde lah banyak sangat habuk nanti," katanya. Puan Hawa mencapai kasutnya lalu keluar menuju ke kereta Haziq Irfan. Nia Aryana menghantar ke luar rumah.

     " Amboi, mak! Macam mak pulak yang nak jumpa bakal mak mertua. Heheh," perli Nia Aryana tentang penampilan ibunya lalu dia ketawa. Puan Hawa menjeling.

     " Mestilah kena ayu dan mengancam untuk berjumpa bakal besan," jawab adiknya yang baru keluar. Berselisih dengan kakaknya membuatkan Haziq Irfan mengusap sekilas perut kakaknya itu. Bau haruman yang kuat membuatkan Nia Aryana sedikit menjerit.

     " Mak aii! Wanginya! Pening akak dik oii..," katanya. Haziq Irfan ketawa lalu membuka pintu kereta. Puan Hawa tersengih lalu membuka pintu kereta. Sebelum masuk dia sempat berpesan.

     " Jaga diri baik-baik. Apa-apa hal cepat-cepat call adik atau angah atau along!" kata Puan Hawa. Nia Aryana mengangguk lalu tersenyum. Sebaik saja kereta adiknya berlalu, dia masuk semula ke dalam rumah.

     Usai dia menyambung semula kerja yang terhenti tadi sehingga selesai, Nia Aryana naik ke bilik untuk mandi dan melipat baju. Sambil mengikat rambut, dia menuju ke bilik air. Memanjakan diri dengan mandian aromaterapi, Nia Aryana terasa tenang sekali. Rambutnya diurai sehingga basah seluruhnya. Hampir 20 minit mandi, tiba-tiba dia rasa pinggangnya sakit. Pantas dia menutup pili air dan mencapai tualanya. Dengan berkemban dia keluar cepat-cepat lalu berdiri tegak di hadapan pintu bilik air sambil memegang perutnya. Hilang sakit tadi. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke katilnya lalu dia duduk.

     Sambil mengelap badannya, tiba-tiba perutnya sakit kembali. Dia bingkas bangun lalu berdiri tegak. Dia panik. Dalam kepanikan itu terasa ada cecair yang membasahi kakinya dan dia menunduk. 'Alamak! Air ketuban pecah!' hatinya cemas. Pantas dia memakai bajunya lalu dia mengelap air ketuban atas karpet tadi. Baru saja dia hendak mencangkung, perutnya sakit lagi dan kali ini lebih kuat. Nia Aryana menjerit kecil lalu dia merangkak naik atas katil. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon adiknya namun talian diluar kawasan. Buntu mencari seseorang dalam kesakitan yang ditanggungnya, dia tanpa berfikir panjang terus mendail nombor orang yang dia harapkan.

     " Hello, Nia! Kan I suruh you berehat. Kenapa you...." belum sempat Carlos berleter dengan panjang, dia tergamam saat Nia Aryana menjerit.

     " Carl, please come to my house! I can't stand it anymore. Ya Allah..," jawab Nia Aryana tertahan-tahan. Carlos yang sedang meeting terus bangun terkejut.

     " Okey, you tunggu. Nanti I sampai dengan Rin," kata Carlos lalu mematikan talian. " Erk, meeting postpone! I ada hal, emergency!" kata Carlos kepada anak buahnya lalu dia berlari keluar. Sambil menuju ke arah keretanya, dia mendail nombor telefon Azreen.

     Nia Aryana mencapai beg baju perlahan-lahan dan sesekali dia terjerit kecil. Peluh sudah memercik di dahinya. Setelah menyumbat beberapa helai bajunya dalam beg, dia menapak perlahan-lahan keluar dari biliknya menuju ke tingkat bawah. Terasa habis sakit pangkal pahanya membuatkan Nia Aryana terduduk bersimpuh atas ambal, beberapa langkah saja dari pintu besar. Dia bersandar sambil memejamkan matanya. Menantikan kehadiran Carlos dan Azreen terasa seperti masa yang berlalu itu cukup lambat.

     Sakitnya datang lagi. Kali ini Nia Aryana menjerit untuk kesekian kalinya. Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka dan Azreen menerpa ke arahnya.

     " Ya Allah, Nia! Kenapa tak call aku?" soal Azreen lalu mengangkat Nia Aryana dan beg bajunya. Nia Aryana cuba untuk bangun namun dia tidak sekuat tadi. Kudrat Azreen juga tidak sekuat lelaki lalu dia memandang ke luar.

     " Carlos!" jerit Azreen. Carlos menjenguk lalu cepat-cepat masuk dan mencempung tubuh Nia Aryana menuju ke keretanya.

     " Sakitnya, Rin! Aku dah tak tahan..." Nia Aryana teresak-esak kecil. Azreen memangku kepala kawan baiknya lalu Carlos memecut menuju ke hospital.

     " Sabar, Nia! Bawak mengucap!" kata Azreen. Carlos memandang menerusi cermin pandang belakang dan dia sendiri sudah panik tahap gaban. ' Macam mana lah kalau wife aku yang nak bersalin ni? Huh, mesti aku boleh pengsan sebab panik!' hatinya mengomel. Keretanya menuju ke Hospital Pantai.

                         **********************************************
     3 jam selepas itu... Doktor Hidayah datang menemui Carlos dan Azreen yang menunggu di ruang tetamu.

     " Macam mana doktor?" soal Carlos.

     " Tahniah! Isteri encik selamat melahirkan anak perempuan! Kedua-dua mereka kini sihat. Sekejap lagi encik boleh iqamatkan anak encik," katanya lalu dia beredar. Carlos dan Azreen tergamam. Namun cepat tersedar apabila jururawat memanggil mereka ke bilik Nia Aryana.

     Nia Aryana masih terlena kerana keletihan. Di hujung katilnya terletak katil anaknya. Mereka berdua menghampiri si comel, dan Carlos ingin mendukungnya. Namun cepat-cepat Azreen menampar lengannya membuatkan Carlos tersengih.

     " Pergi ambil air sembahyang dulu, kot iye pun nak iqamatkan anak tu!" perli Azreen. Carlos terkebil-kebil lalu dia menuju ke bilik air. Azreen mengusap tangan Nia Aryana yang pucat lalu dia duduk di kerusi sebelah katil Nia Aryana. 5 minit kemudian, Carlos keluar dari bilik air dan dia menuju ke katil anak Nia Aryana. Perlahan-lahan dia mengendong bayi itu dan mengadap kiblat, dia melaungkan iqamat ke telinga kanan bayi comel itu. Kalimah kebesaran Allah diperdengarkan kepada anak itu sebaik sahaja dia menjengah dunia.

     Sebaik saja habis azan, dia meletakkan semula bayi itu ke dalam katilnya. Lalu apabila dia memandang ke arah katil Nia Aryana, dia tergamam. Nia Aryana memandangnya dengan air mata berlinangan di pipinya. Carlos serba salah. Mata kuyu Nia Aryana memandang wajah Carlos dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan.