19 Ogos 2019

~MENU DAGING BERASASKAN DAGING KORBAN :) ~

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya AidilAdha yang lalu. Akak tak balik beraya pun, cuti ikut kalender dan masa pun terhad. Tapi geng serumah bawak balik daging korban banyak... Jadinya 1 minggu tu menu makan daging korban ja.. Daging baru kan, manis laa rasanya. 

So Sabtu & Ahahd lepas akak pun masaklah menu macam arwah mak masak, Daging Masak Cabai & Daging Masak Kicap... Nak kata 100% menjadi tu taklah tapi 80% rasa tu ada... 

Daging masak cabai, sawi tumis pecah telur.

So kat sini akak bagi resipi dia.. untuk makan 2-3 orang.


DAGING MASAK CABAI

Bahan² :

500g daging - dihiris sedang, basuh & toskan
Cili kering kisar - 5 sudu makan
Kicap pekat - 2 sudu makan

Bahan Kisar :
Sebiji bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan menumis :
2 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
minyak masak
semangkuk air
perasa & garam

Cara² masak :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan menumis sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sehingga kuning keemasan dan naik bau wangi.

2. Masukkan cili kering kisar dan sedikit air (tak nak cili jadi kering dan hangit). Kacau2 sehingga cili pecah minyak. 

3. Masukkan daging, dan gaulkan sekata. Masukkan air sedikit dan gaul lagi. biar seketika kerana daging akan keluarkan air. Masak sehingga sedikit kering kemudian masukkan air lagi (sehingga yakin daging lembut).

4. Masukkan kicap, garam dan perasa, biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat. Kalau daging belum empuk, boleh ulang masuk air (sedikit saja) dan tutup kuali. Sesekali kacau untuk biarkan kuah pekat. Setelah kuah pekat, tutup api, dan sedia untuk dihidang. 

Daging masak cabai. Abaikan kesan cili yang comot2 tepi kuali tu yer... :)


DAGING MASAK KICAP

Bahan² :

500g daging - dihiris sedang, basuh & toskan.
(Gaulkan dgn sedikit kunyit dan ketepikan.)
Kicap pekat - 5 sudu makan
Bawang besar dipotong bulat - untuk masuk masa akhir masakkan.

Bahan menumis :

1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cili padi dibelah dua
minyak masak
semangkuk air
perasa & garam

Cara² masak :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan menumis, kacau sehingga kuning keemasan dan naik bau wangi.

2. Masukkan daging, dan gaulkan sekata. Masukkan air sedikit dan gaul lagi. biar seketika kerana daging akan keluarkan air. Masak sehingga sedikit kering kemudian masukkan air lagi (sehingga yakin daging lembut).

4. Masukkan kicap, garam dan perasa, biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat. Kalau daging belum empuk, boleh ulang masuk air (sedikit saja) dan tutup kuali. Sesekali kacau untuk biarkan kuah pekat. Setelah kuah pekat, masukkan bawang besar tadi dan gaul seketika, kemudian dah boleh lah tutup api, dan sedia untuk dihidang. 

Daging masak kicap, Sawi dan karot tumis air pcah telur, Kacang buncis, karot & bawang merah panggang.

Boleh tahan jugak masakan akak ni..Sedap oo makan dengan nasi panas2...hahaha.(masuk bakul sekali-sekala). So dipersilakan untuk korang kalau nak cuba resepi arwah mak akak ni yer..boleh jer ambik.. :)

22 Februari 2019

SAMBIL SHOPPING & DAPAT CASH SEMULA!

Sambil shopping sambil claim blk cashback dgn #Shopback.. best woo... baru ja withdraw beberapa amount ke dlm account.. tgu je masuk.. dpt duit kita balik..
sapa x penh guna shopback ni mmg rugi.. beli kt #shopee,
#foodpanda#delivereat#zalora#lazada pun boleh thru shopback..

hampa shopping smbil dpt cash back blik..sapa nk bg duit poket balik oii.. hahaha.. refer fren pun dpt duit trus dlm acc.. kalau tak percaya klik ja link ni..


No photo description available.

Haa..ni akak punya pengesahan emel... tunggu duit masuk akaun bank balik je.. seronok wooo... jom laa try.. x rugi sebab hampa pun memang kaki soping kan??? hehehe~~

selamat menyoping...

25 Januari 2019

Hello, I'm Back!!

     Assalamualaikum.. Salam Jumaat. Lama akak tak buka entry blog kan? Almaklumlah, baru² ni blog akak unsecured, tak leh buka jadi camne ntah. Lepas godek itu ini, maka boleh buka balik.

     Untuk tahun 2019 ni akak bercadang nak buat cerpendek balik. Jalan cerita tu ada dah uols cuma tak tahu tajuk, dan mood pun kelaut tah kenapa tak tau lah.


So akak intro ajelah dulu untuk tahun ni (walaupun dah terlewat 3 minggu uols..hahahaha).. So here.... I'M BACK!! hehehe~~