13 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 6

     Morning Monday...blues Monday.. Aku inform Nadia yang aku masuk ofis lewat sikit sebab aku nak ke klinik dulu. Sebaik saja Nadia keluar, aku menyambung semula tidurku. Harap-harap tak terlajak la nanti. Klinik lah sangat kau, May! Haha.
                         *************************************************
     Meliar mata Adam mencari kelibat Maysarah. 'Hai, ke mana pulak dia ni pergi? Dia tak masuk ofis ke?' hati Adam berbisik. Tanpa sedar dia berjalan menuju ke meja Maysarah. Sambil mengusik-usik fail yang ada di atas meja Maysarah, dia memandang foto di bingkai gambar itu. 'Hurm, comel jugak si debab ni!' hatinya berkata lalu dia tersenyum. Sikapnya itu membuatkan Nadia dan Aziah berpandangan sesama sendiri, dan serentak mengangkat bahu.
     " Bos?" tegur Nadia. Adam tersentak lalu senyumannya mati. Dia menoleh ke arah Nadia lalu dia menjungkit keningnya. Nadia membalas semula dengan menjungkitkan keningnya juga.
     " Kenapa?" soal Adam. Nadia pelik. 'Betul ke tak bos aku ni? Aku panggil dia, aku pulak yang kena kenapa? Senget ke tak ni?' hatinya menyoal.
     " May masuk lewat sikit hari ni. Bos tak payahlah tunggu dia kat sini," perli Nadia selamba sambil menyemak data dalam laptopnya. Tergamam Adam seketika. ' Adeh, malunya aku! Ada orang perhatikan aku rupanya!' kata hatinya lalu dia berdehem-dehem dan beredar. Sebaik melalui meja Nadia, dia berhenti seketika.
     " Nad, kalau May datang, suruh dia masuk bilik saya. Bawak fail plaza Kajang," katanya lalu beredar. Nadia memandang Aziah yang membuat mimik muka, dan seketika kemudian mereka ketawa.
                      ********************************************************
     Malasnya aku nak menapak masuk ofis hari ni. Pandang ofis depan mata rasa macam nak tidur dalam kereta je. Nak mengadap muka singa tu pulak, Allah..habis lari semangat aku! Aku terus mencapai beg tangan lalu keluar dari kereta. Setelah menutup pintu dan menekan kunci, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bangunan GSA Holdings.
     Sebaik tiba di tingkat 19, aku berjalan menuju ke pintu besar. Masuk saja ke dalam ofis, aku terus menuju ke meja aku. Belum pun sampai beberapa langkah, terdengar namaku dipanggil dari arah bilik Adam. Aku menoleh. Kelihatan Adam sedang berdiri memeluk tubuh dan bersandar di pintu biliknya. Aku menjeling namun aku hampiri jua.
     " Kenapa lewat?" soalnya. Aku diam sambil memandang ke arah staff lain yang sedang sibuk membuat kerja. Adam memandang ke arah wajahku dengan satu pandangan yang aku sendiri pun tak tahu nak cakap. Ape pandang-pandang anak dara orang ni? Bos ni betullah senget! Aku menoleh dan memandang dia semula. Tindakan spontan aku tu membuatkan rona wajahnya bertukar pinkish. Adeh, ada bos pun kulit macam pompuan! Haha.
     " Mana fail Kajang?" soalnya. Eleh, nak cover malulah tu! Aku menghulurkan fail yang aku sedang pegang ke arahnya. Dia menyambutnya, lalu aku terus beredar menuju ke arah meja kerjaku. Adam menunduk lalu masuk semula ke dalam biliknya. Pantas dia menekan interkom, menghubungi HR Department.
     " Dahlia, please come to my office, and bring Maysarah Abd. Aziz personal file with you. Now!" kata Adam kepada Dahlia, manager HR Department. Sambil membelek-belek fail Kajang, dia termenung.
     " Apasal bos tu?" soal Nadia. Aku memandang ke arah Nadia, lalu aku mencapai fail Nilai yang berada di penjuru meja.
     " Entah! Aku sampai je belum pun melangkah 10 tapak, dia dah terpacak menunggu kat depan bilik dia! Macam tak senang je tengok aku takde dalam ofis," kataku. Nadia ketawa. Aku memandangnya pelik.
     " Kau ni kenapa pulak?" soalku. Nadia menghabiskan sisa tawanya sebelum bercerita.
