11 April 2012

KiSaH hAtI ~ 20

     Nia Aryana membelai pipi mulus anaknya yang terlena di pangkuannya, Dia langsung tidak memandang ke arah wajah Carlos yang duduk bertentangan dengan katilnya. Carlos mengelus rambut lalu menghampiri katil Nia Aryana. Baru saja dia ingin membuka bicara, telefonnya berbunyi. Pantas dia menjawab bagi mengelakkan anak Nia Aryana terjaga.

     " Ya, ayah! Ada apa hal? Oh, Carl di hospital ni, tu yang kena delay meeting untuk esok.. Takde sape sakit.. Ni ha, si Nia dah selamat bersalin. Ye, insyaAllah, nanti Carl sampaikan.. Baik,yah! Waalaikumsalam," lalu dia mematikan talian sebelum mengadap wajah Nia Aryana semula.

     " Carl, I tak apa-apa. You baliklah office attend meeting yang you delay tadi. Kesian staff kita," Nia Aryana terlebih dahulu membuka bicara. Carlos duduk di hadapannya.

     " Ayah I kirim salam," kata Carlos ringkas. Nia Aryana menjawab perlahan.

     " Betul you nak I balik office ni?" tanya Carlos lagi. Nia Aryana angguk.

     " Takpe, nanti mak I datang," jawab Nia Aryana. Baru saja sebut, muncul wajah Puan Hawa dan ahli keluarga Nia Aryana yang lain. Puan Hawa memeluk anaknya dengan rasa hiba. Muncul pula Doktor Liyana lalu menghampiri bakal kakak iparnya. Carlos bangun lalu berdiri di penjuru bilik, membiarkan ahli keluarga Nia Aryana menghayati detik gembira itu.

     " Sorry, Yana. Kak Nia dah spoil kan majlis kamu tadi," kata Nia Aryana lalu Doktor Liyana memeluknya erat- erat. Puan Hawa sudah memangku cucunya itu. Haziq Irfan dan Naufal Haqim tersengih.

     " Takde apalah,kak! Ini saat yang paling gembira. Why not kami datang sini je kan?" soalnya lalu mengalih pandangan ke arah bakal tunangnya, Haziq Irfan. Mereka semua mengangguk.

     " Mak, kalau tak kerana bantuan Carlos dan Rin, Nia mungkin tak berada di sini sekarang," kata Nia Aryana lalu memandang Carlos yang berdiri di tepi tingkap. Carlos yang tersedar namanya disebut, pantas menoleh. Kesemua mereka memandang ke arahnya, dan Haziq Irfan serta Naufal Haqim menghampirinya lalu memeluknya sebagai tanda ucapan terima kasih. Puan Hawa tersenyum gembira.

     " Carlos, terima kasih banyak-banyak. Tanpa kamu tadi tak tahulah apa akan terjadi pada Nia," kata Puan Hawa. Carlos tersengih lalu menghampiri Puan Hawa,

     " Takde apalah, makcik! Hal kecil je ni," katanya merendah diri.

     " Oleh kerana jasa kamu yang cukup besar ni, makcik nak beri kamu peluang untuk menamakan anak Nia ni, cucu makcik. Makcik rasa Nia pun tak kisah, kan Nia?" soal Puan Hawa lalu memandang ke arah anaknya. Nia Aryana cuma tersengih lalu memeluk tubuh. Carlos menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 'Alamak, aku nak kena bagi nama pulak! Dah macam anak aku sendiri pulak dah! Hehe,' hati kecilnya ketawa, panik.

     " Er, boleh tu boleh makcik! Tapi bagi saya balik rumah cari nama yang sesuai dulu," jawapan Carlos diterima dengan ketawa mereka. Dia sengih.

     " Takpe. Carl balik cari nama baby dulu, dah dapat nanti esok Carl bagitau saya. Nanti saya tolong daftarkan," tawar Doktor Liyana kepada Carlos. Akhirnya dia ketawa kecil dan meminta diri untuk pulang ke pejabat. Azreen sudah awal-awal lagi kena lunch dengan client Nia Aryana.

     Dan, pemergian Carlos cuma dihantar dengan pandangan matanya saja.

                                                   *****************************************************
     Carlos masih lagi mengelamun sambil bermain-main dengan iPhone4 nya. Datin Melina yang baru turun dari tingkat atas bersama suaminya, memandang pelik tingkah laku anak bujangnya itu. Pantas ditegurnya.

     " Cara?" panggil Datin Melina. Carlos memandang lalu tersengih. Mereka berdua duduk berhadapan dengannya.

     " Ni apesal tersengih sorang-sorang?" soal Dato' Azman. Carlos membetulkan duduknya lalu memandang ke arah kedua orang tuanya.

     " Ma, masa adik Carl, kakak kepada Nita meninggal, apa nama yang mama dengan ayah berikan?" soal Carlos selamba. Terkedu wajah Datin Melina dan Dato' Azman saat mendengar soalan dari mulut anaknya itu. Baginya kisah 26 tahun lalu tidak perlu diingat semula. Tetapi apabila terpandang wajah anak lelaki tunggalnya yang setia menanti jawapan, dia tersenyum. Baginya itu cuma sekadar nama. Dan wajah Carlos terpancar kegembiraan. Kegembiraan yang membuat wajah kedua orang tuanya pelik.

                                                         ******************************************************
     Sebaik saja Nia selesai menyusukan anaknya, pintu biliknya terbuka. Kelihatan wajah Carlos menjengah dengan salam dan senyuman yang lebar. Nia Aryana menjawab salam lalu meletakkan bayinya perlahan-lahan atas ribanya. Carlos masuk dan menutup pintu. Dia menghampiri kedua mereka dengan tangan yang tersembunyi di belakang badannya.

     " Carl, you ni tak reti masuk office ke?" perli Nia Aryana. Carlos ketawa perlahan. Dia pantas memberikan hamper barangan bayi jenama Anakku dan sejambak bunga ros merah kepada Nia Aryana. Dengan hati yang galau Nia Aryana menerimanya. Carlos duduk di kerusi lalu memandang wajah anak kecil itu.

     " You nak pangku dia, Carl?" soalan Nia Aryana membuatkan jantung Carlos berdetak kencang. Perlahan dia bangun lalu menghampiri katil mereka dan dia duduk di hadapan Nia Aryana. Dengan hati-hati Nia Aryana mengangkat bayinya lalu diletakkan dalam pangkuan Carlos,

     " You tak payah nak kekoklah, Carl! Semalam elok je you pangku masa iqamatkan baby I," perli Nia Aryana lalu Carlos tersengih. Dia membetulkan duduknya.

     " I ingat you tido tak sedar. Mana I tahu you pandang I," jawab Carlos, Nia Aryana mencapai hamper bayi lalu diletakkan atas meja sebelahnya.

     " Carl, thanks so much for what you do to me. This hamper, flowers, everything," kata Nia Aryana perlahan. Carlos membelai wajah mulus bayi itu lalu memandang Nia Aryana.

     " Hey, girl! Look at me! I buat semua ni sebab atas rasa tanggungjawab I pada you, atas rasa sayang I pada you," kata Carlos dengan romantisnya. Nia Aryana terdiam. Soal cinta dan sayang itu sukar untuknya memberikan jawapan. Belum sempat Nia Aryana menjawab, pintu terbuka dari luar. Kelihatan Doktor Liyana masuk dengan senyuman.

     " Ewah, awal Carl datang tengok akak dengan baby hari ni? Siap dengan hamper dan bunga lagi. Betapa romantisnya Carl ni," perlinya sehingga muka kedua-dua mereka memerah. Doktor Liyana ketawa.

     " Jangan risau, Yana tak kan pecah rahsia! Haha..muka akak dengan Carl dah merah," giatnya lagi. Pantas jari Nia Aryana mencubit lengan Doktor Liyana. Akhirnya ,mereka sama-sama ketawa.

     " Carl dah dapat nama baby?" soal Doktor Liyana sebaik saja ketawa mereka reda. Carlos mengangguk lalu memandang wajah bayi di pangkuannya.

     " Boleh saya dapatkan untuk pendaftaran?" soal Doktor Liyana lagi. Carlos memandang wajah Nia Aryana seakan meminta persetujuan, dan Nia Aryana mengerdipkan matanya sebagai memberi keizinan.

     " I nak namakan baby girl ni dengan nama Alisha Nisrina. Boleh tak?" soal Carlos lalu memandang wajah Nia Aryana,

     " Alisha Nisrina..erm, unik nama tu. Mana you dapat Carl? Ada makna baik tak?" soal Nia Aryana semula. Carlos tersenyum lalu mengangguk.

     " I dapat dari mana tu tak penting. Yang penting maknanya 'bunga mawar putih mulia'!" jawab Carlos. Nia Aryana dan Doktor Liyana terpempan. Nama yang unik dan maksud yang cantik.

     " Err..bahasa apa tu?" soal Doktor Liyana. Carlos ketawa,

     " Bahasa Melayu la. Haha.. Takdelah, bahasa Arab dan Latin," jawab Carlos. Akhirnya mereka sepakat menamakan anak Nia Aryana dengan nama Alisha Nisrina binti Ariff Haikal.

Tiada ulasan: