Malam tiba, ditemani dengan hujan renyai-renyai. Aku berdiri di jendela, merenung ke luar. Selepas makan malam, aku terus berlalu ke dalam bilik, dengan alasan aku pening kepala. Mujur juga keluarga mertuaku memahami, cuma pandangan mata suamiku saja yang sukar aku tafsirkan. Pertemuan dengan Yanti siang tadi masih mengganggu fikiran aku. Aku mengetap bibir. Gelisah.
" Jauh termenung?" teguran Adam membuatkan aku terkejut. Hilang segala bayangan yang mengganggu tadi. Aku menoleh. Kelihatan dia sedang berdiri di belakangku, sambil bersandar pada almari pakaian. Aku tersenyum, tawar. Dia berjalan menghampiriku.
" Umi cakap kau sakit kepala. Kalau sakit kepala kenapa tak tidur je?" soalnya lalu duduk di kerusi rehat. Aku berpaling kembali menatap hujan. Membisu.
" Puan Maysarah Adam, aku bertanya. Kenapa dengan kau ni?" soal Adam kali kedua.
" Bila masa pulak nama saya jadi Maysarah Adam ni?" jawabku tanpa perasaan. Adam ketawa. Lucu ke soalan aku tu? Sengal betul encik suami ni.
" Kau kan dah jadi Mrs. Adam Usyair. Tak kan tak faham kot?" soalnya. Itu aku pun tahulah! Saja je. Aku memegang besi jendela. Betul-betul bimbang dengan kata-kata Yanti itu. Eh, aku nak susah hati kenapa pulak? Erk! Aku dah jatuh hati dengan suami aku ke ni? Oh, tidak! It's never happen!
" Debab!" panggilnya. Aku menjeling. Tengok tu!
" Apa?" jawabku dengan selamba.
" Kau ni kenapa?" soalnya lagi. 'Kenapa apa? Pasal ex-fiance kaulah! Tak menyakitkan hati aku tak boleh gamaknya korang berdua ni! Tak senang hidup kot!' hati aku membentak.
" Takde apa-apalah!" balasku. Eh, lain pulak yang keluar? Haha. Tak sehati betul!
" Dah tu, kalau takde apa-apa, kenapa kau membisu je ni?" soalnya. Eh, aku punya sukalah nak bisu ke, nak potpet-potpet ke, nak menjerit ke. Yang kau sibuk apehal?
" Takde mood!" aku menjawab. Adam mengangkat keningnya. 'Takde mood? Apehal pulak ni?' hatinya bertanya. Dia bangun lalu menghampiriku. Tersentak aku apabila terasa tangannya melingkari pinggangku. Meremang bulu romaku sampai aku rasa habis bulu kening tegak berdiri. Makin tak keruan aku saat dia meletakkan dagunya di bahu kananku. Pelukan semakin erat. Aku cuak.
" Kau pening kepala pasal Yanti?" soalnya. Aku terkejut. Mana dia tahu ni? Aku diam.
" Aku nampak dia jumpa kau petang tadi," sambungnya lagi. Hurm, patutlah pun!
" Bukanlah!" aku menafikan. Dia mencium rambutku, kemudian dagunya betul-betul berada di atas kepalaku.
" Aku tau apa yang kau fikirkan, May! Kau abaikan saja si minah perasan tu!" kata Adam sambil tangannya bermain di lenganku.
" Dia yang perasan ke, saya yang perasan?" soalku.
" Okey jugak kalau kau fikir macam tu," jawab Adam sambil tersengih. Aku pantas meleraikan pelukannya lalu beredar ke katil. Adam tercengang dengan tindakan spontanku. Dia melihat muka aku yang sudah kelat. Perlahan-lahan dia menghampiriku lalu duduk di atas katil. Aku bermain-main jari yang masih merah dengan inai. Adam berdehem, ingin berkata sesuatu padaku, namun tidak terluah. Aku yang terlebih dahulu membuka mulut.
" Saya memang perasan pada awak, kan?" soalku sambil memandang mukanya. Dia terus mengerutkan dahi.
" Awak?" soalnya. Aku tersedar.
" Abang," aku membetulkan perkataan itu. Dia menghela nafas.
" Kenapa pulak kau cakap macam tu?" soalnya.
" Yelah, berkahwin dengan abang," jawabku. Dia merenung cincin di jari manisku.
" Sekurang-kurangnya, kau berkahwin dengan aku, kan?" soalnya seraya menarik tangan kananku lalu memutar-mutar cincin nikah. Aku tergamam. Dia kembali menatap mataku.
" Kau perasan pada aku pun kau tetap isteri aku. Dia tu cuma kisah lalu aku. Kenapa kau nak peningkan kepala memikirkan benda yang dah lepas?" soalnya namun kali ini suaranya dikendurkan dan kelihatan lebih romantis. Bos aku romantis? Hahaha. Aku rasa nak gelak sampai tergolek bawah katil je. Pantas aku berpaling ke arah lain lalu mengulum senyum. Namun sekejap saja dan aku kembali membuat muka normal.
" Masalah yang dah lepas tu saya tak ambik peduli, yang saya peduli sekarang ni adalah masalah yang akan datang," aku menjawab perlahan. Buat apa nak bertekak dengan dia sedangkan dia sudah perlahankan rentak sengetnya itu. Dia bersandar pada kepala katil.
" Masalah yang akan datang? Apadia? Tak nak share dengan suami kau ke?" katanya lalu tersengih. Aku menjeling.
" Kenapa abang panggil saya 'debab, kau'?" soalku menukar topik. Dia tercengang.
" Ini ke masalahnya tu?" soalnya kembali. Aku tergelak.
" Taklah! Jawab dulu," aku berkata padanya. Dia menggaru-garu kepalanya.
" Eh, suka hati akulah nak panggil kau apa pun! Kau isteri aku," jawabnya dengan selamba dan takde perasaan. Hampeh! Aku menjeling.
" Suka hati abanglah! Saya nak tidur!" kataku lalu menarik selimut dan terus berbaring. Aku selubung sehingga ke kepala.
" Maysarah," panggilnya sambil menarik selimut. Aku cepat-cepat berpaling sebelah kiri.
" Kau nak cakap apa tadi?" soalnya sambil meleraikan ikatan sanggulku. Aku pejam mata.
" Takde apa-apa," jawabku. Tak puas hati dengan jawapan aku agaknya, dia merapatiku dan mencengkam lenganku. Sakit sangat!
" Baik kau cakap cepat! Kalau tak aku buat 'apa-apa' pada kau!" ugutnya. Mataku terus terbuka luas. Buat 'apa-apa'? Oh,no! Janganlah masa ni! hatiku gentar.
" Saya kata takde apa-apalah. Dah, nak tidur!" kataku sambil menolak tangannya yang berada di lenganku. Tau la lengan aku ni chubby, tak payahlah cengkam kuat-kuat! Adam tidak puas hati lantas terus membuka bajunya. 'Nak mencabar kesabaran abang yer? Tunggu kejap lagi! Sampai melompat terjun katil abang buat sayang,' hatinya ketawa kuat.
" Kau nak bagitahu ke tak? Aku tunggu masa nak tutup lampu je ni," kata Adam dengan nada suara yang seram. Aku pantas menarik selimut lalu berpaling melihatnya.
" Abang!" aku terjerit kecil lalu kembali menarik selimut menutup muka. Terasa muka aku merah padam apabila melihat tubuh sasa Adam yang tidak berbaju. Dia merapati aku lalu aku terkedu saat terasa tangannya meraba bahagian belakang badan aku. 'Ya Allah, nak luruh jantung aku ni!' aku semakin kerisauan. Oleh kerana tidak dapat menahan kegelian dan juga kebimbangan, pantas aku bangun dan terjun dari katil. Aku terduduk di bawah sambil menutup muka dengan kedua belah tanganku. Terdengar Adam ketawa terbahak-bahak. Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat dia punya bagus dok ketawa sambil meniarap dan memandang aku. Terasa hangat ditubir mata. Sampai hati dia buat aku hilang semangat.
" Sampai hati abang," kataku dengan nada yang bergetar. Dia berhenti ketawa lalu dia bangun menuju ke arahku. Tak sempat melarikan pandangan, air mataku menitis di depannya. Tergamam Adam seketika. 'Aduh! Gurau macam ni pun nangis? Macam mana nak gurau yang extravaganza nanti?' soal hatinya. Dia duduk bersila di hadapanku.
" I'm so sorry, sayang! Aku bergurau je," katanya sambil jarinya mengesat air mataku. Aku menepis tangannya. Aku sakit kepalalah, encik suami! Kau ni tak habis-habis buat lawak bodoh! Dah tahu aku tak ready, yang gatal sangat tu kenapa? hati aku menjerit. Adam terdiam.
" Saya pening kepala, tahu tak? Dengan perangai abang, dengan Yanti..." lalu aku terus terdiam. Adam memegang kedua belah pipiku lalu dia memaksa aku memandang wajahnya.
" Apa yang Yanti cakap dengan kau?" soalnya serius. Aku menolak tangannya, dan cuba untuk bangun namun gagal apabila dia menahanku. Mataku merah.
" Bagitahu aku, apa yang Yanti cakap dengan kau? Kenapa sampai menangis ni?" soal Adam dengan suara yang tinggi. Aku geram lantas aku menolak tubuhnya menjauhi aku.
" Dia kata, dia akan pastikan yang aku tak akan bahagia dengan kau. Dia akan merampas kau dari aku dan kalau dia tak dapat memiliki kau kembali, aku yang akan terima akibatnya! Puas hati kau? Sakit hati aku ni, tahu tak?" soalku lalu bangun dan terus masuk ke bilik air. Adam terkedu lalu meraup rambutnya ke belakang.
Dalam bilik air, aku menangis sepuas-puasnya. Hati aku sakit dengan kedua-dua insan yang membuatkan hidup aku kucar-kacir. Adam dan Yanti! Kenapalah aku wujud dalam cerita dongeng korang ni, hah? hatiku membentak! Adam bersiap-siap lalu terus keluar tanpa menunggu isterinya keluar dari bilik air. Setengah jam melepaskan perasaan dalam bilik air, aku mencuci muka lalu lap dengan tuala kecil. Setelah memastikan yang muka aku tiada bekas air mata, aku keluar.
Sebaik aku menjengah kepala, kelibat Adam tak kelihatan. Malah baju tidur yang dipakai tadi terletak elok di birai katil. Sah! Dia keluar! Aku kecewa lalu terus menuju ke katil, menarik selimut lalu terus tidur. Sakit di hati beransur hilang, sakit kepala kembali menyerang. Aduh, migrain..migrain! Aku pejam mata rapat-rapat. Maafkan aku Adam sebab berkurang ajar dengan kau tadi. Maafkan aku!
*********************************************************************************************
Aku terjaga apabila terdengar bunyi orang batuk. Aku mengerling jam radio, pukul 6.15 pagi. Aku berpaling dan melihat Adam tidur atas kerusi rehat. Baju yang dipakainya masa keluar tadi, dicampakkan atas lantai. Aku bangun lalu menuju ke arahnya untuk kejutkannya.
" Abang," panggilku perlahan sambil menggoyangkan badannya. Dia masih kaku. Aku kuatkan goyangan badannya sambil memanggil namanya sekali lagi. Lima minit kemudian, dia membuka matanya lalu memandangku dengan tajam.
" Nak apa?" soalnya tegas.
" Bangun, tidur atas katil. Saya nak mandi dulu, kejap lagi saya kejut abang. Kita solat subuh sama-sama," aku berkata dengan perlahan agar dia tidak naik angin kerana perkara malam tadi. Adam bangun lalu terus menuju ke bilik air. Lah! Aku nak mandi dulu ni. Sambil menanti dia habis mandi, aku membuka lampu dan mencapai bajunya yang tercampak atas lantai, terus masuk bakul baju kotor di sebelah pintu bilik air. Aku duduk di katil dengan tuala mandi tersangkut di bahu.
Setengah jam kemudian, Adam keluar. Mukanya kelihatan bersih dan segar dari tadi. Dia mencapai baju yang aku sediakan atas katil, dan giliran aku pula untuk membersihkan diri. Baru saja pagi ni aku nak berbuat baik dekat encik suami, ada pulak halangan. Usai mandi dan berpakaian dalam bilik air, azan subuh baru kedengaran. Aku menghampirinya yang sedang membuka laptop untuk menyemak emel di meja kerjanya, lalu berdehem. Dia menoleh.
" Dah siap?" soalnya lembut, tidak sekasar tadi. Aku menggeleng. Dia mengerutkan dahi.
" Kenapa?" soalnya lagi. Aku teragak-agak untuk menjawab. Melihatkan aku siap berbaju dan kepala berbungkus tuala, dia mengangguk.
" Takpe, saya faham! Saya solat dulu," katanya lalu menuju ke arah sejadah yang sudah dihampar. Dia sudah bertukar panggilan untuk aku. Terasa lebih baik dari kebiasaannya. Sayang pulak pagi ni tak dapat berjemaah dengan suami. Aku berlalu ke katil lalu duduk dan melihatnya bersolat. Usai solat, dia menghampiri aku lalu mencium ubun-ubunku. Terasa amat syahdu suasana pada pagi ni. Lalu dia duduk bertentangan denganku.
" Saya minta maaf sebab semalam terkurang ajar dengan abang," kataku sambil mencapai tangan kanannya lalu aku menciumnya. Terasa dia mengusap kepalaku. Aku kembali duduk tegak. Dia tersenyum.
" Abang pun sama. Semalam abang minta maaf sebab mengusik May sampai menangis. Abang tak berniat pun. Abang tahu May belum bersedia. Jangan risau, abang tak akan paksa May," katanya. Aku tersenyum.
" Lepas tu abang ke mana?" soalku. Dia menghela nafas.
" Keluar. Jumpa Yanti," jawabnya tenang. Aku terdiam. Dia mencuit hidungku.
" Jangan risau, abang jumpa untuk selesaikan semuanya. Abang tak nak dia menaruh sebarang harapan pada abang lagi. Abang dah ada May, dan abang tak nak dia ganggu May langsung!" kata Adam. Huh! Pompuan macam itu, kome rasa dia faham ke arahan orang macam Adam ni? Pakai tak makan saman la! Aku cuma tersenyum tawar. Aduhai, hati! Janganlah terjatuh cinta pada bos ni!
" Tapi semalam rugilah, tak dapat!" usiknya lalu tersengih-sengih. Aku yang mulanya tidak faham akhirnya mencubit manja perutnya.
" Gatal!" jawabku sambil menjeling tajam. Aku meleraikan tuala di kepala lalu menyikat rambut. Dia memerhati dengan sengihan.
" Normal la lelaki kalau gatal dengan isteri sendiri, Puan May oii! Patutlah semalam angin satu badan, rupanya hari ini...," dia tidak menghabiskan ayatnya namun terus ketawa. Aku menjeling lalu menampar pehanya.
" Cuba dalam satu hari tak usik saya, boleh tak, encik suami?" soalku seraya bangun menuju ke balkoni. Dia ketawa.
" Mana boleh? Itukan pengikat kasih sayang," katanya. Hah! Banyaklah kau punya ikat! Aku yang dah terikat hati dengan kau seumur hidup ni, apa kes pulak? Kes naya tau!
" Malas saya nak layan abang! Saya nak turun tolong mak siapkan sarapan," kataku lalu mencapai tudung kepala. Dia menarik tanganku lalu disuruh aku duduk di katil. Aku mengikut langkahnya.
" May, jom kita pergi honeymoon, nak tak?" soalnya. Mukaku memerah. Dia tersengih.
" Tak naklah! Duduk rumah, jangan membazir duit," kataku dalam malu-malu. Bos ajak pergi honeymoon ni! Walah! Haha.
" Alah, kat rumah takde privacy. Kalau May turun makan nanti pun, umi dengan abi akan usulkan benda yang sama. Jadi lebih baik abang cakap dulu," katanya. Aku menarik tangan yang berada dalam genggamannya.
" Yang itu nanti kita bincang kemudian, ye? Jom turun dulu. Nanti orang ingat kita belum bangun tidur lagi," kataku lalu bangun. Dia bangun lalu memeluk pinggangku dan kami beredar menuju ke pintu.
" Pinggang May ni ada cutting tapi tak balance dengan bumper pulak!" katanya lalu ketawa berdekah-dekah. Aku menolak tangannya lalu cepat-cepat keluar.
" Jangan peluk-peluk kalau tak balance! Malas nak layan abang!" kataku lalu turun tangga tergesa-gesa dan apabila aku menoleh ke belakang, kelihatan dia turun mengejarku. Pantas aku berlari-lari anak menuju ke dapur.
Sangkakan kami yang awal, rupanya semua dah menanti di meja makan. Semua mata memandang kami yang berdiri di pintu dapur, dengan senyuman. Alamak! Terlewat! Malunya! Ini semua pasal Adamlah! Sibuk ajak main cuit-cuit pulak! Aku tersengih manakala Adam selamba masuk sambil memeluk bahuku. Muka memang takde perasaan punya lelaki!
" Assalamualaikum, pengantin berdua. Lena tidur semalam?" soal Puan Sri Sabrina. Aku cuma tersengih lalu mengambil tempat duduk di sebelah adik iparku, Alya. Dia tersenyum. Adam duduk di sebelahku.
" Lena sangat, umi! Hampir terbabas subuh," jawab Adam. Aku terkejut pantas menjeling ke arahnya. Semua mengulum senyum. Hampeh punya jawapan! Memalukan betul!
" Muka kak May merah padam," tukas Afrina yang duduk bertentangan denganku. Semua mata memandangku. Aku tersenyum kelat sedangkan Adam ketawa seronok. Seronok sangat dapat kenakan isterinya nilah!
" Adam Usyair...," Tan Sri Ghazali menegur. Terdiam dia sambil menghirup teh panas. Aku mengunyah perlahan bihun goreng namun terasa sukar untuk menelan. Semua Adam punya pasal!
" Adam tak habis-habis nak kenakan orang. Kesian menantu umi. Jangan ambik hati dengan dia, May. Dia memang macam ni," kata Puan Sri Sabrina padaku. Aku cuma angguk dan tersenyum. Huh! Anak umi ni memang tak makan saman! hatiku mengumam.
" Cuti panjang lagi kan? Pergilah honeymoon. Akak dengan abang Syed sponsor kamu," kata kakak iparku, Adlina. Dia dan suaminya tersenyum. Adam tersengih lalu memandang mukaku dengan keningnya diangkat-angkat, menyatakan bahawa, 'kan abang dah kata tadi!' Aku tersenyum kelat.
" Adam okey je. May ni tak tahulah pulak!" katanya. Aku menjeling.
" Macam mana, May?" soal Adlina. Aku tersentak apabila Adam mencuit bahuku.
" May ikut Adam je," kataku. Kelihatan Adam sudah tersengih lebar menandakan bahawa dia telah menang. Ceh! Macam ini rupanya perangai singa ni di rumah! Manja, plus mengada-ngada!
" Okey, nanti akak booking tiket dulu, dah siap akak bagitahu kamu berdua. Destinasi, rahsia!" kata Adlina lalu dia tersengih. Aku dan Adam saling berpandangan. Rahsia?
" Makan, makan! Nanti kita boleh sambung bersembang sebelum pengantin berdua keluar berjalan-jalan," kata umi lalu kami semua kembali menyambung makan.
Dalam keasyikan menikmati sarapan pagi yang sedap, tangan Adam menjalar ke peha aku lalu dia mengusap-usap pehaku. Aku terkedu lalu memandangnya dengan pandangan tajam. Tau apa yang dia buat? Dia kenyit mata kat aku! Takkan nak tampar muka dia depan family dia kan? Aku menjegilkan mata padanya dan dia cuma buat tak tahu. Tangannya masih mengusap-usap pehaku, menjadikan bulu romaku semakin menegak. Usapan itu menular ke bahagian pinggang dan spontan aku duduk menegak! Adam mengulum senyuman gatal sedangkan aku semakin gelisah. Aku nak makan bihun sedaplah, wei! Oh, sungguh kurang sopan ini encik suami!
Dan akhirnya usapan itu terhenti apabila mata Puan Sri Sabrina menjegil ke arah Adam Usyair. 'Oh, no! Umi nampak! Mati aku!' hati Adam cuak dan malu. Aku tersenyum kelat ke arah ibu mertuaku. 'Habislah kau Adam! Padan muka!' hatiku ketawa.
'Gatalnya anak aku ni!' hati Puan Sri Sabrina mengumam apabila matanya terpandang menantunya tidak selesa duduknya. Apabila diperhatikan, rupa-rupanya anak kesayangannya sudah mula mengusik si isteri. Matanya memandang ahli keluarga yang lain, dan mujur mereka tidak perasan. ' Tak menyempat tunggu habis makan!' dia menjegil matanya ke arah Adam dan Adam cuma tersengih. Maysarah sudah tersipu-sipu. ' Dah jadi suami orang pun, perangai tak berubah! Siap kau lepas makan ni, umi tazkirahkan!' hatinya mengumam geram. Kasihan menantu aku!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan