07 November 2018

POKOK ULAM RAJA & KHASIATNYA


Ada yang minat dengan ulam raja? Akak suka makan ulam raja ni. Sedap makan tambah² cicah budu atau sambal belacan/tempoyak. Huii..mak mertua lalu pun tak perasan dik.. Haha..

Meh sini akak share info tentang pokok daun ulam raja.

Pokok Ulam Raja (nama lain : Pokok Kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, AS, serta Malaysia dan negara² Asean. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna ungu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau dicicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak serta karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir 1 meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris berbentuk ovat atau segitiga dengan anak daunnya runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Pokok Ulam Raja


Herba Ubat

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiao 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 mg L-Asid Askorbik. Melebihi 20 jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan² antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Sumber : Wikipedia, Ensiklopedia Bebas