Sudah menjadi satu kemestian, tiap hari minggu kena bermalam di rumah mertua. Ini semua encik suami punya idealah! Muncung aku panjang tatkala melihat Nadia tersengih ke arahku. Mataku mengerling ke arah jam dinding, hampir pukul 6 petang. Kata Aziah, ada klien dalam bilik Adam, dan petang tadi pun aku dah dapat mesej dari dia supaya menunggunya untuk pulang bersama-sama.
" Rilekslah, babe! Kau ni macamlah baru kenal suami kau tu," pujuk Nadia. Sekarang dia tinggal dengan Zatul di rumah sewa aku dulu. Aku menjeling.
" Nak masuk dua bulan menikah pun, masih tak ngam-ngam lagi?" soal Zatul dengan hairan.
" Macam mana nak ngam? Bertunang pun tak tahu, menikah pun rahsia-rahsia..sabo ajelah!" jawabku. Nadia tergelak. Teringat kenangan semasa malam akad nikah yang lalu. Baru saja tangan ni gatal-gatal nak main game dalam handphone, terdengar namaku dijerit.
" Hurm, encik bos kesayangan dia dah panggil," perli Aziah. Semua pakat ketawa. Aku menjeling lalu bangun menuju ke biliknya. Sebaik saja aku berdiri di depan pintu biliknya, dia keluar dengan kliennya. Aku masa tu sedang ralit melihat notis di papan kenyataan, menoleh saat namaku dipanggil.
" Perkenalkan, ini Senior Executive Audit Operation syarikat kami, Maysarah Abd. Aziz," kata Adam. Sebaik saja aku menoleh kepada klien di sebelahnya, jantung aku seakan berhenti berdegup. Dan dia pun turut tercengang memandang aku. Ruzlan!! Aku terkedu!
***********************************************************************************************
"Dah lama ke kau kerja kat sini?" soalnya memecah kesunyian di bilik mesyuarat sebaik saja Adam keluar untuk mengambil beberapa fail di biliknya. Aku mendiamkan diri sambil menaip sesuatu pada skrin laptopku. Sebenarnya aku sedang berchatting dengan Nadia menerusi Yahoo Messenger. Nadia mengenali Ruzlan kerana ketika kami sama-sama menuntut di universiti dulu, aku rajin bercerita tentang jejaka ini kepadanya.
May.Aziz : Nad, kau tahu x sape klien bos kau ni? Kau mesti x caya!
Nad.Mafia : Bos aku tu kan laki kau! Haha. Sape? Saspen je kau ni! :D
May.Aziz : Guess who? Ruzlan, babe!
Nad.Mafia : What??? Oh, my Allah! Are u okay, babe?
May.Aziz : Yup! Ruzlan... the same person that I've told u! Okay lah kot? :P
" May?" teguran itu terus membuatkan aku log out dari Yahoo Messenger. Aku memandangnya sekilas.
" Tak sangka pulak aku, kau kerja dengan Diamond West Enterprise," kataku. Mana suami aku ni, lambatnya ambil fail.
" Aku pun tak sangka boleh jumpa kau kat sini, selepas kejadian tu..." Ruzlan berkata sambil matanya melirik ke arahku. Sorrylah, aku dah tak touching kalau kau nak bagi ingat kenangan lalu. Aku dah bersuami, hatiku menjawab. Aku tersengih.
" Kau kerja lama dah dengan DWE?" soalku. Dia angguk.
" Adalah dekat 7 tahun. Kau macam mana?" soalnya.
" Aku dekat 5 tahun, ini company kedua selepas Financial Audit, KL," jawabku. Dia tersenyum. Ah, Ruzlan! Masih seperti dulu. Aku terpanar.
" Kau dah kahwin?" soalannya membuatkan aku terkedu. Belum sempat dia mendapatkan jawapan, pintu dibuka. Adam masuk sambil tersenyum, dan duduk di tempatnya.
" Ruzlan ni nak minta kita wakil untuk audit semua outlet di bawah nama DWE tu. So, saya nak serahkan enam fail anak syarikat ni kepada awak, May, dan enam copy file ni saya bagi pada awak, Ruzlan. Apa-apa hal kamu berdua boleh berbincang," kata Adam sambil menyerahkan enam fail kepadaku dan Ruzlan. Aku membelek kesemua anak syarikat yang beroperasi di sekitar KL cuma satu saja di kawasan Skudai.
" Yang dekat Skudai tu, macam mana terjauh pulak?" saolku. Ruzlan ketawa.
" Bisnes maju, cik May. Majikan sentiasa cari peluang," jawabnya. Ceh! Formal sangat, aku terus mencebik.
" Okeylah kalau macam tu. Nanti saya bincang dengan team saya dulu, apa-apa feed back saya akan inform encik Ruzlan kemudian," kataku lalu bangun. Selesai perbincangan aku cepat-cepat keluar menuju ke meja Nadia. Dan Nadia pun nampaknya sudah tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya dariku. Aku tinggalkan Adam dan Ruzlan menyambung semula perbincangan.
" Nad.....," kataku separuh berbisik lalu menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Nadia menoleh.
" Hah, apa cerita?" soalnya dengan excited. Aku meletakkan fail di atas mejanya.
" Lan kat dalam tu, Nad! Buat jantung aku macam nak pecah! Bertahun aku tak jumpa dia, Nad! Kenapa hari ni dia muncul balik?" soalku separuh gelisah. Nadia menggigit hujung pensil.
" Bisnes?" jawab Nadia selamba.
" Oh, my! Takde syarikat audit lain ke yang dia nak minta tolong, Nad oii? Nak luruh jantung aku masa bos kau introduce aku tadi," kataku.
" Hello, cik kak! Bos aku tu, suami tercinta kaulah! Boleh pulak buat lawak sengal time camni," jawab Nadia sambil mengetuk jariku dengan pensilnya. Aku tersengih sambil bangun menuju ke mejaku semula.
" Buang masa je temankan dorang tu. Elok kau aje yang pergi tadi," kataku sambil mula menyemak data dalam fail syarikat milik DWE. Nadia tergelak.
" Bos panggil Maysarah Abd. Aziz, bukan Sharifah Jannatul Nadia Syed Bukhari Al-Sagoff tau," sindir Nadia.
" Amboi, siap bagi nama penuh kau nampak? Taulah nama kau tu sedap, ada Al-al kat belakang," perliku pula. Dia ketawa.
" Kau pernah makan nama aku, ek?" soalnya sambil tersengih.
" Pernah, rasa macam capati hangit! Haha," lantas aku ketawa. Nadia menjeling tajam. Seketika kemudian, mereka berdua keluar dari bilik mesyuarat. Sambil menghantar Ruzlan ke muka pintu, dia memandang ke arahku lalu melambai. Tercengang aku namun aku tetap jua membalasnya. Hilang dari pandangan, Adam menghampiriku.
" Jom, umi dah tunggu," katanya lalu beredar ke biliknya untuk mengambil barangnya. Aku mengemas meja lalu mencapai beg tangan. Nadia dan Zatul turut bersiap-siap untuk pulang kerana pejabat akan dikunci sendiri oleh Adam, memandangkan Adam tidak mempercayai pengawal keselamatan untuk diberi kunci pendua. Banyak maklumat audit, katanya. Hati manusia kita tak boleh jangka. Aku turut bersetuju dengan pendapat Adam. Beringat sebelum kena. Kami berempat berjalan beriringan ke arah lif, dan turun bersama-sama. Sampai saja di parkir, kami berpisah. Aku dan Adam menuju ke arah keretanya. Oh, ya! Semenjak jadi isteri orang ni, aku datang kerja pun dengan suami. Kereta aku tu buat hiasan je kat rumah. Takpe, kalau kereta aku jem tak boleh bergerak, aku pow encik suami suruh beli kereta baru. Haha.
*******************************************************************************************************
Usai solat maghrib bersama-sama, aku duduk sebentar di atas katil. Terasa pening seketika. Adam yang baru melipat sejadah, menoleh ke arahku, hairan. Pantas dia mendekatiku.
" Kenapa ni, sayang?" soalnya. Aku menggeleng dan cuba bersandar dengan bantuannya.
" Entah, tiba-tiba je pening," kataku sambil memicit-micit dahi. Adam menyapu minyak angin lalu turut memicit dahiku. Wah, syahdunya! Encik suami tolong picit kepala. Hehe.
" Nak turun makan tak? Atau nak abang suruh mak bawak naik makanan?" soalnya. Aku menggeleng dalam mata terpejam.
" Takpelah. Saya nak rehat kejap. Ini bukan apa, migrain," kataku. Adam mengangguk kerana dia sudah sedia maklum penyakit aku yang satu tu sejak aku berkhidmat dalam GSA Holdings.
" Abang turun dulu, ada apa-apa, May jerit je," katanya lalu mengucup dahiku dan terus keluar setelah menutup lampu. Aku menarik selimut rapat ke dada, dan lena. Kepala semakin berdenyut-denyut dan berpusing. Oleh kerana tak tahan menahan gelodak dalam perut, aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Muntah, cuma angin dan air. Aku membasuh muka dan pening makin kuat terasa. Tak sempat berpaut, aku rebah di depan bilik air.
*********************************************************************************************************
"May tak nak makan ke?" soal Puan Sri Sabrina. Adam mendongak.
" Dia pening, lepas solat tadi. Menjadi-jadi pulak migrain dia tu," kata Adam.
" Eh, ye ke? Kenapa tak bawak ke hospital?" soal Tan Sri Ghazali. Adam tersengih.
" Penakut jarum si May tu, abi. Badan je beso," perli Adam kemudian lengannya ditampar ibunya. Puan Sri Sabrina menjeling. 'Laser betul anak aku ni, manalah isteri tu tak rajin menjawab,' hatinya membebel.
" Biar umi bawak sup ni kat dia," kata Puan Sri Sabrina lalu menatang semangkuk sup ayam di dalam dulang, terus menuju ke bilik anak menantunya. Baiknya ada mak mertua macam ni. Sebaik saja dia membuka pintu bilik, suasana gelap menyerbu.
" Apelah anak aku ni, dibiarkan bilik gelap. Buka lampu kan senang," katanya sambil kepalanya digeleng lalu membuka suis lampu. Sebaik saja bilik terang, matanya tertacap pada susuk tubuh menantu yang terbaring antara lantai bilik dan bilik air.
" Ya Allah, Maysarah! Kenapa ni? Adam!" jeritnya sambil meletakkan dulang atas meja kerja anaknya. Cepat-cepat dia memangku kepala menantunya, lalu ditepuk-tepuk pipinya.
Adam tersedak tatkala mendengar ibunya menjerit nyaring memanggil namanya. Lantas dia mencuci tangan dan terus berlari naik ke biliknya. Ayahnya turut berkejar naik mengikutnya. Dalam hati Adam serasa mahu pecah apabila memikirkan isterinya yang kurang sihat.
Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik, hatinya dipukul bimbang. Isterinya terbaring tanpa sedar. Tan Sri Ghazali pantas menelefon doktor peribadi keluarganya dan Adam sudah mengangkat tubuh chubby isterinya lalu diletakkan atas katil.
" Sayang, bangun! Jangan buat abang risau macam ni," Adam menepuk-nepuk pipi isterinya manakala Puan Sri Sabrina merenjis-renjis air di muka menantunya.
" Teruk sangat sakit si May ni, Adam. Kita bawak ke hospital jelah," ibunya memberikan usul. Adam menggeleng.
" Abi dah call Doktor Hanif, nanti dia datang dengan isterinya, Doktor Asyikin," ayahnya menjawab. Setengah jam kemudian, pasangan doktor itu tiba di perkarangan rumah Adam.
*****************************************************************************************************
Aku cuba membuka mata, dan terasa silau. Sapelah yang tidur tak reti tutup lampu ni? Ganggu aku nak tidur je, hatiku membebel. Aku memegang kepala dan cuba untuk bangun. Sekilas aku menoleh pada suami yang sedang melayan laptopnya. Kemudian, dia memandangku, lalu pantas dia menghampiri.
" Sayang rehatlah," katanya. Aku duduk bersandar pada kepala katil. Dia duduk di sebelahku.
" Kenapa ni?" soalku hairan.
" Sayang pengsan tadi, umi yang nampak masa nak hantar makanan," jawab Adam. Perlahan aku mengingati semula kejadian tadi. Betullah, aku berlari masuk ke bilik air sebab nak termuntah.
" Sorrylah, saya dah buat semua orang bimbang," keluhku. Adam memelukku, erat.
" Don't say like that, sayang. Sepatutnya bersyukur tak jadi apa-apa. Doktor Asy cakap perut awak kosong. Tengahari tadi tak makan ke?" soalnya. Aku tersengih.
" On diet," jawabku selamba. Dia menjegilkan matanya.
" Diet amende sampai pengsan-pengsan? Meh, abang suap nasi dengan sup," katanya sambil menarik dulang makanan di atas meja. Aku memandang ke dalam dulang makanan. Wah, ada sup ayam! Favorite aku ni! Dengan perlahan dan penuh kasih sayang, dia menyuap aku. Aku mengunyah sambil menunduk. Malu nak bermanja dengan suami sendiri. Haha.
" Lepas ni, jangan gatal-gatal nak diet bagai! Lunch time, makan. Bukan tidur. Lepas tu mengadu kat abang sakit kepalalah, peninglah, gastriklah!" bebelnya padaku. Aku menarik muka masam.
" Tak nak dengar takpelah! Tak nak mengadu lagi lepas ni!" rajukku. Time sakit cenggini aku nak manja-manja, dia bebel pulak. Adam ketawa melihat muka kelat isterinya. Tau jugak nak merajuk yer? sindir hatinya.
" Dah, habiskan makan ni. Lepas tu makan ubat, tidur," katanya memujukku. Seketika kemudian, aku tersengih. Setelah menghabiskan semuanya, aku kembali menyambung tidurku. Dalam keadaan khayal aku terasa Adam memelukku erat dan akhirnya aku sudah tak ingat apa-apa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan