Terkocoh-kocoh aku membawa beg bimbit Adam masuk ke dalam kereta, sedangkan aku belum siap sepenuhnya. Kemudian aku masuk semula ke dalam rumah untuk memakai tudung. Setelah siap semuanya aku menuju ke arah kereta BMW milik Adam, di mana dia telah menantiku di dalam kereta.
" Bawak kereta hati-hati," laung umi dari dalam rumah, dan aku membalasnya kembali. Sebaik saja aku masuk ke tempat duduk pemandu, aku terus memecut kereta menuju ke klinik. Sesekali aku menjeling ke arah Adam yang duduk di sebelahku. Terlena dengan nyenyaknya. Semalam hampir pukul 4 pagi dia bangun dan mengadu nak termuntah lagi. Belum sempat aku membuka lampu, habis permaidani menjadi tempat lambakan sisa makanannya. Pagi ni kelam kabut aku menyiapkan diri sambil berkemas semua tu. Mujur ibu mertua sudi membantu, memandangkan aku kena bawak Adam ke klinik.
Setengah jam kemudian selepas melalui kesesakan trafik, akhirnya aku sampai di Klinik Auni, klinik Doktor Hanif dan isterinya. Mencari parkir yang sesuai, aku mengejutkan Adam. Tercengang-cengang dia melihat kami sudah tiba, bukan di kawasan ofis. Kelat mukanya apabila terpandang nama klinik di depan mata. Haha.
" Cepatlah! Nanti lambat sayang nak masuk ofis ni!" aku mula membebel apabila melihat dia masih kaku di kerusi. Agaknya tak tahan mendengar aku berleter, dia bangun lalu keluar. Aku menutup pintu lalu memimpin dia masuk ke dalam klinik. Aku terus ke kaunter pendaftaran manakala Adam terus duduk. Seketika kemudian, Doktor Hanif keluar dari biliknya dan terus menghampiri kami.
" Haa, kenapa pulak kali ni, May?" soalnya. Aku tersengih.
" Lepas saya pengsan hari tu, ini kena dekat Adam pula, doktor. Hari ni dah masuk hari ketiga dia macam ni, pening dan muntah," jawabku. Doktor Hanif ketawa lalu membawa Adam masuk ke biliknya. Aku menanti di luar sebab, kalau aku masuk nanti aku ketawa kuat melihat muka Adam yang takut jarum tu. Sambil berjalan keluar, aku tak sedar yang aku berada di kaki lima klinik. Aku baru perasan yang sebelah klinik doktor keluarga suami aku ni, ada sebuah farmasi. Bila teringat yang minyak Cap Kapak sudah hampir habis, aku terus masuk ke dalam farmasi itu.
Sambil mata meliar memandang sekeliling, minyak angin sudah ku capai. Tiba-tiba mata aku terpandang ke arah sesuatu benda yang menarik minatku untuk mencubanya. Pantas aku terus ke kaunter pembayaran. Juruwang itu tersenyum memandangku, dan aku pula tersengih.
Selepas membayar, aku terus keluar lalu masuk semula ke klinik. Staff di kaunter memberitahu yang suamiku belum keluar lagi. Dengan itu aku mengambil kesempatan lalu terus ke bilik doktor Asyikin lalu aku menceritakan masalahku. Dia memberi cadangan kepadaku mengenai alat yang aku tengok sebentar tadi lantas aku terus menuju ke bilik air.
Aku menepuk pipiku beberapa kali! Tak mimpi nih! Aku gigit bibir, sakit! Betul ni! Bukan cubaan! Haha. Berdebar-debar aku menuju ke bilik doktor Munirah sedangkan dia sudah memandangku sambil tersenyum.
" Macam mana, May?" soalnya lembut.
" Tak kan kot, doktor? Saya okey je?" soalku sambil duduk. Dia tersenyum.
" Test kit?" soalnya sambil menadah tangan. Aku malu untuk menyerahkannya.
" Alah, positif," jawabku sambil meletakkan kit percubaan di atas dulang aluminium depannya. Aku menguntum senyum dan doktor Asyikin terbeliak matanya.
" Haih! Ini bukan main-main! Positif pun dibuat lawak ke?" soalnya marah-marah manja. Aku ketawa.
" Jangan bagitahu Adam atau keluarga Tan Sri lagi ye, doktor? Saya nak buat surprise!" kataku perlahan, malu-malu. Padahal aku yang tersurprise gila tadi. Selepas doktor Asyikin mengambil keterangan dariku, dia tersenyum panjang.
" Tahniah, Puan May. Awak hamil 3 minggu. Bunting pelamin nampaknya ni," katanya. Aku tergelak besar. Tak kisah la pelamin ke, khemah ke, janji Alhamdulillah. Selepas mengambil keputusan ujian tadi, aku bersalaman dengannya. Keputusan ujian itu aku simpan dalam beg tangan sebelum keluar. Sebaik keluar, kelihatan Adam memandangku pelik. Mukanya berkerut menahan sakit. Dah sahlah ni, kena inject kat mana-mana bahagian tubuh. Aku ketawa dalam hati. Hai, encik suami sayang. Kesian awak kena morning sickness dua hari ni ye. Tapi takpe, awak yang uwek, uwek pun sebab dah ada baby dalam ni. Aku sengih menutup kegugupan di hati.
" Macam mana? Apa kata doktor?" soalku. Dia menjeling.
" Takde sakit apa pun. Dia kata salah makan kot. Salah makan apa? Dah masuk 3 hari sampai badan lembik je," rungutnya.
" Kena inject tak?" soalku. Dia menjeling. Hurm, kenalah tu kalau muka dah kelat semacam. Aku bangun lalu memimpinnya menuju ke kereta.
" Nak pergi ofis tak?" soalku. Dia angguk. Alahai, workaholic betul suami aku ni. Akhirnya aku memandu kereta terus ke pejabat.
*********************************************************************************************************
Waktu rehat, aku menemani Adam di biliknya. Makan pun aku minta Nadia dengan Aziah tolong bungkuskan. Sambil melayani facebook di laptopnya, sesekali aku menjeling ke arahnya yang sedang tidur di sofa. Pucat lesi mukanya.
" Yayang," rengeknya sambil memandangku. Aku memandangnya sambil tersenyum. Cadang di hati nak bagitahu dia tapi aku fikir, elok jugak biarkan dia kena morning sickness sampai sebulan. Bila dah habis barulah aku bagitahu cerita sebenar. Hihi, jahatkan aku? Aku berjalan menghampirinya lalu aku duduk di sebelahnya. Dia meletakkan kepalanya di atas ribaku.
" Kenapa dengan abang ni, yayang? Abang betul-betul tak larat," keluhnya. Aku tersenyum. Untung betul suami yang kena alahan dulu. Haha.
" Tak baik mengeluh, abang," aku mengingatkannya.
" Tapi tak larat betul ni. Tadi je dah dekat 4 kali abang muntah," jawabnya lemah. Adeh, ini kalau staff yang lain tengok, mesti tak percaya yang bos singa diorang dah jadi meow Parsi. Haha.
" Kenapa yayang gelakkan abang...?" rengeknya lagi. Haih, dia ni! Time macam inilah nak soal benda yang aku tak bersuara. Aku terus memicit kepalanya dan akhirnya dia terlena. Lama aku termenung. Agaknya kalaulah aku yang berada di tempatnya ni, apakah dia akan memanjakan aku seperti mana aku manjakan dia tak? Selalunya laki aku ni payah aku nak tengok dia manjakan staff. Tanpa diduga, pintu bilik terbuka dan menjengah wajah Lutfi. Aku kaget, dan terus terasa mukaku merah padam. Lutfi masuk diikuti dengan Nadia yang menjinjit plastik makanan. Mukaku terasa semakin berbahang tapi yang di ribaan aku ni tak menyedari langsung. Mereka berdua masuk dengan senyap.
" Kenapa dengan Adam ni, May?" soal Lutfi berbisik. Aku memandang Nadia yang sudah tersengih macam kerang busuk. Dia meletakkan bungkusan makanan itu di meja sebelahku.
" Pening kepala. Dah dua-tiga hari asyik vomit je," balasku perlahan. Dahi Lutfi berkerut. Nadia yang duduk di sebelahku turut kehairanan.
" Food poisoning kot?" soal Nadia, berbisik.
" Taklah! Pagi tadi dah pergi klinik, doc cakap dia okey je," jawabku lagi.
" You pregnant kot?" duga Lutfi. Nadia turut memandangku. Aku terkedu. Telahan Lutfi benar.
" Jangan nak serkap jarang, ek? You datang ni kenapa?" soalku menutupi kegugupan di hati.
" I datang nak bagi dokumen ni," kata Lutfi sambil menunjukkan dokumen di tangannya. Aku mencapai lalu meletakkan di sebelahku. Aku menjeling Nadia pula.
" Kau?" soalku. Dia tersengih.
" Nak tengok bos. Hihi," lalu dia menutup mulut dari ketawa kuat.
" Kalau macam tu, takpelah. Nanti you bagi kat dia dokumen tu, okey? I pun tak nak ganggu you berdua berehat. I balik ofis dulu," katanya lalu bangun. Aku angguk lalu Lutfi terus keluar. Nadia tersenyum simpul melihat aku memangku bos kesayangan dia.
" Sedapnya laki kau dapat tidur dekat tilam Vono," perlinya. Aku menjegilkan mata kepadanya supaya dia berhenti mengarut sebelum suami aku menyampuk dalam tidur.
" Baik kau diam, Nad! Kang kau kena sebiji dengan bos kau ni," balasku.
" Bos aku, laki kau jugak," Nadia menjawab. Belum pun sempat aku membalasnya, tiba-tiba...
" Awak takde kerja ke, Nadia?" soalan yang terpacul dari mulut Adam membuatkan Nadia terkedu. Lantas dia bangun dan terus keluar. Aku berpaling ke arah lain sambil mengulum senyum. Kan dah kata!
" Amboi, yayang! Sedap ye Nad kata abang tidur atas tilam Vono?" soalnya sambil membuka mata. Aku tersengih.
" Tak betul ke?" soalku. Pantas tangannya mengutil pehaku. Adoi! Cucu ketam betul! Macam ni rupanya kalau pembawakan budak. Pantas aku mengusap pehaku sebaik saja dia bangun. Dia meraup muka lalu tangannya ditadah di hadapanku. Aku tercengang.
" Ape?" soalku.
" Fail yang Lutfi bagi," jawabnya. Aik? Tadi bukan tidur ke? Pantas aku menyerahkan dokumen itu kepadanya. Dia mengambil lalu bangun menuju ke mejanya.
" Ini kenapa tak log out?" soalnya. Aku bangun terkejut lalu menerpa ke arahnya. Belum sempat aku mencapai laptop, dia terlebih dahulu sudah menutupnya. Aku membuat muncung, lalu beredar untuk keluar.
" Yayang, meh makan?" soalnya sambil menunjukkan bungkusan makanan yang Nadia beli tadi. Aku menggelengkan kepala.
" Abang makanlah dulu. Abang kan tak sihat. Nanti sayang lapar, sayang makan eh?" pujukku.
" Kepala abang dah kurang sikit peningnya. Marilah temankan abang makan," ajaknya. Aku diam. Dia dah sihat? Punah! Lepas ini confirm giliran aku!
" Abang makan dulu, okey? Sayang ada kerja nak buat ni," jawabku lalu cepat-cepat aku keluar. Terdengar namaku dipanggil namun aku terus menuju ke mejaku. Sampai di meja, aku terus menyambung semula kerjaku yang terbengkalai tadi. Nadia memandangku sambil tersenyum kelat. Padan muka! Haha.
" Malu aku, babe! Terkena dengan laki kau!" kata Nadia perlahan. Aku ketawa.
" Sebab tu tadi aku warning sambil jegil mata kat kau," jawabku.
" Macam manalah kau hadapinya ek?" soal Nadia lalu ketawa.
" Hadapi jelah! Haha," lalu aku terus ketawa. Kami terus menyambung kerja tanpa bersuara. Aku tersedar hari hampir lewat petang apabila terdengar bunyi suara Zain mengeliat.
" Buruk beno," kataku lalu Zain ketawa. Yang tinggal cuma aku, Zain, Nadia dan Hanis. Mataku mengerling ke arah jam, hampir pukul 7 petang. Kemudian aku bangun menuju ke arah bilik Adam. Sebaik saja pintu aku buka, aku lihat dia sedang tidur di mejanya sambil menutup muka. Aku masuk menuju ke arahnya namun pandanganku tertumpu pada bungkusan makanan yang masih belum terusik. Dia belum makan? Ya Allah! Pantas aku mengejutkannya. Dia bangun dalam mamai. Ini mesti tidur lepas aku keluar tadi. Lama sungguh!
" Abang belum makan?" soalku. Dia menggeleng kemudian dia menyendengkan tubuhnya pada tubuhku yang tegak berdiri di sebelahnya.
" Lepas yayang keluar, kepala abang pening balik! Abang tak boleh bangun pun," keluhnya. Huh! Degil! Nak jugak datang koje! hati aku membebel geram. Aku menutup semua suis elektrik dan suis air cond lalu aku memintanya tunggu di sofa. Aku keluar lalu melihat yang tinggal cuma Zain dan Hanis.
" Mana Nad?" soalku.
" Kak Nad dah balik," jawab Hanis.
" Hurm, eloklah awak berdua balik. Saya pun dah nak tutup ofis ni. Bos tak berapa sihat jadi nak tutup ofis awal," kataku sambil mengemas mejaku. Mereka berdua mengangguk lalu bersiap-siap untuk pulang. Aku kembali ke bilik Adam lalu memimpinnya keluar. Setelah mengunci pejabat, kami beriringan menuju ke arah lif.
Setibanya kami di rumah, belum sempat menukar baju, Adam bergegas berlari menuju ke bilik air di dapur. Aku tersenyum simpul sambil menutup gril dan pintu. Terdengar Adam muntah beberapa kali. Aku naik ke bilik lalu mencapai tuala, dan turun kembali. Keluar saja dari bilik air, aku sudah melambakkan tawa. Pucat giler muka laki aku! Dia menyambut tuala yang ku hulurkan, namun mukanya kelat.
" Gelak pulak! Abang dah separuh nyawa muntah ni, bukan nak kesian," dia merajuk. Haha.
" Nak makan apa-apa tak? Sayang nak masak," soalku. Dia duduk di kerusi meja makan.
" Abang teringin nak makan cendol la, yayang," usulnya setelah lama berdiam diri. Aku yang sedang mencuci beberapa biji buah oren ( untuk Adam), tercengang. Cendol? Ate, mana nak cari malam-malam buta ghope ini abang oi? hati aku menyoal.
" Mana nak cari cendol malam-malam ini, abang oi?" soalku sambil meletakkan hirisan buah oren di depannya.
" Nah, makan buah ni dulu! Bagi potong rasa loya tu," aku menambah. Dia mencapai sehiris lalu dimasukkan ke dalam mulut. Aku yang sedang membasuh pinggan menoleh. Aku menahan ketawa. Mukanya berkerut. Haha, oren masam. Sengaja aku beri buah masam supaya dia tidak loya lagi. Mujur, sudah tiga hiris buah itu dimakannya.
" Terasa-rasa mulut ni nak makan cendol. Hurm, manis gula merah, kacang merah, cendol, lemak santan, sedapnya yayang," omelnya sambil berangan. Aku mencebik. Mulut makan buah oren tapi rasa cendol! Memang parah dah laki aku ni.
" Itu esok sayang beli. Ni sudah malam, tak jumpa," jawabku selamba ingin mendera perasaannya. Aku menjeling dan melihat dia termenung. Huh, susah kalau lelaki yang mengidam! Aku mengesat tangan untuk naik mandi.
" Lepas makan, kalau tak habis, masukkan dalam peti ais balik. Kemudian, naik mandi. Bau busuk muntah tu, " aku mengingatkan lalu mencapai beg tangan yang terletak atas meja makan, lalu terus naik ke atas. Sambil naik, aku menghantar mesej kepada Muiz. Cendol untuk suami kena beli jugak! Hehe. Aku tersengih.
Sewaktu aku sedang mandi, terdengar seperti telefonku berbunyi. Kemudian, sepi. Sekali lagi berbunyi dan aku terdengar suara Adam dari luar.
" Yayang, phone bunyi tu," jeritnya. Aku tahu, itu pastu Muiz.
" Jawab kejap, phone dalam beg tangan," jeritku dari dalam bilik air. Seketika kemudian, sepi. Sudah mandi, aku terus keluar. Aku melihat muka Adam merah padam. Aku hampir ketawa namun ketawaku terus mati apabila melihatkan keputusan ujianku petang tadi berada di tangannya. Dia memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku gelisah. Alamak, dah tak surprise lagi! Dia bangun lalu menghampiri aku yang masih belum lengkap berpakaian. Mukanya memang merah padam. Aku berundur beberapa langkah akhirnya aku terperangkap pada almari baju. Kedua-dua belah tangan sasanya mengepung aku. Ah, sudah! Dah nampak tanda-tanda nak naik angin ni!
" Satu, kenapa minta Muiz belikan abang cendol?" soalnya dengan suara yang direndahkan. Seram pulak aku mendengarnya.
" Kakak Muiz kan, buka restoran," jawabku jujur. Dia menjegilkan matanya. Kemudian...,
" Kedua! Ini memang aku betul-betul marah dengan kau! Ni apa? Bila punya test?" soalnya dengan nada marah yang ditahan. Aku terkedu! Dia berubah dah!
" Jawablah!!" jerkahnya. Bahuku terangkat kerana terkejut. Belum pernah aku dengar dia naik angin sampai tahap ini. Tak semena-mena, air mataku bertakung. Sungguh! Bukan sebab aku takut, tapi aku terkejut. Dia melayang-layangkan kertas keputusan ujian di hadapanku. Aku teragak-agak nak jawab.
" Dalam keadaan macam ini, kau drive hantar aku ke klinik, pergi ofis, temankan aku sampai dua-dua pun tak makan, ke hulu ke hilir kau layan mood aku, kau tak fikir ke tentang keadaan kau? Kenapa kau pentingkan sangat diri aku sampai diri kau pun kau abaikan?" soalnya dengan tinggi suara lagi. Aku terketar-ketar memegang hujung tuala yang aku rasakan hampir terlucut. Ini marah betul! Sampai dah ubah panggilan! Padan muka kau, May! hatiku mengejek.
" Sebab abang suami sayang," aku menjawab perlahan. Dia merengus sambil berpaling.
" Kau seronok sangat tengok aku kena morning sickness sampai 2-3 hari, kau tahu tak dalam keadaan macam ni kalau 2-3 bulan pun aku sanggup! Tapi bukan peluang untuk kau mengabaikan diri kau!" marahnya lagi. Air mataku tumpah. Dia menghampiriku.
" Aku tak kisah kalau aku sakit, May! Tapi dalam tu, anak aku! Zuriat kita! Kenapa kau tak fikir?" soalnya. Akibat terkejut dijerkah macam tu, lututku rasakan semakin lemah. Aku hampir terduduk namun cepat dia menyambar lenganku. Perlahan aku dibawa ke arah katil lalu didudukkan. Adam meramas rambut lalu mencangkung di depanku. Perlahan jarinya mengesat air mataku.
" Kenapa nak rahsiakan daripada abang ni?" suaranya dikendurkan kembali. Dia menatap keputusan ujian itu sekali lagi.
" Sayang nak surprisekan abang. Abang orang pertama yang tahu," jawabku perlahan. Dia mengeluh lalu tersenyum.
" Okey, ini abang dah tahu. Tapi lain kali jangan buat macam ni. Bahaya! Apa-apa pun boleh terjadi di luar kawalan," pujuknya. Aku tersedu-sedu. Huh, menangis sebab perbuatan sendiri.
" Ada lain kali lagi ke?" soalku sedu namun hampir tergelak. Dia menjegilkan matanya.
" Kan abang pernah kata, abang nak tunjuk hero. Hah, ni bukti abang memang hero," sindirnya sambil memegang perutku di balik tuala, lalu mengingatkan aku pada perbualan kami malam minggu lepas. Huh! Malunya!
" Abang kata lain kali tu, macam sanggup je nak hadapi morning sickness ni lagi," perliku. Dia tersengih.
" Demi yayang dengan baby, abang sanggup sampai 10 kali pun," dia mengenakanku pulak. Aku terus mencubit lengannya yang tidak berbaju. Dia mengaduh.
" 10 kali? Abang mengandung sendiri! Macam kuat sangat!" kataku lalu menolaknya. Dia tergelak.
" Kuatlah, kalau memang nak 10 orang anak," jawabnya.
" Dah, pergi mandi. Nanti Muiz sampai, cendol cair, abang belum siap," kataku lalu menolaknya masuk ke bilik air.
" Uih, sedapnya cendol," laungnya dari dalam. Belum beberapa minit, kedengaran dia vomit lagi. Aku yang sedang berpakaian, menoleh.
" Yayang, abang dah tak larat nak muntah ni," laungnya dengan lemah. Aku tergelak. Eleh, tadi berlagak hero sangat. Baru nak masuk satu, mengaduh macam dah kena 3 anak.
" Cepat, cendol menanti. Kesian ayah ye, baby? Mengidam nak makan cendol sampai suruh uncle Muiz belikan," aku memerlinya sambil menyidai tuala. Kedengaran Adam membebel dalam bilik air, dan bebelannya kali ini membuatkan aku merasa senang sekali. Perlahan aku mengusap perut sambil tersenyum di atas katil, menanti Adam untuk turun ke bawah bersama-sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan