Pandangan mata Datin Hamimah jatuh ke perut Nia Aryana yang sudah kelihatan sikit membusung, dan beralih pandang ke jejaka di sebelahnya. Nia Aryana memeluk erat lengan adiknya. Kedua makhluk itu kini kian menghampiri mereka.
" Nia! I'm so surprise, did not expect that we meet here!" berbasa-basi Datin Hamimah menegur. Nia Aryana sekadar melemparkan senyum tawar.
" Mama," jawabnya sepatah.
" So, who's this guy? Pengganti arwah?" sindirnya lagi. Nia Aryana menarik nafas dalam-dalam, menahan sabar dengan tuduhan bekas ibu mertuanya. Muka Haziq Irfan merah padam, namun pelukan erat kakaknya menjadikan dia terpaksa berdiam diri. 'Ikut hati aku ni bekas mak mertua akak ni aku lempang-lempang je,' gumam Haziq Irfan dalam hati. Belum pun sempat Nia Aryana menjawab, Juliana terlebih dahulu membuka mulutnya.
" Apa nak kisah sangat,ma? Ariff ada ke takde, Jue tengok dia bahagia je!"katanya. Nia Aryana perasan yang pandangan mata Datin Hamimah asyik melekat ke perutnya. Dia sendiri menjadi tidak selesa.
" Em..agaknyalah! Kalau I tahu macam ni kesudahan, sumpah, I tak akan bagi you kahwin dengan arwah! Tapi nak buat macam mana, just you boleh buat arwah bahagia, that's why I ikutkan je," kata Datin Hamimah dengan angkuhnya. Bertakung air mata di kelopak mata Nia Aryana. Saat itu dia terbayang kata-kata bekas kakak iparnya tentang hal ini. Haziq Irfan pantas menarik tangan kakaknya untuk beredar dari situ. Tetapi mereka terhenti tatkala nama Nia Aryana dipanggil. Dia tidak menoleh cuma memejamkan mata, mengambil kekuatan dari anaknya. Datin Hamimah menghampiri.
" I hope that this is not Ariff's baby! Seluruh keturunan you I tak kan terima! But after what I saw tonight, I think this is that guy's baby! Good lah! You kematian arwah pun dah hampir 6 bulan, then you kahwin lain pun I rasa lepas you habis edah! Thank to God, this is not my grandchild!" kata-kata Datin Hamimah menghina anaknya bersama arwah suaminya. Pantas dia menoleh. Air mata mengalir laju bersama semangat yang membara.
" Mama! Or what should I call you? Datin Hamimah Hamid? Lebih baik Datin ingat baik-baik kata-kata Datin sebentar tadi kerana, kalau selepas ini terbukti yang ini anak arwah, saya bersumpah demi anak saya dan arwah, saya tak akan benarkan Datin seluruh keluarga menyentuh tubuh anak saya, walaupun seinci! Tidak sesekali!!" dengan tegasnya Nia Aryana mengungkap demikian. Terpempan seketika Datin Hamimah, mahu pun Juliana. Nia Aryana pantas berpaling lalu menarik tangan adiknya beredar dari pasaraya itu.
" Tengoklah tu, ma! Masih nak berkurang ajar lagi! Mentang-mentanglah dia ada laki baru!" jarum si menantu tak jadi padanya. Mereka berdua masih mengomel hal tadi sehinggalah bayangan makhluk berdua itu hilang dari pandangan mata mereka.
*****************************************
Tersedu-sedu Nia Aryana menangis apabila mereka tiba di parkir kereta. Haziq Irfan pantas membuka pintu bonet, menyimpan barangan yang dibeli sebentar tadi, lalu pantas mencapai tisu dan dihulurkan kepada kakaknya. Dia juga turut terkesima tapi dia bangga yang kakaknya tidak lagi kecut kepada mak Datin itu. Nia Aryana menyandar di kerusi tempat duduk penumpang, sambil mengusap-usap perutnya. 'Kesian kau, nak! Nenek sendiri pun tak sudi terima. Takpelah, sayang. Ibu ada ni, opah pun ada,' keluh hatinya. Haziq Irfan berdiri di luar, khuatir kakaknya akan muntah. Sememangnya Nia Aryana tidak boleh banyak menangis kerana pasti akan muntah. Dan tanpa mereka sedari, ada seseorang yang kian menghampiri.
" Nia Aryana?" sapa lelaki itu. Mereka berdua pantas menoleh. Lelaki itu tercengang melihat wajah Nia Aryana merah padam dengan kesan air mata. Pantas dia menghampiri namun Nia Aryana terlebih dahulu bangun dari duduknya.
" Papa...." kata-katanya terhenti. Haziq Irfan memeluk bahunya. Dato' Zainal Abidin memandang mereka berdua dengan rasa hairan. Siapa lelaki disisi bekas menantunya dan, mengapa dia menangis? Dato' Zainal tersenyum tatkala Nia Aryana mencapai tangannya lalu menciumnya. Haziq Irfan sedikit lega. Dato' Zainal tak melengking seperti Datin.
" Kenapa Nia menangis teruk sangat ni?" soalnya. Nia Aryana cuma diam. 'Takkan lah aku nak cerita yang aku kena maki dengan bini dia? Diam jelah!' hatinya berbisik. Apabila dia cuba duduk kembali barulah Dato' Zainal perasan akan perubahan tubuh bekas menantunya.
" Tahniah, Nia! Dah berapa bulan? Ini suami Nia ke?" soal Dato' Zainal sambil tersenyum. Haziq Irfan sedikit sayu. 'Betapa baiknya hati dan budi bahasa ayah abang Ariff..kenapalah emaknya tak boleh jadi macam tu? Hai, lain orang lain perangai pulak,' bebel Haziq Irfan dalam hati. Nia Aryana diam lalu memandang adiknya, meminta bantuan. Seakan faham, Haziq Irfan menghampiri.
" Dato', Nia dah hamil hampir 5 bulan," katanya. Dato' Zainal tersentak. 5 bulan? Ariff Haikal pergi dah hampir 6 bulan. Takkan lah kot? Hatinya bertanya. Seakan mengerti apa yang difikir oleh Dato' Zainal, pantas Nia Aryana mencelah.
" Benar, apa yang papa fikirkan. Cuma Nia mintak satu je dari papa. Jangan beritahu sesiapa. Nia tak nak serabutkan kepala Nia lagi!" katanya dengan suara serak. Dato' Zainal tersenyum, gembira. Lantas dia terus mencium dahi Nia Aryana.
" Terima kasih, Nia! Ya Allah, betapa gembiranya papa rasa malam ni. Nanti papa call mama. Dia di dalam tengah beli barang," kata Dato' Zainal sambil mengeluarkan telefonnya, namun pantas disekat oleh Nia Aryana dengan pandangan hiba. Dato' Zainal pelik. Nia Aryana menggelengkan kepalanya.
" Please, pa! Kalau papa masih anggap Nia menantu papa, jangan beritahu mama! Nia mohon pada papa sangat-sangat! Andai kata papa mungkir janji, nyawa Nia akan melayang!" sebaik saja berkata begitu, Dato' Zainal memeluknya.
" Baiklah sayang! Papa tak akan bagitahu, tapi Nia kena ceritakan kenapa menangis ni? Kenapa tak nak mama tahu?" soalnya. Nia Aryana menggeleng laju.
" Papa akan tahu jugak nanti kenapa Nia kata begitu. Okeylah, pa! Nia nak balik,penat sangat dalam keadaan macam ni," kata Nia Aryana lalu mencium tangan orang tua itu. Haziq Irfan memandang lalu turut bersalaman.
" Err, Nia? Ni suami Nia?" takut-takut dia bertanya. Nia Aryana ketawa, lalu menggeleng.
" Tak, pa! Ni adik bongsu Nia. Haziq Irfan!" katanya. Dato' Zainal menepuk-nepuk mesra bahu adiknya.
" Maafkan uncle, Haziq! Uncle tak tahu. Tapi, tolong jaga menantu uncle ni baik-baik yer. Nia, papa akan simpan rahsia kita nie," katanya lalu menutup pintu sebelah Nia Aryana. Nia Aryana tersenyum lalu melambai. Kereta bergerak perlahan meninggalkan perkarangan Tesco.
Dalam kereta, Haziq Irfan bertanya kerana dia semakin pelik.
" Kak, kenapalah mak Datin tu tak macam Dato' ye?" soalnya.
" Entahlah, dik! Tapi biarlah, sekurang-kurangnya akak tahu yang papa masih sayangkan akak dengan cucunya ni," katanya separuh mengeluh.
" Tapi tadi kan akak bersumpah..." kata-katanya tergantung. Nia Aryana tersenyum tawar.
" Akak bersumpah di mulut je, dik! Tapi di hati, akak tak sampai hati memisahkan ikatan antara mereka," katanya. Seketika dia mengelus lembut perutnya. Haziq Irfan lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang kakaknya itu tidak menaruh dendam.
" Kalau suatu hari nanti Datin tu nak terima akak dengan baby semula, macam mana?" soal Haziq Irfan, sekadar menduga. Nia Aryana terdiam. Dua tiga saat berlalu, yang terdengar hanyalah keluhan dilepaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan