25 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 4

     Anak- anak saudara aku tercengang melihat aku terpacak di depan pintu rumah mereka. Dah lah dengan muka sembab sebab menangis tadi. Si kakak membuka pintu lalu aku terus menapak masuk.
     " Mana mama?" soalku. Belum sempat dia menjawab, terdengar suara along melaung dari arah dapur.
     " Siapa tu, Nisha?" soalnya.
     " Achik, mama!" jawabnya. Kemudian muka along menjengah dari dapur, kehairanan.
     " Oih? Angin takde, ribut takde, tak reti nak telefon dulu?" soalnya lalu menghampiri aku yang sedang baring atas sofanya. Pantas tangannya ku salami. Dia duduk di depanku.
     " Ni apahal pulak?" soalnya. Ish, along ni! Macam tahu-tahu je kenapa aku datang.
     " Orang bencilah kerja kat sana!" rungutku. Along mengangkat kening.
     " Aik? Apasal pulak?" soalnya.
     " Bos orang tu! Hari-hari dah cukup menyakitkan. Hari ni bertambah-tambah sakit pulak hati orang kat dia!" rungutku. Lalu aku bercerita dari A sampai Z tentang kisah di The Curve sebentar tadi. Melopong along dibuatnya.
     " Orang tahulah orang ni gemuk, tapi tak payahlah announce satu restoran tu!" kataku sambil mengesat hidung yang mula berair.
     " Dah tu ni karang ni kau nak balik dengan apa?" soalnya. Aku memerhatikannya dengan muka seposen. Hurm, kedengaran dia mengeluh. Matanya melirik ke arah jam dinding, kemudian dia berpaling semula ke arahku.
     " Tunggu kejap, along nak mandi. Kejap lagi abang long balik, kami hantar kau ke rumah," katanya lalu bangun. Aku menarik tangannya. Dia menoleh.
     " Hantar orang ke ofis. Kereta orang kat sana," kataku. Dia menjeling, lalu terus beredar ke bilik air. Aku terus mengelamun.
                           ***************************************************
     Aku sampai di ofis agak lewat, hampir 7.35 petang. Mata aku menghantar pemergian along dengan keluarganya dengan ekor mata. Aduh, May! Janganlah menyusahkan along lagi lepas ni. Kejam betul aku ni. Huhu. Aku menapak menuju ke arah lif, dan pakcik jaga itu tersenyum ke arahku.
     " Pakcik, tingkat 19 masih ada orang?" soalku kepada pakcik Moin.
     " Pakcik rasa unit Pemantauan tingkat 17 saja belum balik. Kenapa cik May?" soalnya kepadaku semula.
     " Saya tertinggal dokumen tadi. Nak kena ambik bawak balik. Nanti tak siap MD marah pulak. Minta diri dulu, pakcik!" jawabku lalu masuk ke dalam lif. Aku terus menekan butang tingkat 19.
     Sebaik saja sampai, aku terhendap-hendap dalam ofis. Gelap. Yang masih tinggal cuma lampu di meja Zain. Rajin betul mamat ni overtime. Aku terus menuju ke arah mejaku untuk mengambil semua fail yang masih berbaki semakannya. Aku duduk sekejap mengambil nafas dan sekilas aku terpandang ke arah bilik bos. Gelap.
     " Zain, bos dah balik ke?" soalku. Zain mengurut dada. Aku menunjukkan tanda peace kepadanya.
     " Kau ni, May! Dah lah aku dok sorang-sorang, cuak jugak! Lain kali bagi salam masa masuk tu, okey! Bos? Entah. Aku tak perasan pulak. Kau ke mana ni? Si Nad macam nak gila mencari kau!" soalnya. Aku sengih.
     " Aku jumpa klien senget tadi," ulasku tanpa perasaan. Zain tergelak.
     " Eloklah! Kau pun sama sengetnya dengan klien tu! Dah tu ke mana kau pergi? Klien senget tu kidnap kau ek?" soalnya sambil tangannya laju menaip di keyboard. Aku tergelak.
     " Pandai kau yer! Mana tahu ni? Baru menuntut ilmu dengan bos ek?" soalku balik. Dia turut tergelak. Aku membuka fail yang aku sempat semak separuh tadi, untuk aku semak bagi habis. Nanti takdelah aku serabut bila balik rumah.
     " Zain, kenapa kau balik lambat hari ni?" soalku sambil membelek data dalam fail.
     " Nak kena check bagi habis dulu fail plaza Seri Kembangan ni. Minggu depan nak kena turun padang bawak budak tingkat 15 semua," kata Zain. Aku melihat kalendar. Oh,ya! Minggu depan dah masuk bulan depan. Adeh! Tak siap semak lagi ni! Fail Ampang dengan Cheras ni pun tak habis belek. Jenuh aku!
     " Zain, fail audit plaza Sg. Besi ada tak?" soalku.
     " Yang tu bos ambik lepas tu dia bagi Imran. So aku rasa sekarang ni Imran tengah sakit kepala check fail audit tu," jawabnya. Yes! Lega aku rasa fail tu lepas ke tangan Imran. Biar dia yang semak, sebab aku ni dapat fail besar lagi banyak.
     " May, aku balik dulu," ucap Zain namun aku kurang memberi perhatian jadi aku tak tahu yang hanya aku tinggal berseorangan dalam ofis tu. Aku terus menyemak dengan kusyuk dan apabila terasa lenguh, aku melihat jam di tangan. Ya Allah, dah pukul 9.15 malam.
     " Zain, kau tak nak balik lagi ke?" soalku. Namun senyap tiada balasan. Aku hairan. Tidur ke mamat ni? Pantas aku mendongak dari meja aku. Meja Zain gelap. Gulp! Tinggal aku?? Bila masa si Zain ni balik? Hampeh! Cepat-cepat aku mengemas meja dan semua fail aku satukan untuk aku bawa pulang. Baru saja aku mematikan komputer, terdengar seperti ada bunyi dari bilik Adam. Bulu romaku berdiri, mukaku pucat. Dalam kepala otak aku ni jangan ditanyalah, macam-macam gambaran yang sedang terlayar.
     Kukk! Hoh! Bunyi lagi! Adeh..bunyi apa tu? Aku ni dah lah penakut tahap gaban! Ni semua punca Adam lah! Kalau tak, takde pasal aku nak balik ofis semata-mata nak check semua fail yang terbengkalai! Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bilik Adam, dan membuka pintu dengan perlahan. Mak ai! Sejuknya bilik mamat ni! Tak tutup air-cond ke? Dah kaya sangatlah tu! Aku menapak masuk, dan terdengar bunyi itu lagi. Kali ini datangnya dari bawah meja.
     Ya Allah, apakah benda tu? Bilik ni gelap lah sangat! Nak masuk dalam-dalam pun aku tak berani. Baru je aku nak melangkah setapak lagi, bunyi kerusi berkeriuk. Aku terus keras macam patung, sambil memejamkan mata.
     " May! Apa awak buat kat sini?" sergahan suara itu menyebabkan aku keluar tanpa sempat menoleh. Pantas aku mencapai beg tangan dan berlari menuju ke pintu besar. Laju tangan aku menekan lif (time macam ni patutnya turun tangga tapi aku takut terjumpa 'hantu' lain pulak kat tangga tu). Sebaik pintu lif dibuka, aku terus masuk. Belum sempat pintu ditutup, tangan itu menahan. Aku dah rasa nak menangis! Aku merapatkan diri ke dinding lif dan memejamkan mata rapat-rapat. Terasa seperti ada seseorang masuk ke dalam lif dan berada bersama-sama aku. Aku rasa orang tu menghampiri aku sebaik saja pintu lif ditutup.
     " Debab!" Allahuakbar! Luruh dah jantung anak mak ni, mak oii! Aku buka mata, dan melihat Adam berdiri di hadapanku dengan memegang beberapa fail audit aku tadi. Eh, macam mana dia ni kat sini? Tadi bukan ke Zain kata...? Ah, abaikan. Aku memandangnya dengan muka yang pucat. Tangannya menghulurkan fail aku itu. Aku menyambutnya dengan perasaan gementar. Dia ni boleh buat aku cepat gol!
     " Aku nak mintak maaf kat kau bagi pihak Yanti atas kelancangan dia tadi!" katanya perlahan. Aku memandang pintu lif. Baru saja aku nak menjawab, lif jem lagi! Ish! Unit si Muiz ni memang lah! Nak aje aku isukan dalam meeting hari Isnin nanti!
     " Buat apa bos nak mintak maaf? Bukan bos buat salah! Dia nak mintak maaf suruh dia datang jumpa sendiri dengan saya!" aku menjawab. Eh! Bukan itu yang nak terkeluar! Mulut ni kan! Tak seiring dengan hati betul! Aku lihat Adam terdiam.
     " Takpe, nanti aku suruh dia datang jumpa kau," jawabnya. Hah?
     " Tak payahlah! Saya tak bersedia nak jumpa dia lagi! Simpan jelah maaf dia tu tunggu raya tahun depan," habis saja kata-kataku, pintu lif terbuka. Pantas aku berjalan menuju ke arah parkir keretaku. Belum sempat aku membuka kereta, dia menahan. Bos, jangan nak buat sexual harassment kat sini! Aku jerit kang!
     " May, tunggu dulu!" pintanya. Aku menjegilkan mata pada tangan dia yang memegang lengan aku. Huh! Nasib baik aku pakai baju kurung. Kau bukan muhrim akulah nak pegang- pegang ni, mangkuk! Hati aku membentak.
     " Ops, sorry!" lalu dia melepaskan tangannya. Aku berpaling menghadapnya sambil memeluk fail di dada.
     " Apahal? Kalau tak penting, saya nak balik! Penat sangat jadi pelakon tak bergaji, lepas tu dihina pulak!" sindirku. Dia menunduk.
     " May, apa yang saya kata pada dia siang tadi tu, saya serius. Saya nak bertunang dengan awak!" ucapnya dengan riak yang serius. Aku melopong. Uhh!! Wake up, May! Dia ni cuma nak main-main saja. Aku menggelengkan kepala lalu membuka pintu kereta. Sebelum aku masuk aku menoleh.
     " Bos, tak payahlah nak pujuk hati saya dengan cara macam tu! Dah lali sangat kena perli sampai hati pun dah takde rasa nak menjadi tunang bos, apa lagi isteri. Maaflah, saya nak balik. Penat sangat!" kataku lalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu aku memecut meninggalkannya terpinga-pinga.
     Dalam kereta, aku tersengih. Alahai, baru suruh berlakon dah nak syok! Ini dia propose pulak! Adeh, macam cerita sinetron Indonesia pulak aku rasa hari ni! Hahaha. Ini kalau cerita kat Nadia mesti dia terkejut beruk makyeh! Aku tersengih-sengih sambil terus memandu pulang.
     Adam meraup mukanya lalu beristighfar. Adeh, betul ke apa yang aku cakap tadi? Aku mengaku yang aku melamar dia? Huh! Hati, biar betul! Perlahan-lahan dia menapak menuju ke arah keretanya. Balik ni kena solat taubat banyak-banyak! Hatinya mengomel.
                                     *****************************************************
     " Kau ni kan...," kata-kata Nadia terhenti apabila aku tersengih.
     " Sorry lah, babe! Aku kena kidnap dengan klien tadi!" bohongku. Nadia menarik muka kelat.
     " Kau jangan bohong aku, boleh tak? Adam call cari kau, dia kata kau hilang, what's going on, babe? Kau berdua main acilut ke?" soal Nadia. Aku terkesima. Adam call ofis cari aku kata aku hilang? Senget laa otak mamat tu! Dia tak nak pulak cerita kenapa aku hilang! Mangkuk!
     " Takde apalah! Aku masuk dulu, nak rehat!" kataku lalu berlalu ke bilik.
     " Mengelak lah tu!" jerit Nadia. Aku cuma memekakkan telinga. Sambil berbaring di atas katil, aku teringat semula kata-kata Adam petang tadi, 'Yanti...inilah bakal tunang saya!' Pergh! Kalau betul-betul aku pun TAK NAK! Haha. Siapalah nak jadi isteri kau, singa? Hari-hari aku boleh hilang suara sebab bergaduh dengan kau. Silap-silap kau penyek je kena henyak dengan bontot aku ni. Mengekek-ngekek aku ketawa apabila fikiran sudah jauh menerawang.
     Astaghfirullah, jauhnya aku mengelamun. Yang merepek-repek pulak tuh? Aku bingkas bangun untuk mandi dan bersolat. Baru aku terasa sakitnya kepala aku setelah seharian aku 'marathon' dengan teksi menuju ke rumah along di Rawang. Haha.
                                             ***********************************************
     " Ya Allah, andai kata dia telah ditakdirkan untuk aku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Andai kata dia bukan jodohku, maka jauhkanlah hatiku dari hatinya agar hatinya tidak terluka. Amin," doa Adam usai solat Isyak. Baru dia hendak melipat sejadah, terdengar ibunya memanggil.
     " Adam, mari turun makan. Umi dah panaskan lauk," kata Puan Sri Sabrina. Adam bangun lalu membuka pintu biliknya. Ibunya tersenyum. Aduh, umi! Chubby pulak Adam tengok umi ni, tapi tetap jugak Adam sayang! Macam manalah Adam nak tawan hati dia ye, umi? Hatinya menyoal.
     " Kenapa senyum-senyum ni? Ada apa-apa nak kongsi dengan umi?" soal ibunya. Adam tersedar, lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sambil memeluk bahu ibunya, mereka turun beriringan.
     " Adam laparlah, umi! Umi masak apa hari ni?" soalnya menutup perkara yang bermain di hatinya sebentar tadi. Sampai saja di dapur, Puan Sri Sabrina membuka tudung saji. Bulat mata Adam melihat menu yang terhidang. Ada asam pedas ikan pari, kerabu cekur campur taugeh dan sayur kangkung goreng belacan.
     " Wah! Semua makanan kegemaran Adam! Terima kasih, umi!" kata Adam lalu mencium pipi ibunya. Puan Sri Sabrina yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan, ketawa. Adam duduk lalu mencapai pinggan dari ibunya.
     " Sedapnya umi masak. Kalau hari-hari macam ni, gemuklah Adam!" kata Adam sambil mengambil lauk.
     " Eh, belum makan dah tahu sedap? Dasyat anak umi ni!" kata Puan Sri Sabrina lalu duduk di hadapan anaknya. Adam yang sedang makan, tersenyum.
     " Umi masak apa semua sedap bagi Adam," katanya. Ibunya tersenyum.
     " Berselera umi tengok Adam makan. Bidadari mana satu yang buat hati anak bujang umi kembang setaman ni?" ibunya serkap jarang. Tercekik Adam. Cepat-cepat ibunya menepuk belakangnya, dan menghulurkan air.
     " Cuba makan tu pelan-pelan. Tengok, sebut bidadari je, tersedak! Betullah tu," usik ibunya lagi. Adam menjeling sambil meratah ikan pari.
     " Takde maknanya, umi. Anak umi ni orang gelarkan singa! Mana ada orang nak dekat dengan singa?" kata Adam. Puan Sri Sabrina ketawa.
     " Umi rasa anak umi ni singa jantan yang comel kot? Alah, macam dalam cerita Lion King tu! Manja lagi," usik ibunya. Pergh! Umi samakan aku dengan singa cerita zaman kanak-kanak aku pulak! Tak patut betul! Hatinya mengomel.
     " Umi jangan nak serkap jarang yer? Adam masih single and available tau!" katanya lalu menghabiskan makanan di dalam pinggan. Ibunya tersenyum.
     " Siapa jua bidadari yang berjaya buat hati anak umi ni kembang setaman, umi akan hadiahkan dia sesuatu yang istimewa," pancing ibunya. Adam ketawa.
     " Umilah bidadari tu," usik Adam.
     " Okey, kalau macam tu esok umi nak beli kereta Myvi special edition warna merah untuk umilah!" jawab ibunya. Melopong mulut Adam, dan ibunya ketawa.
     " Cepat sudahkan makan tu. Mak nak kemas. Umi masuk tidur dulu ya. Selamat malam, Adam Usyair. Assalamualaikum," kata ibunya lalu bergerak menuju ke tingkat atas.
     " Waalaikumsalam, umi! Mak, kemas ini ye? Adam dah kenyang!" kata Adam pada Mak Nab, ibu asuhannya yang sedang mencuci pinggan. Mak Nab cuma angguk lalu tersenyum.
                                                *******************************************
     Aku tak boleh tidur pulak! Terasa macam kejam sangatlah jawapan aku kat singa tu dalam lif tadi! Ish, tak boleh jadi ni! Kang aku pulak berdosa sebab tak nak maafkan orang. Lantak dialah nak panggil aku apa pun. Agaknya dia cemburu kot badan dia sekeping macam plywood tak ada spare macam aku ni! Haha, perasanlah kau, May! Takpe, hari Isnin ni aku bagitau dia lain, cuma aku harap janganlah dia ulang apa yang dia cakap tadi! Silap-silap aku demam sebulan. Tak pasal-pasal aku tak boleh turun padang buat audit dengan team favorite aku tu!
     Tapi rasa macam kelakar pulak tadi! Macam mana aku boleh tertinggal dalam ofis seorang diri? Dah tu boleh tak sedar pulak yang singa tu ada. Haha, kan dah kena sergah! Nasib baik kepala aku tak terhantuk pintu kayu tu, kalau tak mau biol aku kat situ kejap! Next time aku tak nak lah ikut dia jumpa pompuan senget tu lagi! Glamer habis aku satu The Curve tu nanti! Dah lah senget, biadapnya, nauzubillah! Tak reti hormat orang! Itu kalau si Adam nak buat bini, sesuai sangat! Biar sama-sama laser baru berakal sikit si singa tu! Hihi. Silap-silap lancar peluru berpandu dalam rumahtangga. Haha.
     Nasib kaulah, Adam Usyair oii, nak dapat girlfriend macam tu! Jangan bertembung depan aku lagi, sudah! Silap haribulan, kerana mulut awek kau tu, aku WWF dua-dua sekali! Tak boleh pakai punya bos! Menyakitkan hati je. Dalam dok bebel kat Adam, akhirnya aku terlena. Semoga mimpi yang indah-indah, Maysarah!

Tiada ulasan: