Akhirnya setelah seminggu lebih berlalu, maka hari yang dinantikan telah tiba. Malam ini aku akan menjadi isteri orang. Aku mengemas cadar katil, memberikan sentuhan terakhir. Warna pilihan aku, hijau pucuk pisang. Kata mak, nasib baik warna dinding bilik putih, kalau hijau jugak mak kata dia nak panggil aku 'toyol'! Adakah patut? Huhu. Kemudian aku berpaling melihat baju akad nikahku, warna putih susu. Malam ni, selepas Isya' nanti aku akan dinikahkan. Huh, seram pulak aku tengok baju akad nikah ni! Dah lah putih, tergantung kat almari. Ralit aku berkhayal, tak sedar adikku masuk ke dalam bilik.
" Hai, achik! Lama tenung baju tu?" soal Munirah. Aku tersentak lalu menoleh. Dia yang sedang mengemas dulang hantaran, tersengih. Aku berpaling lalu duduk atas lantai.
" Ateh, achik rasa berdebar-debarlah!" luahku. Dalam kami 6 beradik, aku rapat dengan Munirah, memandangkan kami lahir hanya selang setahun. Along dah kahwin, angah pun ada keluarga sendiri, jadi aku dengan Munirah rapat berbanding mereka. Dia memandang aku lalu mengangkat kedua-dua keningnya.
" Alahai. Memanglah setiap pengantin baru ada perasaan tu. Apalah achik ni," omelnya. Emak menjengah masuk, lalu kepalanya digeleng-geleng. Kami berdua tersengih.
" Pukul berapa nak mandi?" soalnya. Aku melihat jam di dinding. Sudah hampir maghrib. Aku memandang emak.
" Mak, orang takutlah!" kataku. Meletus ketawa ateh. Bertuah punya adik! Emak masuk lalu menutup pintu, dan merapati aku.
" Pergi mandi. Mak dah siapkan air mandian letak bunga ros," kata emak memujukku. Aku memeluknya dengan rasa sayu. Time cenggini baru terasa nak bermanja dengan dia. Haha. Emak membelai rambutku. Sepuluh minit bermanja, akhirnya aku bangun menuju ke bilik air.
Selesai mandi, aku terasa segar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik kerana suasana dalam rumah terlalu ramai orang. Terkejut aku saat aku masuk ke dalam bilik, along dengan ateh sedang berbual di atas katil, manakala si Nadia sedang mengemas baju akad nikahku.
" Bila kau sampai?" soalku. Dia menoleh.
" Adalah dalam sepuluh minit. Kau nak bersiap-siap dah ke?" soalnya. Aku angguk.
" Kalau macam tu, aku pun nak bersiap. Aku nak mandi dulu," kata Nadia lalu terus keluar menuju ke bilik air. Aku memandang along dengan ateh, dan mereka memandang ke arah lain. Dengan pantas aku menyarung kain batik untuk solat maghrib dulu.
Usai aku solat maghrib, dengan berkemban, aku duduk menyertai mereka berbual. Sambil berbual, tangan ateh ligat menyanggul rambutku yang panjang hingga paras belakang. Along pulak mengemas baju akad nikahku. Kami berbual sementara menanti waktu Isya'.
" Kau nak solat Isya' dulu ke, nak pergi dulu?" soal Nadia sebaik saja dia masuk. Kami bertiga menoleh ke arahnya yang sudah siap berpakaian. Pakai baju dalam bilik airlah tu!
" Entah!" jawabku ringkas. Along memandangku.
" Along rasa baik kau pergi terus, achik. Lepas nikah, balik boleh solat bersama," kata along memberikan pendapat. Gulp! Bersama? Aku sengih. Nadia menampar lenganku.
" Boleh tak jangan buat muka sengal? Along dah suruh tu, pergi jelah! Siap cepat!" kata Nadia separuh marah. Aku menjeling lalu berpakaian. Siap berpakaian, along mekapkan aku. Hampir setengah jam muka aku disolek, angah masuk. Huh, nasib baik dah berbaju. Kalau masih berkemban alamatnya free show lah bagi angah.
" Dah siap belum tuan puteri bertiga? Angah tunggu kat bawah ni. Cepat sikit, nanti tok kadi pulak yang tunggu kamu," kata angahku, Mazzuan, lalu dia menghilangkan diri. Aku terus berdiri lalu memperkemas baju. Setelah siap, kami semua keluar menuju ke kereta. Terasa lain macam je bila sanak saudara dan jiran tetangga memandang aku macam banduan yang baru keluar penjara pulak. Haha. Kami menuju ke kereta Persona angah, dan kereta perlahan -lahan menuju ke masjid berdekatan rumah.
Sebaik saja sampai, jantung aku semakin berdegup kencang. Kami masuk ke dalam masjid dan terus ke bahagian perempuan di mana kami duduk di sebalik tirai. Suasana yang sepi tadi, kedengaran semakin riuh. Jantung aku dah melompat-lompat. Setengah jam kemudian, terdengar suara-suara mengatakan pengantin lelaki dah sampai. Aku menggenggam tangan Nadia seerat-eratnya.
" Nad, jantung aku nak luruh ni," aku berbisik. Dia menjegil matanya.
" Kau jangan nak pengsan kat sini, May! Aku golek badan kau sampai depan tok kadi, baru kau tau!" ugut Nadia. Aku tersengih. Terdengar suara abah berbual dengan bakal suami aku, dan juga tok kadi. Kemudian, senyap. Tiba-tiba, tok kadi masuk menuju ke arah aku, dengan abah dan angah. Aku menunduk.
" Maysarah, saya nak tanya awak ni. Adakah awak bersetuju dengan ikhlas hati menerima dia sebagai suami kamu?" soal Haji Imran. Aku mengangguk perlahan, walaupun di hati aku tak berapa nak yakin.
" Achik!" abah memanggil, membuatkan aku memandangnya. Dan aku mengukir senyum lalu mengangguk yakin depan Haji Imran.
" Alhamdulillah. Sila sain kat sini," katanya sambil menyerahkan borang nikah kepadaku. Aku sain tanpa sempat membaca nama pengantin lelaki kerana terlindung dari pandanganku sedikit. Selesai sain, Haji Imran, abah dan angah keluar, kembali ke tempat duduk mereka. Sedang kami menanti tutur bicara Haji Imran, mata aku tertacap pada kad jemputan aku yang Nadia sedang pegang sambil berkipas. Niat di hati aku cukup kuat untuk menyuruh aku mengambil kad jemputan itu dari tangan Nadia namun tanganku tidak bergerak.
" Adam Usyair bin Ghazali, aku nikahkan dikau dengan anakku, Maysarah binti Abdul Aziz, berwalikan aku dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai!" saat aku terdengar ayat yang dilafazkan oleh abah, jantung aku seakan berhenti berdegup. Mataku tertacap pada kad jemputan di tangan Nadia, dan dengan pantas aku menyambar kad jemputan itu. Mataku rasa macam nak terjojol keluar, bila melihat nama pengantin lelaki. Adam Usyair!
" Aku terima nikahnya, Maysarah binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai!" dengan sekali nafas, Adam menyempurnakan akad nikahnya sebentar tadi.
" Sah!!" jawab kedua-dua orang saksi.
" Alhamdulillah," terdengar abah menjawab lalu mereka membaca doa. Aku yang masih di dalam rasa tidak percaya, menatap sekali lagi kad kahwin tersebut. Sah! Bukan mimpi! Nama pengantin lelaki adalah Adam Usyair Ghazali! Bos?! Oh, no! Mimpi ngeri betul!
Terasa lenganku dicuit Nadia, dan aku menoleh lemah. Dia tersenyum dan menjuihkan mulutnya ke depan. Aku berpaling dan kelihatan dia sedang berjalan ke arahku. Ya Allah! Maknanya, Nadia terlebih dulu tahu dari aku! Adam datang dengan senyuman menawan lalu menghampiri aku. Dia duduk melutut. Ibunya, Puan Sri Sabrina duduk di sebelahku.
" Assalamualaikum, May!" sapanya.
" Waalaikumsalam," aku menjawab lemah. Dia menarik tangan kananku, lalu cincin berlian disarung ke jari manisku. Baru aku teringat, cincin tunang yang aku rasa macam pernah tengok rupanya memang cincin pilihanku sendiri. Malunya sebab tak perasan! Emak! Terasa ingin meraung namun yang kedengaran cumalah hatiku yang menjerit. Kemudian dia menarik daguku lalu mengucup dahiku. Bau haruman yang selalu dia pakai, begitu mengasyikkan. Tak semena-mena, air mataku tumpah. 'Sampai hati bos buat saya macam ni,' hatiku menangis. Aku mengesat air mata perlahan namun mengukir senyuman bila ibu mertuaku mencium pipiku di kiri dan kanan.
Aku melihat Adam bangun lalu menuju ke arah angah dan bersalaman. Abah menghampiri aku dan duduk di hadapanku. Aku menangis hiba saat aku memeluk abah.
" Syhh..apa ni, May dah jadi isteri orang pun masih nak menangis kat abah," usikan abah menjadikan aku menangis lagi kuat. Nadia mengusap-usap belakang aku. Pandangan Adam dan angah beralih memandangku yang semakin hiba.
" Sampai hati abah berpakat dengan dia," kataku tesedu-sedan. Abah merenggangkan badan lalu mengesat air mataku, dan dia ketawa.
" Abah berpakat untuk perkara yang baik. Abah nak tengok kamu bahagia, dan abah yakin dia boleh bahagiakan kamu," kata abah lalu tersenyum. Aku mengesat air mataku lalu mencium tangan abah. Semua bangun untuk beredar meninggalkan masjid. Abah sudah keluar menuju ke kereta angah. Aku mencubit pinggang Nadia lalu dia menyeringai.
" Dah lama tahu?" soalku.
" Aku tahu masa kau bagi kad kahwinlah!" jawabnya sambil mengusap pinggangnya.
" Bohong! Kau tau awal lagi kan?" aku bertanya lagi. Baru saja Nadia ingin menjawab, suamiku menghampiri kami. Suami? Ayark! Rasa macam nak gantung diri sendiri je! Huhu.
" Nad tahu seminggu lepas. Abang yang suruh dia rahsiakan. Jangan marah dia," jawab Adam. Abang? Aku memandangnya dengan pandangan tajam. Dia terdiam. Aku pantas berjalan keluar menuju ke kereta. Alah, kereta angah penuh! Terasa diri dihampiri, aku cuma berdiri kaku.
" Jom naik kereta dengan abang," ajaknya. Aku menoleh dan memandangnya dengan sinis. Entah kenapa aku terasa sakit hati bila dia buat macam ni pada aku. Namun apabila dia pandang mata aku dengan pandangan yang selalu dia buat, aku mengalih pandanganku ke arah lain. Mesti aku kalah! Huh!
" May, aku balik dengan Puan Sri. Kau naiklah dengan suami kau," kata Nadia sambil tersengih-sengih menuju ke Alphard ibu mertuaku. Aku menjegil ke arahnya dan dia menjelir lidah pada aku. Hampeh! Aku masih lagi membatu.
" Nak tidur dalam masjid ke?" perlinya. Dengan geram aku berjalan ke arah kereta BMW miliknya sambil menghentak-hentak kaki. Terdengar dia ketawa.
Dalam kereta, aku cuma memandang luar. Aku tahu dia memandangku namun aku tetap tidak mahu memandangnya. Dahlah kat ofis asyik menghadap muka dia, lepas ni seumur hidup nak kena pandang muka dia. Semak jelah, encik suami oii!
" Abang mintak maaf sebab buat May marah," dia memulakan bicara. Aku mendengus.
" Boleh tak jangan berabang-abang dengan saya? Rimaslah!" aku menjawab dengan kasar. Alamatnya lepas ni satu bangunan GSA Holdings tahu aku isteri singa ni!
" Okey, okey! Let's be like usual. Nak saya panggil aku-kau ke?" soalnya tanpa nada. Serius pulak bunyinya. Aku diam, sambil memejam mata. Hati sakit bukan kepalang. Dia meneruskan pemanduan dan akhirnya kami tiba di perkarangan rumah. Sebaik saja keluar dari kereta, aku terus menghilangkan diri ke dalam bilik.
Di dalam bilik, aku sudah tidak betah. Mundar-mandir je, nak duduk tak kena, berdiri tak kena, nak baring lagilah tak kena. Aku memandang jam di dinding, hampir pukul 10.30 malam. Baru saja aku nak duduk atas katil, pintu bilik dibuka. Aku memandang dengan perasaan berdebar. Jantung terasa macam nak putus! Muka Nadia menjengah! Hampeh! Dia ketawa lalu masuk dan menutup pintu. Aku duduk dengan masam mencuka.
" Rilex lah, babe! Tak baik kau marahkan dia," kaa Nadia. Aku menjeling.
" Patutlah sejak dari hari bertunang lagi makin sakan menyakat aku! Rupanya selama ni dia dok chatting dan mesej dengan tunang dia tu, aku rupanya! Huh, malam ni rasa macam mimpi ngeri betul!" aku mengumam. Nadia ketawa.
" Ada terasa menyesal ke?" soalnya. Aku diam. Nak kata menyesal, tak baiklah pulak! Yang nakal nauzubillah tu cuma dia, mak ayah dan adik beradiknya semua orang baik-baik. Jadi apa perasaan yang bermain dalam hati aku ni?
" Jangan menyesal atau merungut, May! Ini semua dah ditentukan Allah. Kau tu tulang rusuknya, sebab itu dia nekad untuk menikah dengan kau walaupun kau reject dia dulu. Ingat lagi tak?" soal Nadia. Aku diam, menunduk. Terasa hiba, dan ada jugak rasa berdosa sebab aku marahkan dia dalam kereta tadi.
" Aku tak tau apa perasaan aku sekarang ni, Nad. Sayang? Menyampah tu adalah!" kataku lalu Nadia ketawa.
" Slowly pupuk perasaan tu, okey? Kau jugak kata nak bercinta lepas kahwin, dan dah termakbul pun! So, tunggu apa lagi? Semaikan perlahan-lahan," kata Nadia memberikan kata- kata perangsang. Dia memeluk bahuku lalu dia beredar keluar.
" Jangan tidur lewat. Esok pengantin mata macam burung hantu," perlinya lalu dia keluar. Mukaku terasa panas. Baru saja aku nak mengemas katil, pintu terbuka lagi. Aku malas nak menoleh untuk melihat siapa yang masuk.
" Apa lagi, Nad? Kau ni ganggu betullah! Esoklah jumpa. Aku nak tidur dah ni!" aku terus membebel, dan kedengaran pintu ditutup.
" Cepatnya nak tidur?" soalan yang keluar dari yang empunya suara membuatkan aku terus berdiri tegak. Allah! Macam manalah aku boleh lupa kewujudan dia ni? Aku menoleh perlahan-lahan dan melihat dia sedang meletakkan beg bajunya ke atas meja bacaanku. Aku menelan liur. Kemudian dia menoleh, memandangku. Aku tergamam apabila dia tersenyum nakal padaku. 'Ya Allah...kuatkanlah semangat dan iman aku. Ini silap-silap kalau tak kuat iman, aku yang terkam dia, ya Allah!' hati aku membebel. Dia berjalan menghampiri aku dan terus duduk atas katil, sedangkan aku masih statik berdiri di situ.
" Berapa lama kau nak berdiri? Sampai esok pagi?" soalnya. Oh, tidak! Bos aku dah kembali! Aku memandangnya lalu beredar dari katil. Seram sejuk nak tidur sekali. Aku duduk di atas lantai sambil menyusun dulang hantaran untuk esok. Terdengar dia berdehem.
" May," panggilnya. Aku memandang.
" Mari duduk sebelah aku," pelawanya. Aku terasa muka aku pucat!
" Tan nak!" laju sangat mulut aku menjawab. Dia mengangkat kening. Aku tunduk.
" Tak baik ingkar cakap suami tau. Kalau kau tak nak datang sini, aku yang akan turun duduk sebelah kau. Macam mana?" soalnya sambil mulai bangun. Aku tercengang dalam bengang. Akhirnya aku bangun lalu duduk di sebelahnya, namun jarak dan ruang agak jauh.
" Kenapa jauh? Takut?" soalnya. Aku menjeling.
" Tak naklah duduk dekat dengan bos!" opps! Aku menutup mulut. Dia menjegil.
" Kalau kau tak nak rapat ke sini, aku yang akan rapat dekat kau," ugutnya. Oh, mak! Kenapalah dia ni nak sangat jadi suami aku! Takkan kat rumah pun dia nak jadi singa kot? Aku mula berpeluh dingin. Tak sukalah keadaan macam ni! hatiku menjerit! Aku tetap diam membatu. Dia dengan perlahan menghampiri aku, semakin dekat, semakin rapat, dan akhirnya bahu kami bersentuhan. 'Ya Allah, aku tak pernah duduk serapat ini dengan dia!' hatiku cuak!
" Tak panas bertudung dalam bilik?" soalnya sambil bermain dengan hujung tudungku. Aku baru sedar yang dia belum menukar baju melayunya sedangkan aku sudah berkain batik dan berbaju t-shirt. Aku menolak perlahan tangannya.
" Tudung saya, suka hati sayalah!" jawabku namun tidak sekasar tadi. Dia tersenyum.
" Dengan suami, buat apa nak malu?" soalnya. Aku diam menggigit bibir. Dia ni kan!
" Biarlah!" jawabku lagi. Tetapi sudah terasa tangannya memegang pin di bawah dagu aku. Alamak! Hati aku berdegup kencang.
" Ada tak orang bagitahu kau, yang kau punyai bulu mata yang lentik dan bibir yang comel? Ada tak orang puji kau?" soalnya lalu aku memandang ke arah wajahnya. Mencari kebenaran kata-kata Nadia, benar bagai dikata. Dia mempunyai sepasang mata bundar yang cantik. Mata kami bertatapan.
" Aku suka bila tengok bulu mata kau, bila kau kelip-kelip mata dekat aku, bila kau jegilkan mata dekat aku," katanya dengan romantis. Tanpa sedar tudung kepala aku tertanggal. Dia membuka pin tudung aku dan menarik tudungku lalu meletakkan atas katil. Aku terdiam. Hati aku rasa macam nak menangis. Huhu. Perlahan-lahan tangannya meleraikan ikatan sanggul yang ateh buat tadi, dan akhirnya rambutku terlerai sepenuhnya. Aku perasan yang dia memandangku tanpa berkelip.
" Kau memiliki rambut yang cantik," ujarnya dengan perlahan. Aku rimas bila dia lihat cara dia memandang aku begitu, lalu aku berdehem. Dia tersentak, lalu tersenyum. Aku cuba untuk mengikat semula rambutku, tapi tangannya menghalang. Aku melihat dia menggeleng. Dan akhirnya aku membiarkan rambutku lepas. Panaslah! Aku cuba bangun namun tanganku ditarik, membuatkan aku terduduk kembali.
" Nak ke mana? Tak selesa duduk dengan aku?" soalnya. Aku diam.
" Sedari tadi kau diam saja. Selalunya bila kau berdepan dengan aku, kau kuat menjawab jugak! Kali ni kenapa diam pulak, Puan Maysarah?" soalnya. Aku menjeling.
" Selalu tu sebab kita bukan....." ayatku terhenti. Dia ketawa.
" Bukan suami-isteri? Macam tu maksud kau?" soalnya. Aku menarik perlahan tanganku dari pegangan tangannya, kerana aku benar-benar tidak selesa. Dia cuma memandang aku yang bangun dan menuju ke arah sebelah kanan katil.
" Tidurlah! Esok nak bersanding, tak pasal-pasal mata kita berdua macam burung hantu," kataku lalu berbaring jauh darinya. Dia ketawa.
" Kenapa tidur jauh? Takut aku akan apa-apakan kau ke?" soalnya lalu baring betul-betul di belakangku. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Terasa jari-jarinya bermain di mata aku. Ya Allah, terasa betul-betul jantung aku nak luruh! Jangan dia buat yang bukan-bukan, sudah! Aku menggenggam tanganku di bawah bantal, berdoa banyak-banyak dalam hati. Dia merapatkan badannya dan terasa hembusan nafasnya di telingaku.
" Assalamualaikum, sayang," sapanya. Mata aku terbuka luas. Oh, tidak! Not now!
" Waalaikumsalam," aku menjawab perlahan. Dia berbisik di telingaku.
" Izinkan aku?" soalnya. Aku sudah tak keruan. Hati bagai nak pecah. Aku meramas cadar di bawah bantal.
" Saya izinkan," aku menjawab perlahan. Nak tak nak aku kena redha dan terima yang dia kini dah menjadi suami aku. Aku memejamkan mata bila dia mendekati. Berdebar-debar.
" Izinkan aku tidur atas katil empuk kau ni, boleh tak? Yang kau takut sangat tu kenapa?" soalnya lalu ketawa dan berpaling ke sebelah kiri. Mata aku terbuka. Hampeh punya suami! Opps! Maafkan saya ye, encik suami! Terkutuk! Haha. Dia tidur membelakangi aku, dan aku terus menoleh. Eei...geramnya aku rasa! Tadi dahlah buat aku hilang separuh semangat! Ini boleh pulak dia sedap-sedap tidur peluk bantal aku? Hati aku menjerit. Ikutkan hati ni nak aje aku cekik-cekik anak lelaki Tan Sri Ghazali ni! Tapi kang tak pasal-pasal aku yang jadi janda berhias! Huih, mintak selisih malaikat 44!
" Apa lagi yang kau bebel tu, debab? Tidurlah!" katanya dalam mata terpejam! Aku agak terkejut! Dia dengar ke? Eeii, Nad! Laki aku ada kuasa psikik! Tolong! Aku menarik selimut lalu terus selubung sampai ke kepala. Tak habis-habis nak menyakitkan hati!
*****************************************
" Orang panaslah pakai baju songket ni, along!" aku merungut. Along cubit pipiku.
" Pengantin ni banyak cakap betul!" kata along selaku jurumekap aku. Kehadiran sanak saudara dalam bilik aku menambahkan bahang walaupun kipas siling sudah berputar angka 5.
" Tenyeh je mulut dia tu dengan lipstik, along," kata ateh.
" Huh, tak kan nak diamnye dia tu! Kena suruh Adam jugak yang diamkan dia," kata Nadia. Merah padam muka aku.
" Agaknya malam tadi dah kena sekali sebab tu siang ni membebel je," dengan selamba along terus mengenakan aku. Aku menjeling. Muka aku terasa panas.
" Memang pun! Kena hentam! Si Adam tu bukan boleh tengok muka dia ni, along," jawab Nadia sambil tersengih-sengih. Along dengan ateh ketawa.
" Along tahu dah," jawab along pulak. Eei, dorang ni tak habis-habis berpakat kenakan aku. Aku mendiamkan diri apabila along mula menyolek wajahku.
" Dalam berumahtangga ni kena tolak ansur, tak boleh pentingkan perasaan sebelah pihak saja. Kalau dia panas, kau kena sejukkan. Bukan kau tuang minyak petrol!" along menasihati aku. Aku terdiam. Ape pulak? Bukan aku yang cari pasal pun! Hish! Tak puas hati betul!
" Tak baik marahkan dia sebab rahsiakan semua ni. Dia buat semua ni bersebab. Ada jugak kebaikan walaupun kau marah dengan dia. Mintak maaf pada dia akan menyejukkan hatinya. Jangan dibiar perasaan marah tu lama-lama, nanti tak aman rumahtangga," sambung along lagi. Aku diam sambil berfikir.
Malam tadi bukan aku menolak dia, masalahnya aku sendiri belum bersedia. Dia pun tak usik aku, takkan aku nak usik dia pulak? Nanti dia fikir isteri dia yang debab ni dah tak sabar- sabar sangat! Tak pasal-pasal aku kena perli dengan dia seumur hidup! Lepas tu pagi tadi selepas subuh, dia terus balik ke hotel tempat keluarganya menginap. Terasa bersalah pulak sebab lepas berjemaah tadi, aku tak sempat mintak maaf. Awak, maafkan saya!
Ralit melayan perasaan, terdengar bunyi paluan kompang. Ya Allah, terasa lamanya aku berkhayal. Perlahan-lahan aku bangun, dan Nadia membetulkan baju pengantinku. Kami berjalan keluar untuk menyambutnya. Sebaik saja aku keluar di muka pintu, aku tergamam. Ya Allah, kacak jugak suami aku! Bangganya aku ada suami hensem macam ni! Haha! Aku menyambutnya lalu kami beriringan masuk menuju ke pelamin. Aku memegang tangannya, dan terasa dia membalas pegangan tanganku dengan erat. Dalam perjalanan, aku menoleh lalu memandangnya dan dia turut memandangku. Aku merapatkan badan dan cuba untuk bercakap dengannya.
" Awak, saya minta maaf pasal semalam," kataku dengan ikhlas hati. Aku melihat dia tersenyum dan matanya dikerdipkan, menyatakan bahawa 'saya maafkan awak!'.
Saat kami disandingkan, seluruh kakitangan GSA Holdings yang hadir, terkesima dan ada di antara mereka yang tidak percaya apabila melihat aku di samping Adam Usyair, dan kini sudah bergelar Mrs. Adam Usyair! Nadia sakan mengipas aku dengan dia sekali. Hahaha..panas jugak dia ye!
Saat mata kami berpandangan, aku nampak dia mengenyitkan matanya padaku. Terasa panas mukaku dan sekejap saja terdengar suara orang mengusik-usik. Malunya aku dibuat macam tu depan orang ramai. Dan akhirnya aku menghadiahkan senyuman paling menawan untuknya yang kini bergelar suamiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan