21 Disember 2017

Rahsia Wajah Segar & Cerah Berseri

Assalamualaikum.... hai2...cak2 semua... maaflah lama akak tak bersiaran kat entri blog ni. Sibuk keja plus sakit gigi plus sakit migrain semuanyalah.

Tapi dalam sakit gigi tu pun akak sempat lagi merembat produk Nano yang akak nak sangat pakai... orang cakap "antara kehendak dengan keperluan memang kehendak tu harus dipenuhi".. eh eh.. macam lain je dari masa hakak belajar subjek Perdagangan dulu?? haha.. ilmu sesat ni.. jangan ikut taauuu.. :P

So akak beli 2 produk baru iaitu :


1. Nano White Moisturising Lotion (100ml)




2. Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)




Meh akak nak cite cara2 gunakan dua produk baru yang menjadi favorite akak sekarang ni..

1. Nano White Moisturising Lotion
  • Nanowhite Moisturising Lotion 100ml dipertingkatkan dengan kuasa teknologi nano,Omega White-C dan bahan-bahan semulajadi,Nanowhite Moisturising Lation sangat ringan,pantas menyerap jauh ke dalam kulit membantu memudarkan bintik-bintik hitam dan menambahkan kelembapan kulit selama 72 jam.Hasilnya kulit lebih cerah, lembap dan segar.

  • Cara Penggunaan Nanowhite Moisturising Lotion : Sapu dan tepuk Nanowhite Moisturising Lotion perlahan-lahan pada wajah dan juga bahagian leher.Gunakan selepas membersih wajah.
Harga Nanowhite Moisturising Lotion 100ml = RM29.90


2. Nano White Dark Spot Corrective Serum
  • Lepas bersihkan muka dan sapukan toner serta dap2 kan lotion dia.. titikkan serum ke 5 spot muka iaitu kedua belah pipi, dagu, dahi & hidung. Sapu secara lembut dan menuju ke arah luar/ke atas sehingga serap ke dlm kulit. Kemudian sapukan senipis lagi ke atas dark spot yang korang nak hilangkan tu.. sapu smpai menyerap ke dlm kulit dan tepuk2 sikit bg mesraaaa... :D
  • Dah siap... lepas guna kulit rasa tegang.. best sgt...
Harga Nano White Dark Spot Corrective Serum 30ml = RM69.90 (sekarang ada offer sempena Krismas RM48.93)


Serius akak cakap, masa akak guna Nano White Moisturising Lotion ni muka akak rasa segar, sejuk dan best gila! Toner ni mudah meresap kat dalam kulit ini menjadikan kulit lebih cerah, lembap dan segar jer sejak gunakan Nanowhite Moisturising Lotion ni.. Akak suka bau dia, best sangat.. Lembut jer bau..

Nantilah ada masa dalam hujung minggu ni ke akak tunjukkan cara2 guna step by step 1 per 1 produk ni yer.. Hari ni akak keja banyak lah jugak maklumlah 3 hari akak MC sebab gigi sakit.. huhu..

Jumpa lagi di lain entri... Salam...