06 April 2018

~ASAM PEDAS TUMIS IKAN PARI~

   Assalamualaikum semua... maaflah lama akak tak bersiaran sebab ibu tersayang akak telah kembali ke rahmatullah awal bulan 3 lalu... 3 minggu akak UPL (cuti tanpa gaji) jaga arwah mak dari masuk hospital sehingga ke akhir hayatnya.

   Selepas seminggu ketiadaan mak, akak demam. Demam rindukan mak dan jugak air tangan mak dalam menyediakan masakan buat anak2nya. Akak bukan pandai masak sangat sebab tak belajar betul2 dengan arwah (masak ikut mood sbrnya akak ni), tapi hari tu akak teringin benar asam pedas ikan pari.

    Kalau di sebelah utara ni, asam pedas ikan pari dia cair je, macam asam pedas bendi atau timun tu. Ramuannya hanyalah cili merah. 


Ni Asam Pedas Utara

   Tapi akak teringin asam pedas tumis ikan pari yang ayah akak cakap Asam pedas Johor. Jadi dah teringin tu kena lah buat sendiri nak harapkan mak dah takde kan... cuma berpandukan bayangan dan memori masa belajar memasak dengan dia dulu sambil2 abah bagi resipi dan cara masak.

   So, akak masaklah seperti yang diberi panduan dari abah. Jangan tak tau abah akak ni pun ala2 chef kedua dalam rumah.. hehe... sedap jugak masakan dia tu sebab tu anak2 dia semua bulat2.. haha..


Jom akak share resipi mudah ni...

Bahan2 asam pedas ikan pari tumis simple :

- ikan pari yang di potong dan dicuci bersih2 dengan limau kasturi (buang hanyir)
- 10-15 batang cili kering (dipotong kecil, rebus sehingga masak dan toskan)
- 6 ulas bawang merah - diracik
- 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
- 1 inci kunyit hidup
- 3-4 biji bendi
- daun kesum
- bunga kantan 1 batang
- asam gelugur (2-3 keping)
- garam/perasa
- 3-4 camca minyak utk menumis (abah cakap minyak kena byk)
- air secukupnya

Cara2 :

- Cili kering, bawang merah dan kunyit hidup dikisar sehingga separuh hancur. kunyit kena hancur la nanti orang tercekik kunyit pulak. cili kering agak2 kasar baru sedap.

- panaskan minyak, tumiskan bawang putih dengan daun kesum** sehingga garing dan naik bau. kemudian tuangkan bahan dikisar tadi, asam keping dan setengah gelas air. biarkan mendidih sehingga warna pes cili tadi agak gelap. kena kacau sesekali bagi mengelakkan bahagian bawah sambal tu tergaring atau hangit.

- masukkan ikan pari, salutkan dia dengan cili sehingga sebati, kemudian tuang air lagi (2 gelas atau secukupnya sehingga tenggelam ikan). Masukkan bunga kantan, bendi yang sudah dipotong. masukkan garam dan perasa secukupnya, biarkan mendidih lagi sehingga kuah jadi sedikit pekat.

- bila ikan dah masak, kuah pekat dh boleh tutup api. Haa.. dah siap. bau nye saja buat akak rindu air tangan mak, apetah lagi makan.. boleh tambah 2 pinggan nasi dibuatnya.



Asam Pedas Ikan Pari Tumis

Ni ha masakan akak, maaflah ter snap dalam kuali masa ikan dok berenang lagi. Tak sempat nak masuk dalam mangkuk, eksaited bebeno bila masak ni menjadi. hehe..

Tapi asam pedas ni akak tak letak halba atau lada hitam tau. akak buat macam arwah mak buat, tak letak bahan2 tu. kalau korang nak cuba boleh lah, mungkin tekak selera utara kot tak letak lada hitam & halba. Tapi sedaplah untuk tekak sendiri.

Apa pun, masakan akak masih tak dapat menandingi masakan arwah mak. Masakan mak adalah masakan terbaik dalam dunia...

Alfatihah untuk arwah mak.

**daun kesum yang ditumis sekali akan menaikkan bau yang harum dan agak klasik. Kalau tak pernah try, nanti try lah buat. Sedap sangat bau dan rasanya!

#sharing_is_caring