Kami tiba di Port Dickson pada pukul 1 tengahari. Sebaik saja menurunkan aku di depan pintu masuk hotel, Adam terus mencari parkir. Aku berjalan masuk bersama Aziah dan Nadia. Sementara kami menunggu para pria untuk check in bilik, kami duduk di ruang tamu. Aku mencari isyarat wifi pada hotel tersebut dan mujur mereka mempunyainya. Sedang ralit melayan facebook, tiba-tiba terdengar seseorang menyapa Adam di kaunter lobi. Pantas aku menoleh. Ruzlan? Eh, kenapa dia ada jugak? Hatiku berasa hairan.
Tanpa sempat aku mengalih pandangan, tiba-tiba dia memandangku. Pantas aku menoleh memandang handphone ku semula. Tidak tahu apa yang perlu dibuat, aku menjegil mata kepada Nadia, dan dia tercengang. Sambil mengangkat kening, seolah bertanya 'kenapa', aku memberi isyarat melalui ekor mata ke arah kaunter. Perlahan dia melirik dan kemudian aku dapat melihat wajahnya sedikit terkejut. Pandangan beralih kepadaku lalu dia membuat muka meluat. Aku tersengih. Belum sempat dia bertanya, Adam, Imran dan Zain termasuk dia, menghampiri kami.
" Nad, ini kunci bilik awak, dan Zain, ini awak punya," kata Adam sambil memasukkan kunci bilik kami ke dalam poket seluarnya. Aku menjeling encik suami. Adam cuma mengangkat bahu.
" Tak sangka pulak I terjumpa you kat sini," kata Ruzlan kepadaku namun riaknya seperti terperanjat melihat aku berbaju mengandung. Aku cuma tersengih.
" You sengaja pakai baju ni, kan?" soalnya. Aku mencebik.
" Aku nak naik bilik, berehat," kata Nadia, mematahkan perbualan kami. Aku turut mengangkat beg untuk mengikut Nadia dan Aziah ke arah lif. Memang tak ku duga, Ruzlan turut mengekori.
" You stay bilik mana, May?" soalnya. Aku mengerutkan dahi. Kalau bilik aku dah sah-sahlah aku duduk dengan encik suami, kan? Tapi aku tak tahu pulak kat mana bilik aku. Wajah Adam sedikit kelat mendengar soalan Ruzlan, sedangkan aku masih berdiam diri. Pintu lif terbuka dan kami semua masuk.
" Kenapa you tanya?" soalku.
" Kot la nanti I boleh call you directly," jawabnya. Zain dan Imran saling berpandangan. Agaknya mereka fikir, lelaki ni tak tahu ke May tu wife bos? Haha. Biarkan dia!
" Dia dok sebilik dengan aku," jawab Nadia. Aziah pura-pura tidak tahu.
" See? That's my answer," jawabku. Ruzlan cuma tersengih. Meluat aih!
" Nanti boleh I call?" soalnya. Aku menjeling, malas menjawab. Setibanya di tingkat 9, Ruzlan terus keluar. Kami terus ke tingkat 15.
" Kenapa tak berterus-terang je?" soal Nadia, tak puas hati. Adam menjeling.
" Entah dia ni! Agaknya nak tunggu terberanak esok kot baru bagitahu kat dia," sindir Adam. Aku berpura-pura tidak mendengar.
" Please respect your husband feeling, May! Dia macam tak hormati Adam," kata Nadia sebaik saja pintu lif terbuka. Kami masing-masing menuju ke bilik.
" Okay, listen! Pukul 5 petang nanti semua berkumpul di lobi, kita nak ke bilik kursus, untuk sesi suai kenal," kata Adam lalu menarik tanganku mengikutnya. Kami semua berpisah.
Masuk saja ke dalam bilik, aku terus ke bilik air. Setelah selesai, aku keluar, melihat Adam sudah terbaring atas tilam empuk. Wah, bos ni! Mentang-mentanglah kursus ni company yang bayar, bilik macam bilik pengantin baru nak honeymoon. Haha. Aku gelak dalam hati. Tak puas honeymoon lagi agaknya laki aku ni, hatiku mengomel. Perlahan aku menghampirinya lalu baring di sebelahnya.
" Seronok jumpa bekas tunang?" sindir Adam. Aku menjeling.
" Tak payah nak perli-perli bagai, ye? Yang dia tu buat apa kat sini?" soalku. Adam membuka mata lalu menoleh ke arahku.
" Tu lah abang dah cakap. Lain kali sila check emel dulu. Ini semua agenda langsung tak tahu," perlinya lagi. Aku menepis tangannya yang cuba memegang perutku.
" Dia buat apa kat sini?" soalku sekali lagi. Adam mengeluh.
" Company kita jadi leader dalam kursus ni, so semua anak syarikat yang join dengan kita, semua dijemput. DWE salah satunya," jawab Adam. Oh, maknanya aku memang tak tahulah, kan? Haha. Ape daa May... Dalam mata terpejam aku tergelak sendiri. Akhirnya aku terlelap seketika sementara menanti pukul 3 petang.
" Tak puas-puas tidur," sindir Adam sambil memeluk tubuhku. Akhirnya kami berdua terlena.
*********************************************************************************************
Aku terjaga sebaik saja terdengar ketukan di pintu bilik. Pantas aku bangun dan memakai tudung. Aku menghampiri pintu lalu mengintai pada lubang kecil. Alamak! Dia buat apa kat sini? Aku menoleh melihat Adam yang baru bangun dan menuju ke bilik air. Aku membuka pintu dan kelihatan wajahnya tersengih gatal.
" Lan, kau buat apa kat sini?" soalku. Dia tergelak.
" Nak jumpa kaulah! Boleh aku masuk?" soalnya. Gila?? Aku hampir menjerit.
" Tak payahlah! Kau tunggu aje kat lobi, nanti aku turun," jawabku. Dia mengeluh.
" Takpelah, kalau macam tu. Kau tahu di mana bilik Adam tak? Aku nak bagi fail ni," katanya sambil menunjukkan fail di tangan.
" Kau tunggu saja di lobi, nanti jumpa kau bagilah!" aku menjawab dengan tegas dengan harapan agar dia berlalu pergi. Benar telahanku, dia mengangkat bahu lalu terus beredar. Pantas aku menutup pintu dan sebaik saja pintu ditutup, aku bersandar di belakang pintu, sambil menarik tudung.
" Kenapa, yang?" teguran dari Adam yang baru keluar dari bilik air membuatkan aku terkejut lantas mengurut dada. Dia memandangku dengan pandangan pelik sambil mengangkat kening. Aku berjalan menghampirinya.
" Abang ni..." aku menjeling. Dia mencapai beg baju dan mengeluarkan pakaiannya.
" Sape datang tadi?" soalnya. Aku tergamam. Dia terus memakai baju tanpa bertanya soalan untuk kali kedua. Aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
Selesai mandi dan solat Asar bersama, aku terus bersiap. Sementara menunggu aku bersiap, Adam menyemak emel untuk kesekian kalinya. 10 minit kemudian, kami berdua melangkah menuju ke arah lif, di mana staf kami berempat sudah menanti. Kami menaiki lif untuk menuju ke lobi, dan terus ke kaunter. Selepas Adam bercakap dengan pengurus hotel, dia menghampiri kami.
" Kita terus ke bilik Anggerik," katanya lalu terus beredar mengikut pengurus hotel. Sebaik saja kami tiba di bilik Anggerik, kelihatan sudah ramai yang menanti. Kami terus menuju ke meja yang telah disediakan untuk syarikat kami. Aku duduk bersebelahan dengan encik suami dan sebelahku Nadia.
" Abang jemput sape untuk handle kursus ni?" soalku berbisik kepada Adam. Belum sempat dia menjawab, Ruzlan datang berdiri di sebelahnya.
" Hai, Adam. Ni fail yang kau mintak. Hai, May," sapanya. Aku membuat muka pelik. Dari bawah meja, Nadia memijak kakiku dan aku menjeling tajam ke arahnya.
" Apa hai-hai? Suka-suka hati kau je nak hai-hai kat bini orang!" Nadia fire dia sekali menyebabkan aku dan Adam saling berpandangan. Muka Ruzlan kelihatan berubah. Belum sempat dia menjawab, pengacara majlis sudah memulakan acara. Terpaksa dia balik ke mejanya semula. Adam menjeling tajam ke arah Nadia dan Nadia cuma memandang ke depan pentas.
" Lain kali jangan jawab macam tu dengan klien, Nad!" Adam memberi amaran.
" Baik, bos!" jawab Nadia selamba. Kami memberi perhatian kepada pengacara majlis, dan sesi suai kenal terus berlangsung dengan lancar. Sebaik saja tamat, kami terus ke dewan makan. Aku duduk sementara menanti encik suami datang membawakan aku makanan. Terasa seseorang datang duduk di sebelahku, membuatkan aku menoleh.
" Hai, sayang," kata Ruzlan. Merah padam mukaku.
" Kau buat apa kat sini?" soalku menahan marah. Dia tersenyum. Aku rasa mamat ni tak pernah makan penampar agaknya. Ringan je tangan aku nak hayun kat pipinya yang sikit berjambang tu.
" Aku nak makan dengan kau," jawabnya. Aku menjeling, berkira-kira untuk bangun menuju ke meja lain. Belum sempat aku berdiri, Adam menghampiri. Aku perasan wajah Ruzlan merah padam.
" Come, joint us?" pelawa Adam sambil mengambil duduk di depanku. Aku menjegil besar-besar kat muka laki aku tapi dia boleh buat tak tahu je. Ruzlan terus bangun.
" Thanks, but better I joint my own group. Bye," katanya lalu beredar. Kami terus menikmati makan malam dengan hati yang sebal, lebih-lebih lagi Adam, aku rasa bertambah sakit hati.
" Kenapa abang jemput dia?" soalku sedikit geram. Adam memandangku lalu bersandar.
" Abang cuma emel mintak diorang hantar wakil sahaja, okey? So, terpulanglah pada diorang nak hantar sape pun. Yang May marah sangat ni, kenapa?" soalnya bersahaja. Aku menjeling tajam.
" Abang pun tau yang sayang tak boleh tengok muka dia kan?" soalku.
" So, tell the truth! Why do you want to keep as secret?" soalnya sambil bersilang tangan. Aku bersandar sambil memegang perut yang semakin membesar. Terasa anakku menendang apabila perasaanku semakin tegang.
" Malaslah!" jawabku.
" See? Malas. Tu je jawapan yayang. Bila dia datang menempek, tegur sana, tegur sini, mulalah nak tarik muka empat belas!" kata Adam dengan mimik muka sekali. Aku mencapai gelas minuman lalu menyisip air suam. Selesai makan, aku mencapai beg tangan.
" Nak ke mana tu?" soalnya sambil menghabiskan minuman.
" Balik bilik! Penat badan," jawabku sambil bangun. Cepat-cepat dia turut bangun dan mencapai beg tanganku. Kami beriringan menuju ke arah lif.
" Hai, encik Adam. Awal nak balik? Tak nak berjalan-jalan di sekitar hotel dulu ke?" tegur salah seorang peserta kursus, Muhaimin dari syarikat Jati Bersatu Berhad. Adam tersenyum.
" Balik bilik, tunaikan solat maghrib. Lepas isya' mungkin keluar," jawabnya. Aku menekan butang lif sambil tersenyum ke arah Muhaimin. Sebaik pintu lif terbuka, kami berdua terus meloloskan diri ke dalam lif. Dalam lif, aku menjeling Adam.
" Amboi, lepas isya' nak keluar. Ke mana?" soalku.
" Tak ke manalah, yayang. Saja je jawab macam tu nak bagi sedapkan hati peserta," jawab Adam sambil memeluk bahuku. Aku mencebik.
" Dari abang keluar dengan mereka, baik abang berehat dalam bilik, dengan yayang, dengan baby. Lagi best!" sambungnya lagi. Aku tergelak. Sebaik saja tiba di tingkat 15, kami berpimpin tangan menuju ke bilik.
" Ya Allah..leganya dapat baring!" kata Adam sambil merebahkan badan atas katil. Aku membuka tudung lalu tersenyum melihatnya dari arah cermin. Terlentang sakan encik suami, macam tak pernah dapat katil.
" Sayang nak bersihkan diri dulu. Abang nak ke mana-mana tak lepas ni?" soalku sambil mencapai tuala. Dia menggelengkan kepalanya sambil membuka siaran t.v. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Sebaik saja aku selesai mandi, Adam mengambil giliran untuk membersihkan diri. Aku menyiapkan sejadah untuk kami berjemaah maghrib bersama. Lepas dia keluar bilik air dan bersiap-siap, kami terus bersolat.
Sebaik saja Adam habis memberi salam, terdengar ada orang mengetuk pintu. Aku bangun perlahan-lahan menuju ke pintu manakala Adam melipat sejadah sambil matanya memerhati ke arahku. Apabila pintu dibuka, aku tergamam. Dia ni lagi!
" Hai," sapanya perlahan, dan aku rasa Adam tak dapat dengar suaranya. Aku menoleh seketika kepada Adam yang memandangku dengan pelik.
" Sapa tu, yayang?" jerit Adam. Suaranya yang jelas dan kuat membuatkan biji mata Ruzlan bagaikan mahu terkeluar. Belum sempat aku menjawab, Adam sudah berdiri di belakangku dan korang mesti dapat agak macam mana mimik muka dua orang lelaki yang berada denganku saat ini. Adam dan Ruzlan sama-sama terkejut.
" Eh, Adam? Apa kau buat dalam bilik May?" soalnya dengan rasa marah. Adam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
" Yang kau datang bilik aku ni, kenapa pulak?" soal Adam. Aku yang berada di tengah-tengah dengan bertelekung dapat merasakan badan suamiku semakin membahang. Ruzlan terkejut.
" Bilik kau? Jadi apa yang May buat dalam bilik kau ni? Korang..." kata-katanya terhenti sambil memandang mukaku meminta penjelasan.
" May buat apa kat sini? Dia isteri aku, tempat dia disisi akulah! Takkan aku nak suruh dia duduk sebilik dengan kau pulak?" jawab Adam dengan tegas, namun aku megucapkan terima kasih di dalam hati kerana membelaku. Aku lihat muka Ruzlan sedikit pucat.
" Abang..!" aku menjawab sebab, ada ke patut dia kata macam tu depan Ruzlan?
" Jadi, selama ni, aku...." kata-katanya terhenti.
" Ye, kau puja isteri orang," jawabku. Dia yang termalu cuma menunduk. Adam memeluk bahuku dan memandangnya.
" Aku dah jadi isteri Adam Usyair, Lan, dan bakal menjadi ibu. Lupakanlah aku," kataku. Dia mendongak dengan muka merah padam menahan malu.
" Aku mintak maaf dengan kau, Adam, dan jugak kau, May. Aku bersalah," katanya perlahan. Adam tersenyum sinis.
" Takpelah, Lan. Aku tak marahkan kau, sebab kau pun tak tahu perkara sebenar. Tapi lepas ni janganlah ganggu isteri aku lagi," jawab Adam sambil menjeling ke arahku. Menyindir akulah tu! Macamlah aku tak tau!
" Sorry again, both of you. Congrats," kata Ruzlan lalu bersalaman dengan Adam. Seketika dia memerhati wajahku kemudian dia terus berlalu pergi. Adam menutup pintu dan aku berjalan menuju ke arah katil. Terkedu.
" Frust?" soalnya lalu baring di sebelahku. Aku cuma menggelengkan kepala.
" Lebih baik tengok dia kecewa sekarang dari dia kecewa kemudian hari, kan?" soal Adam lagi. Aku merebahkan badan lalu memeluknya. Adam merapatkan pelukan.
" Sayang tak kecewa cuma, kesian pulak tengok muka dia tadi," jawabku. Adam ketawa kecil.
" Dulu dia ada kesiankan yayang ke?" soalnya. Aku geleng.
" Then, why you so pity to him right now?" soal Adam lagi. Aku mendongak kemudian merapatkan wajahku pada badannya. Dia mengucup dahi dan keningku lalu mengeratkan pelukan.
" Yayang....." panggilnya manja. Aku mengumam.
" Tak best la peluk yayang sekarang ni," katanya selamba. Aku mendongak lalu cuba untuk melepaskan pelukannya tapi gagal. Dia ketawa.
" Dah kata tak best, lepaslah!" jawabku dengan muka masam.
" Tak best la sebab...perut yayang dah semakin besar. Abang dah tak sampai nak peluk macam dulu-dulu," katanya sambil ketawa nakal. Tersedar diri aku dipermainkan, aku mencubit lengannya kuat-kuat. Bilik yang sunyi sepi tiba-tiba kedengaran jeritan Adam.
" Nakal!" getusku.
" Adoi, sakit! Umi, tolong...!" jeritan Adam disusuli dengan lambakan tawaku. Kami berpelukan seketika sebelum hampir terlelap.
" Abang..." aku memanggilnya. Dalam mamai dia mengumam.
" Ape...?" soalnya.
" Teringin nak makan cendol pulut," jawabku. Mata dia terbuka, lalu memandangku.
" Allah, yayang oi! Mana nak cari time-time macam ni," jawabnya sambil merangkulku dengan lebih erat. Gagal mengelak diri dari pelukannya, akhirnya aku terlelap dengan nama cendol pulut meniti di bibir. Dalam gelap, Adam tersenyum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan