15 Januari 2018

~Soup of the Day~

Assalamualaikum semua... hari ni akak saja je coret2 tapi nak terobek semalam. Semalam akak masak sup ayam sebab teringin sangat2, nak2 pulak cuaca sejuk ala2 dok di obesi uols.. haha~


Akak beli ayam sebelah je sebab yang dok dalam umah pun dua orang kang beli seko tak larat nak makan pulak kan... hehe~~

Sup tu akak main campak2 je sebab ada bahan tak cukup jugak (daun sup). Kalau nak masak untuk sorang makan dengan cara yang simple dan cepat boleh lah main campak2 tapi jangan sampai tercampak kuali udah la yer..


Bahan2 untuk buat sup ayam :
Ayam setengah ekor - dipotong kecil, basuh bersih dan tos.
(haruslah ada ayam kan xde ayam mana nak jadi sup ayamnya.. :D )

Bahan2 untuk menumis :
Bawang merah 3 ulas - diracik halus
Bawang putih 3 ulas - diracik halus
Bawang besar selabu - dimayang
Halia 1/2 inci - dipotong nipis
Kulit kayu manis 1/4 - direndam
Bunga lawang 3 kuntum - direndam
Bunga cengkih 5 kuntum - direndam
Sedikit lada hitam (biji) - direndam
Buah pelaga 3 biji - direndam
Daun sup - diambil batangnya (daun asingkan untuk hiasan)
Kiub pati ayam - 1 ketul
Daun bawang - untuk hiasan
Minyak masak - 3 sudu besar
Air secukupnya

Cara masak : 

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan2 yang direndam tadi termasuk dengan daun sup tadi. Tumis bahan sehingga naik bau harum dalam beberapa saat, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan air sikit untuk sebatikan bahan, dan masukkan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam dan masak sehingga rasa bahan menyerap ke dalam isi ayam. Biarkan dalam 10 minit (agak2 isi ayam 1/2 masak), kemudian boleh masukkan air secukupnya sehingga tenggelam ayam (kalau nak pekat letak air sikit je tapi air banyak pun takpe nanti biarkan mendidih sikit). Biarkan masak dalam 15-20 minit.

4. Akhir sekali tabur daun bawang dan daun sup lepas tu boleh lah ngap! ~haha


Sup masih dlm kuali

Sup ayam dah siap. Ada kubis goreng & cili potong kicap. Air tu.. Ayudara Cafe by SDM.

Sedikit info :
Bahan untuk menumis tu ada yang suka pakai sup bunjut dalam sup, dan bawang2 serta halia ditumbuk tapi umah akak xde lesung batu, nak2 pulak bawah umah ada baby kecik jadi malas akak nak menukang kuk kuk kuk  kang bapak budak tu naik mintak sup pulak.. ~kihkihkih.

Akak suka menumis bahan2 kering dulu sebab bau dia tu buat akak teringat zaman2 dok di kampung, masa arwah nenek masak sup xde bunjut2 ni lagi, semua masih guna fresh ingredient ni. Tu yang akak pun ikut jugak masak guna bahan2 kering yang belom siap kisar.

Sementelah akak guna kiub pati ayam tu, akak dah tak masukkan garam dan serbuk perasa ajinohmoto sebab dalam kiub tu pun dah ada semua perasa jadi biar masukkan air banyak untuk kurangkan perasa yang ada dalam tu (ada sesetangah orang tak suka rasa kiub jadi boleh ganti dengan garam & aji sahaja)

Lepas dah siap boleh makan dengan nasi panas2 atau meratah je macam tu. 1 kuali tu akak masak boleh ulang makan 2 kali (tengahari & malam) sebab masak untuk sorang je pun.

Ok, tu jelah coretan akak untuk hari ni. Kita jumpa di lain masa yer.. Tata....