28 Januari 2020

~RUTIN HARIAN PENJAGAAN WAJAH~

     Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru 2020 semua, walaupun dah dekat sebulan terlewat. Ops, by the way, Gong Xi Fa Cai kepada semua blogger dan kawan2 yang berbangsa Tionghua.. Maaflah, akak agak lama tak bersiaran dalam blog ni. Sibuk plus rasa malas. hehe..

     OK.. untuk entry tahun baru kali ni akak nak ceritakan tentang penjagaan wajah harian akak. Maklumlah dah berusia ni macam2 pulak akak menerai.

     Akak pegi keja dengan merempit, naik motor laa kiranya tu. So hari2 berdepan dengan kotoran, debu, asap, pasir, dan paling kerap kena, cahaya matahari. Tentu boleh rasa perit kan kulit kena bakar dengan vitamin E setiap hari.

     So... jom tengok apa akak guna untuk kebersihan kulit akak.


1. Purederm Makeup Remover (Argan Oil) - RM9.90


Akak gunakan wipes ni setiap kali lepas balik keja,sebelum mandi. Wipes ni akan bersihkan muka dari segala debu & kotoran dari sepanjang perjalanan semasa balik keja tu. So kulit akan bersih sikit sebelum kita cuci dengan air.

Antara kebaikan wet tissue ni, produk ni mengandungi gabungan minyak argan dan vitamin E yang membantu untuk memulihkan penghidratan dan mengekalkan kelembutan pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Bau dia pun wangi, tak melekit, rasa lembab je muka. Pendek kata, memang puas hatilah guna produk ni. Very recommended. Serius tak rugi. Harga dia tak mahal sangat, dalam RM 9.90. Pada i agak berbaloi lah dengan harga tu. Boleh cari dengan Watsons and Guardian. Plus, pack macam ni senang nak bawa pergi travel. Kan???


2. St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub - RM23.24


Lepas tu akak guna St Ives scrub ni untuk sental mana2 daki kotoran yang dok ada dalam kulit muka lagi. Scrub ni halus2 ja so akak tak risau untuk gunakan sekerap mungkin. Biasanya akak guna selang 2-3 hari sekali atau rasa bila kulit dah susah bernafas. haha



3. Hada Labo Premium Whitening Face Wash - RM34.90


Kemudian cuci muka dengan HL Premium Whitening Face Wash 100g ni. Mulanya akak beli ni bukan sebab nak putihkan kulit. Kulit akak memang dah sawo matang. Akak beli ni sebab facewash ni takde pewangi, mineral oil, alkohol dan pemutih. Lagi pun hidung akak memang sensitif dengan pencuci muka yang ada pewangi sebabnya nanti akak akn terbersin tak henti2. Macam sinus. Sebab tu akak tukar kepada pencuci muka ni. Try la, memang best.



4. Nano White Refining Treatment Toner - RM25.90


Selepas mandi, akak gunakan toner/penyegar dari Nano White. Akak sukakan toner ni sebab dia ada Omega White C, Allantoin, Orange Extract, Lemon Extract and Bilberry Extract untuk balance dan berfungsi sebagai astringent, mengecilkan liang pori dan mengurangkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Memang best. Segala kotoran akan melekat kat kapas muka tu. Bau citrus memang menenangkan.



5. Hada Labo Premium Whitening Lotion (Light) - RM69.00



Lepas toner, akak dap-dap kan lotion HL ni pulak. Lotion ni bagus untuk kulit berminyak (jenis light) dan utk kulit kering (jenis rich). Bila dap-dap kan ke muka lotion ni, kulit rasa smooth ja, rasa firm sebab lepas guna pencuci kulit akan jadi tegang so bila tegang tak selesa, cepat2 dap-dap kan lotion ni ke muka. Hasilnya memang best!!



6. Hada Labo Whitening Water Cream - RM75.90


Selepas lotion, sapukan water cream ni nipis je ke muka. Untuk kulit oily/combination, cream jenis water base ni sangat sesuai untuk korang. Dia tak melekit, meresap elok. Bukan lah kata jenis lain tak elok, tapi ikut la pada skin type korang. Kalau sesuai, jadinya teruskan. Akak pakai jenis water base ni setakat ni OK lah dengan kulit.



7. Nano White Omega Day-Shield SPF 50 - RM34.10


Kemudian, paling akhir sebelum keluar rumah, tempek nano white sunscreen. tak yah banyak2 pun. Sikit2 je sebab spf50 dia dah cukup untuk lindungi kulit di bawah sinaran cahaya matahari. Akak ada beli nano white ni dan penggunaan bertahan selama setahun. Tak masuk botol kedua lagi sebab penggunaan sangat2 jimat. Ni bukan type lumur macam lotion pelindung matahari ketika bersantai di tepi pantai yer adik2.... haha...



8. In2it Loose Powder (with Vit E ) - RM19.50


Untuk penutupan solekan wajah, selepas sapu dengan bedak Johnson Blossom tu, akak tekapkan nipis2 dengan bedak dari In2It ni, code 01-natural. Kalau susah nak pilih code bedak, don't worry dear...memang ada 1 code je pun. hehehe. Bedak ni best sebab dia serap minyak, lagi pulak dia ada mineral so nampak macam glitter2 sikit kat muka, so memang jadi loose powder favorite akak. Warna tak terlalu menonjol jadi sesuai sangat bagi kulit sawo matang-kuning langsat.

Akak pegi keje tak mekap sebab akak tak pandai mekap. Cuma kadang2 oles dengan lipstik dan eyeshadow je tu pun pegi melepak kat Guardian atau Watson. Baru boleh mekap dengan yakinnya. HAHA

Soooo, inilah rutin harian penjagaan wajah akak. Kepada sesiapa yang nak tanya pasal produk yang akak guna boleh je utarakan soalan di bawah yer...

Jommmm..keluar lunch dulu... sampai jumpa di entry yang baru.. Daaaaahhh................

Sumber gambar : google.com
Sumber harga : watson.com.my / guardian.com.my