     " Kau nak tau? Tadi dia datang ke meja kau, lepas tu senyum sorang-sorang. Aku tak tahu apa yang dia fikir tapi aku dengan Azie nampaklah gelagat dia. Aku rasa kan May, dia suka kat kaulah!" kata Nadia. Aku menjeling. Aziah yang sedari tadi cuma mendengar terus menggangguk.
     " Jangan merepeklah! Berbulu je dia tu kalau tengok aku. Ada je yang dia tak puas hati," aku menjawab. Belum sempat Nadia membalas, terdengar Adam menjerit lantang memanggil nama aku. Aku mendongak lalu memandangnya.
     " Pukul berapa awak nak turun padang?" laungnya dari arah pintu biliknya. Aku memandang ke arah Nadia dan Aziah dengan rasa hairan. Lantas aku berdiri. Kelihatan dia mencekak pinggangnya. Eleh, tahulah ada pinggang cun dari aku! Aku mencebik. Menyampah!
     " Turun padang?" soalku dengan rasa hairan.
     " Bukan awak kena handle audit kat Balakong dengan team tingkat 15 ke hari ni?" dia menyoal sambil menunjukkan fail Balakong kepadaku. Aku menggaru-garu kepala lalu aku mencapai kalendar yang terletak di sudut meja.
     " Kejap, bos!" aku menjerit. Team aku ke hari ni? Takde catit pun, tapi untuk hari Jumaat ada lah aku catit. Pantas aku menyelak list team yang kena turun audit nanti. Hurm, untuk hari ni team Zain dengan Rafik. Aku mengerutkan kening lalu aku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Semua staff memandangku. Dia turut memandangku.
     " Bos, nak saya fotostat team list untuk bos buat reference ke?" soalku. Dia menjegil ke arahku. Nadia menutup mulut tapi aku dapat menangkap ketawa halusnya.
     " Nak buat apa pulak?" soalnya, dengan rasa yakin macam team aku je kena turun padang.
     " Nak suruh bos check sendirilah! Hari ni team Zain dengan Rafik. Bos ada nampak ke budak berdua tu kat dalam ofis hari ni?" soalku lebih kepada memerli. Tercengang Adam aku lihat saat itu. Pantas dia membuka fail yang berada dalam tangannya. Nampak sangat tak belek langsung fail tu! Mukanya kembali pinkish. Haha, bos termalu!
     " Pasal apa dia tinggal fail Balakong atas meja saya pulak?" soal Adam. Adeh! Aku mula menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal.
     " Bos, please call Zain and ask him lah! Why you always ask me? That's not my area! Adoi, bos oii!" aku mula berlagu geram. Semua staff ketawa mengekek-ngekek. Adam cuma menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam biliknya semula. Aku duduk kembali. Sesaat kemudian, terdengar dia membebel kepada Zain dan Rafik. Hah! Kan dah kena marah!
     " Ilmu apalah kau pakai ni, May? Bos asyik nak cakap dengan kau je," perli Zatul. Aku cuma tersengih.
     " No wonder lah aku panggil dia bos senget!" jawabku. Akhirnya kami semua ketawa. Aku bangun menuju ke mesin fotostat lalu membuat dua salinan untuk Adam sebagai rujukan. Kalau hilang jugak lepas ni, aku tak tahulah nak gelar bos aku ni apa lagi! Sebaik saja selesai membuat salinan, aku menuju ke arah biliknya. Pintu bilik aku ketuk lalu aku masuk. Kelihatan dia sedang membelek fail Balakong dan sebelahnya fail Kajang. Dia memandangku sekilas lalu kembali menatap fail itu.
     " Nah, bos!" lalu aku meletakkan salinan tersebut di hadapannya. Dia cuma mengangguk. Apabila melihat dia tidak berminat untuk bercakap denganku, aku terus memusingkan badan untuk keluar. Belum sempat aku melangkah, dia memanggil. Aku menoleh.
     " Debab, kau masih marahkan aku pasal hari tu?" soalnya. Aku mengeluh. Sebab kaulah aku demam terkejut semalam, tahu tak? Namun aku menjawab dalam hati je.
     " Err...tu salinan untuk team list yang akan turun padang bulan ni," kataku sambil menekan ayat 'turun padang' agar dia tak tersilap team lagi. Malas untuk buat sesi soal jawab dengan dia, aku terus keluar tanpa menjawab soalannya. Adam memandang melalui ekor matanya saja. Seketika kemudian, aku menjengukkan kepalaku semula.
     " Bos! Jangan lupa semak fail Kajang tu, team saya turun padang Jumaat ni," kataku lalu terus menutup pintu. Adam mengurut dadanya, terkejut. 'Macam chipsmore la dia nie,' hati kecilnya mengomel.
     Aku di luar berjalan dengan senang hati. Lepas ni kalau dia silap team lagi, memang aku akan tampal semua salinan di dinding biliknya. Biar dia hadap benda tu setiap saat. Nadia dan Aziah sudah mengemas meja untuk keluar makan tengahari. Aku kembali duduk di mejaku dan tersengih.
     " Korang tolong tapaukan, eh? Aku nak siapkan kerja aku sebab Jumaat ni aku kena turun padang pulak!" kataku. Nadia dan Aziah mengangguk.
     " Macam biasa ke?" soal Aziah.
     " Yup!" jawabku. Lalu mereka beredar. Aku kembali menyambung semula kerjaku dengan tekun sekali, tanpa sebarang gangguan.
                              ****************************************************
     Lenguh habis seluruh badan aku, lalu aku memandang ke arah jam dinding. Hampir pukul 8.30 malam. Tadi lepas aku makan tengahari, aku terus menyambung kerjaku. Bila masa Aziah, Nadia dan yang lain-lain pulang pun aku tak sedar. Yang aku sedar apabila Zain dan Rafik balik ke pejabat pukul 6.45 petang. Itu pun masih tinggal aku dengan Zain manakala si Rafik baru saja pulang. Aku memandang Zain yang sedang tekun menghadap komputer.
     " Zain, kau tertinggal fail Balakong ke pagi tadi?" soalku. Zain yang sedang mengemaskini data dalam komputernya, menoleh.
     " Bukan sengaja, May! Aku letak nak suruh dia sain. Alih-alih bila team aku call kata dah tunggu kat parking, aku terus terlupa. Nasib baik si Rafik bawak yang salinan, itu pun pedih jugaklah telinga aku dengar bos senget kita tu membebel!" jawabnya. Aku tergelak.
     " Kau tau tak? Kau punya pasal aku yang kena bebel!" kataku lalu menceritakan saat aku disoal kerana dia tersilap team. Zain ketawa berdekah-dekah. Aku tersengih.
     " Rugi betul aku takde tadi, kan May? Nak jugak aku tengok muka dia kelat-kelat masam kena perli dengan kau!" kata Zain. Aku mencebik.
     " Eloklah! Dia malukan aku depan staff lain, aku balaslah balik! Lepas tu aku bagi dua salinan team list kat dia, suruh dia buat reference sendiri kalau tak nak kena macam tadi. Bukan apa, aku pun tak nak kena lagi macam pagi tadi. Tak pasal-pasal muka aku dah blur sekejap. Haha," kataku lalu kami berdua ketawa.
     " Dah siap kemaskini data ke belum?" soal Adam yang berada di sebelah aku. Terdiam kami seketika. Zain menyambung semula kerjanya. Aku menjeling ke arah Adam. Dia terus menarik kerusi Zatul lalu duduk di sebelahku. Apehal bos ni? Pergilah main jauh-jauh! Rimas betullah!
     " Apahal?" selamba aku menyoal dia sambil tanganku pantas menaip data. Dia mencapai fail Ampang dan meletakkan fail Kajang di hadapanku.
     " Aku dah semak, dah sain. Jangan tertinggal pulak!" sindirnya. Aku lihat Zain menjeling. Haha, terdengarlah tu!
     " Terima kasih, encik Adam Usyair! Tu nak buat apa pulak dengan fail Ampang? Saya belum habis key in data lagi ni," kataku. Dia membelek-belek fail tersebut. Adeh, dia ni! Aku ada banyak keja lagi nak buat. Nak melayan dia ni satu hal pulak! Aku cuma memegang tetikus tanpa sebarang reaksi.
     " Aku nak bawak balik, nak semak. Kau terus update fail Nilai," katanya lalu bangun. Aku mengeluh. Nasiblah aku dapat bos macam ni. Kerja dah setengah siap, boleh pulak dia nak bawa balik fail tu. Nak tak nak aku save dulu dokumen tu, manalah tahu datang sengetnya tu aku pulak yang kena habiskan semua semakannya.
     " Korang bersiap, baliklah! Saya nak tutup ofis dah ni. Si Muiz dengan Lutfi out-station so saya takde teman," kata Adam sambil mematikan semua suis dalam pejabat. Aku terus mengemas meja dan menutup laptop, lalu memasukkan dalam beg, beserta semua fail. Baru saja aku nak bangun, Adam memanggil aku.
