08 November 2018

-- 10 Pemimpin Kejam dalam Sejarah Dunia --

Assalamualaikum semua...

Hari ni kita kenali antara 10 pemimpin kejam dalam sejarah dunia. (akak suka bab2 sejarah ni...)

Jika ada yang belum baca entri dahulu, klik (sini) pasal 10 pemerintah paling kejam dalam sejarah dunia dah tahu orang2 kejam sentiasa ada dalam dunia ni..kan??

Ok jom kita teruskan.

Seorang pahlawan bagi satu pihak adalah tirani bagi pihak lain. Sejarah dunia mencatatkan beberapa orang yang dianggap pahlawan bagi satu pihak namun penjahat bagi pihak lain. Mereka tidak segan membantai dan menghabisi nyawa ratusan bahkan jutaan orang demi cita-cita. Berikut 10 orang di antaranya :


1. Attila The Hun (434-453)


Setelah membunuh saudaranya, Attila menjadi pemimpin Kerajaan Hunnic yang sekarang menjadi Hungaria. Dia menjadi seorang pemberontak yang ditakuti di kekaisaran Romawi. Attila melebarkan wilayah kekuasaannya ke wilayah yang sekarang menjadi Jerman, Ukraine, dan negara2 Balkan. 

"Tempat di mana saya melintas, rumput tak akan pernah tumbuh lagi," ujar Attila untuk menegaskan kekuasaannya. (huii sombongnya bahasa diaaa nooo)


2. Genghis Khan (1206-1227)


Setelah ayahnya tewas diracun, Khan menghabiskan masa remajanya sebagai budak. Ketika bergabung dengan pasukan suku Mongol, Khan memulai misinya menakluki Asia Tengah dan China. Khan dikenal kejam kerana tidak segan2 membantai lawannya. Yang paling terkenal adalah ketika dia membantai bangsawan Khwarezm dan menggunakan budak2 sebagai tameng hidup untuk peperangan.


3. Vlad si Drakula (1448-1476)


Vlad adalah seorang putera di wilayah Wallachia. Vlad terkenal kejan kerana senang membantai lawannya. Cara dia menghabisi lawan pun tidak kalah kejamnya. Vlad suka menyiksa orang yang akan dia habisi dengan cara ditusuk sehingga menembusi tubuh mangsa. Akhirnya mangsa tewas kerana kehabisan darah. Cara inilah yang membuatnya digelar si Drakula.


4. Ivan the Terrible (1533-1584)


Ivan adalah seorang kesatria di Rusia yang berkuasa pada 1547-1584. Kematian si isteri telah menjadikan dia seorang yang kejam. Dia membunuh bangsawan2 Rusia di zamannya. Dia juga membunuh menantu perempuannya yang sedang hamil. Tidak cukup itu, dia juga membunuh anak lelakinya ketika dia sedang marah besar.


5. Mehmet Talat Pasa (1913-1918)


Pengamat sejarah yakin bahawa Talat Pasa adalah dalang di sebalik genosida terhadap orang2 Armenia di Turki. Kira2 dalam 600 ribu orang Armenia disiksa kejam semasa dia menjawat sebagai Menteri Dalam Negeri. Seperti terkena kifarah, Talat Pasa tewas dibunuh oleh rakyat berdarah Armenia di Jerman pada 1921.


6. Benito Mussolini (1922-1943)


Mussolini terkenal kejam kerana menyebarkan fahaman Fasisme di Itali. Mussolini membentuk sebuah organisasi yang diberi nama "Kelompok Baju Hitam". Kelompok ini tidak segan2 melakukan kekerasan fizikal pada lawan2nya.


7. Adolf Hitler (1933-1945)


Hitler terkenal kerana penyiksaannya terhadap orang Yahudi. Tidak hanya orang Yahudi namun juga orang2 yang dianggapnya tidak mempunyai kelas yang setaraf denga orang Arya. Mereka dihantar ke kem2 konsentrasi dan disiksa hingga tewas di sana. Hitler dengan parti Nazinya membunuh kira2 11 juta orang Yahudi. (hmm..patutlah dia benci Yahudi)


8. Pol Pot (1975-1979)


Pol Pot terkenal kejam kerana memaksa dan menyiksa penduduk Kemboja untuk menjadi petani demi tercapai cita2 menjadi negeri agraris. Kalangan intelektual turut dipaksa untuk menggarap lahan pertanian. Mereka yang tidak patuh akan disiksa dan dibunuh. Hampir 2 juta orang tewas mati atau mati kelaparan selama Pol Pot berkuasa.


9. Idi Amin (1971-1979)


Jeneral Idi Amin menjadi pemerintah yang terpilih ketika pilihanraya di Uganda dan mengangkat dirinya sendiri sebagai Presiden. Selama berkuasa, Amin menyiksa hampir 300 ribu orang Uganda.


10. Augusto Pinochet (1973-1990)


Pinochet dengan sokongan Amerika Syarikat memerintah Pemerintahan Salvador Allende pada 1973. Selama dia berkuasa, dilaporkan banyak orang yang hilang secara tiba2. Hampir 35 ribu orang yang lainnya disiksa sehingga meninggal.

Sumber info: New Okezone
Gambar : Google Image