08 November 2018

♥ BATU PERMATA KESUKAAN WANITA ♥

Haa... ada sesiapa kat sini yang suka dengan batu permata? Akak memang suka sangat. Dapat sebiji dua buat loket ke, cincin ke, uiiihhh... rasa perasaan tu melambung2. Haha..

Jom kita kenali batu permata.

1. Delima (Ruby)

Delima ialah sejenis permata berwarna merah. Delima adalah sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima merupakan permata kelahiran untuk bulan Julai.
Sifat-sifat yang menentukan harga delima dalam pasaran ialah warna, kejernihan, potongan, dan karat. Delima yang terbaik dikatakan mempunyai warna merah yang terang dan pekat

2. Jed
Jed terdiri dari 2 jenis batu yang terdiri daripada galian silikat yang berlainan. Jed Nephrite terdisi daripada galian actinolite, amphibole yang kaya dengan kalsium dan magnesium. Batu yang dikenali sebagai jadeite, pyroxene yang kaya dengan natrium dan aluminium.

Perkataan 'jed' diambil dari bahasa Inggeris 'jade' yang diambil dari istilah Sepanyol piedra de ijada atau 'batu pinggang' (loin stone) kerana reputasi keberkesanan bagi merawat penyakit pinggang dan buah pinggang. Jed 'Nephrite' terhasil dari lapis nephriticus, versi Latin istilah Sepanyol piedra de ijada.
Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf. Tukang2 yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China. Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar serta ikan. Setiap corak ada maksud tersendiri. Sebab itulah harga jed mahal.

3. Lapis Lazuli (Lazuardi)
Lapis lazuli merupakan sejenis batu separa permata yang agak jarang ditemui dan diminati ramai sejak dahulu kala kerana warna birunya yang amat menyejukkan mata yang memandang.
Lapis adalah perkataan Latin untuk "batu", sementara Lazuli merupakan bentuk genitif bagi lazulum dalam bahasa Latin. Pertengahan yang diserap dari bahasa Arab iaitu lazaward yang bermaksud "langit" kerana langit berwarna biru, oleh itu nama batu ini bermaksud "batu langit".

4. Mutiara

Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilakn oleh sesetengah haiwan terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan jugak dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan kosmetik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sebagai barang kemas.
Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai,mahkota serta gelang.

5. Zamrud

Zamrud (Be3Al2SiO6) adalah batu permata yang berwarna hijau atau hijau tua. Zamrud termasuk dalam kumpulan galian silikat beril (mengandung berilium) dan warna hijaunya disebabkan oleh kromium.
Kehadiran vanadium dan besi yang menyertai kromium akan menyebabkan warna hijau tersebut. Kekerasan zamrud termasuk tinggi (7.5 pada skala Mohr).

Sumber : Wikepedia