Tergesa-gesa aku menutup pintu kereta dan berlari-lari anak menuju ke arah lif. Mujur sebaik saja aku sampai, pintu lif baru terbuka. Beberapa orang masuk dan aku yang terakhir menyempitkan diri. Tingkat demi tingkat lif berhenti untuk orang lain turun ke bahagian masing- masing dan akhirnya tinggal aku sahaja. Mak aii, kenapalah aku kena kerja tingkat paling atas? Dengan bos yang mangkuk pulak tu! Dalam hati aku mengomel mengutuk si Adam, aku terbau perfume yang aku kenal. Meremang bulu roma aku, pantas aku merapatkan beg tangan ke arah dadaku. Seramnya, dalam lif pun dia tahu aku mengumpat dia ke?
" Bergegar habis satu badan kau berlari tadi, debab!" Gulp! Aku tidak berseorangan dalam lif. Dari panggilan nama aku tu, aku tahu dia ada di belakang aku. Sikit pun aku tak menoleh. Ceh! Macam mana aku tak perasan mamat ni tadi? Patutlah bau perfume macam kenal! Aku terus berdiri tegak di depannya. Kedengaran Adam ketawa.
" Kalau berlari macam tu hari-hari datang kerja, mesti bumper kau boleh kecik, kan debab?" aku cuma menggenggam jari-jemariku, menahan sabar dengan setiap ayat yang keluar dari mulut mamat ni. Rileks, May! Kalau dia tak henti menyakat kau jugak, kau hempuk dia dengan beg tangan kau nih! Tak makan saman punya bos!
Dalam hati bagus dok menyumpah seranah Adam, secara tiba-tiba lif berhenti. Jam! Allah, lif oii! Time macam ni lah kau nak 'mematikan' diri pulak! Aku rasa sesak nafas, dan nak tak nak terpaksalah jugak aku berpaling memandangnya, sebelum aku perlahan-lahan merapati dinding. Kelihatan Adam tenang saja, siap boleh main game lagi kat iPhone dia tu. Tau la handphone canggih, tak payah la nak tunjuk kat aku! Yang lif ni pun buat main pulak! Aku belek-belek jam tangan, menutup gelisah sebenarnya.
" Kau takut ke, debab?" soalnya bersahaja. Ish, dia ni kan!
" Bos, nama saya Maysarah Abd. Aziz. Bukan debab!" aku mula nak naik angin. Dia tergelak tapi masih bermain game.
" Suka hati akulah nak panggil kau apa pun! Kau takut lewat ke? Takpe, habis kuat pun company potong gaji kau je," katanya lagi. Selamba badak punya budak si Adam Usyair Tan Sri Ghazali nih! Berpeluh-peluh tangan aku walaupun lif masih 'hidup' seperti biasa. Tang mana yang jem tu aku tak berapa pasti! Aku mengeluh mengurangkan sesak nafas. Bukan sebab apa, aku ada pengalaman tersangkut dalam lif yang gelap gelita, kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni, cerah lagi la yang ni. Adam memandangku.
" Takut ke?" soalnya sinis. Aku diam.
" Tak kan la badan besar macam kau ni, takut kot?" sindirnya lagi. Hati aku ni kalau pergi jumpa doktor pakar, mesti dia orang hairan tengok hati aku hangus! Eeii, sakitnya hati achik ni, mak! Aku cuma beristighfar panjang.
" Jangan takutlah! Lif ni tepat pukul 8.45 pagi, setiap hari memang akan stuck for a while, untuk kemaskini data kamera CCTV. Agaknya kau tak tahu sebab hari-hari kau masuk awal kan? Kenapa hari ni lambat pulak?" soalnya sambil memandang iPhone nya yang bajet cun tu! Ceh! Company bapak kau ni banyak songeh betullah! Aku menarik muka kelat.
" Saya tanya awak ni, Maysarah Abd. Aziz!" katanya tegas. Aku terkedu.
" Saya pergi hantar Nadia kat klinik dulu," jawabku.
" Oh, Nadia half day! Lupa pulak!" katanya dan dia memandangku seketika lalu mendail nombor di handphonenya.
" Hello, Muiz! Apasal lambat sangat unit kau servis data lif ni? Aku stuck dalam nilah! Kejap lagi nak meeting, mengamuk pulak department lain tunggu aku!" katanya tegas dan kadang-kala dia mengangguk. Seketika kemudian lif pun berjalan seperti biasa. Leganya aku rasa! Akhirnya sampai di tingkat 19. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku keluar cepat-cepat.
" May! Buatkan saya air, dan hantar ke bilik saya sekarang!" laung Adam sambil berlalu ke biliknya. Aku yang dengar sayup-sayup, menghempaskan beg tangan atas meja. Panas!
" Azie, mana kak Miah?" soalku kepada Aziah yang sedang membuat kerjanya. Aziah menoleh.
" Kak Miah baru turun. Yang kau lambat hari ni, kenapa? Mana Nad?" soalnya kembali.
" Hish! Singa tu! Aku hantar Nad ke klinik dulu. Leceh betullah!" kataku sambil berlalu ke pantry.
" Oih! Yang kau cari kak Miah tu apahal?" soal Aziah lagi.
" Singa tu lah! Tak pernah-pernah aku buat air untuk dia, hari ni dia mintak! Mana aku tau dia suka minum air apa! Menyusahkan betul!" bebelku. Aziah ketawa.
" Kena lagi kau hari ni, ya? Selalu aku tengok kak Miah buat air nescafe o panas. Kau buat air tu tapi manis agak-agak jelah!" kata Aziah lalu menyambung semula kerjanya. Aku masuk ke dalam pantry dan mencapai mug. Hurm, nescafe o panas manis-manis buah ye? Hehe..aku sudah tergelak jahat dalam hati. Siaplah kau, Adam! Bos tak bos, ini hari aku akan balas dendam! Huahahaha...
***********************************************
Aku memejamkan mata sambil memicit-micit kepala. Pening sangat rasanya. Pelawaan Aziah dan Nadia untuk membelikan makanan buat aku pun aku tolak. Bukan apa, dah pening macam ni, kang makan pun membazir jugak, kalau semuanya terkeluar balik. Nak tidur kejap rasanya ni.
" Oit, debab!" laung mamat tu dari muka pintu biliknya. Adeh! Apa lagi ni, mamat? Aku takde mood la nak layan karenah kau! Aku membuka mata sedikit lalu pejam kembali.
" Nak apa, bos?" soalku perlahan.
" Oit! Kalau nak tidur tu, balik rumahlah! Ini pejabat!" laungnya kuat. Nasiblah dalam ofis ni tinggal aku dengan seorang staff bahagian audit, Hanis. Tersengih-sengih Hanis tatkala mendengar laungan dari bos. Kiranya semua dalam department aku ni tahu dengan Adam memang pantang bersua muka.
" Malas aku nak layan kau! Jeritlah kau sorang-sorang," aku mengomel perlahan. Tanpa sedar dia menghampiri aku lalu menepuk meja dengan kuat. Aku terkejut lalu terbangun dengan tiba-tiba. Kemudian dia duduk di mejaku. Serius.
" Kenapa nak tidur kat sini?" soalnya. Aduhai, bos! Tolonglah bagi aku rehat kejap dalam sejam ni! Sakit kepala aku dengan kerja yang bertimbun, dicampur dengan peel kau pulak! Aku memegang kepalaku sambil menongkat siku atas meja.
" Kan waktu rehat ni, bos! Saya nak tidurlah kejap! Tak kan tak boleh?" soalku perlahan. Adam terdiam. 'Ye tak ye jugak!' hatinya mengiyakan. Sekali dehem, dia bangun menuju ke pantry. Aku kembali bersandar.
" Kak, Hanis nak pergi surau dulu. Akak okey tak ni?" soal Hanis. Aku membuka mata. Gangguan lagi! Hish!
" Akak nak rehat jap je. Takpelah, Hanis pergi dulu, nanti akak menyusul dengan Nadia dan Aziah," kataku lalu memejamkan mata kembali. Hanis menepuk bahuku lembut lalu dia beredar.
Terasa seperti ada kelibat seseorang sedang berdiri di sebelahku, memaksa aku membuka mata. Kelihatan Adam berdiri dengan mug di tangan kiri dan panadol di tangan kanan. Aku cuma mengangkat kening.
" Bangun, makan panadol ni!" katanya tegas. Aku mencebik. Dia meletakkan mug dan panadol atas mejaku.
" Saya belum lunch apa-apa lagilah, bos!" jawabku. Dia menjegilkan matanya.
" Panadol tu tak mudarat! Makan, bagi hilang sakit kepala! Kang tak pasal-pasal saya masuk penjara sebab cubaan untuk pecahkan kepala anak dara orang," katanya lalu terus beredar. Aku terkesima, namun senyuman terukir di bibirku.
" Bila masa lah bos nak pecahkan kepala saya ni," aku mengomel.
" Lepas rehat! Belambak lagi fail audit nak kena semak!" jawabnya dari arah meja Hanis. Terkedu aku, ingat dia tak dengar. Hahaha. Adeh, kerja oh kerja! Bilalah nak habis ni! Nak tak nak, aku menelan panadol yang diberikan.
*******************************************
Aku mengurut leher yang terasa lenguh. Kemudian aku mendongak ke arah staff aku yang lain. Masih tinggal beberapa orang saja lagi. Mataku beralih ke arah jam dinding. Mak!! Dah hampir pukul 6.15 petang. Ini kalau berumahtangga, menangis anak aku sebab mummy lambat pick up! Haha.
" Zain, mana fail audit plaza Sungai Besi?" laungku. Lelaki yang bernama Zain itu menoleh ke arahku.
" Tadi lepas lunch, bos mintak la, weh!" katanya lalu menyambung semula kerjanya. Adeh, si Adam ni! Tak habis-habis nak masuk campur kerja aku! Karang mesti nak panggil nama aku lagi! Setengah jam berlalu, tinggal aku, Nadia dan Aziah seperti selalu yang akan balik lambat. Pintu besar terbuka, kelihatan Muiz dari unit CCTV dan Lutfi dari unit Pemantauan berjalan menuju ke arah pejabat Adam Usyair. Aku memberi isyarat kepada Aziah dan Nadia.
" Macam takde muka lain je nak masuk bilik bos!" omel Nadia sambil menyemak data.
" Alah, kau ni! Dia orang kan kawan baik bos sejak dari London!" perli Aziah. Aku cuma mencebik. Meluat!
" May, kau jangan jadi macam semalam! Debik dia dengan buku audit tu! Tebal nak mampus!" Nadia memberikan amaran. Aku sengih.
" Kalau dia tak sakitkan hati aku, takdenye aku nak debik dia guna buku ni," sambil aku mengangkat buku yang aku guna untuk memukul dia semalam. Aziah dengan Nadia ketawa. Buku kajian tentang audit tu boleh pulak aku capai nak pukul dia. Haha.
" Debab!!" jerit Adam dari dalam biliknya. Yang aku pelik tu, mamat berdua tu masuk tak reti ke nak tutup pintu bagi rapat? Aku memandang muka Aziah dan Nadia dengan pandangan yang 'tolong lah doakan aku agar tak ikat mamat tu kat kerusi dan selotep mulut dia yang laser tu'! Perlahan-lahan aku berjalan ke arah bilik Adam.
" May! Jangan mengamuk!" bisik Nadia. Aku menjeling. Sebaik saja muka aku menjengah bilik besar bos aku, aku terkedu. Mukanya kelat dan mencuka. Alamak, bala apa lagi ni...
" Awak nak bagi saya kena kencing manis ke, hah?" soalnya dengan suara yang kuat. Erk! Air minum pagi tadi, petang ni baru nak minum? Tak basi ke? Haha..
" Apa yang awak tercegat lagi tu? Masuk sini, rasa air yang awak buat ni!" jerkahnya. Terkejut aku, jantung aku dah dup dap dup dap. Perlahan aku masuk menghampiri mejanya. Mukanya kelihatan merah padam. Kedua-dua kawannya terdiam saja. Dia menyuakan mug nescafe yang aku bancuh pagi tadi. Teragak-agak aku hendak menyambutnya. Namun apabila melihat biji matanya yang hampir terkeluar menjegil kepadaku, pantas aku menyambut mug itu. Aik? Kata manis melecaih tapi air dah suku! Ini yang aku pelik! Aku memandangnya dengan rasa geram.
" Hah! Minumlah! Habiskan!!" jerkahnya. Nak minum dari bekas dia? Eeuuww! Tak nak!! Dia menepuk meja, kuat. Terangkat bahu aku. Nak tak nak, aku minum sampai habis. Eyarks! Manisnya!! Mukaku berkerut. Dia mengangkat kening sambil berpeluk tubuh.
" Amacam? Sedap?" perlinya. Ya Allah, kalau aku ni ada kencing manis, memang naik paras gula dalam darah ni. Aku tersenyum kelat.
" Sorry la, bos! Saya tak tahu sukatan gula yang biasa kak Miah buat untuk bos," jawab ku jujur. Adam mengeluh.
" Next time, you belajar buat air tu dengan kak Miah, then buat hari-hari untuk saya! Faham tak?" soal Adam. Aku mendengus. Banyak lagi kerja lain la, mamat!
" Tak nak lah! Bukan kerja saya!" aku melawan. Dia meletakkan kedua-dua tangannya atas meja, dan mukanya memandang aku.
" Ini satu arahan dari saya!" katanya tegas. Aku meletakkan mug semula.
" Malas! Bukan bos bayar gaji extra untuk bancuh air!" aku tetap berkeras. Dia menjegilkan matanya.
" Debab! Ini arahan dari aku! Kau jangan nak membantah, kalau tak hari-hari kau kena balik lambat, sama time dengan aku! Pilihan di tangan kau!" katanya lalu duduk semula. Aku mencapai mug itu lalu keluar. Tetapi sampai di muka pintu, aku menoleh.
" Baik! Esok saya letak garam pulak! Bagi bos cepat kena high blood preasure! Sikit- sikit nak mengamuk! Otak senget!" kataku lalu cepat-cepat beredar. Merah padam mukanya apabila Lutfi dan Muiz ketawa.
" Maysarah!!!!" jeritnya namun aku sudah sampai ke pantry. Siap basuh mug aku terus ke meja aku, kemaskan semua fail yang belum siap disemak untuk dibawa pulang lalu mengambil beg tanganku. Cepat-cepat aku berlari menuju ke arah lif, di mana Aziah dan Nadia sudah awal menunggu dari saat mereka mendengar aku kena jerkah.
Sebaik saja pintu lif terbuka, aku masuk dan kelihatan Adam keluar dari biliknya untuk mengejar aku. Dengan lagak gaya seperti ratu cantik dunia, aku melambai-lambai kepadanya sehinggalah pintu lif tertutup rapat. Kemudian, aku memandang Aziah dan Nadia, dan kami semua tergelak kuat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan