15 Januari 2012

KiSaH hAtI ~ 17

     Carlos mematikan enjin kereta lalu dia keluar. Delia dan Natalia menerpa ke arahnya sambil tersengih-sengih lalu Carlos menjeling tajam. Datin Melina yang baru muncul di muka pintu hanya ketawa.

     " Sorry lah, Carl! Mengganggu kamu saja budak berdua tu," kata Datin Melina sambil memuncungkan mulut ke arah anak gadisnya. Carlos duduk di kerusi batu di halaman rumah. Datin Melina menghampirinya.

     " Mama nak keluar shopping jugak ke?" soal Carlos.

     " Si,cara!Mi voglio comprare qualcosa per i nonni," kata Datin Melina. Carlos menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     " Ayah?" soalnya.

     " Ayah ada hal dengan Dato' Khalid dekat KLCC," kata Datin Melina sambil beredar ke arah Delia yang sedang memegang beg tangannya.

     " Andiamo, caro! Tempo sta per scadere!" laung Datin Melina dari arah pintu rumahnya. Carlos bingkas bangun lalu menuju ke keretanya. Selepas semua masuk ke dalam kereta, perlahan keretanya meluncur menuju ke pusat bandar.

     Di dalam kereta, Natalia dan Delia masing-masing melayan perasaan manakala Datin Melina sesekali memandang ke arah anak bujangnya yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

     " Kenapa ni, Carl?" soalan Datin Melina memecah kesunyian dalam kereta itu. Delia dan Natalia saling berpandangan. Carlos memandang mereka berdua melalui cermin pandang belakang, kemudian beralih pandangan ke arah mamanya. Dia tersenyum. Datin Melina membalas senyuman anaknya kemudian dia kembali memandang wajah anaknya yang kusyuk memandu.

     " Ma.....," Carlos akhirnya bersuara. Datin Melina ketawa.

     " Ha, ada pun suara!" kata mamanya.

     " Kenapa mama pandang Carl macam tu?" soal Carlos.

     " Anak mama yang handsome ni dah ada yang punya. Tapi mama masih belum kenal siapakah gerangan gadis misteri itu," Datin Melina cuba provokasi anaknya. Carlos ketawa.

     " Ketawa pulak dia! Ke mana pagi tadi?" soal Datin Melina agak geram.

     " Carl ke rumah staff la, ma! Ni mesti pagi tadi ayah tanya, kan?" soal Carlos seolah mengetahui apa yang berlaku pagi tadi semasa ketiadaannya.

     " Fidanzata?" serkap Datin Melina. Carlos cuma ketawa namun tidak pula mengiya atau menidakkan. Delia mencebik, Natalia mencuit bahu mamanya.

     " Tak payah tanya dialah, ma! Bukan nak jawab! Sempre segreto!" omel Natalia. Dan Carlos masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. ' Namanya Nia Aryana, ma! Tapi dia ibu tunggal,' dan cuma bergema di dalam hatinya saja. Carlos terus memandu sehingga ke destinasi.

                                 ***************************************************
     Juliana memandang tidak berkelip ke arah seorang pemuda kacak yang sedang duduk di atas buaian dalam kawasan rumah Datin Hamimah. Perlahan dia masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat Datin Hamimah. Dia melihat Datin Hamimah sedang menyiapkan minuman untuk pemuda itu. Terus dia menghampiri.

     " Ma, sape yang duduk kat luar tu?" soal Juliana. Datin Hamimah tersenyum.

     " Jue dari mana ni?" soal Datin Hamimah sambil menatang minuman untuk tetamunya di luar. Juliana cuma membuntutinya.

     " Jue dari umah, ma! Sape tu? Kenapa tak suruh bibik je hantarkan air minumni?" soal Juliana seakan pelik.

     " Adik arwah, Adiff Zikry," kata Datin Hamimah lalu keluar. Juliana terpempan. Adik Ariff Haikal? Mustahil! Muka mereka seiras. Juliana terus keluar menuju ke arah dua insan yang sedang bercerita itu. Kelihatan Adiff Zikry terperanjat melihat Juliana. ' Huh, sape dia ni? Tak kan kak Anis buat plastic surgery pulak?' hatinya mengomel. Juliana mengambil tempat sebelah Datin Hamimah.

     " Oh ya, Adiff! Ni mama kenalkan, Julie," kata Datin Hamimah. Juliana senyum sehabis manis, mana nak tahu Adiff Zikry berkenan dengannya jadi dia akan ada peluang untuk menjadi menantu Datin Hamimah.

     " Adiff Zikry," kata Adiff Zikry memperkenalkan dirinya.

     " Tak pernah nampak pun sebelum ni,ma?" soal Juliana, memancing perhatian Adiff Zikry. Terkesima Adiff Zikry mendengar panggilan Juliana kepada mamanya. Namun persoalan itu dibiarkan saja kerana dia akan bertanya selepas Juliana pulang. Datin Hamimah tersenyum.

     " Adiff ni tak tinggal dengan mama, Jue! Dia tinggal dengan adik mama kat Sarawak," terang Datin Hamimah lagi. Juliana sekadar mengangguk.

     " Jadi Adiff ni kerja kat sanalah ye?" soal Juliana pula. Adiff Zikry sekadar mengangguk.

     " Kerja biasa-biasa je, Jue. Nak bercuti balik pun payah," perli Datin Hamimah. Adiff Zikry ketawa. Juliana terpesona dengan personaliti lelaki itu.

     " Alah, mama ni! Adiff keja lah, ma! Bukan makan angin. Lagi pun umi tak berapa sihat," katanya. Datin Hamimah tersengih, tahu dia dengan keadaan adiknya itu. Sekilas lalu Adiff Zikry memandang ke arah bilik arwah abangnya, dan mulutnya seakan mahu bertanya dimanakah bekas kakak iparnya, namun dia cuma mendiamkan diri saja. Dia terus menghabiskan minumannya.

     " Habis, Adiff balik cuti berapa lama?" soal Juliana.

     " Sebulan. Itu pun bukan bercuti sepenuhnya. Kena siapkan keja jugak," katanya sambil ketawa. Juliana turut ketawa. 'Good, inilah peluang aku,'hatinya mula merancang sesuatu. Adiff Zikry bangun lalu menguap. Dia keletihan kerana baru sampai pagi tadi.

     " Jet lag?" soal Juliana.

     " Yup, Julie. Sorry tak dapat nak borak lama-lama. Ma, Adiff naik dulu," katanya lalu beredar. Juliana menghantar pemergian Adiff Zikry dengan ekor matanya. Jelas jejaka itu kelihatan masih keseorangan. Dan dia menguntum senyum.

     Adiff Zikry memandang sekeliling, lalu perlahan dia membuka pintu bilik tidur itu. Terkesima dan dia melangkah masuk perlahan-lahan, pintu dirapatkan. Dia melangkah menuju ke katil peraduan, lalu duduk seketika. Adiff Zikry menarik nafas panjang lalu mengeluh, dan tanpa disedarinya, dia menitiskan air mata tatkala matanya memandang gambar arwah abangnya yang tergantung di dinding. 'Abang, Adiff terlalu rindukan abang,' hatinya berkata hiba. Dia menunduk dan air matanya kian laju mengalir.

Tiada ulasan: