26 April 2018

PURE BY SAFIYYAH OSMAN ~ PBySO

Assalamualaikum... akak tumpang promo ni...

Pernah dengar tak produk PbySO Safiyyah Osman? Produk keluaran dia semua handmade dan natural. Produk kecantikan dia semua berasaskan bahan2 semulajadi sahaja.

Pengasas PbySO - Safiyyah Osman

Meh akak tunjukkan beberapa produk Puan Safiyyah Osman ni...

Untuk Kulit Normal/Kering/Sensitif & Berjeragat


Untuk Kulit Berminyak/Kombinasi/Jerawat/Kering & Berjeragat



Untuk Melembapkan Bibir



Untuk Detox Badan




     So sape2 yang masalah kulit berjerawat ke, berminyak ke, berjeragat ke, kering ke dan lain2 boleh lah try produk PBySo ni... boleh terus PM atau messenger stokis Safiyyah Osman dekat facebook Purebysafiyyahosman Stokist ni...

     Manalah tahu akan cantikkan kembali kulit muka yang rosak akibat memakai produk kilo yang ada merkuri tu kaannn....

     Selamat mencubaaaa!!!

25 April 2018

BERSIHKAN SISTEM PENCERNAAN DENGAN NATURAL CLENX TEA

     Assalamualaikum semua... Maaflah akak baru sempat bersiaran ni.. menghilangkan diri sejenak. hehe..

     Akak nak cite pasal sistem usus kita ni. Ada sesiapa yang mengalami masalah kesukaran  untuk membuang air besar tak?

     Meh try Natural Clenx Tea. Walaupun rasa dia tak sedap [sebab tak letak gula kan] tapi selagi namanya "TEH" tu memanglah rasanya kelat.

20 sachet

minum selepas makan

     Akak minum ni selepas waktu makan tengahari. Ikut pada kesesuaian masa ni kalau kita minum waktu pagi, malamnye barulah kita rasa nak memerut, dan kalau kita minum waktu malam, siang hari pulak kita nak memerut.

     Cuma akak nasihatkan, sesiapa yang ada meeting waktu siang tu, janganlah minum teh ni waktu malam yer. Kang marah pulak boss bila kita asyik keluar masuk bilik meeting ke bilik termenung...

     Dan yang kerja malam tu pulak janganlah minum waktu siang tu... Nak2 malam tu keje kilang, jawabnya tak sampai lah out-put kita hari tu pulak dah kita pun keja dok berulang keluar masuk ke tandas... ye dok?? haha...

     So, kepada sesiapa yang ada masalah pembuangan tak lawas ni boleh lah minum Natural Clenx Tea ni yer... "TANPA GULA" tau!!

Cara-cara penggunaan :

Ambil 1 uncang teh, rendam dalam gelas yang berisi air panas selama 5-10 minit (sehingga warna air bertukar kekuningan - jangan sampai coklat pekat) kemudian asingkan dulu. Isi semula air panas 1-2 kali mengikut kehendak sendiri.  

1 uncang boleh diminum sehingga 3 kali rendaman. Minum 1-2 uncang sehari selepas makan untuk kesan terbaik.

** Sekotak 20 uncang RM30.50 (member of Watsons boleh dapat diskaun 5%)

06 April 2018

~ASAM PEDAS TUMIS IKAN PARI~

   Assalamualaikum semua... maaflah lama akak tak bersiaran sebab ibu tersayang akak telah kembali ke rahmatullah awal bulan 3 lalu... 3 minggu akak UPL (cuti tanpa gaji) jaga arwah mak dari masuk hospital sehingga ke akhir hayatnya.

   Selepas seminggu ketiadaan mak, akak demam. Demam rindukan mak dan jugak air tangan mak dalam menyediakan masakan buat anak2nya. Akak bukan pandai masak sangat sebab tak belajar betul2 dengan arwah (masak ikut mood sbrnya akak ni), tapi hari tu akak teringin benar asam pedas ikan pari.

    Kalau di sebelah utara ni, asam pedas ikan pari dia cair je, macam asam pedas bendi atau timun tu. Ramuannya hanyalah cili merah. 


Ni Asam Pedas Utara

   Tapi akak teringin asam pedas tumis ikan pari yang ayah akak cakap Asam pedas Johor. Jadi dah teringin tu kena lah buat sendiri nak harapkan mak dah takde kan... cuma berpandukan bayangan dan memori masa belajar memasak dengan dia dulu sambil2 abah bagi resipi dan cara masak.

   So, akak masaklah seperti yang diberi panduan dari abah. Jangan tak tau abah akak ni pun ala2 chef kedua dalam rumah.. hehe... sedap jugak masakan dia tu sebab tu anak2 dia semua bulat2.. haha..


Jom akak share resipi mudah ni...

Bahan2 asam pedas ikan pari tumis simple :

- ikan pari yang di potong dan dicuci bersih2 dengan limau kasturi (buang hanyir)
- 10-15 batang cili kering (dipotong kecil, rebus sehingga masak dan toskan)
- 6 ulas bawang merah - diracik
- 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
- 1 inci kunyit hidup
- 3-4 biji bendi
- daun kesum
- bunga kantan 1 batang
- asam gelugur (2-3 keping)
- garam/perasa
- 3-4 camca minyak utk menumis (abah cakap minyak kena byk)
- air secukupnya

Cara2 :

- Cili kering, bawang merah dan kunyit hidup dikisar sehingga separuh hancur. kunyit kena hancur la nanti orang tercekik kunyit pulak. cili kering agak2 kasar baru sedap.

- panaskan minyak, tumiskan bawang putih dengan daun kesum** sehingga garing dan naik bau. kemudian tuangkan bahan dikisar tadi, asam keping dan setengah gelas air. biarkan mendidih sehingga warna pes cili tadi agak gelap. kena kacau sesekali bagi mengelakkan bahagian bawah sambal tu tergaring atau hangit.

- masukkan ikan pari, salutkan dia dengan cili sehingga sebati, kemudian tuang air lagi (2 gelas atau secukupnya sehingga tenggelam ikan). Masukkan bunga kantan, bendi yang sudah dipotong. masukkan garam dan perasa secukupnya, biarkan mendidih lagi sehingga kuah jadi sedikit pekat.

- bila ikan dah masak, kuah pekat dh boleh tutup api. Haa.. dah siap. bau nye saja buat akak rindu air tangan mak, apetah lagi makan.. boleh tambah 2 pinggan nasi dibuatnya.



Asam Pedas Ikan Pari Tumis

Ni ha masakan akak, maaflah ter snap dalam kuali masa ikan dok berenang lagi. Tak sempat nak masuk dalam mangkuk, eksaited bebeno bila masak ni menjadi. hehe..

Tapi asam pedas ni akak tak letak halba atau lada hitam tau. akak buat macam arwah mak buat, tak letak bahan2 tu. kalau korang nak cuba boleh lah, mungkin tekak selera utara kot tak letak lada hitam & halba. Tapi sedaplah untuk tekak sendiri.

Apa pun, masakan akak masih tak dapat menandingi masakan arwah mak. Masakan mak adalah masakan terbaik dalam dunia...

Alfatihah untuk arwah mak.

**daun kesum yang ditumis sekali akan menaikkan bau yang harum dan agak klasik. Kalau tak pernah try, nanti try lah buat. Sedap sangat bau dan rasanya!

#sharing_is_caring