06 Mei 2011

~ JuMaAt - 06/05/2011 ~

Assalamualaikum...

Ada 1 kisah benar.... agak melucukan,rasanya...hehe....Macam nie..

~~ Seorang budak perempuan di usia setahun 7 bulan baru sedang belajar bertatih. Mulutnya becok, bercakap pandai & banyak sangat. 

Pada 1 hari, ibu saudaranya datang ke rumah dan membawa sepupunya yg berusia 2 tahun lebih. Maka selepas makan tengahari, ibu saudaranya itu landing la..membiarkan anak lelakinya bermain dengan budak tadi. Budak perempuan tadi tu hanya boleh berdiri, tercegat dan kaku seperti patung saja manakala sepupunya boleh berlari2. Apabila budak perempuan tadi berdiri membelakanginya, budak lelaki itu datang perlahan2 lalu menolak budak perempuan tersebut. Budak perempuan itu terjatuh namun cepat2 dia menahan dgn tangannya dari membiarkan lututnya cedera ( sakit tangan xpe dr sakit kaki..hahaha). Bila tak boleh berdiri, dia menjerit ;

Anak :  Maaakkkkk!!!!!!!!!!!

Dengan pantas ibunya datang dari arah dapur, lalu membangunkannya. Sambil itu ibunya menjegilkan biji mata kepada sepupunya tadi. Apabila sudah stabil, ibunya kembali ke dapur untuk menyiapkan minum petang. Budak lelaki itu meninjau2 ke arah dapur bagi memastikan ibu saudaranya tidak memerhatikannya untuk melakukan perkara yg sama utk kali ke-2. Apabila sudah pasti tiada pantauan, dia kembali menghampiri budak perempuan tadi. Budak perempuan itu segera memusingkan badannya agar tidak membelakangi budak lelaki itu lagi. Bila budak lelaki ini menghampiri, sekali lagi dia menjerit ;

Anak ;  Maaakkkk!!!!! Dia mai dah......huuu.... ( dengan suara yg agak2 halus tp nyaring....)

Budak lelaki tadi terhenti pergerakannya. Ibu budak perempuan tadi cepat2 keluar.

Emak :  Haaiipp!!! Makteh babab nanti!! ( yang anak aku ni x boleh ka lari jauh2...?? hehehe)
          :  Tak mau la tolak adik..main dgn dia naa... ( ibu budak perempuan itu memujuk budak lelaki tadi dengan menarik tangannya untuk memimpin tangan budak perempuan itu..)

Budak lelaki itu geram agaknya..dia takde adik,maklumlah, ank bongsu..bila nak ajak bermain, budak perempuan tu pulak x boleh berlari... So jadilah perangai dengki. Hahaha. Lepas tu budak lelaki tadi memimpin la tangan budak perempuan tu untuk bertatih.. Dan budak perempuan tu dapatlah bertatih dengan perlahan2 sb sepupunya sentiasa memimpinnya. 

26 tahun telah berlalu. Budak perempuan tadi sudah dewasa. Ada 2 adik tetapi takde abang/kakak. Budak lelaki tadi pun dah dewasa, maka bila mereka bertemu masa suasana Hari Raya, masing2 tergelak sakan. Yang ibu budak perempuan tadi sibuk mengulang cerita "kena tolak" tu dari tahun ke tahun..sampai dh boleh hafal. Akhirnya sampai sekarang budak lelaki itu memanggil budak perempuan itu sebagai "Adik", dan budak perempuan itu memanggilnya "Abang". 

Masa adik duduk KL dulu, waktu dia kena demam panas x boleh drive g klinik, abang laa yang susah payah datang rumah sewa adik, bawak adiknya ke klinik, pegi makan, dan balik rumah. Tiap2 malam minggu abang call adiknya sruh turun BB lepak dgn dia & kwn2nya.. Adik yg sporting selalu lepak dgn abangnya. Kalau adik xde duit, abang bagi pinjam dan begitulah sebaliknya. ~~

Kisah di atas adalah kisah benar. Budak perempuan bernama ADIK dalam cerita ini adalah "AKU" dan budak lelaki yg dipanggil ABANG adalah sepupu saya ~ "ROSHWAN".. Memang dia seorang abang yg baik..walaupun kecik2 dlu jahat sb suka tolak aku.. Hahahaha.

" Abang...walau di mana pun kita berjauhan..adik tetap sayang abang...sebab abang adalah yg ter'best' in the world...."

Tiada ulasan: