23 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 1

     Menyerigai muka Adam menahan sakit akibat belakang badannya dipukul olehku dengan menggunakan buku tebal. Mengekek-ngekek Lutfi dan Muiz menahan ketawa melihat muka Adam yang berkerut-kerut, manakala Aziah dan Nadia pucat lesi wajah mereka.
     " Sakitlah, pompuan!" jerit Adam. Aku mengangkat buku itu sekali lagi namun ditahan oleh Nadia. Aku ditarik ke belakang sedikit, manakala Adam berpaling menghadap kami.
     " Memanglah aku ni pompuan, jantan! Kalau kau tak nak sakit, mulut tu jaga sikit!" aku menaikkan suara melawan suaranya. Adam kembali menegakkan badannya, kemudian menghampiri kami bertiga. Badannya yang sasa membuatkan aku asyik memandang caranya berjalan, kemudian... 'astaghfirullah..anak teruna orang tu May oii!' hatiku menjerit. Aku pantas menunduk apabila Adam berdiri di hadapanku, dan bau harumannya bakal menggoyah perasaan aku di saat ini.
     " Makcik! Siapa yang patut jaga mulut sekarang ni,hah? Aku ke, kau?" soal Adam dengan nada suaranya dikeraskan. Aku cuba untuk melawan pandangan matanya tetapi sekejap ajelah, lepas tu aku pandang ke arah lain. ' Hai, hati! Kuatkanlah iman,' hati aku berdetik.
     " Kaulah! Sesedap rasa ayam KFC je kau panggil aku makcik, debab! Kau ingat kau tu hensem sangat ke?" aku menyoal dia kembali. Tapi kau memang hensem pun.. hihihi.
     " Apa? Tak betul? Kau kan memang debab! Dah la debab, bumper kau tu kalau masuk kereta confirm la sendat-sendat!" lalu kata-kata itu disambut dengan gelak tawa oleh dua lagi monyet di belakangnya. Aku terkedu. Main bumper-bumper plak mamat ni! Biadap betul! Belum sempat aku menjawab, Nadia menarik tangan aku untuk beredar dari situ. Aziah turut membuntuti aku. Dari jauh kedengaran suara Adam melaung namaku.
     " May! Selamat mengecikkan bumper kau tu!" Hampeh!! Aziah dan Nadia berpandangan sesama mereka, dan aku tetap melangkah menuju ke keretaku.
                                      *****************************************************
     " Eeiii...bengangnya aku!!" aku menjerit apabila sampai saja di rumah. Masuk ke bilik lalu menghempaskan diri ke atas katil dan meniarap. Sepuluh minit kemudian, air mataku mengalir. Aku tersedu-sedu. Ketukan dari luar bilik aku abaikan. Kedengaran suara Nadia merayu memanggilku.
     " May, dah la. Abaikan je si Adam tu. Kau macamlah tak kenal si samseng kampung dusun tu kot?" kata-kata Nadia mengundang tawa di bibirku. Aku bangun lalu membuka pintu. Wajah Nadia berkerut memandangku. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan turut berbaring di sebelahku.
     " Nad, aku bukan sedihlah! Aku bengang dia sebut-sebut bumper aku pulak! Nasib baik yang ada cuma dua 'monyet' tu je! Geram aku sebab tak sempat nak balas," omelku. Nadia memeluk bahuku.
     " Babe, tak payah la sebab mamat tu kau nak bengang-bengang bagai! Lantak dialah nak panggil kau apa! Jangan esok dia angaukan si debab ni, sudah!" balas Nadia. Aku membuat muka, mencebik. Nadia bingkas bangun.
     " Dah! Pergi mandi! Pastu kita makan kat luar! Aku nak masak pun takde mood tengok muka kau macam ni," kata Nadia sambil bangun.
     " Nad, chicken chop Bluebayou, please??" aku membuat permintaan, sambil mengerdipkan - ngerdipkan mata kepadanya. Nadia cuma menjeling sambil menunjukkan penumbuknya. Eleh, kalau nak dibandingkan dengan penumbuk aku ni, besar lagi penumbuk aku.
     " Mandi cepat!" jerit Nadia. Aku bergegas bangun sambil mencium pipinya. Yes,yes! Akhirnya Nadia nak belanja jugak! Haha (gelak jahat). Aku terus menuju ke bilik air.
                                        ************************************************
     Aku makan dengan perlahan, sambil mata memandang ke arah Nadia yang makan dengan cepat. Lapar sangat la tu! Pelahapnya dia ni! Kalau mak mertua lalu, dah sah-sah kena kutil. Tak bersopan langsung. Baru saja aku nak membuka mulut untuk menegurnya, mataku memandang ke arah yang membuatkan aku tak senang duduk.
     " Alamak, Nad! Dia lagi! " kataku kepada Nadia separuh berbisik. Nadia berhenti menyuap lantas dia memandangku.
     " Dia? Siapa?" soalnya berbisik juga. Mukanya cuak. Aku mencebik.
     " Yang kau berbisik ni, apehal? Tu hah! Si samseng kampung dusun dengan kawannya. Kau jangan toleh pulak," aku memberitahu. Tetapi oleh kerana si Nadia ni memang degil nauzubillah, maka dia pun menoleh jugak! Pantas dia berpaling semula.
     " Erk! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?" soalnya pada aku yang sedang menyambung makan.
     " Entah, mana aku tahu! Dia tak nampak aku pun dah cukup baik! Kang tak pasal-pasal satu restoran ni dengar dia laung nama glamer aku," jawabku. Nadia geram aku menjawab macam tu lalu kaki aku disepaknya. Ceh!
     " Oii, debab! Cukup ke sepinggan chicken chop tu? Kalau tak cukup, aku nak tolong order lagi," tegur Adam dengan suaranya yang kuat, disebelahku. Tercekik aku yang sedang enak mengunyah ayam, manakala mata-mata yang tak berkaitan pun sibuklah nak memandang. Lahabau punya jantan! Tergelak-gelak si Muiz lalu mereka duduk di meja sebelah kami. Adeh, kenapalah duduk dekat sini pulak! Aku mula panas punggung, berkira-kira untuk pulang sebaik saja Nadia menghabiskan makanannya.
     " Oit, cik abang! Tak boleh ke bersopan sikit kalau nak menegur pun? Orang tengah makan habis semua tercekik!" Nadia mula membuka mulut. Tersengih-sengih Adam. Eei, kalau ikut hati aku ni kan, dah lama rambut pacaknya tu aku siram dengan sos black-pepper yang ada dalam pinggan aku ni.
     " Rileks la, debab! Kalau kau tercekik nanti aku order air banyak-banyak. Kalau kau pengsan aku tak larat laa nak angkat sebab bumper kau besar," kemudian dia lambakkan gelakknya dengan Muiz. Aku mengetap gigi. Pantas aku bangun menuju ke kaunter lalu membayar harga makanan. Aku kembali dan menarik tangan Nadia untuk beredar dari situ. Terkocoh-kocoh Nadia mengikuti langkahku. ' Aku belum habis makan lagi weh!' hati Nadia membentak. Tapi aku, sudah hilang selera!
                                            ***********************************************
     Melangkah masuk ke dalam rumah, muka Nadia kelat. Lapar lagi la tu! Aku terus menuju ke bilik, untuk tidur. Nadia menarik tangan aku.
     " May, jangan la macam ni. Abaikan je si malaun tu," kata Nadia.
     " Aku mengantuk la, Nad! Dan aku kenyang sampai esok," jawabku. Nadia tarik tangan aku. Dia bawak aku ke sofa.
     " Kau pun nak ikut kata-kata Adam tu? Membesarkan bontot kau tu?" soal Nadia. Aku tergelak lalu menarik tangan aku.
     " Takde maknalah, Nad! Aku betul-betul mengantuk! Letih sangat kepala otak ni, kena fikir hari-hari nak mengadap speaker rosak tu. Entah apalah yang dia sakit hati sangat dengan bumper aku ni! Okeylah, jumpa esok di dapur. Tata," aku melambai lalu berjalan menuju ke bilik tidur. Panggilan dari Nadia aku abaikan.
     Sebaik saja aku merebahkan badan ke atas katil, aku menarik selimut Kitty aku. Aku peluk erat-erat sambil memejamkan mata, cuba untuk melupakan kata-kata Adam yang amat menyakitkan hati. Dalam cuba untuk melupakan tu, aku teringat along aku, Maizurah. Lama aku tak call dia sejak aku duduk rumah sewa dengan Nadia. Pantas aku mencapai telefonku lalu aku mendail nombor along. Tidak berjawab. Aku melihat jam, patutlah! Dah hampir pukul 11.30 malam. Mestilah along tidur, esok dia nak bangun awal menguruskan suami dan anak-anaknya.
     Aku terlentang sambil memandang siling. Adam, apa sebab kau jeles sangat dengan aku ni, hah? Nak kata aku keja bagus dari kau, aku ni eksekutif cabuk je. Kau tu pulak pengurus syarikat bapak kau. Lainlah kalau aku ni macam Nurlaila, pengurus cawangan luar. Tak logik langsung kau ni, asyik nak sakitkan hati aku je. Dalam hati mengomel dan mengumpat Adam, aku terlena.
                                          *********************************************
     " Uhuk-uhuk! Uwekk!" Adam tersedak lalu batuk sampai nak termuntah ketika dia sedang minum air. Muiz menggelengkan kepalanya.
     " Gelojoh la kau ni, bro! Pelan-pelan la!" kata Muiz sambil menepuk-nepuk belakang Adam. Adam mencapai tisu lalu mengesat mulutnya.
     " Hurm, ni sah-sah si May mengutuk kau!" kata Muiz. Adam terdiam lalu menyambung minum semula.
     " Pandailah kau!" elak Adam.
     " Dalam hati ada taman tapi tak nak ngaku, esok bunga disambar orang jangan kau nak nangis kat aku," perli Muiz.
     " Takde maknalah!" jawab Adam. Hatinya ketawa. Maysarah? Mustahil! Muiz hanya memandangnya.
     " Tunggu sajalah!" kata Muiz penuh makna. Adam kehairanan.

Tiada ulasan: