Alaa yang berlakon jadi Inspektor Shakila dalam drama Gerak Khas tu...jom kita kenali tentang Raja Ilya.
Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad atau Raja Ilya ini dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Ipoh, Perak.
Beliau memiliki darah campuran Melayu, Arab dan India (patut laa pandai cakap tamil...) dan merupakan anak bongsu dari 4 beradik.
Beliau memiliki Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.
Beliau dikatakan telah bertunang dan akan berkahwin pada November 2019 dengan jejaka dari Australia yang dikenali sebagai TWG.
Namun Raja Ilya belum sedia mendedahkan siapakah gerangan tunangnya itu ataupun menunjukkan gambar tunangnya kepada umum.
Apapun kita mendoakan semoga Raja Ilya berbahagia bersama dengan insan yang tersayangnya sehingga ke jannah.