     " May, tunggu saya sekejap!" katanya. Aku kemas beg lalu aku tunggu di depan pintu biliknya, di meja Hanis. Zain tersenyum ke arahku lalu dia keluar dulu. Sepuluh minit kemudian Adam keluar dengan beg bimbit dan kotnya, menuju ke arahku. Setelah memastikan semua lampu dipadam, kami beriringan menuju ke arah lif.
     Dalam lif, kami cuma berdiam diri. Dari kerlingan ekor mata, aku melihat dia memandang ke arahku berkali-kali. Aku cuma buat selamba, sebab aku tahu dia tu ada benda nak cakap. Lama menanti akhirnya dia membuka bicara.
     " Debab! Aku nak minta maaf pasal hari tu," katanya. Aku angguk.
     " Lain kali saya tak nak bertembung dengan bos lagilah! Menakutkan!" aku menjawab. Dia ketawa. Pintu lif terbuka lalu kami berjalan bersama menuju ke parkir kereta. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual kosong.
     " May, kau bila nak kahwin?" soalan dari Adam membuatkan aku tersentak. Eh, apesal tiba-tiba bos tanya aku soalan tu? Sepatutnya aku yang tanya dia. Ape keheynya ni? Aku cuma tergelak untuk menutup gugup.
     " Kenapa bos tanya saya? Yang bos tu bila pulak?" soalku.
     " Aku lelaki, kahwin lewat takpe. Kau tu perempuan, kahwin lewat nanti orang gelarkan andartu pulak!" sindirnya. Aku tersenyum kelat. Pengalaman putus tunang 4 tahun lalu menjadikan aku seorang yang keras hati untuk bercinta lagi.
     " Orang nak gelar saya apa pun, saya tak kisahlah, bos! Mulut orang, mana boleh tutup. Yang bos tu, bila pulak?" soalku. Dia tergelak.
     " Insya-Allah..akan datang!" katanya. Fuhh! Selamat aku lepas ni!
     " Alhamdulillah!" jawabku. Dia tersengih.
     " Kau pernah bercinta?" soalnya. Aku diam. Malas nak ingat perkara dah lepas.
     " Mana ada orang nak kan saya, bos! Saya kan debab!" aku perli dia sebenarnya. Dia ketawa, kuat pulak tu! Huh, kalau langsuir dengar, terus pencen!
     " Tu lah! Aku nak kat kau, kau pulak jual mahal!" katanya. Aku mencebik lalu tersengih.
     " Saya malas nak fikir pasal cinta sebelum kahwin dah, bos! Saya nak bercinta lepas kahwin. Saya dah serahkan kepada mak ayah saya untuk carikan calon suami. Siapa saja yang mereka suka, orang itulah yang saya terima," jawabku jujur. Sebetulnya itu memang hasratku yang aku utarakan pada mak lepas setahun aku putus tunang dulu. Mak menangis apabila aku menyerahkan soal jodohku kepada dia dan ayah. Kami berhenti apabila sampai di keretaku.
     " Wait! Kau kata siapa saja?" soalnya. Aku angguk.
     " Saya lebih percayakan mak ayah saya dari diri saya, bos!" jawabku. Adam tersenyum. Aku turut tersenyum.
     " Takpe, aku doakan kau agar bertemu jodoh cepat-cepat! Kahwin nanti jangan lupa jemput aku," katanya. Aku tergelak.
     " Macam laa boleh jumpa jodoh dalam tempoh 24 jam ni pulak! Saya pun doakan bos, jangan tunggu lama-lama, nanti disambar orang," kataku. Dia ketawa.
     " Takpe. Aku yakin dia hanya diciptakan untuk aku, macam yang kau yakin mak kau boleh carikan calon suami untuk kau. Kita sama-sama doa, okey? Selamat malam. Bawak kereta hati-hati," kata Adam lalu berlalu menuju ke BMW miliknya. Aku tersenyum lalu masuk ke dalam kereta. Sambil memandu pulang, aku berdoa agar cepat ditemukan jodoh.
                                    *******************************************
     " Umi?" panggil Adam apabila melihat kelibat ibunya sedang menyiapkan makan malam untuknya. Puan Sri Sabrina menoleh lalu tersenyum. Kelihatan Adam sedang menghampiri meja makan. Sambil menghidangkan makanan, Puan Sri Sabrina memerhatikan anaknya.
     " Kenapa ni? Umi tengok Adam gelisah je? Ada apa-apa nak share dengan umi ke?" soal ibunya. Adam tersengih. 'Adeh, umi ni! Macam tahu-tahu pulak!' hatinya menjawab. Puan Sri Sabrina duduk di hadapannya sambil mencedok nasi.
     " Umi..err..." adeh, kenapalah aku gagap pulak ni? Adam menggaru-garu kepalanya. Puan Sri Sabrina memerhati dengan rasa pelik.
     " Kenapa ni?" soalnya.
     " Umi, Adam nak kahwin," katanya dengan laju. Terbeliak mata ibunya, namun akhirnya menguntum senyum.
     " Alhamdulillah! Dengan siapa?" soal ibunya.
     " Dengan perempuanlah, umi. Tak kan dengan Muiz pulak," Adam menjawab selamba. Pantas tangan ibunya mencubit tangannya. Dia ketawa.
     " Kamu main-mainkan umi ye?" sindir ibunya.
     " Haha! Takdelah, umi! Adam betul-betul serius ni! Adam nak mintak umi, mak dengan abi pergi merisik terus meminang pada hari yang sama. Boleh tak, umi?" soalnya. Puan Sri Sabrina sudah mengerutkan dahinya. 'Hish, pelik anak aku ni! Suruh buat sekali gus? Memang dah parah! Agaknya gadis manalah yang buat dia angau ni, sampai dah tak reti bersabar?' hatinya sedikit musykil. Adam yang melihat muka ibunya berkerut-kerut, terus ketawa. 'Lucu sangat muka umi!' hatinya ketawa.
     " Itu nanti Adam ceritakan pada umi dan abi. Tapi umi kena janji, buat sekali gus dalam satu hari saja. Adam tak nak dua tiga kali kerja. Boleh tak?" soalnya. Puan Sri Sabrina memandang ke arah Mak Nab yang kelihatan pelik, kemudian beralih ke arah suaminya yang baru turun dari tingkat atas. Adam terus menyuap makanan dengan selamba. Ayahnya yang menghampiri mereka, ternyata terpinga-pinga apabila ibunya memandang tanpa kelip.
     " Hah, kenapa Rina pandang abang macam tu?" soal ayahnya. Ibunya tersentak.
     " Ni ha, si Adam Usyair! Dia kata nak kahwin!" jawab ibunya. Ayahnya melopong.
     " Aik? Tiba-tiba je? Siapa orang tu?" soal Tan Sri Ghazali. Adam menelan makanan dahulu sebelum bercerita kepada orang tuanya. Kelihatan ibu dan ayahnya serta maknya mengangguk-angguk tanda faham.
     " Kamu yakin ke dia tak akan menolak?" soal ayahnya.
     " Abi dengan umi pesan dengan orang tuanya, jangan bagitahu dia detail sangat. Adam yakin dia akan terima nanti," kata Adam.
     " Bila tarikhnya tu?" soal ibunya.
     " Jumaat ni, boleh tak?" soal Adam sambil membuat matanya mengerdip beberapa kali. 'Aduhai anak aku, dah nak kahwin pun boleh buat ghope macam itu,' kata hati ibunya.
     " Takpelah kalau macam tu. Nanti umi dengan mak siapkan barang-barang. Kamu pergi cari cincin dulu," kata ibunya. Adam menggaru dagunya. 'Alamak, cincin tak tahu saiz ni! Macam mana eh?' hatinya menyoal. Lama dia berdiam diri sebelum tersedar apabila dipanggil ayahnya.
     " Alamatnya ada?" soal Tan Sri Ghazali. Adam angguk.
     " Nanti Adam bagi alamat dekat abah," kata Adam merujuk kepada suami Mak Nab, Pak Din sebagai abah. Ayahnya mengangguk-angguk.
     " Selesaikan makan tu dulu, nanti umi bincang dengan abi sekali lagi. Yang penting kamu carikan cincin dua bentuk sebelum Jumaat. Umi naik dulu," kata ibunya lalu bangun dan berlalu. Adam terus menghabiskan nasinya sambil ditemani ibu asuhannya. Mereka bercerita dan sesekali terdengar gelak tawa Mak Nab.
     Selesai makan, Adam termenung di depan tv. Akalnya sedang memikirkan bagaimana cara untuk mencari cincin saiz jari gadis tersebut. Lagi pulak, gadis itu tak pernah tahu niat dan hasrat hatinya. Dalam sibuk memikirkan bagaimanakah cara untuk mendapatkan saiz cincin, tiba-tiba dia tersenyum. 'Yes!! Aku dah tahu macam mana nak dapatkan saiz cincin dia,' hatinya menjerit gembira.
     Dengan hati yang gembira, dia melangkah naik ke biliknya. Dalam hati tu tak taulah macam mana punya menjerit macam orang gila! Haha. Adam, Adam!

Tiada ulasan: