" Rileks la, beb! Kau ni macam tak faham je si debab kesayangan kau tu," usik Muiz. Mata Adam menjeling tajam.
" Kau orang tahu tak? Nescafe tadi punyalah manis melecaih! Kalau aku minum lagi 3 mug macam tu, confirm aku akan kena diabetes!" jawab Adam. Muiz dan Lutfi saling mengangkat kening dan tersenyum sumbing. Adam menjeling lalu dia mencapai briefcase di bawah meja dan terus bangun.
" Layan kau orang ni pun sama je perangai macam debab! Jomlah!" kata Adam sambil menutup suis lampu. Ruang pejabat itu kembali sunyi sepi.
****************************************************
Mengekek-ngekek Nadia ketawa apabila aku selesai bercerita. Tuala di rambut aku tanggalkan dan aku kesat hujung rambut yang masih basah.
" Patutlah dia mengamuk sakan dengan kau! Banyak gila tu!" kata Nadia.
" Biarkan dia rasa! Mengarah orang sangat! Kerja yang takde kaitan pun dia suruh aku buat! Esok, kalau dia buat lagi macam tu, aku letak 6 sudu besar garam pulak! Biar dia kena darah tinggi, padan muka! Baru puas hati aku!" aku membebel. Nadia sudah menggelengkan kepalanya. Tangannya mencapai mug yang berisi air milo panas lalu menghirupnya.
" Kau orang berdua ni, selalu sangat bertelagah. Aku takut esok salah seorang tak tahan menanggung rindu je!" perli Nadia. Aku mencebik. Adam Usyair? Eeuuww!
" Please lah, Nad! Hari-hari boleh perang dunia tau!" jawabku. Nadia ketawa.
" Tapi yang aku hairan tu, kau sanggup minum air bekas dia pulak!" kata Nadia. Aku cuma menjeling.
" Huh! Kalau dah sampai biji mata nak terkeluar sebab jegilkan aku, baik aku minum! Aku tak nak jadi penyebab anak lelaki tunggal Tan Sri buta sebab biji mata terkeluar!" jawabku sambil mengeluarkan semua fail yang aku bawa balik tadi. Nadia ketawa.
" Mesti lawak kan, biji mata dia besar? Mentang-mentanglah mata dia cantik, dia guna aset tu je untuk pikat kau. Hahaha!" Nadia menyambung ketawanya. Aku tersengih.
" Lawa ke mata dia, Nad? Aku sendiri pun tak pernah belek, inikan pulak kau! Bila masa kau jadi doktor mata ni?" perliku sambil mata menyemak semua data. Nadia menampar peha aku. Aku mengaduh sambil mengusap-usap bekas tamparan itu. Perit!
" Aku taulah peha aku gebu lagi menawan. Janganlah main tampar-tampar," perliku lagi.
" Betul, May! Tak percaya? Nanti bila dia jegil mata kat kau lagi, kau belek mata dia tu. Aku nampak mata dia cantik waktu meeting siang tadi. Haha," jawab Nadia. Cis! Gedik punya budak! Orang suruh meeting isukan hal penting! Dia boleh pulak belek biji mata singa tu! Kalau aku, takde masa lah nak belek! Silap-silap kena sergah sebab mengelamun!
" Oih! Kau ni meeting sebab nak tengok mata dia je ke? Hampeh! Aku nak belek mata dia pun takde masa lah, babe! Ni, kerja yang belambak ni aku belek lagi bagus!" jawabku. Nadia tersengih. Kami sama-sama menyemak semua data untuk sesi audit bulan depan. Silap semak, aku pulak kena hadap muka singa tu 24 jam. Belum pun selesai kerja menyemak yang masih ada, Nadia bangun lalu menuju ke dapur, membasuh mug nya.
" May, aku masuk tidur dulu ye? Mengantuk sangat! Tak tahan pedih mata aku nak semak semua data kau tu. Selamat malam!" katanya lalu menghilangkan diri ke dalam biliknya. Aku memandang sambil mencebik.
" Mengantuklah sangat! Malas nak semak data lah tu! Mentang-mentanglah area audit dia kecik, yang area aku tak nak pulak dia belek! Hampeh punya Nad!" aku merugut.
" May, I heard that!" jerit Nadia dari biliknya. Aku ketawa besar. Dengar pulak minah tu. Ingatkan dah 'ghaib' sampai ke mana. Adeh! Aku tersengih sendiri. Lalu aku menyambung semula kerja aku yang tertangguh sebentar tadi. Sehinggalah aku tidak sedar bila aku terlelap di atas sofa.
************************************************
"Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga kepadaku, pada hari yang mulia, penghulu segala hari aku panjatkan doa kepada-Mu agar mempermudahkan segala urusan kerjaku, dan sejukkanlah hatiku dan hati orang-orang yang berada di sekelilingku terutama bos aku yang garang macam singa. Semoga Engkau merahmati hidup kami semua. Amin," aku meraup muka sebelum keluar dari kereta. Sedikit hairan menjentik hati, kenapalah aku doakan si singa tu pulak? Ah, lantaklah! Sambil memperbetulkan baju kurung dan tudung, aku berjalan terus ke bangunan GSA Holdings.
Yes!!Today is Friday! Tak sabar aku nak berhujung minggu kat rumah along. Hati aku menjerit keriangan dan tanpa sedar aku tersengih seorang diri. Awal sikit aku datang hari ini, bukan apa, aku tak nak tersangkut dalam lif lagi macam semalam. Kena pulak ada mamat tu, memang spoil la mood aku untuk satu hari. Aku menekan butang lif, dan pintu pun terbuka. Aku terus masuk dan menekan tingkat 19. Baru saja pintu hendak tutup, tiba-tiba ada tangan seseorang menahannya dari tertutup. Apabila terbuka, masuk seorang insan yang menahan dari luar tadi. Aku terkedu!
" Assalamualaikum, debab! Morning! Awal kau hari ni? Takut tersangkut lagi macam semalam ke?" soalnya. Ish! Dia ni kan! Lagi aku nak elak dari berjumpa, lagi kerap pulak bertembung. Aku senyum, dan salamnya aku jawab dalam hati.
" Hurm, kau tak payahlah nak goda aku dengan senyuman kau tu! Tak manis mana pun. Nescafe semalam lagi manis dari senyuman kau!" katanya selamba badak menyebabkan senyuman aku mati. Hampeh punya singa! Aku memandang ke arah pintu lif. Apasal lif ni lambat sangat nak sampai, hah? Duduk lama-lama dengan dia ni kang mood aku habis lari. Hati aku menjerit geram.
Sebaik saja pintu lif terbuka, aku melangkah keluar, namun aku sempat berhenti di pintu besar department aku dan menoleh ke arahnya. Dia tercengang sebab aku berhenti secara tiba-tiba.
" Encik Adam Usyair! Pagi-pagi ni saya ikhlas sedekahkan senyuman untuk encik Adam, bukan ada niat nak menggoda encik Adam pun. Kalau encik Adam terasa macam tu, saya minta maaf. Next time, no more smiling for you!" habis saja aku berkata, aku terus masuk. Adam kelihatan agak terpempan.
Aku menghempaskan beg tangan dan fail yang aku kelek di atas meja. Benci betul ada bos yang selalu menjahanamkan mood orang. 'Rileks, May! Tarik nafas! Istighfar!' hati aku memujuk. Aku duduk dan beristighfar di dalam hati. Astaghfirullah, pagi Jumaat hati jadi panas pulak! Aku menyimpan beg tangan aku dalam laci, dan aku mengemas meja aku yang sedikit bersepah. Kemudian, dua tiga orang staff mulai masuk. Aku cuma tersenyum ke arah mereka yang menyapa aku. Hanis dan Zain sedondon, hijau pucuk pisang. Aku tersenyum. Sambil menanti kedatangan Aziah dan Nadia, aku membuka facebook dulu. Uih, inilah namanya salah guna harta syarikat! Haha.
Aku semak semua pemberitahuan dan ada lima orang meminta kebenaran untuk berkawan dengan aku. Aku klik di ikon itu dan keluar muka orang-orang tersebut. Aik? Macam mana dia ni tau aku ada facebook? Mata aku meliar ke arah biliknya. Baik jangan approve kalau tak sure dia akan tau yang aku ni rajin online! Aku klik pada namanya, Adam Usyair Ghazali. Pergh! Gambar profail macam ambil kat dalam ofis je! Haha. Suka pulak aku ketawakan mamat ni! By the way, smart! Nice pulak kemeja dia! Hurm...mata dia....
" Debab!" laungan keramat itu membuatkan aku terus klik log out tanpa sempat aku nak belek matanya. Semua mata tertumpu pada aku. Eh, bila masa Nadia sampai? Hehe. Aku mendongak sikit bagi dia nampak kepala aku dari cubic yang cun tu.
" Ada apa?" soalku selamba. Dia mencekak pinggangnya. Aku bangun. Ish, dia ni kan? Tak boleh ke dalam satu hari biarkan aku aman sikit? Aku berjalan ke arahnya. Sampai saja di depannya, aku berdiri tegak.
" Ada apa, bos?" soalku.
" Mana air saya? Kan semalam awak dah janji nak buat air untuk saya !" katanya tegas. Aku mengerutkan kening. Dia ni serius betul! Aku berpaling untuk menuju ke pantry namun langkah aku terhenti bila dia menyambung, "...jangan nak letak garam pulak! Bukan boleh percaya awak ni! Gula letak je satu sudu besar! Kalau tak bagitahu kang awak letak enam sudu," katanya lalu masuk semula ke pejabatnya. Aku berjalan melintasi meja Nadia dan dia cuma tersengih. Aku menjeling tajam.
Selesai aku membuat air, aku membawa mug air kepadanya. Ketika aku masuk ke dalam pejabatnya, aku terdengar dia bercakap di talian. Perbincangan yang agak serius, dan aku pun mulalah nak jadi penyibuk. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah mejanya.
" Sorry lah, Yanti! Saya dah tak boleh terima apa jua alasan awak lagi!" katanya tegas. Yanti? Huh! Siapalah awek malang tu. Aku melihat dia memicit pangkal hidungnya. Dahinya berkerut. Ini mesti kes si Yanti tu tengah pujuk rayu dia. Haha. Aku meletakkan mug lalu mula berpaling untuk keluar.
" Saya tetap tak boleh terima awak! Awak sendiri mengaku sayangkan dia jadi saya rela lepaskan awak. Saya tak nak bergaduh hanya sebab awak! Takde faedah! Saya sendiri dah ada pilihan hati, dan kami akan bertunang tak lama lagi!" Good, boss! Jangan gaduh sebab perempuan yang tak reti menghargai. Yahoo! Selamat aku dari gangguan singa ni nanti. Aku cepat-cepat keluar dari biliknya.
Perempuan bernama Yanti tu mesti tengah gila 'talak' nak kembali pada Adam. Haha. Tu lah, dulu masa orang tu sayangkan kau, kau gatal cari jantan lain! Kan, dah kena! Si Adam tu dah nak bertunang pun! Bukan kau je selamat, aku ni lagi lah selamat walafiat! Eh, bila pulak yang dia orang menikah sampai si Yanti nak gila 'talak'? Ah, lantaklah! Bukan masalah aku pun! Hehe. Aku tersengih-sengih sambil mencapai fail.
" Woih! Sengal ek? Sengih sorang-sorang?" sergah Aziah. Aku terkejut lalu aku gelak. Nadia dan Aziah berpandangan sesama sendiri.
" Adalah!" aku menjawab sambil menyambung kerjaku semula. Soal Yanti dan Adam, aku lupakan seketika.
*******************************************************
Aku bercadang nak keluar shopping kejap dengan Aziah dan Nadia sementara masa rehat dua jam, dan bos pun dah pergi solat Jumaat. Baru saja aku nak keluar, Adam keluar dari biliknya dan menuju ke arahku. Terpinga-pinga aku seketika, Aziah dan Nadia lagi lah!
" May, saya nak awak ikut saya keluar sekejap lagi, pukul 2.45 petang, selesai saya habis solat Jumaat. Awak tunggu saya di ofis," katanya serius lalu berlalu keluar. Aku tercengang. Oih, apehal plak bos aku ni? Doa aku dimakbulkan ke? Hihi.
" Oit! Kau ada cari pasal dengan dia lagi ke?" soal Nadia. Aku mengangkat bahu.
" Takdelah! Rasanya pagi tadi aku hantar air lepas tu aku blah lah! Lagi pun dia tengah bergayut, tak kan aku nak tunggu macam patung," jawabku. Aziah menggaru kepalanya sehingga habis senget tudungnya.
" Dah tu macam mana ni? Jadi ke nak shopping ni?" soal Aziah sambil memegang beg tangannya. Aku memandang jam tangan. Sudah hampir pukul 1 petang. Aku memandang Nadia.
" Aku tak surelah, babe! Sekarang dah pukul 1. Pukul 2.45 petang aku dah nak kena keluar. Ini nampak gaya, memang aku kena tunggu dalam ofislah!" aku menjawab. Nadia dan Aziah mencapai beg tangan lalu mereka sudah ingin beredar.
" Nak tapau?" soal Aziah. Aku menggelengkan kepala. Sebaik saja mereka beredar, aku menuju ke pantry. Hanis sedang makan bersendirian, tersenyum melihat aku.
" Eh, kak? Tak keluar?" soalnya. Aku membancuh milo panas.
" Tak jadi. Kak Azie dengan Nad je keluar,"aku menjawab, lalu aku membawa minuman aku ke meja. Sambil minum, aku kembali melayari facebook. Asyik melayan facebook, aku tak sedar si singa tu dah masuk ofis awal. Pukul 2.30 petang. Sebaik saja aku mendongak kelihatan dia sudah berdiri di meja Aziah. Erk! Cepat-cepat aku menutup talian facebook milikku.
" Dah siap? Jom!" katanya lalu beredar ke pintu utama. Tergesa-gesa aku mencapai beg tangan lalu berlari-lari anak mengejar Adam. Dia ni, suka sangat suruh aku berlari. Nasib baik dia tunggu dalam lif. Aku cepat-cepat memboloskan diri ke dalam lif.
Dalam lif, kami berdua dia tanpa sepatah kata. Ikut hati aku tu, nak aje aku bertanya ke mana dia nak bawak aku. Tapi memandangkan mukanya dan macam cekodok basi, baik aku diamkan saja. Lif sampai dan aku mengikut dia menuju ke parkir keretanya. Wah, first time aku naik BMW ni. Untunglah aku, malanglah si Yanti! Haha. Aku terus masuk ke tempat duduk penumpang apabila dia sudah menghidupkan enjin keretanya, dan keretanya memecut menuju ke destinasi yang aku tak tahu.
********************************************
Erk! Kenapa dia bawak aku sampai ke The Curve? Nak jumpa client yang kaya tapi kerek campur cerewet ke? Macam lah client tu tak reti nak datang sendiri ke Alamanda, lagi dekat dengan ofis aku. Tak payah nak buang minyak segala. Masuk ke dalam The Curve ni buat mata aku terjojol je. Tapi disebabkan ikut kaki bos, aku pun melangkah la ikut dia. Haha.
" Kejap lagi aku bawak kau bershopping! Sekarang ni kau ikut aku dulu! Ada hal penting!" katanya tegas dan aku pun menurut walaupun mata aku dah menjeling kedai di kiri dan kanan. Aku merapatinya.
" Tapi bos tak cakap pun kerja apa?" soalku pelik.
" Kejap lagi kau tahu! Tapi aku minta untuk kali ni, kau tolonglah aku!" dia menjawab perlahan. Aku semakin pelik. Akhirnya kami masuk ke dalam restoran Pizza Hut. Bos, lapar! Hati aku merayu sebab dah bau kesedapan pizza. Kami menuju ke arah seorang perempuan yang sedang menanti kedatangan seseorang. Sebaik saja kami sampai, mukanya kelihatan pelik. Aku lagilah pelik! Siapa pulak yang bos ajak dating tapi bawak aku sebagai peneman? Aku duduk di hadapan perempuan itu dan Adam duduk di sebelah aku. Laa, duduklah kat sebelah dia tu! Bos ni kan!
" Awak bawak siapa ni, Adam?" soalnya seakan tidak puas hati. Aku memandangnya pelik. Hari Jumaat ni tak reti pakai baju kain labuh ke? Nak jugak pakai baju yang tak cukup kain, nak buat free show kat Adam dan kaum-kaum adam yang lain.
" Yanti... inilah bakal tunang saya!" kata-kata Adam tu aku rasa bagaikan batu besar telah menghempap kepala aku. Ya Allah! Pengsankanlah aku dari mendengar si singa ni merepek yang bukan-bukan! Aku terkedu. Oh, inilah Yanti. Dan aku?? Bakal tunang kepada singa jantan ni?? Biar betul! Tanpa sedar kakinya menguis kakiku. Ish, main kuis-kuis kaki pulak dah! Aku cuma tersenyum kelat campur tawar ke arah perempuan yang bernama Yanti itu. Dia memandang aku dengan cebikan.
" You're be kidding me! Tak kan perempuan gemuk macam ni yang you nak jadikan isteri?" soalnya dengan suara yang kuat. Aku tergamam lalu menunduk, malu. Aku rasa air mataku bertakung. Weh, pompuan! Kut iye pun, perlahanlah sikit volume kau tu! Ini nak bagi aku malu satu restoran ke? Hatiku mengutuk. Muka Yanti merah padam, begitu juga Adam.
" You listen here,Yanti! Dia gemuk tak apa sebab dia tahu menjaga kesopanan, tapi you? Pakai baju tak cukup kain!" Adam berkata tegas namun perlahan. Yanti menepuk meja.
" So what? You sendiri tak pernah marah kalau I pakai macam ni, kan? Sekarang you nak cari alasan sebab perempuan gemuk ni! Dah lah gemuk, bontot besar pulak tu!" kata Yanti dengan kuat sehingga aku rasakan pelayan yang sedang lalu pun boleh dengar. Aku tak boleh tahan dihina sebegitu lagi. Tanpa bersuara sepatah, aku bangun lalu berjalan keluar dari restoran itu dengan cepat. Kalau Adam mengusik aku, aku boleh sabar lagi! Tapi ini...
" May!" terdengar suara Adam memanggil namaku, namun aku abaikan. Air mata yang aku tahan dari tadi, kini tumpah. Aku berlari keluar dan mencari-cari teksi untuk pulang. Tak guna punya bos! Bawak aku sebagai peneman untuk dipermainkan! Air mataku semakin mencurah-curah bila teringat kata-kata awek Adam yang senget tu! Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia yang macam model tu? Hibanya hati aku. Aku menahan teksi lalu terus pergi ke rumah along. Sorry bos! Kau punya pasal aku balik awal!
Adam mengecilkan matanya ke arah Yanti. Perempuan ni, memang tak pernah nak berubah! Macam ni aku nak jadikan kau bini aku? Lancang tak kena gaya!
" Apa hak you nak hina dia macam tu, hah?!" soal Adam. Yanti mendengus.
" Oh, jadi betullah you sayangkan dia?" soalnya.
" Memang I sayangkan dia! I nak kahwin dengan dia! You ni nak I jadikan wife? Selisih malaikat 44, Yan! Mati hidup balik pun I tak akan terima you! Hiduplah you dengan cara hidup yang you pilih tu! Bye!" lalu Adam bangun dan bingkas berlari mengejar Maysarah yang sudah dirasakan semakin jauh berlari.
" Adam Usyair!" jerit Yanti dari tempatnya. Semua mata memerhati ke arahnya. Yanti mendengus lalu dia mencapai tas tangan dan beredar keluar.
********************************************************
" Betul ni, Nad?" soal Adam dalam telefon.
" Betul, bos! Dia tak balik pun lagi! Kenapa bos?" soal Nadia. Aziah menjungkit kening.
" Takde apa-apa. Tadi ada salah faham sikit!" katanya. Nadia mengeluh. Dah agak dah!
" Macam ni lah, bos! Kalau dia balik ofis, saya suruh dia call bos je, okey?" pujuk Nadia sambil matanya menjeling Aziah.
" Okeylah, kalau macam tu. Thanks, Nad!" kata Adam lalu mematikan talian. Dia cuma mengeluh lalu bersandar pada keretanya. May, mana awak pergi ni? Hatinya diburu rasa bersalah. Dia menekan punat kereta lalu masuk dan memecut keretanya untuk pulang ke Putrajaya. Memang masalah akan timbul kalau jumpa minah senget ni, hatinya membebel. Dia terus memandu dengan laju.
Nadia meletakkan telefon. Aziah mencuit lengannya.
" Kenapa, Nad?" soal Aziah.
" Entah! Adam telefon kata May hilang, lepas ada salah faham sikit tadi," jawab Nadia. Aziah membuat muka pelik.
" Alah, dah agak dah! Mesti perang lagilah tu," jawab Aziah lalu menyambung semula kerjanya. Nadia menuju ke meja Maysarah lalu mengemas sikit meja yang bersepah. Aduhai! Ke mana kau pergi ni, May? Hatinya diburu resah. Dia menghantar pesanan ringkas ke telefon Maysarah.
Aku mengesat air mata lalu memandang telefon di tangan. Mesej dari Nadia, tapi aku abaikan. Tu dah sah-sah lah mamat tak keruan tu mencari aku! Lantaklah! Aku memejamkan mata kembali sementara untuk sampai ke rumah along. Hati aku semakin terluka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan